Hospital Bera

Hospital Bera Hospital Bera,
(Hospital Kluster Pahang Tengah),
Jalan Masjid,
28200 Bandar Bera, Pahang.

Waktu Melawat:
Isnin hingga Jumaat - 12.30 PM-2.00 PM dan 5.00 PM-7.00 PM
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum - 12.30 PM-7.00 PM

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi BERA, 3 Mac 2026PROGRAM KASIH RAMADHAN 2026 Hospital BeraProgram Kasih Ram...
13/03/2026

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

BERA, 3 Mac 2026
PROGRAM KASIH RAMADHAN 2026 Hospital Bera

Program Kasih Ramadhan 2026 Hospital Bera telah dilaksanakan bagi membantu meringankan beban kewangan pesakit dan keluarga sepanjang bulan Ramadan.

Program ini merupakan anjuran Unit Kerja Sosial Perubatan dengan kerjasama: Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TPKM) Cawangan Hospital Bera, Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bera, Klinik Pakar Hospital Bera.

Dalam program ini seramai 13 orang pesakit kurang berkemampuan dan 2 orang saudara baharu telah dikenalpasti oleh Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Bera untuk diberikan sumbangan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Mereka telah menerima sumbangan berupa wang tunai yang disumbangkan oleh Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TPKM) cawangan Hospital Bera, set bakul makanan sumbangan daripada warga kerja Hospital Bera dan set mandian (Toileties Kit) daripada Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bera.

Sumbangan telah disampaikan oleh wakil Pengarah Hospital Bera, Dr Nur Haziqah Binti Pukhari. Turut hadir adalah En Azhar Bin Ahmad Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Dr Sabbitan Balakrishnan Pakar Psikiatri HoSHAS, En Zulkifli Bin Narin Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan juga Matron Shahruni Shah Binti Hamdan Ketua Penyelia Jururawat Hospital.

Semoga usaha ini dapat memberi sokongan, keprihatinan serta menyantuni pesakit dan keluarga yang memerlukan terutamanya dalam membuat persiapan berbuka puasa dan juga menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri.

LATIHAN BENCANA LUARAN (DRONE CRASH DISASTER RESPONSE 2026)Pada 11 Februari 2026, Hospital Bera menerusi anjuran bersama...
11/03/2026

LATIHAN BENCANA LUARAN (DRONE CRASH DISASTER RESPONSE 2026)

Pada 11 Februari 2026, Hospital Bera menerusi anjuran bersama Unit Kecemasan dan Unit Patologi telah mengadakan Latihan Bencana Luaran: Drone Crash Disaster Response 2026. Latihan ini telah berlangsung di sekitar kawasan Tempat Letak Kenderaan Taman Awam Bera dan Hospital Bera.

Tujuan utama simulasi ini dilaksanakan adalah untuk menguji tahap keberkesanan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) hospital, menilai kepantasan respons pasukan perubatan, serta memantapkan koordinasi rentas agensi sekiranya berlaku insiden kecemasan melibatkan kegagalan teknikal dron perubatan di kawasan awam.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua agensi yang memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan latihan berskala besar ini, terutamanya:
* Polis Diraja Malaysia (PDRM)
* Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
* Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
* Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bera
* Malaysian Health Technology Assessment Section (MaHTAS)
* Jabatan Patologi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)
* Alpha Swift Industries Sdn Bhd

Kesiapsiagaan yang mantap pada hari ini adalah jaminan keselamatan pesakit dan komuniti terutamanya di Bera pada masa hadapan.





06/03/2026
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1447H 🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhSempena kedatangan Bulan Ra...
18/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1447H 🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sempena kedatangan Bulan Ramadhan Al Mubarak, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak
kepada seluruh warga kerja dan komuniti Hospital Bera.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk kita mempertingkatkan keimanan, memperkukuhkan ukhuwah, serta terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, beretika dan berteraskan ihsan kepada masyarakat.

Marilah kita bersama-sama merebut ganjaran Ramadhan dengan amal kebajikan, kesabaran dan keikhlasan.

Ramadhan Kareem & Selamat Berpuasa

Ikhlas daripada,
Dr Hj Abdul Aziz Harith
Pengarah Hospital
& Warga Kerja Hospital Bera








Selamat Tahun Baharu Cina 2026Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menguca...
17/02/2026

Selamat Tahun Baharu Cina 2026

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat, khususnya warga komuniti di Daerah Bera.

Semoga tahun yang baharu ini membawa kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan serta kemakmuran kepada anda sekeluarga. Marilah kita terus memperkukuhkan semangat perpaduan, saling menghormati dan bekerjasama demi kesejahteraan bersama.

Selamat Tahun Baharu Cina 2026
Gong Xi Fa Cai (恭喜发财)

Ikhlas daripada,

Dr. Hj. Abdul Aziz Harith
Pengarah Hospital
dan Warga Kerja Hospital Bera

PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH FARMASI HOSPITAL BERA Unit Farmasi Hospital Bera kini menyediakan dua kemudahan khas untuk pes...
29/01/2026

PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH FARMASI HOSPITAL BERA

Unit Farmasi Hospital Bera kini menyediakan dua kemudahan khas untuk pesakit yang ingin mengambil ubat susulan dengan lebih mudah dan selesa:

1. Lokar Ubat
Ubat susulan boleh diambil melalui lokar khas yang disediakan di Farmasi Hospital Bera. Pesakit boleh ambil ubat pada bila-bila masa yang ditetapkan tanpa perlu beratur di kaunter.

2. Pengeposan Ubat
Ubat susulan juga boleh dihantar terus ke alamat pilihan pesakit melalui perkhidmatan pos - lebih mudah, lebih jimat masa!

Cara mendaftar sangat mudah:
1️⃣Muat turun aplikasi MyUbat melalui Google Play atau App Store
2️⃣Daftar akaun dan pilih kemudahan Lokar Ubat atau Pos Ubat
3️⃣Ikut langkah mudah yang dipaparkan dalam aplikasi.

Untuk maklumat lanjut, pesakit atau waris juga boleh dapatkan penerangan di kaunter Farmasi Hospital Bera.

Sama ada melalui lokar atau pos, keselesaan dan keberterusan rawatan anda sentiasa menjadi keutamaan kami.




Sukacita dimaklumkan bahawa satu Program Kem Kesihatan akan diadakan bersempena Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia Tahun...
22/01/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Program Kem Kesihatan akan diadakan bersempena Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia Tahun 2026.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran dan menyediakan akses saringan kesihatan percuma kepada komuniti setempat.

Butiran Program:

Tarikh: 2 Februari 2026 (Isnin)

Masa: 8:00 Pagi - 2:00 Petang

Tempat: Dewan Belida, Unit Pengurusan Tapak Ramsar Tasek Bera

Semua penduduk sekitar dijemput hadir bagi memeriahkan program dan memanfaatkan perkhidmatan kepakaran yang disediakan. Kehadiran anda amat dihargai. Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Tahun baharu bukan sekadar pertukaran angka pada kalendar, tetapi simbol harapan, kekuatan dan kesinambungan perjuangan ...
01/01/2026

Tahun baharu bukan sekadar pertukaran angka pada kalendar, tetapi simbol harapan, kekuatan dan kesinambungan perjuangan kita dalam menjaga kesihatan masyarakat.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Hospital Bera — barisan hadapan, sokongan dan pengurusan — yang telah bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan setiap pesakit menerima rawatan terbaik dengan penuh ihsan dan profesionalisme.

Di sebalik cabaran yang mendatang, semangat kebersamaan dan kepercayaan masyarakat menjadi pendorong utama Hospital Bera untuk terus berkhidmat dengan lebih cekap, berintegriti dan berfokuskan keselamatan pesakit.

Melangkah ke tahun baharu ini, marilah kita memperbaharui azam untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, memperkukuh budaya kerja positif dan memastikan kesejahteraan warga kerja sentiasa terpelihara.

Hospital Bera akan terus berdiri teguh bersama masyarakat — bukan sekadar sebagai institusi kesihatan, tetapi sebagai simbol kepercayaan, harapan dan keprihatinan.
Selamat Tahun Baharu.
Bersama Kita Terus Berkhidmat Demi Kesihatan Masyarakat.

Pengarah
Hospital Bera
1 Januari 2026






📍 HOSPITAL BERA📅 17 Disember 2025Hospital Bera berbesar hati menerima kunjungan YB Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan, Pe...
18/12/2025

📍 HOSPITAL BERA
📅 17 Disember 2025

Hospital Bera berbesar hati menerima kunjungan YB Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang sempena penyempurnaan Program Permata Makmur di Hospital Bera pada 17 Disember 2025.

Turut mengiringi YB Exco ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Pahang, Puan Zareena binti Ahmad. Ketibaan YB Exco telah disambut oleh Pengarah Hospital Bera, Dr. Hj. Abdul Aziz Harith, bersama barisan pengurusan serta warga kerja Hospital Bera.

Program Permata Makmur merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Pahang yang menyediakan sumbangan kit kelahiran bayi kepada ibu yang melahirkan anak di hospital kerajaan terpilih di Negeri Pahang, termasuk Hospital Bera, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Maklumat lanjut boleh didapati melalui https://permatamakmur.pahang.gov.my/

Pelaksanaan program ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang dalam menyokong kebajikan ibu dan bayi, di samping memperkukuh kesejahteraan institusi keluarga sejak peringkat awal kelahiran.

Pihak Hospital Bera merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan serta Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pahang atas kesudian hadir dan menyempurnakan pelaksanaan Program Permata Makmur di Hospital Bera.

Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada para ibu dan keluarga, serta diteruskan demi kesejahteraan rakyat Negeri Pahang.

Azhar Bin Ahmad
Unit Kerja Sosial Perubatan
Hospital Bera






WORLD DIABETES DAY 2025Tarikh : 14 November 2025Masa : 9.00 pagi - 1 petangTempat : Lobi Utama, Hospital Bera
14/11/2025

WORLD DIABETES DAY 2025
Tarikh : 14 November 2025
Masa : 9.00 pagi - 1 petang
Tempat : Lobi Utama, Hospital Bera

🩸 Jom Derma Darah! 🩸Hospital Bera dengan kerjasama Unit Tabung Darah HOSHAS mengajak anda untuk menjadi wira tanpa jubah...
13/11/2025

🩸 Jom Derma Darah! 🩸
Hospital Bera dengan kerjasama Unit Tabung Darah HOSHAS mengajak anda untuk menjadi wira tanpa jubah — penderma darah!

📅 13/11/2025 (Khamis)
🕘 9.30 pagi - 2.00 Petang
📍 Lobi Hospital Bera

Setiap titisan darah anda bermakna — Mari bersama kita selamatkan nyawa!

Selamat Menyambut Deepavali!Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran kepada semua rakyat Malays...
20/10/2025

Selamat Menyambut Deepavali!
Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan Hari Deepavali, khususnya kepada Warga Kerja Hospital Bera dan seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia.

May the Festival of Lights bring happiness, good health and prosperity to all Malaysians celebrating Deepavali, especially to the dedicated staff of Hospital Bera and the Ministry of Health Malaysia.

Salam hormat / Warm regards,
Dr. Abdul Aziz Harith
Pengarah / Director
Hospital Bera

Address

HOSPITAL BERA
Bera
28200

Telephone

+6092509323

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Bera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category