03/03/2026
Apa kelebihan menginap di homestay semasa pulang beraya?
🌙 1. Selesa & Luas Untuk Keluarga Besar
Balik raya mesti datang satu keluarga – mak ayah, adik-beradik, anak-anak.
Homestay lebih luas berbanding hotel, boleh kumpul ramai-ramai tanpa rasa sempit.
🍳 2. Ada Dapur – Boleh Masak & Panaskan Juadah Raya
Nak panaskan rendang, lemang, kuah kacang? Senang.
Tak perlu keluar makan tiap kali lapar. Jimat dan lebih selesa, especially ada anak kecil.
👶 3. Lebih Mesra Anak-Anak
Budak boleh bergerak bebas, ada ruang main, tak ganggu tetamu lain macam di hotel.
Kalau ada kolam (lagi best 😍), memang jadi highlight cuti raya.
💰 4. Lebih Jimat Untuk Ramai Orang
Bayar satu rumah, bukan satu bilik.
Kalau bahagi ramai-ramai, memang jauh lebih berbaloi berbanding tempah beberapa bilik hotel.
🏠 5. Suasana Macam Rumah Sendiri
Balik kampung tapi masih ada privasi.
Boleh solat berjemaah, makan atas lantai ramai-ramai, sembang sampai lewat malam tanpa rasa segan.
🎉 6. Sesuai Untuk Majlis Kecil Raya
Nak buat makan-makan, jamu sanak saudara terdekat, buat open house kecil-kecilan – homestay lebih fleksibel.
Tapi untuk no 4 & 6 tu kena berbincang dengan owner dulu tau. Takut nanti jadi isu selepas check out. 😁