01/12/2019
love natural products
UBAT BATUK & UBAT SELSEMA YANG TIDAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN ‼️
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah 2 tahun sejak tahun 2007.
Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun. Manakala, untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk & selsema.
Tetapi, berapa ramaikah ibu ayah di luar sana yang mengambil berat tentang perkara ini? Ini kerana, telah terdapat kajian yang telah membuktikan ubat-ubat batuk & selsema akan mendatangkan kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak secara tak langsung boleh menyebabkan dehidrasi.
Selain itu, ubat yang mengandungi narkotik seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi dan kanak-kanak diperlahankan. Jika diberi terlebih dos, kanak-kanak ini boleh terkena sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus serta boleh membawa maut.
Jom kenali jenis ubat batuk & selsema seperti yang dinyatakan untuk ibu ayah di luar sana supaya tidak beri pada anak-anak. Walaubagaimana pun, sila dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi sebelum memberi sebarang ubat kepada si manja. Jom jadi ibu ayah yang prihatin 🤗