Khun Chian - Your Life Planner

Khun Chian - Your Life Planner Kepakaran saya adalah ke arah memberi nasihat dalam ilmu kewangan dan menyediakan perlindungan dan m

21/03/2026

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin & muslimat semua😀

Ramai suami ingat dia dah secure family… padahal silap BESAR!😲Korang tahu tak apa jadi kat harta & saving lepas korang p...
18/03/2026

Ramai suami ingat dia dah secure family… padahal silap BESAR!😲
Korang tahu tak apa jadi kat harta & saving lepas korang pejam mata?
Tak kisah la korang ni Muslim atau Non-Muslim. Ramai geng suami bangga, "Aku dah kumpul duit banyak, rumah dah habis bayar, total aset ada la RM5 Juta. Selesa la bini aku nanti."
Realitinya weyhh... korang silap besar. Ini mimpi ngeri yang akan jadi kat waris korang:
1. Semua Aset Kena BEKU
Saving kat bank tu akan dibekukan. Bini kau nak cucuk RM50 beli pampers anak pun tak boleh. Waris tak boleh sentuh selagi surat kuasa mahkamah tak keluar (makan masa berbulan ke bertahun).

2. Undang-Undang 'Rampas' Kuasa Bini Kau
Bila kau mati tanpa dokumen pusaka, bini kau takde kuasa mutlak atas harta kau.
👉 Untuk Muslim: Sistem Faraid ambil alih. Kalau kau takde anak lelaki, adik-beradik kau (pakcik/makcik anak kau) automatik ada share dalam rumah dan harta tu. Boleh gaduh weyhh kat mahkamah.
👉 Untuk Non-Muslim: Akta Pembahagian 1958 (Distribution Act). Mak ayah kau dapat 25%, isteri 25%, anak-anak 50%. Kalau mak ayah kau nak cash dan paksa jual rumah tu macam mana?
3. Mimpi Ngeri Nak Cairkan Aset (Paling Ramai Tak Tahu)
Khusus untuk Non-Muslim (atau kes yang sangkut ke Mahkamah Tinggi) yang mati tanpa Will/Wasiat, isteri kau nak kena apply Surat Kuasa Mentadbir (LA).
Syarat mahkamah? Kena cari 2 ORANG PENJAMIN. Dan nilai harta penjamin tu kena sama dengan total harta arwah.
Katakan total harta kau RM5 Juta. Bini korang kena merayu cari 2 orang kawan atau sedara yang MASING-MASING ADA ASET RM5 JUTA untuk jadi penjamin dan cagarkan nama dorang kat mahkamah!
Gila weyhh! Adik-beradik sendiri pun belum tentu sanggup jadi penjamin loan kereta RM50k, inikan p**a nak jamin RM5 Juta? Kalau tak jumpa penjamin, harta tu terus BEKU.
Sebab tu, Insurans/Takaful & Pengurusan Pusaka (Will/Wasiat) ni bukan pilihan. Ni pelindung family kau.
✅ Insurans/Takaful (Hibah/Trust Nomination): Duit pampasan ni cair (liquid). Dia TAK BEKU. Terus masuk akaun isteri dalam masa beberapa minggu untuk bayar hutang dan survive.
✅ Pengurusan Pusaka (Will/Wasiat): Susun awal-awal. Tak payah pening cari 2 penjamin (terus dapat Grant of Probate). Urusan jauh lebih lancar dan takde perebutan harta.
Sayang family tak cukup dengan kata-kata. Buktikan dengan protection.
Siapa kat sini yang serius nak check balik status harta dan perlindungan diorang? Saya boleh tolong audit secara percuma.
Tengok komen pertama kat bawah 👇

14/03/2026

Dalam hidup ni sebenarnya ada beberapa fasa penting.

Ada fasa kita bekerja keras, kejar duit siang malam.
Ada fasa kita mula bina keluarga, besarkan anak-anak, jaga rumah tangga.

Tapi ada satu fasa yang ramai orang selalu lupa…

Fasa bila kita kena mula fikir —
kalau esok kita dah tiada, apa jadi pada keluarga?

Ramai orang rasa lega bila dah ada insurans/takaful.
Mereka fikir semuanya dah selesai.

Hakikatnya, tak semua orang tahu…

Duit insurans/takaful pun boleh jadi harta pusaka beku
kalau tiada perancangan yang betul.

Akhirnya, duit ada…
tapi keluarga tetap susah nak dapat.

Sebab tu dalam perancangan kewangan,
perlindungan dan perancangan harta tak boleh berjalan berasingan.

Insurans/Takaful lindungi kita ketika hidup.
Wasiat dan perancangan harta p**a lindungi keluarga bila kita dah tiada.

Bila dua-dua berjalan sekali,
barulah kita betul-betul tenang.

🟡 Khun Chian – Your Life Planner

10/03/2026

Jangan tanya pendapat orang yang tak nak ambil /Insurans.
Tapi tanyalah pada mereka yang dah pernah GUNA dan CLAIM.

03/03/2026

🛡️ ANDA BUKAN MEMBELI TAKAFUL… ANDA MENYERTAI TAKAFUL.

Ramai orang fikir dia “bayar” takaful setiap bulan.

Hakikatnya…
itu bukan bayaran.
Itu sumbangan.

Sebab konsep takaful bukan jual beli risiko.
Ia tentang saling membantu.

Setiap bulan anda menyumbang.
Dan bila ada peserta lain diuji —
sumbangan itulah yang bantu mereka.

Dan bila satu hari nanti anda p**a diuji,
dana yang sama akan bantu anda.

Sebab tu menyertai takaful
umpama anda bersedekah secara konsisten setiap bulan —
dengan niat lindungi diri & bantu orang lain.

Bukan sekadar lindungi kewangan…
tapi bina sistem tolong-menolong.

Sekarang soalan saya 👇
Sudah anda faham beza “beli” dan “sertai”?

Kalau baru tahu hari ni… komen “DAH BELAJAR” 😃

Percayalah pada perjalanan yang sedang dilalui, walaupun jalannya belum sepenuhnya jelas.Tidak semua perjalanan datang d...
02/03/2026

Percayalah pada perjalanan yang sedang dilalui, walaupun jalannya belum sepenuhnya jelas.

Tidak semua perjalanan datang dengan peta yang lengkap.
Ada waktu arah terasa kabur, pilihan terasa berat, dan langkah terasa perlahan.

Kadang-kadang hujungnya tidak kelihatan.
Kadang-kadang persoalan lebih banyak daripada jawapan.

Namun di situlah proses sebenar membentuk kekuatan.

Setiap langkah yang diambil — walaupun kecil, walaupun penuh keraguan —
sedang membina ketahanan, pengalaman, dan kematangan yang tidak dapat dibeli dengan apa pun.

Perjalanan yang tidak jelas bukan bermaksud ia salah arah.
Ia cuma menuntut kesabaran, keberanian, dan kepercayaan.

Teruskan melangkah.
Kerana setiap langkah yang konsisten akan membawa kepada destinasi yang lebih baik daripada yang pernah dibayangkan. 💪

26/02/2026

Bila seseorang sakit dan perlukan bantuan kewangan,
jarang kita dengar orang cakap:

“Nanti aku settle bil hospital dia.”

Yang selalu kita dengar cuma:

“Get well soon ya…”
“GWS bro…”

Doa tu penting.
Tapi nak “GWS” pun perlukan duit.

Bil hospital tak boleh bayar dengan ucapan.
Rawatan tak boleh tunggu emosi reda.

Hakikatnya,
bila sakit datang —
kita perlukan dua benda: doa dan dana.

Kalau dana tak ada,
yang tenang jadi panik.
Yang stabil jadi goyah.

Sebab tu carum takaful/insurans bukan sebab kita takut sakit.
Tapi sebab kita tak nak bila sakit nanti,
kita hanya mampu terima “GWS”… tanpa solusi.

🟡 Sediakan pelan sebelum perlu.
🟡 Lindungi diri sebelum diuji.

Khun Chian – Your Life Planner

“MEDIKAL KAD BUKAN KAD KREDIT, BOSKU…” 🍼💳Ramai tak tahu…👉 Medikal kad anak boleh mohon seawal usia 14 HARI.Yes, empat be...
13/02/2026

“MEDIKAL KAD BUKAN KAD KREDIT, BOSKU…” 🍼💳
Ramai tak tahu…
👉 Medikal kad anak boleh mohon seawal usia 14 HARI.
Yes, empat belas hari lepas lahir pun dah boleh lindung.
Tapi kenapa waktu ni paling TEPAT untuk mohon?
📌 Sebab medikal kad ni bukan macam kad kredit.
Bukan jenis “kalau s**a swipe, kalau tak simpan”.
Kena lalu tempoh matang (waiting period) – biasanya 4 bulan baru full cover tau!
Kalau tunggu anak dah besar baru nak mohon,
masa tu mungkin dah ada sejarah kesihatan yang buat claim jadi rumit… atau worse, terus tak lulus. 😬
Nak main selamat, kita plan awal.
Lindung anak masa dia sihat,
bukan masa dah sakit baru terhegeh-hegeh nak cari payung.
📩 PM saya sekarang untuk semakan & cadangan pelan paling sesuai ikut bajet anda.
Anak terlindung, hati pun tenang. ❤️

Buat bisnes berjuta planning… tapi satu plan insurans/takaful pun tak ada?Jangan ambil ringan, sahabat.Kita sibuk fikir ...
11/02/2026

Buat bisnes berjuta planning… tapi satu plan insurans/takaful pun tak ada?
Jangan ambil ringan, sahabat.
Kita sibuk fikir stok.
Sibuk fikir marketing.
Sibuk fikir sales target.
Tapi kita lupa satu benda —
kalau tuan badan jatuh sakit, siapa nak jalan kan bisnes?
Bila musibah datang,
bukan saja badan yang lemah…
akaun bank pun boleh kering.
Simpanan habis untuk bayar hospital.
Modal pusingan bisnes terpaksa guna untuk rawatan.
Akhirnya… bisnes yang dibina bertahun-tahun,
boleh tumbang dalam beberapa bulan.
Kenapa?
Sebab kita tak sediakan pelan perlindungan waktu masih sihat.
Usahawan sebenar bukan hanya urus risiko bisnes.
Dia urus risiko diri sendiri.
Jangan tunggu sampai tak mampu berniaga baru nak sedar.
Plan insurans/takaful bukan beban —
ia penyelamat bisnes bila kita diuji.

🟡 Khun Chian – Your Life Planner😃

Kalau esok jadi apa-apa…awak nak waris senang urus,atau pening ulang-alik pejabat, mahkamah, bank?Wasiat ni bukan sebab ...
08/02/2026

Kalau esok jadi apa-apa…
awak nak waris senang urus,
atau pening ulang-alik pejabat, mahkamah, bank?
Wasiat ni bukan sebab kita nak mati cepat.
Wasiat ni sebab kita nak
👉 orang yang kita sayang tak susah bila kita tiada.
Insurans bagi duit pampasan.
Wasiat tentukan duit tu sampai ke tangan yang betul.
Kalau nak, saya boleh tolong check ikut situasi awak dulu.
Tak wajib buat, kita bincang dulu.😃
Boleh klik link dibawah untuk buat temujanji ya..

02/02/2026

Ramai risau kos hidup…
tapi lupa kos jatuh sakit
lebih membebankan.😰

Address

Alor Setar

Telephone

+60124598882

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khun Chian - Your Life Planner posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Khun Chian - Your Life Planner:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram