05/01/2026
KEMPEN MENDERMA DARAH ANJURAN ANSARA DENGAN KERJASAMA HOSPITAL TUANKU FAUZIAH, PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI SERTA YAYASAN SUKARELAWAN SISWA
Dimaklumkan bahawa Kempen Derma Darah Pra-Ramadan 2026 anjuran Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) bersama Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Pusat Kesihatan Universiti (PKU UniMAP) serta Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) akan diadakan bagi membantu menambah bekalan darah di hospital khususnya menjelang bulan Ramadan.
Butiran program adalah seperti di poster.
Program ini terbuka kepada seluruh warga UniMAP dan orang awam yang layak menderma darah.
Semua dijemput hadir dan bersama-sama menjayakan kempen ini sebagai satu usaha murni yang mampu menyelamatkan nyawa.
PAMERAN KENALI UBAT ANDA (KUA) SEMPENA PROGRAM 20TH ANSARA ANNUAL NATIONWIDE PRE-RAMADAN BLOOD DONATION CAMPAIGN (ABDC) 2026
πTarikh: 6 Januari 2026 (Selasa)
β±οΈMasa: 10.00 pagi - 2.00 petang
π‘Tempat: Kafe Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (PFi2), UniMAP Pauh
πPenganjur: Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (ANSARA) Malaysia
Sambil menderma darah, jom temui anggota farmasi kami di booth Kenali Ubat Anda bagi mendapatkan info mengenai penggunaan ubat yang berkualiti. Anda boleh bertanya pelbagai soalan mengenai ubat-ubatan kepada anggota farmasi. Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti roda impian dan kuiz kesihatan.
Jumpa anda di sana! βοΈ
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Hospital Tuanku Fauziah
Kenali Ubat Anda KKM