KHASIAT MORINGA (KELOR / MERUNGGAI) MENURUT KAJIAN SAINS
1. KAYA DENGAN ANTIOKSIDA
Moringa diperkaya dengan kebaikan antioksida yang dapat melindungi sel daripada kerosakan di samping menguatkan sistem imun badan
2. MENSTABILKAN PARAS GULA DALAM DARAH
Moringa juga mengandungi sebatian yang dinamakan chlorogenic acid yang dikatakan dapat mengurangkan paras gula dalam darah.
3. MENGURANGKAN KERADANGAN
Moringa sering digunakan sebagai ramuan tradisional bagi merawat keradangan
4. MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL
Kadar kolesterol yang tinggi dalam darah sering dikaitkan dengan risiko penyakit jantung.
5. BAIK UNTUK KESIHATAN KULIT
Minyak biji moringa sangat baik untuk melindungi kulit daripada radikal bebas dan bagus untuk kesihatan kulit serta rambut.
6. BERPOTENSI SEBAGAI ANTIKANSER
Kajian mendapati ekstrak daun moringa mampu memperlahankan perkembangan sel kanser pankreas dan meningkatkan keberkesanan sesi kemoterapi.
7. MERANGSANG PENGHASILAN SEL DARAH MERAH
Biji moringa kaya dengan zat besi iaitu mineral yang penting bagi penghasilan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah pula boleh mengundang kepada masalah anemia.
8. MEREDAKAN ASMA
Moringa juga dikatakan dapat meredakan serangan asma serta berupaya mencegah pengecutan alur pernafasan.
9. MENINGKATKAN KESIHATAN TULANG
Antara manfaat lain yang ditawarkan oleh moringa ialah ia dapat meningkatkan kesihatan tulang dengan khasiat kalsium dan fosforus yang terkandung di dalamnya.
Be the first to know and let us send you an email when Kopi Moringaflex posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.