pilihanibu

pilihanibu Assalamualaikum and hi to all mommies. Page ni kak yan buat special untuk share info on breastfeeding, health and parenting tips.

Feel free untuk jengah2 website online kak yan www.makanansihat.com dan blog kak yan azyanmasiron.com www.PilihanIbu.com is an online boutique for moms & babies. In order to support breastfeeding, our focus is to not only to sell breastfeeding gadgets : MLO, Spectra, Medela, Bumbleebee, MAM, YHAB, Earth Mama Angel Baby and etc. We also provides b our customer with FREE breastfeeding consultation. It's our pleasure to help our customer with the best services.

MSG ialah serbuk perisa yang digunakan meluas dalam makanan yang diproses seperti ajinomoto dan selainnya.  Hakikatnya i...
13/07/2020

MSG ialah serbuk perisa yang digunakan meluas dalam makanan yang diproses seperti ajinomoto dan selainnya.

Hakikatnya ia menimbulkan pelbagai gejala kesihatan yang tidak baik seperti penyakit berkaitan saraf, pereputan kalsium, dan juga degupan jantung yang laju.

Pengambilan Cuka Tin selepas makan sangat baik untuk meneutralkan makanan yang telah masuk ke perut kita. Lazimilah setiap kali lepas makan dengan dicampur bersama air suam.

Moga bermanfaat

TAK SAYANG MAK BAPAK KE?Ramadhan kali ini berbeza dari Ramadhan tahun lepas. Dari segi budaya, kebanyakan kita berbuka p...
17/04/2020

TAK SAYANG MAK BAPAK KE?

Ramadhan kali ini berbeza dari Ramadhan tahun lepas. Dari segi budaya, kebanyakan kita berbuka pada hari pertama di rumah ibubapa kita. Sambung bersolat tarawih di surau atau masjid. Selepas itu, kita more kemudian minta diri untuk pulang ke rumah.

Sebelum berbuka, bersama-sama dengan adik beradik memasak, bertanya khabar dan membersihkan rumah ibubapa kita. Tidak semua adik beradik yang hadir. Mereka yang berkesempatan, akan berkumpul dan berbuka bersama ibu dan bapa sebagai tanda kesyukuran kerana kita masih ada mereka di dunia ini. Itu yang saya lakukan saban tahun. Kebetulan rumah ibubapa saya jauhnya tidak sampai 30 minit.

Namun pada kali ini, keadaan berbeza. Kita yang ada kesempatan dan jarak rumah pun tidak jauh, tetapi kita tidak digalakkan untuk menziarahi mereka. Kecuali jika mereka benar-benar uzur, kerana kita tidak mahu mereka menjadi mangsa jangkitan Covid-19.

Apa salahnya kita berziarah? Kita bukannya positif Covid-19.

Ramai yang tidak tahu fakta ini. Pertama kita tidak tahu yang kita ini positif atau tidak kerana kita tidak melakukan sebarang ujian saringan. Jika kita positif pun, mungkin kita tidak tahu. Lebih-lebih lagi kita terpaksa keluar rumah untuk menjalankan tugas, berada di khalayak ramai dan tidak mengambil langkah pencegahan iaitu memakai topeng hidung dan mulut, serta tidak kerap membasuh tangan. Siapa sangka orang yang kita temui adalah mereka yang positif Covid-19 yang belum lagi menunjukkan sebarang simptom. Tanpa kita sedari kita mungkin dijangkiti dan virus berada dalam tubuh tanpa menunjukkan tanda demam, batuk dan selsema selama 14 hari.

Kemudian kita balik kampung, berjumpa dengan ibubapa yang semakin uzur.

Fakta kedua, ibubapa kita sangat mudah dijangkiti serta menunjukkan tanda jangkitan atau simptom dengan cepat. Jika mereka dijangkiti, kebarangkalian mengalami komplikasi jangkitan paru-paru, dan jantung adalah tinggi. Mereka kemungkinan dimasukkan ke wad ICU. Dan kebarangkalian mereka tidak dapat diselamatkan (meninggal dunia) sangat tinggi, biarpun dirawat di hospital.

Ini kerana mereka adalah wargamas yang berusia 65 tahun ke atas. Daya tahan tubuh mereka rendah. Apatah lagi jika mereka mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

Perangkaan yang dikeluarkan setiap hari oleh KKM menunjukkan kebanyakan pesakit yang meninggal dunia adalah pesakit yang sudah berusia (65 tahun ke atas) dan mereka yang menghidap penyakit kronik.

Kita sayangkan ibubapa kita. Tetapi kali ini kita tunjukkanlah dengan cara yang berbeza.

Jangan balik ke kampung. Tinggal di rumah kita. Kita boleh kirimkan barang atau hadiah untuk mereka. Kita boleh menelefon mereka. Buatlah panggilan video (video call). Tentu lebih selamat dan menunjukkan kasih sayang kita.

Tinggal di rumah. Itu lebih baik dan selamat untuk ibubapa kita.

Semoga bermanfaat.

*Bingkisan pagi*Semoga kita semua sentiasa sihat dan berada dalam rahmat Allah swt. Marilah kita bersyukur kepada Allah ...
28/03/2020

*Bingkisan pagi*

Semoga kita semua sentiasa sihat dan berada dalam rahmat Allah swt. Marilah kita bersyukur kepada Allah swt kerana masih memajangkan usia kita.

Jangan lupa pagi ini sebelum kita beraktiviti meskipun tinggal di rumah,kita amalkan dulu 2 SB PMZ atau 1 SB Olivie30 atau 1 ST OPU. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kita asbab kita amalkan sunah nabiNya yang mulia Muhammad saw.

Dalam suasana wabak covid19 ni marilah sama2 kita menjaga kesihatan masing2, jaga pemakanan seharian, tingkat imunisasi badan , in sya Allah. Moga kita istiqamah.

**covid 19 plz go away

khasiat vco
19/08/2019

khasiat vco

29/05/2019

Kosmetik yang tidak sesuai untuk ibu2 mengandung

Tak susah nak cari madu asli. Roger je kak Yan๐Ÿ˜Š.Alhamdulillah... Para pakar telah membuktikan bahawa Madu Tualang mempun...
07/04/2019

Tak susah nak cari madu asli. Roger je kak Yan๐Ÿ˜Š.

Alhamdulillah... Para pakar telah membuktikan bahawa Madu Tualang mempunyai manfaat antikuman, antiradang, antioksidan, antimutagenik, antikanser, dan antidiabetes, sebagai tambahan penyembuhan luka (Sarfarz Ahmed, 2013)

Berikut feedback dari customer kami.

berminat??? watsup kak yan segera ok
๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

www.wasap.my/60192406484/
www.wasap.my/60192406484/
www.wasap.my/60192406484/

Ds wanted๐Ÿ˜Š

Jom dengar perkongsian dari Dr Zubaidi.WANITA & KANSER di radio IKIM pada hari pagi ini 12 Mac 2019 jam jam 9.30 pagi.Dr...
12/03/2019

Jom dengar perkongsian dari Dr Zubaidi.

WANITA & KANSER di radio IKIM pada hari pagi ini 12 Mac 2019 jam jam 9.30 pagi.

Dr Zubaidi akan terangkan

->apakah penyakit kanser yang sering dikaitkan kepada
->bagaimana kanser tersebut menyerang lebih banyak kepada wanita dan apakah simptom-simptomnya.
->bagaiman penyakit kanser ini boleh dicegah melalui pemakanan.

Semoga bermanfaat.

kak Yan
-makanansihat.com-

Dari perkongsian Dr Zubaidi ~>Punca & Kesan Period Tidak Teratur Dan Bagaimana Cara Mengatasinya1. KegemukanBerat badan ...
26/02/2019

Dari perkongsian Dr Zubaidi ~>

Punca & Kesan Period Tidak Teratur Dan Bagaimana Cara Mengatasinya

1. Kegemukan

Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

2. Kehamilan

Haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana o**m yang dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan.

3. Berlebihan Hormon Prolaktin

Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

4. Terlalu Kurus

Tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yang sihat & seimbang.

5. Masalah Kesihatan

Sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yang memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

6. Menopaus

Ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

7. Pencegah Hamil

Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

8. Tekanan / Stress

Stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid. Oleh itu, elakkan diri anda daripada berada di dalam keadaan tertekan sepanjang masa. Anda boleh mengurangkan stress dengan memanjakan diri di spa atau merancang percutian bersama keluarga.

9. Penyusuan Badan

Sekiranya anda menyus**an bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yang langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

10. Tersilap Pengiraan

40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke โ€˜hari suburโ€™ dan kesilapan menjangka kedatangan haid yang seterusnya.

11. Masalah Tyroid

Hormon yang dirembeskan oleh thyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita. Thyroid yang berada di bahagian tengkuk kita boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang lain

Cara Mengatasi Period Tidak Teratur

1. Jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang
2. Kawal berat badan dan kekalkan berat badan yang sihat
3. Amalkan gaya hidup sihat
4. Elakkan stress

www.makanansihat.com/kacip-fatimah/




RM90/60kapsul

Indahnya perkahwinan jika Islam jadi landasan utama๐Ÿ˜‰.
23/02/2019

Indahnya perkahwinan jika Islam jadi landasan utama๐Ÿ˜‰.

Luv our kids๐Ÿ˜ŠSalam Jumaat Mommies
22/02/2019

Luv our kids๐Ÿ˜Š

Salam Jumaat Mommies

Sebenarnya hampir setiap hari,
KITA DERA ANAK SENYAP-SENYAP.
Yes, memang kita tak pukul anak dengan kayu golf,
kita tak rotan anak dengan paip getah,
kita tak sebat anak dengan tali pinggang,
kita tak ikat anak kat pokok rambutan,
kita tak tampar anak sampai berbekas,
kita tak maki anak depan orang,
kita tak cekik anak bila mereka nakal,
sebab kita tahu--
itu adalah penderaan.
Itu kejam.
Itu dosa.
Dan itu semua tak membantu malah membantut perkembangan anak.
Tapi yang kita tak tahu dan tak sedar adalah--
kita juga sebenarnya sedang mendera anak-anak.
Kita ingat kita tak dera,
kita ingat apa yang kita buat selama ni "takpe",
tapi rupanya--
KITA SEDANG DERA ANAK DALAM-DALAM.
Kenapa saya kata dalam-dalam?
Sebab "penderaan senyap" ni mampu membunuh emotional intelligence dan self-esteem anak-anak.
Emosi & self-esteem--
adalah dua elemen yang sangat penting,
dan ambil masa yang sangat lama untuk dibentuk,
tapi sangat mudah untuk dibunuh.
Ada beberapa "sikap" ibu bapa,
yang sebenarnya berbentuk penderaan,
walaupun ibu bapa tersebut tak pernah meninggikan suara atau naik tangan.
This is what we call--
penderaan senyap.
Dan penderaan senyap ni dikatakan memberi kesan amat buruk terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak, SAMA seperti penderaan fizikal atau penderaan yang nyata.
So hari ni, saya nak kongsikan 7 jenis penderaan senyap yang dilakukan oleh ramaiiiiii ibu bapa, tanpa disedari.
1) Ignorance & expressionless reaction
Atau dalam Bahasa Malaysia,
mengabaikan dan tidak memberi ekspresi atau reaksi.
Contohnya,
bila anak tengah bercerita atau menunjukkan sesuatu,
kita buat tak tahuuuuu je.
Langsung tak beri sebarang reaksi.
Ni banyak berlaku bila kita layan anak "sambil-sambil" buat benda lain.
Nak main dengan anak, tapi tangan tengah layan Facebook.
Nak buat homework dengan anak, tapi mata tengok fattah amin kat TV.
Maka jadi lah anak tu seperti bercakap dengan dinding.
Sebab "expressionless" kita sama macam dinding. ๐Ÿ˜’
Contoh lain, bila anak menyuarakan pendapat atau keinginan,
kita terus deny atau mengabaikan pendapat tersebut.
Contoh, bila anak cakap;
"Mama, Haikal rasa nak pakai baju warna hijau la hari ni."
Kita terus jawab, "Tak payah la."
Dan terus bagi baju warna lain.
Kalau kita di tempat anak tu, apa kita rasa?
Menurut kajian, anak yang selalu mendapat layanan macam ni,
takde keyakinan diri dan selalu membuat keputusan yang salah dalam hidupnya.
Sebab?
Keputusan mereka tak pernah didengari dan selalu kena akur dengan keputusan orang lain.
2) Stonewalling
Ni lebih kurang macam point kat atas tadi--
anak bercakap dengan dinding.
Especially bila parents sengaja melambat-lambatkan menjawab soalan anak,
atau malas nak layan soalan anak.
Kalau jawab pun macam tak kena dengan soalan yang diberi.
Contoh bila anak tanya,
"Mama s**a warna apa?"
Kita jawab, "Entah. Pape je laaa."
Kalau jumpa mak bapak cemni, bancuh simen dan tuang kat muka diorang.
Biar jadi dinding betul. ๐Ÿ˜‘
Please parents.
When you say quality time with children,
that means 101% of your attention goes to them.
Bukan sambil-sambil.
Kerana "sambil" itu sebenarnya mendera anak-anak.
3) Mengejek atau merendah-rendahkan anak depan orang lain
Contoh bila ada orang puji anak kita,
"Ya Allah baiknya Haikal ni. S**a betul tengok dia."
Tapi kita jawab,
"Baik?? Puihhh! Makan bersepah, s**a kencing malam, main tak reti kemas, kuat nangis, malas mandi, bla bla."
Konon-konon kita taknak riak dengan orang yang memuji tadi.
Tapi tanpa sedar, kita terkutuk dan membuka aib anak sendiri depan orang lain.
Anak pun terluka bila dengar.
Terus anak tu berdendam nak balas balik bila mak dia dah tua nanti. ๐Ÿ˜‚
So never make fun of your child in front of other people.
Bila orang puji anak kita, say Alhamdulillah.
Pandang muka anak dan cakap, "Thank you for being a good son. I'm proud of you."
Lantak la orang nak cakap riak ke apa.
We are showing a good example to our children.
A good sense of appreciation and being thankful to have them.
4) Gaslighting.
Gaslighting means--
meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak.
Contoh kalau anak cerita, kat sekolah tadi ada orang baling pemadam sampai kena mata dia.
Tapi kita jawab, "Alahh biasa la tu. Abaikan je."
Atau bila anak cerita yang dia nampak sesuatu yang menakutkan.
Kita cuma cakap,
"Aaahh mengarutlah. Mana ada hantu. Awak mengelamun je tu."
Sikap ibu bapa yang s**a gaslighting macam ni akan buat anak-anak keliru dengan diri, dan hilang kepercayaan pada diri.
Anak-anak akan rasa setiap apa yang dibuat atau difikirkan adalah salah dan tak penting.
Nasihat saya untuk parents macam ni,
stop tengok drama pukul 7, dan fokus kepada anak.
Sebab yang banyak mengelamun tu sebenarnya bukan anak, tapi--
KAU. ๐Ÿ˜’
Sepatutnya bila anak nak cerita atau beritahu sesuatu,
mata dan telinga sepenuhnya kepada mereka.
And never deny what they feel.
Peluk and tell them,
"Don't worry. I am here with you. Everything will be fine."
5) Hypercritical
Sejenis ibu bapa yang cerewet,
terlalu banyak complaint,
terlalu banyak yang tak kena di matanya.
Anak comot sikit, marah.
Anak terlanggar sikit, marah.
Anak buat lawak sikit, marah.
Anak nak rehat kejap, marah.
Anak pakai baju lain seluar lain, marah.
Anak silap baca sikit, marah.
Anak pelat cakap sikit, marah.
Anak dapat no.2 dalam kelas, marah.
Semuaaaaaaaa benda,
kalau tak perfect--
marah.
Ibu bapa yang hypercritical atau banyak complaint macam ni,
sebenarnya bukan sebab nak anak perfect sangat,
tapi diri dia sendiri tiada sifat syukur dan tak boleh terima kekurangan diri sendiri yang terrrrlalu banyak.
So cermin diri sebelum expect perfection daripada anak-anak.
Happy life is not about perfection.
It's about embracing the imperfections, and cherish the small good things.
6) Kurang memuji, tak ucap sayang, dan tak menzahirkan sokongan.
Ada kan parents macam ni?
Jarangggggg sangat cakap i love you kat anak-anak.
Sebab ego.
Dan bila anak capai sesuatu,
jarangggggg sangat ucap tahniah.
Lagi teruk bila just respond, "Alaa biasa je tu. Abah dulu lagi hebat."
Huk aloh ๐Ÿ˜‘
Dan bila anak tengah nervous nak masuk competition ke apa,
kita tak menzahirkan sokongan kepada anak,
tak datang masa competition berlangsung,
dan tak bagi kata-kata semangat kat anak.
Sebab kita rasa tak penting.
If you are this kind of parent,
jangan terkejut bila anak dah berjaya capai macam-macam nanti,
mereka tak ucap terima kasih pun kat ibu bapa mereka.
Sebab sikap kita sendiri yang minta untuk tidak dihargai.
7) Mendiamkan sesuatu kesilapan dan menjadikan ia kebiasaan.
Contoh,
bila kita dapat aduan dari pihak sekolah,
yang anak kita ponteng sekolah, atau anak kita buli rakan lain,
kita buat tak tahuuuu dan anggap aduan tersebut seperti angin lalu di ufuk timur yang lama-lama akan hilang sendiri.
Kita lepas tangan.
Kita tak berdepan dengan anak,
tak heart-to-heart talk dengan anak,
tak bantu anak untuk menjadi orang yang lebih baik.
Perangai parents yang macam ni kalau dibiarkan berlarutan,
akan menyebabkan anak semakin "menjadi-jadi".
Kerana bagi anak, semua kesalahan yang dilakukan itu "takpe" dan bukan dosa di mata ibu bapa mereka.
Kalau ada cikgu-cikgu yang berhadapan dengan ibu bapa yang lepas tangan camni,
better hantar anak-anak ni kat rumah anak yatim je.
Buat apa nak ada parents kalau parents asyik lepas tangan? ๐Ÿ˜’
Baik jadi anak yatim je.
Entah-entah perhatian yang mereka dapat dekat sana lebih bagus.
Haa sekarang nak mengaku pulak itu anak-anak kau. ๐Ÿ˜‚
So itu lah antara penderaan-penderaan senyap yang tak disengajakan,
tapi banyakkkkk berlaku dalam masyarakat kita.
Tak payah tengok rumah orang lain,
kat rumah sendiri pun ada berlaku.
Kan?
Jangan pandang remeh tentang isu ni sebab effect dia terhadap perkembangan anak adalah sama seperti penderaan-penderaan nyata atau yang berbentuk fizikal.
Cuma penderaan senyap ni berlaku secara dalaman dan perlahan-lahan kesan buruk dia datang.
Dan yang paling menyedihkan,
it's considered NORMAL in our culture.
Masyarakat kita biasanya pandang remeh tentang isu-isu yang melibatkan emosi anak-anak macam ni.
So how to fix this?
By changing ourselves.
By fixing our relationship with our own children.
By having more interaction and communication with them.
Dan berdoa lah supaya anak-anak kita nanti dijaga dan ditemukan dengan orang-orang yang baik dan hati-hati yang memuliakan mereka sepanjang hidup mereka.
Let's stop this "quiet" abuse.
And may all of us be the parents who always help their kids to grow happily and successfully.
Ameen.
Untuk lebih banyak tips keibubapaan dan tips psikologi santai untuk ibu bapa, boleh follow saya Adlil Rajiah, dan dapatkan dua buku bestseller saya--
& .
Dalam buku-buku ni ada banyakkkkkk lagi tips yang akan buat korang tak boleh stop baca. ๐Ÿ˜‰
Boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran,
atauuuu boleh order directly from me, dan dapat sekali tandatangan & SPECIAL GIFTS!
Whatsapp: 011 5289 0825
www.wasap.my/601152890825
More info about these books:
https://goo.gl/xsYp1V
Have a nice day, pipol!

Address

Bangi
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when pilihanibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to pilihanibu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Our Story

Assalamualaikum and hi to all mommies. Page ni kak yan buat special untuk share info on breastfeeding, health and parenting tips.

Feel free untuk jengah2 website online kak yan www.makanansihat.com dan blog kak yan azyanmasiron.com