Che Mat Tukang Urut Tradisional

  • Home
  • Che Mat Tukang Urut Tradisional

Che Mat Tukang Urut Tradisional Seorang terapis yang mempunyai ijazah dalam bidang kaunseling dan menggabungkan doa & ayat-ayat suci

Badan sudah lama sakit? waktu tidur dan waktu bekerja pun tidak selesa? kaki tangan selalu lenguh atau kebas?Tandanya pe...
28/04/2026

Badan sudah lama sakit? waktu tidur dan waktu bekerja pun tidak selesa? kaki tangan selalu lenguh atau kebas?

Tandanya pengaliran darah tidak lancar.

Mengurut mampu melancarkan aliran darah dengan memberi tekanan kepada otot menerusi urat saraf seterusnya memaksa jantung untuk mengepam lebih banyak darah ke seluruh tubuh.

“Badan ketat, urat bersimpul, kepala serabut?”

Rawatan urut tradisional lelaki oleh Che Mat – pengalaman, bukan cubaan.

💪 Urut badan / sengal sendi / lenguh kerja
💆‍♂️ Urut stress, migrain, tidur tak lena
🦵 Urut pulih tenaga & urat saraf

📍 panggilan sekitar Ampang & Kuala Lumpur (10km)
⏰ 10.00 pagi hingga 10.00 malam
(sila buat tempahan awal)

💸 RM150 untuk 60+30 minit
✅Urutan seluruh badan, kaki dan tangan
✅Senaman regangan tulang/pinggang/bahu/tangan

https://api.whatsapp.com/send?phone=60172630476&text=Urutan%20Hanya%20RM150%20seluruh%20Badan%20

“Urut bukan sekadar lega badan – tapi asbab tenang jiwa & rezeki pun mengalir balik.”





28/04/2026

Assalamualaikum
Selamat Pagi

26/04/2026

Alhamdulillah selesai mengurut malam ini
Bertemu sahabat yang hampir sebulan operate membuang batu karang. Badan masih sakit-sakit, urat tegang, sukar tidur, kaki, sakit tumit. Semoga malam ini boleh tidur nyenyak insyaaAllah Aaminn

❓ Assalamualaikum cikgu ...betul ke kalau sakit pinggang sgt , kene betul Kan Perut dulu, Selalunye kalau belajar sengka...
26/04/2026

❓ Assalamualaikum cikgu ...betul ke kalau sakit pinggang sgt , kene betul Kan Perut dulu, Selalunye kalau belajar sengkak Urut Dari pinggang dulu baru Urut perut. Atau dua2 boleh? mana2 dulu pun boleh?

✅ Perut dan pinggang berkongsi “ruang tekanan” yang sama dikelilingi oleh:

✔️ Diafragma (atas)
✔️ Otot abdomen (depan)
✔️ Otot dasar pelvis (bawah)
✔️ Otot multifidus dan erector spinae (belakang 🟰 pinggang)

Kalau otot abdomen lemah atau terlalu tegang, tekanan dalam rongga perut jadi tidak seimbang, menyebabkan beban berlebihan dipindahkan ke tulang belakang bahagian lumbar

Dalam badan kita, ada konsep:

☑️ Core System (Abdomen ➕ Spine ➕ Diaphragm ➕ Pelvic Floor)

➡️ Komponen utama:

✔️ Otot perut (re**us, transverse abdominis)
✔️ Tulang belakang lumbar
✔️ Usus dan organ dalaman
✔️ Fascia (connective tissue)

Semua ni bersambung dalam satu tekanan sistem dipanggil “Intra-Abdominal Pressure (IAP)”

❓Apa jadi jika perut bermasalah?

✅ Contoh: Bloated / angin, sembelit, lemak visceral, perut keras (tight fascia)

1️⃣ Apabila tekanan dalam abdomen meningkat, ia akan menolak ke arah belakang pada tulang belakang lumbar, seterusnya meningkatkan beban dan tekanan pada struktur tersebut.

2️⃣ Apabila otot core menjadi lemah atau tidak aktif, tulang belakang akan kehilangan sokongan yang stabil, menjadikannya lebih mudah terdedah kepada tekanan dan kecederaan.

3️⃣ Apabila bahagian lumbar terpaksa melakukan kompensasi dan bekerja secara berlebihan, ia akan menyebabkan ketegangan berterusan yang akhirnya membawa kepada sakit pinggang.

❓ Urut mana dulu. Pinggang atau Perut?

✅ Tak semestinya kena betulkan perut dulu dan tak semua kes sesuai urut pinggang dulu.

☑️ Dalam teknik tradisional dan terapi perawatan berstruktur (termasuk sengkak), perlu urut pinggang dulu:

➡️ Longgarkan otot lumbar
➡️ Buka aliran darah
➡️ Kurangkan “guarding muscle”

👉 Ini prepare badan supaya bila urut perut, tak terlalu sakit / tegang

1️⃣ Pendekatan 1 : Urut pinggang dulu

☑️ Kalau punca dari OTOT / POSTUR, simptom: (duduk lama, kerja berat, slip disc), urut PINGGANG dulu

➡️ Release muscle spasm
➡️ Kurangkan compression saraf

👉 Lepaskan hipertonus otot paraspinal dulu
👉 Kurangkan spasma refleks yang menarik pelvis ke belakang
👉 Barulah urut perut lebih berkesan kerana fascia sudah longgar

2️⃣ Pendekatan 2 : Urut perut dulu

☑️ Kalau punca dari PERUT, simptom (bloating, keras, sembelit, perut buncit), urut PERUT dulu lebih efektif

➡️ Release tekanan dalaman
➡️ Turunkan IAP
➡️ Pinggang akan lega automatik

👉 Lepaskan adhesion visceral (usus, organ yang melekat)
👉 Normalkan tekanan intra-abdomen dulu
👉 Pinggang secara automatik dapat sokongan lebih baik

➡️ Dua-dua boleh bergantung pada punca sebenar sakit pinggang.

✔️ Jika punca daripada sistem muskulo-skeletal (otot dan sendi), rawatan sebaiknya dimulakan pada bahagian pinggang terlebih dahulu.

✔️ Jika punca daripada visceral atau organ dalaman (seperti usus bergas, sembelit atau rahim), rawatan sebaiknya dimulakan pada bahagian perut terlebih dahulu.

Namun, dalam perawatan teknik terbaik ialah mulakan dengan pinggang, kemudian rawat perut, dan akhiri semula pada pinggang . Ini dikenali sebagai “sandwich approach” untuk keseimbangan tekanan dan sokongan struktur.

Kalau perut keras, sejuk / berangin dan bila tekan sakit. JANGAN abaikan perut walaupun sakit pinggang

Diingatkan, jika sakit pinggang yang teruk perlu mendapatkan diagnosis daripada doktor atau fisioterapis terlebih dahulu, kerana terdapat keadaan tertentu di mana urutan perut tidak selamat, seperti aneurisma aorta atau radang usus buntu.

Cikgu Pah
Cikgu Kelaa Spa & Herba Terapi🌿

Alhamdulillah selesai mengurut petang semalam.Tatkala orang p**ang dari kerja, saya bergegas ke rumah pelanggan.Sakit sa...
25/04/2026

Alhamdulillah selesai mengurut petang semalam.

Tatkala orang p**ang dari kerja, saya bergegas ke rumah pelanggan.

Sakit sangat dah kakinya selepas event yang panjang. Dalam kesibukan yang menunda-nunda temujanji yang dibuat akhirnya berjaya dilaksanakan semalam.

Tak semua orang mampu keluar rumah bila sakit.

Ayah sakit…
kita p**a yang paling risau.

Bila orang tersayang tak mampu keluar rumah,
setiap sakit badan mereka kita rasa sekali.

Kalau ayah, atau suami alami:
• badan sengal
• urat tegang
• susah tidur
• cepat letih

Che Mat Tukang Urut Tradisional boleh datang terus ke rumah.

✔ Urut seluruh badan
✔ Fokus urat & otot
✔ 1 jam 30 minit
✔ RM150 termasuk caj transport
✔ Sekitar Kuala Lumpur

Bukan sekadar urut — bantu ringankan beban.
Jika anda, bapa atau pasangan anda perlukan urutan tanpa perlu keluar rumah,

Che Mat Tukang Urut Tradisional sedia membantu.

WhatsApp sekarang 👉

https://api.whatsapp.com/send?phone=60172630476&text=Urutan%20Hanya%20RM150%20seluruh%20Badan%20

AssalamualaikumSalam JumaatMarilah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.اللهم صل على سيدن...
24/04/2026

Assalamualaikum
Salam Jumaat
Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

اللهم صل على سيدنا محمد في الاولين
وصل على سيدنا محمد في الاخرين
وصل على سيدنا محمد في المرسلبن
وصل على سيدنا محمد في الملإ الأعلى الى يوم الدين

AllaaHumma Solli 'alaa sayyidinaa muhammadin fi l-awwaliin
Wa Solli 'alaa sayyidinaa muhammadin fi l-aakhiriin
Wa Solli 'alaa sayyidinaa muhammadin fi l-mursaliin
Wa Solli 'alaa sayyidinaa muhammadin fi l-malaa i l-a'laa ilaa yaumi d-din

صل الله على محمد

SollallaaHu 'alaa muhammad

أسأل الله العظيم رب العرش العظيم ان يشفيك

As-alu l-llaaHa l-'aZiima rabba l-'arsyi l-'aZiim an yasyfiik

Makna: Aku mohon kepada AllaaH Yang Maha Agong, Robb Penguasa 'Arasy Yang Agong, agar menyembuhkan mu

Urutan dari rumah ke rumah kawasan berdekatan









Badan sudah lama sakit? waktu tidur dan waktu bekerja pun tidak selesa? kaki tangan selalu lenguh atau kebas?

Tandanya pengaliran darah tidak lancar.

Mengurut mampu melancarkan aliran darah dengan memberi tekanan kepada otot menerusi urat saraf seterusnya memaksa jantung untuk mengepam lebih banyak darah ke seluruh tubuh.

“Badan ketat, urat bersimpul, kepala serabut?”

Rawatan urut tradisional lelaki oleh Che Mat – pengalaman, bukan cubaan.

💪 Urut badan / sengal sendi / lenguh kerja
💆‍♂️ Urut stress, migrain, tidur tak lena
🦵 Urut pulih tenaga & urat saraf

📍 panggilan sekitar Ampang & Kuala Lumpur (10km)
⏰ 10.00 pagi hingga 10.00 malam
(sila buat tempahan awal)

💸 RM150 untuk 60+30 minit
✅Urutan seluruh badan, kaki dan tangan
✅Senaman regangan tulang/pinggang/bahu/tangan

https://api.whatsapp.com/send?phone=60172630476&text=Urutan%20Hanya%20RM150%20seluruh%20Badan%20

“Urut bukan sekadar lega badan – tapi asbab tenang jiwa & rezeki pun mengalir balik.”





07/04/2026

حَسْبُنَا اللَّهُ سَيُؤْتِينَا اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّا إِلَى اللَّهِ رَاغِبُونَ
رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
رَبِّ إِنِّي مَغْلُوبٌ فَانْتَصِرْ
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Cukuplah AllaaH bagi kami. AllaaH akan memberi kepada kami dari kurnia NYA. Sesungguhnya kami hanya berharap kepada AllaaH.
Wahai Robb ku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.
Wahai Robb ku, aku telah dikalahkan (ditindas), maka tolonglah aku.
Wahai Robb ku, janganlah Engkau biarkan aku bersendirian (tanpa zuriat), dan Engkaulah sebaik-baik pewaris.
Tiada Robb selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang zalim.
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan AllaaH.
Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Maha Mengurus segala sesuatu, dengan rahmat MU aku memohon pertolongan.

05/04/2026

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذَا الْيَوْمِ،
فَتْحَهُ، وَنَصْرَهُ، وَنُورَهُ، وَبَرَكَتَهُ، وَهُدَاهُ،
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيهِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ.
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ يَوْماً مُبَارَكاً،
وَافْتَحْ لِي فِيهِ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَرِزْقِكَ،
وَأَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ،
يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، آمِين.

​"Ya AllaaH, sesungguhnya aku memohon kepada MU kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. ​Dan aku berlindung kepada MU daripada keburukan apa yang ada di dalamnya dan keburukan apa yang ada selepasnya.

​Ya AllaaH, jadikanlah ia hari yang diberkati.
​Dan bukakanlah untuk ku padanya pintu-pintu rahmat MU dan rezeki MU.

​Dan bantulah aku untuk mengingati MU, mensyukuri nikmat MU, dan beribadah kepada MU dengan sebaik-baiknya.
​Wahai Robb Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Perkenankanlah (Amin)."

Alhamdulillah TabarakallahSelesai tugasan petang ni kita singgah sekejap di sini.
05/04/2026

Alhamdulillah Tabarakallah
Selesai tugasan petang ni kita singgah sekejap di sini.

❓ Gerd gastrik mcm mana nk rawat cara alami ye cikgu, ada tak resepi2 cikgu utk rawatan ni? ✅ Masalah GERD dan Gastrik n...
04/04/2026

❓ Gerd gastrik mcm mana nk rawat cara alami ye cikgu, ada tak resepi2 cikgu utk rawatan ni?

✅ Masalah GERD dan Gastrik ni memang sangat berkait dengan asid perut, angin, dan keradangan dinding perut.

Masalah GERD dan gastrik biasanya datang dari:

1️⃣ Asid tak seimbang (bukan semata-mata “terlalu banyak”)
2️⃣ Dinding perut luka / radang
3️⃣ Injap perut (LES) lemah jadi asid naik
4️⃣ Angin dan tekanan dalam perut
5️⃣ Stress dan cara makan

☑️ Biasanya rawatan alami fokus kepada 3 perkara utama:

➡️ Seimbangkan asid
➡️ Lindungi dinding perut
➡️ Buang angin dan kurangkan radang

✅ PERANAN HERBA (REALISTIC)

1️⃣ Kurangkan radang dan baiki luka.

☑️ Ada beberapa herba yang biasa digunakan untuk masalah ini seperti kunyit , pegaga

2️⃣ Buang angin dan stabilkan perut

☑️ Antara herba yang selalu digunakan seperti halia, jintan. Herba ini bantu kurangkan kembung dan tekanan (punca reflux)

3️⃣ Lindungi dinding perut

☑️ Antara herba yang femes untuk rawatan ini adalah
herba kategori bahan berlendir seperti selasih, chia dimana bantu kurangkan pedih dan iritasi

✅ ANTARA PETUA/RESIPI YANG POPULAR DI SERATA DUNIA UNTUK MASALAH GERD

1️⃣ AIR PENENANG PERUT (ANTI-ASID DAN ANGIN)

☑️ 1 inci halia tua (dititik)
☑️ 1 sudu kecil jintan manis
☑️ 1 sudu kecil biji ketumbar
☑️ 2 gelas air

➡️ Rebus 10 ke 15 minit, tapis dan minum suam suam

➡️ Manfaat:
✔ Kurangkan pedih ulu hati
✔ Buang angin dalam perut
✔ Kurangkan sendawa & kembung

2️⃣ AIR LENDIR PERUT (PROTECT LINING)

☑️ 1 sudu besar biji selasih / chia seed
☑️ Rendam dalam air suam 10 minit

➡️ Minum sebelum makan pagi

➡️ Manfaat:
✔ Bentuk lapisan pelindung dalam perut
✔ Kurangkan rasa terbakar
✔ Baiki luka gastrik

3️⃣ TEH DETOX PERUT (ANTI-RADANG)

☑️ Sedikit daun Misai Kucing
☑️ Sedikit daun Pegaga
☑️ Sedikit Halia

➡️ Rebus , tapis dan minum 1 kali sehari

➡️ Manfaat:
✔ Kurangkan radang perut
✔ Sejukkan badan (elak asid naik)
✔ Baiki sistem pencernaan

4️⃣ MINYAK HERBA SAPU LUAR

☑️ Kalau perut selalu keras, masuk angin sapu minyak herba. Paling biasa orang guna campuran

“ Minyak kelapa dara ➕ pati halia sedikit ➕ Pati Serai sedikit ➕ Minyak peppermint (sedikit sahaja)”

➡️ Sapu di Ulu hati ➕ Perut ➕ Belakang badan (pinggang) sehari 3-4 kali

➡️ Manfaat:
✔ Buang angin
✔ Legakan tekanan perut
✔ Kurangkan reflux

5️⃣ PETUA CEPAT LEGAKAN PEDIH

☑️ Kalau tiba-tiba pedih:

➡️ Minum air suam ➕ sedikit madu
➡️ Atau kunyah pisang masak

➡️ Manfaatnya adalah cepat neutralkan asid

6️⃣ PROBIOTIC (bakteria baik)

☑️ Antara contoh strain:

➡️ Lactobacillus
➡️ Bifidobacterium

➡️ Manfaat :
✔ Seimbangkan bakteria usus
✔ Kurangkan radang perut
✔ Bantu penghadaman
✔ Kurangkan reflux dan angin

👉 Kajian menunjukkan ada kaitan dengan pengurangan simptom GERD (terutama sendawa & bloating)

✅ PALING PENTING BAGI MASALAH GERD ADALAH PANTANG MAKAN DAN GAYA HIDUP (SANGAT PENTING❗️)

➡️ Kalau tak jaga ini, memang lambat sembuh. Antara yang perlu pantang👇🏻

✔️ Kopi dan teh pekat
✔️ Makanan pedas dan berminyak
✔️ Asam dan jeruk
✔️ Makan lewat malam
✔️ Perut kosong terlalu lama
✔️ Air Ais
✔️ Air gas
✔️ Makanan bersantan
✔️ Baring selepas makan (tunggu 2 ke 3 jam)
✔️ Makan laju laju
✔️ Makan terlalu banyak

➡️ Amalan yang penting perlu buat adalah makan sikit tapi kerap, tidur kepala tinggi sedikit

Cikgu Pah
Cikgu Kelas Spa & Herba Terapi🌿

❓ Salam Cikgu.Kalau bapa yg perut kembung xdapat bkentut. apa petua? 1️⃣ JAGA PEMAKANAN (WAJIB BUAT) ⚠️ Elak➡️ Minuman b...
29/03/2026

❓ Salam Cikgu.Kalau bapa yg perut kembung xdapat bkentut. apa petua?

1️⃣ JAGA PEMAKANAN (WAJIB BUAT)

⚠️ Elak

➡️ Minuman bergas
➡️ Makanan berangin (kacang, kubis, nangka)
➡️ Makan terlalu cepat

2️⃣ PERGERAKAN HARIAN (WAJIB BUAT)

☑️ Berjalan (Walking)

➡️ Jalan santai 15- 30 minit
➡️ Terutama selepas makan

➡️ Kesan:
✔️ Gerakkan usus secara semula jadi
✔️ Kurangkan angin terperangkap

☑️ Posisi mencangkung (Squat position)

➡️ Duduk mencangkung (atau guna bangku kecil di tandas)

➡️ Kesan:
✔️ Luruskan laluan rektum
✔️ Mudah buang air besar

☑️ Knee to Chest Pose

➡️ Baring, tarik kedua lutut ke dada
➡️ Peluk lutut, tahan 30- 60 saat

➡️ Kesan:
✔️ Tekan usus bantu keluarkan angin
✔️ Cepat rasa lega

☑️ Wind-Relieving Pose (Pavanamuktasana)

➡️ Sama macam Knee to chest pose, tapi buat satu kaki dulu
➡️ Kemudian tukar kaki

➡️ Kesan:
✔️ Khusus untuk buang angin
✔️ Sangat bagus untuk masalah kembung

☑️ Cat-Cow Stretch

➡️ Posisi merangkak
➡️ Lengkungkan belakang- kemudian turunkan perut

➡️ Kesan:
✔️ Urut organ dalaman
✔️ Aktifkan sistem penghadaman

☑️ Seated Spinal Twist

➡️ Duduk, pusing badan kiri dan kanan

➡️ Kesan:
✔️ Picit usus untuk bantu pergerakan najis

☑️ Deep Breathing Exercise

➡️ Tarik nafas dalam (perut kembang)
➡️ Lepas perlahan

➡️ Kesan:
✔️ Aktifkan diafragma
✔️ Tolak angin keluar

👉 Buat pagi sebelum sarapan

3️⃣ URUTAN HARIAN (BUAT SENDIRI)

☑️ URUTAN PERUT

➡️ Urut perut ikut arah jam (clockwise) perlahan-lahan
➡️ Fokus sekitar pusat dan bawah perut
➡️ Buat 5- 10 minit
👉 Ini bantu gerakkan angin keluar

☑️ AKUPRESUR

1. Titik Perut : Sekitar Pusat

➡️ 2- 3 jari kiri dan kanan pusat
➡️ 2- 3 jari atas dan bawah pusat

➡️ Fungsi:
✔️ Aktifkan pergerakan usus
✔️ Bantu keluarkan angin dan najis

2. Titik ST25

➡️ 2 jari ke kiri dan kanan pusat

➡️ Fungsi:
✔️ Titik utama untuk sembelit
✔️ Sangat efektif untuk perut keras dan kembung

3. Titik CV6

➡️ 2 jari bawah pusat

➡️ Fungsi:
✔️ Kuatkan tenaga usus
✔️ Bantu buang angin dan lancarkan najis

4. Titik ST36

➡️ Bawah lutut (lebih kurang 4 jari dari tempurung lutut)

➡️ Fungsi:
✔️ Baiki sistem penghadaman
✔️ Kurangkan kembung dan lemah usus

5. Titik LI4

➡️ Antara ibu jari dan jari telunjuk tangan

➡️ Fungsi:
✔️ Rangsang pergerakan usus
✔️ Kurangkan rasa tak selesa perut

6. Titik Pinggang (Lower Back)

➡️ Kiri kanan tulang belakang (paras pinggang)

➡️ Fungsi:
✔️ Aktifkan saraf usus
✔️ Bantu sembelit kronik

☑️ TRIGGER POINT (KAITAN PENGHADAMAN)

1. Abdominal Trigger Point (Perut)

➡️ Sekitar otot perut (terutama kiri bawah dan kanan bawah)

➡️ Kesan:
✔️ Longgarkan usus
✔️ Bantu gerakkan najis dan keluarkan angin

👉 Tekan titik yang rasa keras / sakit bila disentuh
👉 Tahan 10- 20 saat sampai rasa “release”

2. Iliopsoas Trigger Point (Dalam perut/pinggul)

➡️ Dalam sedikit dari tulang pinggul (hip)

➡️ Kesan:
✔️ Otot ini berkait rapat dengan usus
✔️ Bila tegang boleh jadi sembelit dan kembung

👉 Tekan perlahan (jangan terlalu kuat sebab sensitif)

3. Lower Back Trigger Point (Pinggang bawah)

➡️ Kiri kanan tulang belakang (L3- L5)

➡️ Kesan:
✔️ Aktifkan saraf ke usus besar
✔️ Sangat bagus untuk sembelit kronik

👉 Tekan guna ibu jari atau guna bola tenis urut

4. Glute Trigger Point (Punggung)

➡️ Tengah dan sisi punggung

➡️ Kesan:
✔️ Bantu saraf pelvis
✔️ Lancarkan buang air besar

👉 Tekan atau duduk atas bola tenis urut

5. Diaphragm Trigger Point (Bawah dada)

➡️ Bawah tulang rusuk (rib cage)

➡️ Kesan:
✔️ Kurangkan angin terperangkap
✔️ Bantu pernafasan dan tekanan dalam perut

👉Tekan perlahan sambil tarik nafas dalam

☑️ REFLEKSOLOGI UNTUK KEMBUNG DAN SEMBELIT

1. Refleks Usus Besar (Colon)- Lokasi (tapak kaki):

➡️ Ikut bentuk “U terbalik” di tengah tapak kaki
➡️ Kanan → ascending colon
➡️ Melintang → transverse
➡️ Kiri → descending colon

➡️ Cara:
✔️ Urut ikut arah laluan usus (kanan → atas → kiri → bawah)
✔️ Tekan guna ibu jari (thumb walking)

➡️ Kesan:
✔️ Lancarkan buang air besar
✔️ Tolak angin keluar

2. Refleks Usus Kecil - Lokasi: Tengah tapak kaki

➡️ Cara: Urut bulatan kecil

➡️ Kesan:
✔️ Baiki penyerapan makanan
✔️ Kurangkan kembung

3. Refleks Perut (Stomach)- Lokasi: Kaki kiri, bawah jari kaki (area atas tapak kaki)

➡️ Cara: Tekan dan urut perlahan

➡️ Kesan: Kurangkan angin dan rasa penuh

4. Refleks Hati Dan Hempedu (Liver And Gallbladder)- Lokasi: Kaki kanan, bahagian atas tapak kaki

➡️ Cara: Tekan sederhana kuat

➡️ Kesan:
✔️ Bantu penghadaman lemak
✔️ Kurangkan kembung selepas makan

5. Refleks A**s Dan Rektum- Lokasi: Bahagian tumit (heel), tengah bawah

➡️ Cara: Tekan dalam dan tahan

➡️ Kesan:
✔️ Rangsang refleks buang air besar
✔️ Sangat penting untuk sembelit kronik

✅ TIPS

✔️ Gunakan minyak herba sebelum urut, tekan
✔️ Tekan sampai rasa “sakit lega” (good pain)
✔️ Lepas urut/tekan, minum air suam untuk bantu proses pembuangan
✔️ Buat waktu pagi

✅ Sapuan minyak herba bukan waktu urut saja, tapi perlu sapu setiap hari 2-3 kali terutama di perut, pinggang serta seluruh kaki. Selain bantu buang angin, minyak herba juga sangat membantu kalau ada masalah angin “sejuk” serta saraf. Boleh join kelas online (pjj) minyak herba. Yuran kelas online (pjj) minyak herba yuran hanya RM30 saja.

4️⃣ BERTUAM (HOT COMPRESS)

➡️ Panaskan tungku beras / tungku herba.
➡️ Letakkan di bahagian perut (pusat / bawah pusat) selama 10- 15 minit.
➡️ Boleh sambung dengan urut perut arah jam.

➡️ Kesan:
✔️ Panaskan otot perut dan bantu pergerakan usus
✔️ Kurangkan angin terperangkap
✔️ Legakan sakit atau rasa penuh di perut

5️⃣ MANDIAN/ RENDAMAN HERBA

➡️ Rebus herba seperti: halia, serai, kunyit, daun limau, bidara, dan daun daun lain
➡️ Masukkan ke dalam air mandian suam
➡️ Rendam badan 15- 20 minit

➡️ Kesan:
✔️ Panaskan badan serta bantu aktivasi sistem penghadaman
✔️ Herba bantu legakan perut kembung
✔️ Mengurangkan angin dan stress

👉Sesuai untuk orang yang rasa angin sejuk / perut senang kembung
👉 Jangan rendam terlalu lama

6️⃣ MANDI WAP/ SAUNA

➡️ Panaskan air herba (contoh: halia, serai, kunyit, daun limau, bidara, dan daun daun lain)
➡️ Letakkan dalam bekas, duduk di atas kerusi kecil, tutup seluruh badan dengan kain

➡️ Kesan:
✔️ wap panas bantu relaksasi otot abdomen
✔️ Lancarkan aliran darah dan pergerakan usus
✔️ Sesuai untuk angin yang tersekat / perut sejuk

👉 Jangan terlalu dekat dengan air panas

7️⃣ HERBA BODY WRAP

➡️ Teknik balut badan/perut dengan herba, linen, atau plastik,
➡️ Tujuannya: panaskan kawasan abdomen, bantu penyerapan herba, dan merangsang pergerakan usus

➡️ Bahan herba sesuai seperti
✔️ Halia : pecahkan angin
✔️ Serai : buang angin dan lega sakit perut
✔️ Kunyit : anti-radang, kurangkan kembung
✔️ Daun Pudina / Mint : menenangkan perut
✔️ Hempedu Bumi : bantu angin terperangkap keluar

1. Lumatkan semua bahan jadi pes
2. Sapukan pes tersebut➕ minyak herba ke perut dan pinggang.
3. Balut perut dengan plastic wrap (plastik untuk menahan panas), kemudian boleh balut dengan kain/bandage/kain linen
4. Biarkan 15- 20 minit sambil berbaring atau duduk santai.
5. Buka balutan dan cuci.

➡️ Kesan
✔️ Panaskan abdomen serta lancarkan peristalsis (gerakan usus)
✔️ Tolak angin terperangkap dan mudah kentut
✔️ Kurangkan kembung dan rasa penuh di perut
✔️ Boleh disertai minum herba suam untuk kesan lebih cepat

👉 Jangan balut terlalu ketat - elak ganggu pernafasan
👉 Jangan buat jika ada sakit perut luar biasa, luka terbuka, atau penyakit serius
👉 Jika ada alahan seperti kulit jadi merah teruk dan gatal terus buka dan cuci

7️⃣ PETUA DULU DULU

1. Minuman air suam ➕ halia

➡️ Rebus halia dalam air panas
➡️ Minum suam-suam
👉 Halia bantu pecahkan angin dan panaskan badan

2. Air suam ➕ sedikit garam

➡️ Minum sikit (jangan banyak) waktu pagi
👉 Boleh rangsang pergerakan usus

8️⃣ HERBA UNTUK KEMBUNG DAN ANGIN TERPERANGKAP

1. Halia (Ginger)

✔️ Pecahkan angin dalam perut
✔️ Kurangkan kembung
✔️ Lancarkan kentut

2. Serai (Lemongrass)

✔️ Buang angin
✔️ Legakan sakit perut kerana gas

3. Jintan Manis (Fennel)

✔️ Lancarkan kentut
✔️ Legakan kembung perut
✔️ Boleh campur dengan halia untuk kesan lebih cepat

4. Kayu Manis (Cinnamon)

✔️ Panaskan perut
✔️ Kurangkan angin
✔️ Baik untuk penghadaman perlahan

5. Daun Pudina / Mint

✔️ Kurangkan kembung
✔️ Legakan angin dalam usus
✔️ Sesuai untuk perut sensitif atau gastrik ringan

6. Hempedu Bumi (Cheq kua / Tanaman herba tradisional)

✔️ Lancarkan kentut
✔️ Kurangkan rasa penuh dan angin terperangkap

7. Fenugreek / Halba

✔️ Mengurangkan kembung
✔️ Lancarkan buang air besar

8. Asam Jawa

✔️ Mengaktifkan usus
✔️ Bantu keluarkan angin

9. Kunyit

✔️ Legakan perut kembung
✔️ Baik untuk masalah angin & sembelit ringan

➡️ Campuran herba “Buang angin dan kembung. Bahan-Bahan (untuk 2- 3 cawan)

1. Halia segar : 3- 4 hiris nipis
2. Serai : 2 batang, diketuk
3. Jintan Manis : 1 sudu teh
4. Kayu Manis : 1/2 batang (sebaiknya guna ceylon)
5. Daun Pudina / Mint : 4- 5 helai
6. Hempedu Bumi : 2- 3 helai daun segar (pahit)
7. Fenugreek / Halba :1/2 sudu teh biji
8. Asam Jawa : 1 sudu kecil (larutkan dalam sedikit air suam)
9. Kunyit : 2 hiris

➡️ Cara Penyediaan

1. Masukkan semua bahan (kecuali asam jawa dan pudina) ke dalam periuk.
2. Tambah 500ml air.
3. Rebus dengan api sederhana selama 10- 15 minit.
4. Tambah asam jawa dan daun pudina pada 2 minit terakhir, supaya aroma dan rasa segar kekal.
5. Tapis dan minum suam-suam.
6. Boleh tambah madu sedikit jika mahu

✔️ Minum 1- 2 cawan sehari, sebelum atau selepas makan ringan.
✔️ Minum suam, jangan terlalu panas.
✔️ Untuk kes sangat kembung / angin terperangkap, boleh minum pagi ➕ malam.
✔️ Lebihan boleh simpan di dalam peti sejuk, panaskan sebelum minum.
❌ Jangan ambil terlalu banyak herba pahit jika gastrik kuat.

Cikgu Pah
Cikgu Kelas Spa & Herba Terapi 🌿

PENAT DAH RAYA? SAKIT BADAN DAH DATANG?Hah yang mana badan dah mula ketat, lenguh-lenguh dah mari, Jom urut dengan Che M...
29/03/2026

PENAT DAH RAYA? SAKIT BADAN DAH DATANG?

Hah yang mana badan dah mula ketat, lenguh-lenguh dah mari,

Jom urut dengan Che Mat Tukang Urut Tradisional

Perkhidmatan mengurut dari rumah ke rumah sahaja.

Hanya RM100 sekitar Ampang sahaja.

Luar kawasan RM130-RM150 mengikut jarak.

Urutan seluruh badan selama sejam hingga sejam setengah.

Slot mengurut dibuka bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Sila Whatsapp awal untuk memudahkan jadual perjalanan ke tempat tuan-tuan.

https://api.whatsapp.com/send?phone=60172630476&text=UrutanRaya%20seluruh%20Badan%20

Address

Ampang

54200

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 21:00

Telephone

+60172630476

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Che Mat Tukang Urut Tradisional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share