30/09/2021
Ada member tanya,
Bro, berapa sebulan air purifier Coway?
Dengan tangkas aku pun tanya. Ko nak model yang mana satu?
Member aku pun dengan konfiden nya menjawab, Ombak!
Ombak tu penapis air la! Yang ko nak tanya tu ada berapa filter, tauk tak?
Alah, yang 6 filter tu.
Owh, tu nama nya LOMBOK. Yang baru ni lombok 3. RM 90 sebulan, kontrak 5 taun.
Terus member aku tu berdiri menggunakan tapak tangan kiri kerana terkejut.
Mak ai, mahal giler. Aku tengok brand lain murah jer. Ada yang tak sampai pun RM 500 cash.
Brand Panasnik pun RM 400 je lah woi.
Aku pun tarik nafas panjang. Ko sini kejap, aku terangkan apa yang ko dapat dari RM 90 sebulan ni.
Member aku yang masih berdiri atas tapak tangan kiri tadi pun turun, dan duduk macam manusia normal.
Macam ni lah, aku rasa aku tak payah lah nak cerita teknikal sangat.
6 filter, ada hepa filter, ada RBD plasma, ada kelulusan sirim semua tu ko google lah sendiri.
Yelah, zaman sekarang ni buat apa nak percaya cakap orang bulat-bulat. Semua benda boleh google kot.
RM 90 sebulan ni ko dapat,
1) Free servis 2 bulan sekali
2) Free tukar filter 4 bulan sekali
3) Free alat ganti kalau ada kerosakan
4) Free penghantaran dan pemasangan.
Selepas mendengar penjelasan aku, member aku terus macam berminat.
Ow, free ek semua? bayar bulan je lah?
Ye, semua free, tak ada hidden charges. Bayar bulan jer.
Namun, member aku tu tetap dengan pendirian yang RM 90 sebulan tu mahal.
Aku pun menggunakan teknik gurun halilintar ke 17 yang di turun kan oleh seorang guru di jawa.
Bro, dia macam ni lah, apa beza kuali RM 50 dengan kuali RM 150?
Dua-dua ko pakai pun dapat masak.
Tapi, berapa lama kuali tu bertahan?
Ko yakin ke dengan material kuali RM 50?
Selamat ke?
Tak memberi kesan ke dekat kesihatan ko?
Kuali RM 50 boleh goreng makanan tak melekat?
Member aku pun terdiam seketika. Sambil menggoyangkan kaki nya.
Aku pun bertanya, wei Edwin ko setuju tak dengan apa aku cakap ni?
Aku setuju, cuma…
Cuma apa lagi?
Aku tak ada kredit kad la bro.
Aku pun menjawab dengan nada yang macho, hoi, pakai debit kad pun boleh la.
Lantas member aku pun setuju membeli Lombok 3 untuk rumah mak ayah nya di kampung.
-T A M A T-