Careclinics Al-Amin

Careclinics Al-Amin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Careclinics Al-Amin, Medical Center, KM 16-1, Jalan JELATANG 1, PUSAT PERNIAGAAN JELATANG, Alor Gajah.

29/04/2026

Batuk demam jangan anggap biasa je 👀
Ada jangkitan macam pneumococcal yang boleh jadi bahaya.
Check video ni untuk tahu lebih lanjut 👇

29/04/2026

Cuaca panas sekarang ni jangan ambil ringan ☀️
Kenali 5 gejala strok haba yang ramai tak sedar.
Tengok video ni sampai habis ya!

19/10/2025

Saat yang patient tunggu-tunggu adalah saat doktor tanya “kenapa dan macam mana”🤣🤣

10/10/2025

Jangan risau dan khuwatir, doktor kami semua berpengalaman ya,🤣❤️

10/10/2025

“Jaga diri, sayangi rahim anda 💖 Pap smear penting untuk mengesan awal sebarang perubahan pada serviks yang boleh membawa kepada kanser rahim. Pemeriksaan cepat, mudah & selamat — langkah kecil hari ini, perlindungan besar untuk masa depan anda!”

Jom Buat Saringan Pemeriksaan Kencing Manis !!!Tahukah Anda? Saringan Kencing Manis Semakin Mudah!Anda boleh mengesan ri...
01/06/2025

Jom Buat Saringan Pemeriksaan Kencing Manis !!!
Tahukah Anda? Saringan Kencing Manis Semakin Mudah!

Anda boleh mengesan risiko kencing manis melalui pelbagai kaedah saringan, seperti:
- Pemeriksaan gula darah puasa
- Ujian darah rawak
- Ujian air gula
- Ujian HbA1c (bacaan gula jangka panjang)

Kenapa Penting?
- Saringan ini membantu doktor mengenalpasti tahap kesihatan anda
-Merancang rawatan terbaik untuk mengawal gula darah

Siapa Perlu Buat Saringan?
- Berumur 30 tahun ke atas
- Ada sejarah keluarga dengan kencing manis
- Mengalami obesiti

Tip Kesihatan: Pastikan anda menjalani saringan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk langkah pencegahan awal.

Jom dapatkan pemeriksaan di Careclinics Al-Amin Alor Gajah
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
+06 -556 6000

Salam takziah kepada seluruh keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5.Semoga roh Allahyarham di...
15/04/2025

Salam takziah kepada seluruh keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Pemergian seorang tokoh yang banyak berjasa kepada negara amat dirasai.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Seluruh warga kerja
Careclinics Healthcare Services Sdn Bhd

Selamat Hari Kesihatan Sedunia! Jaga diri, jaga kesihatan!Sempena Hari Pemeriksaan Kesihatan Sedunia, kami menawarkan pa...
08/04/2025

Selamat Hari Kesihatan Sedunia!
Jaga diri, jaga kesihatan!

Sempena Hari Pemeriksaan Kesihatan Sedunia, kami menawarkan pakej darah istimewa. Matlamat kami adalah untuk menyediakan seberapa banyak ujian saringan darah asas kepada pesakit yang mungkin.

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun untuk memperingati penubuhan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO) dan meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu kesihatan global.

Setiap tahun, WHO menekankan tema khusus untuk memberi tumpuan kepada pelbagai aspek kesihatan, seperti kesihatan mental, penyakit tidak berjangkit, atau akses kepada penjagaan kesihatan yang lebih baik.


Jawatan Kosong Pembantu klinik / Nurse / Medical Assistant *MALE ONLY*REQUIREMENT- Lelaki- Kelayakkan min SPM-Boleh beke...
20/03/2025

Jawatan Kosong Pembantu klinik / Nurse / Medical Assistant

*MALE ONLY*

REQUIREMENT
- Lelaki
- Kelayakkan min SPM
-Boleh bekerja shift

Lokasi : Careclinics Al-Amin Jelatang Alor Gajah Melaka 24Jam

Hantar resume di whatsapp no : 06-556 6000

14/03/2025

🎀 BULAN KESEDARAN KESIHATAN BUAH PINGGANG 🎀

Jumpa doktor secepat mungkin sekiranya anda mengalami simptom-simptom berikut

Penyakit buah pinggang selalunya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda awal. la hanya boleh didiagnosis dengan ujian darah dan ujian air kencing

Jika dikesan awal, penyakit yang dialami lebih mudah untuk dirawat dengan berkesan

Masalah buah pinggang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. la didapati sering berpunca daripada gaya hidup serta tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Ini seterusnya boleh membuatkan ramai cenderung untuk alami kencing manis dan tekanan darah tinggi. Sekiranya tidak dikawal dengan baik, kedua-dua penyakit ini boleh menjadi penyumbang kepada masalah buah pinggang.


HARI KESEDARAN KESIHATAN BUAHPINGGANG SEDUNIA🎀Sempena Hari Kesedaran Kesihatan Buah Pinggang Sedunia, Careclinics akan m...
08/03/2025

HARI KESEDARAN KESIHATAN BUAH
PINGGANG SEDUNIA🎀

Sempena Hari Kesedaran Kesihatan Buah Pinggang Sedunia, Careclinics akan mengadakan satu promosi khas sempena bulan MARCH ini sahaja.

"RENAL PROFILE " ialah satu ujian darah untuk menilai fungsi buah pinggang dan mengesan tanda awal penyakit buah pinggang.

Siapa yang Perlu Diuji?
1) Individu yang menghidap diabetes atau darah tinggi
2) Mereka yang mempunyai sejarah keluarga penyakit
buah pinggang
3) Sesiapa yang mengalami keletihan, bengkak, atau perubahan dalam kencing

Boleh datang segera dan dapat kan rawatan di Careclinics yang berhampiran sementara harga promosi masih dijalankan

Hubungi kami di +606-556 6000



Hi, Salam Careclinics!!Careclinics sedang membuat promotion “Travel Kit”Kit Perjalanan, Solusi Kecemasan Anda!Siap sedia...
06/03/2025

Hi, Salam Careclinics!!

Careclinics sedang membuat promotion
“Travel Kit”
Kit Perjalanan, Solusi Kecemasan Anda!

Siap sedia untuk sebarang kecemasan semasa perjalanan dengan Travel Kit kami.
Lengkap dengan ubat-ubatan asas untuk keselesaan anda sepanjang perjalanan.

Kelebihan Travel Kit
• Mudah Dibawa
• Mudah Disimpan
• Lengkap & Praktikal
• Perjalanan Tanpa Halangan

Untuk Info Lanjut

Hubungi kami
06-556 6000

Alamat klinik
Klinik Careclinics Al-Amin (Alor Gajah), KM 16-1, Jalan Perniagaan Jelatang 1, Pusat Perniagaan Jelatang, 78000 Alor Gajah, Melaka

Address

KM 16-1, Jalan JELATANG 1, PUSAT PERNIAGAAN JELATANG
Alor Gajah
78000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Careclinics Al-Amin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Careclinics Al-Amin:

Share

Category