Eyendra Optometry Balok

Eyendra Optometry Balok Kedai Cermin Mata

Ini adalah 3 masalah mata yang hari-hari Eyendra terima kes. ✅ Myopia (Rabun Jauh)Myopia berlaku bila bola mata sedikit ...
18/04/2026

Ini adalah 3 masalah mata yang hari-hari Eyendra terima kes.

✅ Myopia (Rabun Jauh)
Myopia berlaku bila bola mata sedikit lebih panjang atau kornea terlalu melengkung. Secara teknikal, cahaya yang masuk akan fokus di depan retina, sebab tu objek jauh nampak kabur tapi dekat jelas. Kebiasaannya berkait dengan faktor genetik dan juga “prolonged near work” (terlalu lama tengok phone/laptop).

Rawatan biasa ialah kanta minus (concave lens) yang bantu “tolak” fokus cahaya jatuh tepat atas retina.

✅ Hyperopia (Rabun Dekat)
Hyperopia p**a terjadi bila bola mata lebih pendek atau kuasa fokus mata kurang kuat. Cahaya akan fokus di belakang retina, menyebabkan objek dekat nampak kabur, kadang-kadang jauh masih boleh nampak jelas (terutama pada orang muda sebab mata masih boleh compensate). Secara teknikal, mata akan bekerja lebih kuat (accommodation), sebab tu mudah jadi penat mata atau sakit kepala.

Rawatan guna kanta plus (convex lens) untuk bantu bawa fokus ke retina.

✅ Astigmatism (Silau)
Astigmatism berlaku bila bentuk kornea atau kanta mata tak sekata (bukan bulat sempurna, lebih kepada bentuk oval). Ini menyebabkan cahaya masuk dan fokus pada lebih daripada satu titik, jadi imej nampak kabur, berbayang atau herot. Berbeza dengan myopia/hyperopia yang hanya fokus depan atau belakang retina, astigmatism ni melibatkan arah fokus yang tak konsisten.

Rawatan guna kanta silinder (cylindrical lens) yang direka khas ikut axis tertentu untuk betulkan arah cahaya supaya fokus jadi lebih tepat.

Dapatkan pemeriksaan mata dengan optometris Eyendra secara percuma sahaja ya. Detail dan menyeluruh..

🌙 Marhaban Ya Ramadhan 🌙Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi kita peluang untuk bertemu bulan yang penuh rahmat, keamp...
23/02/2026

🌙 Marhaban Ya Ramadhan 🌙

Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi kita peluang untuk bertemu bulan yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan. Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari & Muslim)

Semoga Ramadan kali ini mendidik hati kita menjadi lebih sabar, lebih syukur dan lebih dekat dengan-Nya. Moga setiap amal diterima dan setiap doa diangkat tanpa hijab.

Ikhlas daripada seluruh warga Eyendra Optometry ✨

Waktu operasi semua cawangan Eyendra adalah bermula jam 9.30am - 5.30pm.

"Aduhlah longgar p**ak spek. Tak sedap pakai dah.."Ada beberapa faktor yang menyebabkan spek mata anda mudah longgar. An...
14/02/2026

"Aduhlah longgar p**ak spek. Tak sedap pakai dah.."

Ada beberapa faktor yang menyebabkan spek mata anda mudah longgar. Antaranya ialah :

1. Haba (panas)
Punca paling biasa. Tinggal spek dalam kereta, dekat dashboard, atau pakai lama bawah panas terik dan haba buat frame plastik/acetate mengembang. Bila sejuk balik, dia tak kembali ke bentuk asal pastu jadi longgar.

2. Cara buka pakai spek (sebelah tangan)
Buka spek guna satu tangan bagi tekanan tak seimbang pada temple (kaki spek). Lama-lama, hinge jadi longgar dan frame senget atau kembang.

3. Skru & hinge longgar
Skru kecil pada hinge boleh longgar secara perlahan tanpa kita sedar. Bila dibiarkan lama, spek mula rasa tak fit, jatuh bila tunduk, dan nampak senget.

4. Saiz frame tak sesuai dengan muka
Kalau frame asalnya terlalu besar atau terlalu ketat, tekanan berlebihan pada bahagian tertentu akan buat spek cepat hilang bentuk.

Jadi kena jaga daripada menyebabkan spek jadi cepat longgar ya..

JAWATAN KOSONG‼️ FULL TIME𝘾𝙐𝙎𝙏𝙊𝙈𝙀𝙍 𝙎𝙀𝙍𝙑𝙄𝘾𝙀 (1 kekosongan)LOKASI : BALOK, KUANTAN✍1 Kekosongan (perempuan atau lelaki)✍ S...
03/02/2026

JAWATAN KOSONG‼️ FULL TIME

𝘾𝙐𝙎𝙏𝙊𝙈𝙀𝙍 𝙎𝙀𝙍𝙑𝙄𝘾𝙀 (1 kekosongan)

LOKASI : BALOK, KUANTAN
✍1 Kekosongan (perempuan atau lelaki)
✍ SPM ke atas
✍ Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang optikal
📍 KEMASUKAN DISEMBER 2025
📱Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi : www.wasap.my/+60192636578/csBALOK

Promosi diskaun 50% tengan onz lagi ni kat kedai spek Eyendra..!😍Dahla bingkai semua baru baru..rugi kalau tak grab cepa...
03/02/2026

Promosi diskaun 50% tengan onz lagi ni kat kedai spek Eyendra..!😍

Dahla bingkai semua baru baru..rugi kalau tak grab cepat cepat...

Cawangan Eyendra :
📍Penawar, Johor
📍Rompin, Pahang
📍Balok, Kuantan

Koleksi budak yang Eyendra bawak masuk ni kita fokus pada aspek lasak.Yang boleh lentur, selesa, dan warna yang menarik ...
13/01/2026

Koleksi budak yang Eyendra bawak masuk ni kita fokus pada aspek lasak.

Yang boleh lentur, selesa, dan warna yang menarik untuk anak-anak. Nak gi sekolah pun bersemangat!😍

Dapatkan di cawangan Eyendra berhampiran ya..

28/11/2025

JAWATAN KOSONG‼️ PART TIME

𝘾𝙐𝙎𝙏𝙊𝙈𝙀𝙍 𝙎𝙀𝙍𝙑𝙄𝘾𝙀 (1 kekosongan)

LOKASI : BALOK, KUANTAN
✍1 Kekosongan (perempuan atau lelaki)
✍ SPM ke atas
✍ Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang optikal
📍 KEMASUKAN DISEMBER 2025
📱Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi : www.wasap.my/+60192636578/csBALOK

Haa korang dah nak cuti sekolah nanti ni 🤩 Esok kalau free moh  singgah Eyendra.😉😊Ada banyak promosi tau Eyendra buat; a...
26/11/2025

Haa korang dah nak cuti sekolah nanti ni 🤩 Esok kalau free moh singgah Eyendra.😉😊

Ada banyak promosi tau Eyendra buat; antaranya

✨ Upgrade Cermin secara PERCUMA.
✨ Diskaun 50% branded Frame
✨ Pemeriksaan Mata secara PERCUMA
✨ Cabutan bertuah

Banyak lagi lah kalau nak bagitau.😆 Nak tahu yang lebih-lebih tu kenalah datang Eyendra dulu.🤗

Esok eyendra buka macam biasa dari pukul 9 pagi hinggah 7 petang deh dan buka SABTU HINGGA ISNIN. AHAD cuti. Jumpa esok ya.😁

📍Eyendra Optometry, Balok, Kuantan, Pahang

Orang yang ada penyakit mata boleh pakai spek tak? Biasanya yang ada selaput, katarak, diabetik retinopathy disebabkan k...
14/11/2025

Orang yang ada penyakit mata boleh pakai spek tak? Biasanya yang ada selaput, katarak, diabetik retinopathy disebabkan kencing manis..

Kalau keadaan penyakit matanya yang belum matang, cermin mata masih boleh membantu ditambah dengan cara untuk lambatkan pertumbuhan penyakit tu.

Tapi kalau dah berkenan dengan design hensem macam ni kaut je satu. Buat cermin auto gelap fuh! double kill....😎

PUMA design baru ni. Jom cuci mata kat cawangan Eyendra..

Address

B16, Lorong Balok Darat 13, Pusat Perniagaan Balok
Balok
26100

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:30
Tuesday 10:00 - 18:30
Wednesday 10:00 - 18:30
Thursday 10:00 - 18:30
Friday 10:00 - 18:30
Saturday 10:00 - 18:30

Telephone

+60192636578

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eyendra Optometry Balok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category