28/11/2025
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh warga jabatan bomba di Hong Kong atas pengorbanan besar Pegawai Bomba, Ho Wai-ho seorang wira yang telah gugur sewaktu menjalankan tugas memadam kebakaran di Wang F*k Court, Tai Po pada 26 November 2025.
Keberanian dan semangat pengorbanan mendiang dalam menyelamatkan nyawa serta melindungi masyarakat adalah teladan mulia dan bukti bahawa tugas sebagai anggota bomba memerlukan kecekalan, pengorbanan dan komitmen yang tinggi. Kehilangan beliau adalah satu pengingatan betapa besar risiko yang dihadapi setiap hari oleh petugas penyelamat demi kelangsungan keselamatan orang ramai.
Semangat keberanian dan dedikasi beliau terus menjadi inspirasi kepada seluruh anggota bomba di mana-mana.