Hospital Beaufort - Laman Rasmi

Hospital Beaufort - Laman Rasmi Official FB Page Hospital Beaufort, Sabah. Laman Rasmi FB Page Hospital Beaufort, Sabah.

27/04/2026
โš ๏ธ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด Poster yang sedang tular ini bukan hebahan rasmi daripada pihak Hospital Beaufort.Orang ramai dinasi...
25/04/2026

โš ๏ธ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด

Poster yang sedang tular ini bukan hebahan rasmi daripada pihak Hospital Beaufort.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan kepada masyarakat serta memastikan keseragaman dan ketepatan maklumat yang disampaikan.

Pihak hospital akan mengeluarkan maklumat rasmi pada masa terdekat.

Segala maklumat sah hanya akan disalurkan melalui saluran rasmi hospital.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Laman Rasmi Hospital: https://jknsabah.moh.gov.my/hbeaufort/
Facebook Rasmi Hospital: https://www.facebook.com/hospitalbeaufortsabah

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas Kunjungan Hormat YDH ACP Wong Leong Meng, Ketua Polis Daerah Beaufort kepada ...
14/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas Kunjungan Hormat YDH ACP Wong Leong Meng, Ketua Polis Daerah Beaufort kepada Dr. Sutharsan a/l Kannan, Pengarah Hospital Beaufort pada 13 April 2026.

Sekalung tahniah diucapkan kepada YDH ACP Wong Leong Meng atas pelantikan beliau sebagai Ketua Jabatan Logistik & Teknologi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah yang akan berkuat kuasa pada 18 April 2026, serta atas kenaikan pangkat beliau ke Asisten Komisioner Polis (ACP).

Pihak Hospital Beaufort turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh beliau sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Beaufort.

Semoga beliau terus cemerlang dalam memikul amanah dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, dedikasi serta komitmen demi keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat di Negeri Sabah.

๐Ÿค Alhamdulillah ๐ŸคDapur Sajian Hospital Beaufort kini bukan sahaja telah menerima pengiktirafan Sijil Halal tetapi turut ...
10/04/2026

๐Ÿค Alhamdulillah ๐Ÿค

Dapur Sajian Hospital Beaufort kini bukan sahaja telah menerima pengiktirafan Sijil Halal tetapi turut ada HACCP, GMP, MeSTI & Trust My Catering. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat seluruh warga hospital.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen Hospital Beaufort dalam memastikan penyediaan perkhidmatan dan penyediaan makanan yang bersih, selamat serta mematuhi piawaian halal yang ditetapkan. Ia juga menjadi bukti usaha berterusan dalam memberikan yang terbaik kepada pesakit, pelawat dan warga kerja.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan usaha ini.

Semoga dengan pencapaian ini, Hospital Beaufort terus menjadi pilihan masyarakat dengan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan diyakini.

09/04/2026

Darah ๐Ÿฉธ merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan. Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat hasil kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta.

๐Ÿฉบ Rawatan kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan anemia memerlukan pemindahan darah. Sehubungan itu, bekalan darah diperlukan secara berterusan.

Jalankan tanggungjawab sosial anda.

Jom derma darah, selamatkan nyawaโ€ผ๏ธ

TAHNIAH YBhg. Datuk Dr. William Gotulis, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah atas penganugerahan P.G.D.K yang membawa gelara...
31/03/2026

TAHNIAH YBhg. Datuk Dr. William Gotulis, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah atas penganugerahan P.G.D.K yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu.

JANGAN LUPA KEMPEN DERMA DARAH KITA SABTU INI DI HOSPITAL BEAUFORT!๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜TARIKH: 14 MAC 2026 (SABTU)LOKASI: JPL HOSPITAL...
12/03/2026

JANGAN LUPA KEMPEN DERMA DARAH KITA SABTU INI DI HOSPITAL BEAUFORT!๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

TARIKH: 14 MAC 2026 (SABTU)
LOKASI: JPL HOSPITAL BEAUFORT
MASA: 6 PETANG - 11.00 MALAM

JUMPA ANDA DI SANA!๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž


MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH JANJI TEMUMohon sebarluaskan. Terima kasih. ๐Ÿ˜‰
10/03/2026

MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH JANJI TEMU

Mohon sebarluaskan. Terima kasih. ๐Ÿ˜‰

03/03/2026

Penggunaan Inhaler semasa Berpuasa

Tonton video ini untuk ketahui dua pendapat ulama berkaitan hukum penggunaan inhaler.

Video ini disediakan oleh Puan Bazlin Sorfina binti Sulaiman, pegawai farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

๐ŸฉธTUNDA๐ŸฉธAssalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Beaufort.๐Ÿ’ช๐Ÿพ๐Ÿ˜Ž๐ŸฉธKempen Derma Darah Bergerak kita pada 1 Mac 2026 ditunda k...
27/02/2026

๐ŸฉธTUNDA๐Ÿฉธ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Beaufort.๐Ÿ’ช๐Ÿพ๐Ÿ˜Ž

๐ŸฉธKempen Derma Darah Bergerak kita pada 1 Mac 2026 ditunda ke 8 Mac 2026. ๐Ÿฉธ

HARAP MAKLUM.


MAKLUMAN GANGGUAN TALIAN HOSPITAL BEAUFORT
26/02/2026

MAKLUMAN GANGGUAN TALIAN HOSPITAL BEAUFORT

๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—จ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—”๐—จ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐——๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ช๐—”๐—ž๐—ง๐—จ Pintu pagar utama Hospital Beaufort ditutup sementa...
25/02/2026

๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—จ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—”๐—จ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐——๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ช๐—”๐—ž๐—ง๐—จ

Pintu pagar utama Hospital Beaufort ditutup sementara waktu bermula 26 Februari 2026 jam 12.00am kerana telah dinaiki air banjir.

Mohon orang awam menggunakan laluan masuk alternatif di hadapan Perpustakaan Beaufort.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali dan sama-sama kita doakan air banjir surut dengan segera.

Address

Peti Surat 40
Beaufort
89807

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Beaufort - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category