Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat

  • Home
  • Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat

Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat Penyayang, Profesionalisme & Kerja Berpasukan

JOHOR 1 HOUR CLEAN UP kembali lagi !Sabtu Minggu Ke3, 20 Jan 20241 jam jer...9.00 pagi-10.00 pagi Jangan lupa snap gamba...
18/01/2024

JOHOR 1 HOUR CLEAN UP kembali lagi !
Sabtu Minggu Ke3, 20 Jan 2024
1 jam jer...9.00 pagi-10.00 pagi
Jangan lupa snap gambar atau video di media sosial masing-masing!

⚠️Orang awam yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan kecantikan estetik dinasihatkan:1️⃣Mendapatkan rawatan di hospital...
17/01/2024

⚠️Orang awam yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan kecantikan estetik dinasihatkan:

1️⃣Mendapatkan rawatan di hospital atau klinik yang berdaftar atau berlesen bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

2️⃣Melalui khidmat pengamal perubatan berdaftar yang mempunyai "Letter of Credentialing and Privileging (LCP)"
Bagi memastikan perkhidmatan jagaan kesihatan diterima selamat dan berkualiti.

3️⃣ Semak senarai premis berdaftar atau berlesen melalui pautan https://medicalprac.moh.gov.my

4️⃣Semak senarai pengamal perubatan berdaftar dengan LCP melalui pautan https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2118

Prosedur-prosedur ini berpotensi untuk menyebabkan komplikasi kesihatan, kecacatan dan kematian kepada pelanggan 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐍𝐃𝐈𝐕𝐈𝐃𝐔 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇.

17/01/2024

Senaman membuatkan lebih banyak tisu otot dan gula simpanan digunakan seterusnya menjadikan kawalan gula lebih baik.

Dengan bersenam, pesakit diabetes dapat mengurangkan kadar gula, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, mengurangkan berat badan dan mengurangkan dos-dos ubatan.

Jadualkan sesi senaman anda. Lakukan semua jenis senaman seperti aerobik, senaman bebanan dan fleksibiliti.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Berdasarkan statistik Pusat Racun Negara, sebanyak 100 kes keracunan yang disebabkan oleh rokok elektronik atau v**e tel...
17/01/2024

Berdasarkan statistik Pusat Racun Negara, sebanyak 100 kes keracunan yang disebabkan oleh rokok elektronik atau v**e telah dilaporkan sejak 2015 hingga Ogos 2023. 69 KES MELIBATKAN KANAK-KANAK.

SpeakOut , jika bimbang anak-anak kita terdedah kepada asap rokok/v**e dengan menegur perokok atau penghisap rokok elektronik/v**e.

16/01/2024

Cuba capai 10,000 langkah sehari untuk kekal sihat.

Lakukan x-break setelah duduk selama 2 jam.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Mulakan rutin saringan kesihatan anda sekarang sekiranya anda berumur 18 tahun dan ke atas.Saring awal, cegah awal, hidu...
16/01/2024

Mulakan rutin saringan kesihatan anda sekarang sekiranya anda berumur 18 tahun dan ke atas.

Saring awal, cegah awal, hidup sihat dan capai segala impian.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

👥Ramai ibu bapa tidak sedar makanan manis ini boleh membuatkan kanak-kanak ketagih kepada gula.📢Salah faham dan kurangny...
16/01/2024

👥Ramai ibu bapa tidak sedar makanan manis ini boleh membuatkan kanak-kanak ketagih kepada gula.

📢Salah faham dan kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan kawalan pengambilan gula sejak kecil, boleh menyebabkan gigi rosak dan obesiti akibat makanan dan minuman manis yang tidak terkawal.

Perkataan 'ditidurkan' menjadi ketakutan ramai sejak kebelakangan ini. Tanggapan ini hanyalah salah faham yang wajar dib...
16/01/2024

Perkataan 'ditidurkan' menjadi ketakutan ramai sejak kebelakangan ini. Tanggapan ini hanyalah salah faham yang wajar dibetulkan agar informasi tidak tepat dapat dibendung penyebarannya.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak kesahihan video yang ditularkan agar ianya tidak menyebabkan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Maklumat sahih hanya boleh diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Masalah kesihatan mental boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa, tahap ekonomi dan pendidikan. Stigma d...
15/01/2024

Masalah kesihatan mental boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa, tahap ekonomi dan pendidikan. Stigma dan salah faham dalam kalangan masyarakat menyebabkan individu yang mengalami masalah atau penyakit mental tidak tampil untuk mendapatkan bantuan professional yang mereka perlukan.
Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- 𝐓𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐇𝐄𝐀𝐋 𝟏𝟓𝟓𝟓𝟓 (𝐇𝐞𝐥𝐩 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐄𝐦𝐩𝐚𝐭𝐡𝐲 𝐀𝐧𝐝 𝐋𝐨𝐯𝐞) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
"KESIHATAN MENTAL MILIK SEMUA"
"HENTIKAN STIGMA"

⚡️Sakit belakang adalah salah satu simptom yang kerap dialami oleh orang dewasa. Terdapat beberapa faktor penyumbang kep...
15/01/2024

⚡️Sakit belakang adalah salah satu simptom yang kerap dialami oleh orang dewasa. Terdapat beberapa faktor penyumbang kepada keadaan ini.

🩺Ketahui punca dan rawatan bagi sakit belakang ini untuk pencegahan yang optimum

1️⃣ dalam 1️⃣0️⃣ wanita mempunyai penyakit kronik  sebelum hamil dan  terdedah dengan penyakit berisiko seperti tekanan ...
15/01/2024

1️⃣ dalam 1️⃣0️⃣ wanita mempunyai penyakit kronik sebelum hamil dan terdedah dengan penyakit berisiko seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan asma.
👸Wanita perlu mengambil perhatian terhadap faktor risiko kesihatan yang boleh menyumbang kepada penyakit tidak berjangkit dengan mengambil makanan seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi badan, aktiviti fizikal yang sesuai untuk wanita hamil, tidak merokok dan menjaga kesihatan mental.
🩺Selain daripada itu, wanita dengan penyakit kronik yang berhasrat untuk hamil boleh mendapatkan nasihat dan penilaian menerusi Klinik Pra Kehamilan (Pre-Pregnancy Clinic) yang tersedia di Klinik-Klinik Kesihatan dan hospital-hospital berpakar KKM di seluruh negara.

Address

Jalan Mohd Khalid

83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 03:30
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6074341011

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram