Jabatan Perubatan Kesihatan Awam-Hospital Al-Sultan Abdullah

Jabatan Perubatan Kesihatan Awam-Hospital Al-Sultan Abdullah Ini adalah Facebook Rasmi Jabatan Perubatan Kesihatan Awam-Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam.

SELAMAT HARI KESIHATAN SEDUNIA 2026Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2026 dengan tema “Together for Health, Stand with Scie...
07/04/2026

SELAMAT HARI KESIHATAN SEDUNIA 2026

Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2026 dengan tema “Together for Health, Stand with Science”, marilah kita bersama-sama menghargai peranan penting petugas kesihatan sebagai tunjang utama sistem kesihatan.

Dedikasi dan pengorbanan mereka memastikan masyarakat terus mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Sokongan terhadap kesejahteraan fizikal dan mental mereka amatlah penting demi sistem kesihatan yang kukuh.

NAK SIHAT SIRI 7/2026 : PANDUAN MENGHADAPI MUSIM PANASDisertakan infografik dibawah tips menghadapi cuaca panas. Diserta...
31/03/2026

NAK SIHAT SIRI 7/2026 : PANDUAN MENGHADAPI MUSIM PANAS

Disertakan infografik dibawah tips menghadapi cuaca panas. Disertakan juga sumber untuk mengetahui status cuaca panas harian daripada Jabatan Meteorologi Malaysia.

Salam dihulur tanda ingatan, Moga ukhuwah sentiasa berkekalan,Selamat Hari Raya kami ucapkan,Buat keluarga dan juga kena...
20/03/2026

Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhuwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya kami ucapkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Hospital Al-Sultan Abdullah.

NAK SIHAT SIRI 6/2026 : PANDUAN PENGURUSAN STRES - TEKANAN SEBAGAI PEMACU, BUKAN PENGHANCUR Kita perlu menyedari hakikat...
16/03/2026

NAK SIHAT SIRI 6/2026 : PANDUAN PENGURUSAN STRES - TEKANAN SEBAGAI PEMACU, BUKAN PENGHANCUR

Kita perlu menyedari hakikat bahawa, adakalanya, tekanan adalah elemen yang perlu untuk memacu prestasi ke tahap tertinggi. Ibarat sebiji permata yang hanya akan terbentuk menjadi amat bernilai dan berkilau di bawah tekanan yang tinggi, begitulah juga stres yang terkawal (eustress) mampu menajamkan tumpuan, meningkatkan motivasi, dan mengasah potensi sebenar setiap individu.

Walau bagaimanapun, tekanan yang keterlaluan, berpanjangan, dan tidak terkawal akan membawa kepada kemerosotan. Aliran stres yang salah atau berlebihan tidak akan "mengilap" kita, sebaliknya akan "meretakkan" kesejahteraan mental, emosi, dan fizikal. Ini akhirnya membawa kepada kelesuan (burnout) dan kejatuhan prestasi secara mendadak.

Infografik yang dilampirkan ini direka khas untuk membantu anda memahami cara untuk mengawal dan menyalurkan stres melalui saluran yang betul bagi mencapai kitaran kesejahteraan yang lestari.

Semoga panduan ini dapat membantu kita semua kekal berprestasi tinggi dalam persekitaran kerja yang sihat.

NAK SIHAT SIRI 5/2026Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada 12 Mac 2026, marilah kita bersama-sama mening...
12/03/2026

NAK SIHAT SIRI 5/2026

Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada 12 Mac 2026, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan buah pinggang dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Sayangi buah pinggang anda!

NAK SIHAT SIRI 4/2026Pemilihan pemakanan ketika sahur dan berbuka amatlah penting ketika bulan Ramadan. Sehubungan itu, ...
10/03/2026

NAK SIHAT SIRI 4/2026

Pemilihan pemakanan ketika sahur dan berbuka amatlah penting ketika bulan Ramadan. Sehubungan itu, dilampirkan infografik “Pemakanan Seimbang : Sahur dan Berbuka” sebagai rujukan. Diharapkan infografik ini dapat memberi manfaat dan diamalkan dalam kehidupan seharian.​

NAK SIHAT SIRI 3/2026Berikutan peningkatan kes Tuberkulosis (TB) kebelakangan ini, marilah kita bersama-sama meningkatka...
10/03/2026

NAK SIHAT SIRI 3/2026

Berikutan peningkatan kes Tuberkulosis (TB) kebelakangan ini, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran dengan mengenali tanda dan simptom penyakit ini serta memperkukuhkan tanggungjawab kita sebagai pengamal perubatan.

Kepekaan terhadap pengesanan awal, pematuhan kepada langkah kawalan jangkitan, serta tindakan susulan yang sewajarnya amat penting dalam membendung penularan TB di fasiliti kesihatan dan komuniti.

NAK SIHAT SIRI 2/2026Bersempena Hari Kanser Sedunia, Jabatan Perubatan Kesihatan Awam ingin mengambil perhatian warga HA...
09/03/2026

NAK SIHAT SIRI 2/2026

Bersempena Hari Kanser Sedunia, Jabatan Perubatan Kesihatan Awam ingin mengambil perhatian warga HASA mengenai pentingnya pencegahan dan pengesanan awal. Infografik 'KANSER: Kenali Risiko Anda, Cegah Bersama' ini disediakan untuk membantu anda memahami faktor risiko utama serta langkah mudah yang boleh diambil untuk melindungi diri.

Mari bersama memainkan peranan dalam membina komuniti yang lebih sihat dan berinformasi.

NAK SIHAT SIRI 1/2026Ramadan adalah masa terbaik untuk membentuk gaya hidup sihat. Sehubungan itu, dilampirkan infografi...
04/03/2026

NAK SIHAT SIRI 1/2026

Ramadan adalah masa terbaik untuk membentuk gaya hidup sihat. Sehubungan itu, dilampirkan infografik “Tiga Kunci Sihat di Bulan Ramadan” sebagai panduan ringkas untuk penjagaan kesihatan sepanjang berpuasa.

Diharapkan infografik ini dapat memberi manfaat dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Nak Sihat Siri 19/2025 : Kandungan Serat dalam Makanan"Lebihkan Warna di Pinggan Anda – Lebihkan Buah & Sayur!"
24/09/2025

Nak Sihat Siri 19/2025 : Kandungan Serat dalam Makanan

"Lebihkan Warna di Pinggan Anda – Lebihkan Buah & Sayur!"

Mari sertai kami dalam Program Sembang Sihat Bersama Pakar bersempena Hari Jantung Sedunia – Don’t Miss a Beat!
24/09/2025

Mari sertai kami dalam Program Sembang Sihat Bersama Pakar bersempena Hari Jantung Sedunia – Don’t Miss a Beat!

Nak Sihat Siri 17/2025 : Fakta Menarik Mengenai Serat"Lebihkan Warna di Pinggan Anda – Lebihkan Buah & Sayur!"
11/09/2025

Nak Sihat Siri 17/2025 : Fakta Menarik Mengenai Serat

"Lebihkan Warna di Pinggan Anda – Lebihkan Buah & Sayur!"

Address

KS359 Pintu Utama UiTM
Bandar Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60333963000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perubatan Kesihatan Awam-Hospital Al-Sultan Abdullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Jabatan Perubatan Kesihatan Awam-Hospital Al-Sultan Abdullah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram