27/11/2025
Tengahari tadi ada buat rawatan outcall di Hospital Pengajar UPM untuk pesakit masalah kanser lymphoma. Ini adalah rawatan kali kedua selepas kali pertama pada hari ahad lepas.
Pesakit ini seorang wanita berusia 75 tahun dengan keadaannya ada 5 tiub di tubuhnya. Tiub pertama, tiub nasogastrik iaitu di hidung bagi menyalurkan susu atau ubat-ubatan terus ke perutnya. Kedua, tiub pada peparunya bagi mengeluarkan cecair yang terkumpul di dalam organ tersebut. Tiub ketiga, kateter urin iaitu bagi mengeluarkan air kencing ke dalam beg saliran. Dan tiub terakhir, dua-duanya tiub fistula pada kedua celah ari di kakinya bagi tujuan dialisis. (bayangkan macamana nak merawatnya๐๐)
Pertama kali merawatnya pada ahad lepas, aku merawat sekadar yang mampu di tekan kerna kekakangan point untuk di tekan dan keadaan pesakit yang sangat lemah ketika itu. Tapi aku yakin sahaja tika merawatnya kerna ada pengalaman yang lebih kritikal dari pesakit ini.
Alhamdulillah keesokkan harinya (hari isnin) anak pesakit tersebut WhatsApp aku, mengatakan ibunya kencing begitu banyak hingga penuh beg urin tersebut dan kedua-dua kaki yang sembab kembali normal sedikit. Terus sahaja anaknya menyuruh aku kembali merawat ibunya. Tapi hari tersebut aku menerima berita mengejut di kampung halaman, nenek isteriku meninggal dunia.
Jadi rawatan hanya mampu di lakukan pada hari ini. Alhamdulillah aku melihat keadaan makcik ini sangat ceria serta mampu berbual dengan aku lagi. Bila di rawat pada tubuhnya, banyak point saraf sudah baik dari sebelumnya dan mampu minum sedikit air di mulutnya tanpa tersedak. SYUKUR ALHAMDULILLAH..
Siap merawat makcik tersebut, terus aku ke Semenyih merawat pesakit masalah Bell Palsy. Ini adalah kes dua aku merawat kes yang serupa pada bulan ini. Penyakit ini keadaan yang menyebabkan kelemahan atau kelumpuhan sementara pada otot sebelah muka, biasanya berlaku secara tiba-tiba.
Esok ada lagi buat rawatan outcall di luar untuk rawatan susulan penyakit fatty liver. Semoga aku terus kuat berbakti kepada masyarakat yang memerlukan pertolongan selagi hayat di kandung badan.
Amin Ya Rabbal Alamin (ุขู
ูู ูุง ุฑุจ ุงูุนุงูู
ูู)