MIZ IR HOUZ

MIZ IR HOUZ MENYEDIAKAN PELAN SIMPANAN, PELAN PELABURAN DAN MEDICAL CARD DARI ETIQA FAMILY TAKAFUL BERHAD

HARI SUKAN NEGARA14 OKT 2023
16/10/2023

HARI SUKAN NEGARA
14 OKT 2023

Alhamdulillah.Mami puashati.Rezeki 15.10.23
16/10/2023

Alhamdulillah.
Mami puashati.
Rezeki 15.10.23

Tukar kasut belakang.
03/10/2023

Tukar kasut belakang.

Ladies night Puspanita Perak Tengah15.09.2023Baju nikah 10 tahun lepasAlhamdulillah ada rezeki❤️❤️
15/09/2023

Ladies night Puspanita Perak Tengah
15.09.2023
Baju nikah 10 tahun lepas
Alhamdulillah ada rezeki❤️❤️

Cerita raya 2023
01/06/2023

Cerita raya 2023

Bz2 mana pun kite ber MARY KAY, tetap jugak jumpa client untuk ETIQA TAKAFUL...ADA YANG NAK PENGIRAAN MEDICAL CARD LAGI ...
27/08/2019

Bz2 mana pun kite ber MARY KAY, tetap jugak jumpa client untuk ETIQA TAKAFUL...
ADA YANG NAK PENGIRAAN MEDICAL CARD LAGI X? NAK PENGIRAAN SAVING PUN ADO.... INVESTMENT LAGI DEN SUKO... MEH PM 012-4587616.. kasi harga besh2...

15/02/2019

ELITE TAKAFUL LINK ETIQA FAMILY TAKAFUL BERHAD

Realisasikan impian anda untuk yang tersayang

Anda boleh menikmati detik-detik terindah bersama keluarga, pada masa yang sama memastikan mereka sentiasa dilindungi. Elite Takafulink adalah pelan Takaful berkaitan pelaburan yang memberikan anda perlindungan fleksibel serta peluang pelaburan dengan potensi pulangan yang tinggi.
Manfaat yang anda nikmati

Perlindungan Takaful

Jumlah asas yang dilindungi berserta nilai dana terkumpul (jika ada) akan dibayar sekaligus sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK).

Manfaat Matang

Anda akan dibayar jumlah nilai dana terkumpul (jika ada) sekaligus apabila sijil anda matang.

Bonus Kesetiaan

Ganjaran sebanyak 6% daripada nilai dana atau 3% daripada sumbangan tahunan asal (mana yang terendah) akan diberikan kepada anda pada hujung tahun sijil ke-5, ke-10 dan ke-15 sekiranya anda mengekalkan pelan dan membayar sumbangan tepat pada masanya.

Pilihan Pengeluaran

Anda boleh membuat pengeluaran daripada nilai dana anda pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum RM500 pada setiap pengeluaran dengan baki nilai dana sekurang-kurangnya RM1,000 tanpa sebarang caj tambahan.

Pilihan Tambah Nilai

Maksimakan potensi pelaburan dengan deposit tambahan yang boleh dibuat melalui kemudahan tambah nilai pelaburan pada bila-bila masa.

Fleksibiliti untuk Mengubah atau Meningkatkan Perlindungan Anda:

Anda boleh memilih untuk mengubah jumlah yang dilindungi atau sumbangan tetap anda pada ulangtahun sijil. Lengkapkan perlindungan anda dengan pelbagai pilihan rider mengikut keperluan anda pada peringkat kehidupan yang berbeza.

Elite Takafulink datang dengan rider-rider berikut:

Rider Elite Takaful Medic
Rider Elite Takaful Manfaat Tunai Hospital
Rider Elite Takaful Penyakit Kritikal Berkurang
Rider Elite Takaful Manfaat Kemalangan
Rider Elite Takaful Pengecualian Bagi Penyakit Kritikal
Rider Elite Takaful Pengecualian Bagi Kematian, Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal dan Penyakit Kritikal (Pembayar)
Rider Elite Takaful Pengecualian Pembayar Bagi Kematian, Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal dan Penyakit Kritikal Juvana (Pembayar)
Rider Elite Takaful Tambah Nilai Simpanan
Rider Elite Takaful Penyakit Kritikal Junior Star
Pelan pelaburan takaful bekerja keras untuk anda dan orang tersayang anda, supaya anda semua dapat menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, bersama-sama!

Lihat sekarang untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Senarai Rider
Orang dilindungi
1) Rider Elite Takaful Penyait Kritikal Berkurang
2) Rider Elite Takaful Manfaat Kemalangan
3) Rider Elite Takaful Medic
4) Rider Elite Takaful Manfaat Tunai Hospital
Participant
Kelayakan

Orang dilindungi
Usia 14 hari hingga 65 tahun

Peserta
Usia minimum 17 tahun dan tiada usia maksimum

14/02/2019

PELAN MABRUR ETIQA FAMILY TAKAFUL BERHAD

Bersama kami untuk mempersiapkan keperluan rohaniah anda

Mencari ketenangan bukan sekadar cita-cita; ia adalah suatu cara hidup. Lengkapkan laluan anda dengan pelan simpanan dan perlindungan yang memahami hasrat anda untuk kesejahteraan hidup yang harmoni, ketika anda memulakan perjalanan anda untuk memenuhi salah satu daripada lima rukun Islam. Dengan Etiqa Mabrur, anda lebih dekat untuk menunaikan Haji, menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup anda.
Manfaat yang anda nikmati

Simpanan Untuk Haji dan Umrah Anda

Nikmati bayaran tunai yang berjumlah sehingga 123% daripada jumlah asas yang dilindungi, yang akan dibayar terus ke dalam akaun Tabung Haji anda bermula dari akhir tahun ke-3 sijil.

Perlindungan Takaful

Jumlah asas yang dilindungi berserta nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (jika ada) akan dibayar sekaligus sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK). Jumlah asas yang dilindungi akan digandakan sekiranya berlaku kematian terhadap orang yang dilindungi akibat kemalangan ketika menunaikan Haji atau Umrah di Mekah atau Madinah.

Manfaat Matang

Anda akan dibayar jumlah nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (jika ada) sekaligus apabila sijil anda matang.

Pendaftaran Akaun Tabung Haji

Kami akan membantu dalam urusan pembukaan akaun Tabung Haji dan pendaftaran Haji.

Senarai Rider
Orang dilindungi
1) Rider Ultra Medic
2) Rider Tambah Nilai Tetap
3) Rider Manfaat Tunai Hospital
4) Rider Bertempoh
5) Rider Penyakit Kritikal
6) Rider Indemniti Kemalangan
7) Rider Kematian atau Kehilangan Kekal Akibat Kemalangan
8) RIder Pengecualian Sumbangan Untuk Penyakit Kritikal
Peserta
Kelayakan

Orang dilindungi
Usia 14 hari hingga 55 tahun

Peserta
Usia minimum 19 tahun dan tiada usia maksimum

13/02/2019

PELAN KARISMA ETIQA FAMILY TAKAFUL BERHAD (EFTB)

Karisma menawarkan pelan Takaful yang menyediakan perlindungan dan simpanan dengan fleksibiliti untuk melindungi peserta dan orang yang dilindungi; memberikan jaminan dan keyakinan bahawa masa hadapan keluarga tersayang akan terjaga walau apa pun yang terjadi.

Manfaat yang anda nikmati

Simpanan untuk Masa Depan

Nikmati bayaran tunai tetap sehingga 10% daripada jumlah asas yang dilindungi pada setiap penghujung tahun ke-2 sijil, sepanjang tempoh sijil.

Perlindungan Takaful

Jumlah asas yang dilindungi berserta nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (jika ada) akan dibayar sekaligus sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK). Perbelanjaan pengebumian sebanyak RM1,000 akan diberikan sekiranya berlaku kematian terhadap orang yang dilindungi.

Manfaat Matang

Anda akan dibayar jumlah nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta terkumpul berserta lebihan terkumpul (jika ada) sekaligus apabila sijil anda matang.

Tingkatkan Perlindungan Anda

Anda mempunyai fleksibiliti untuk meningkatkan perlindungan pada pelan asas anda dengan pelbagai pilihan rider.

Senarai Rider
Peserta
1) Kematian atau Hilang Upaya Akibat Kemalangan
2) Rider Indemniti Kemalangan
3) Rider Penyakit Kritikal
4) Pengecualian Sumbangan Untuk Penyakit Kritikal
5) Rider Manfaat Tunai Di Hospital
6) Ultra Medic Rider
7) Rider Bertempoh
8) Rider Kekerapan Tambah Nilai
Peserta
Kelayakan

Orang dilindungi
Usia 14 hari hingga 55 tahun

Peserta
Usia minimum 19 tahun dan tiada usia maksimum

WasiatPrint  EmailWasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk d...
12/02/2019

Wasiat

Print Email
Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.

Waris telah ditetapkan dalam Islam. Suami,isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati. Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara automatik dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat, dan lain-lain lagi.

Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:

"Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala"

11/02/2019

Apa Itu Faraid?

Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN.

Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain) Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang di benarkan syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:

Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);
Barang kemas (emas, perak dll);
Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);
Tanah, kebun, ladang dll;
Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.


Hukum Berkenaan Faraid

Pembahagian harta pusaka menurut Islam selepas berlakunya kematian seseorang muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu terhadap harta yang ditinggalkan. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan dan FARDU KIFAYAH kepada umat islam (Khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.



Apakah Kesan Jika Tidak Melaksanakan Faraid?

Sekiranya umat islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid ini dikhuatiri akan berlakunya

1. Memakan Harta Anak Yatim.
2. Memakan Harta Saudara-Mara.
3. Memakan Harta Baitulmal.


Tuntutan Belajar Ilmu Faraid Dalil

Rasullulah s.a.w (maksudnya):
Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada Manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama yang akan dicabut dari umatku.
- Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah.



Sabda Rasullulah s.a.w:
Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain, Sesungguhnya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. Sehingga ada dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka.
- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud.



Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang meninggal itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
- Surah An-Nisa :11.

10/02/2019

PENAMAAN BENEFISIARI DIBAWAH HIBAH BERSYARAT

benefisiari berhak menerima manfaat berdasarkan HIBAH BERSYARAT (HADIAH). Hibah bersyarat mempunyai hak untuk pemindahan pemilikan manfaat Takaful yang perlu dibayar kepada benefisiari atas kematian peserta dan TIDAK AKAN MENJADI SEBAHAGIAN HARTA PUSAKA PESERTA yang meninggal dunia itu dan tertakluk kepada hutang-hutangnya. Hibah bersyarat walaubagaimanapun adalah HADIAH dimana peserta boleh membatalkannya semasa hayat peserta.
Sekiranya benefisiari tidak kompeten semasa pembayaran tuntutan, manfaat takaful hendaklah dibayar kepada ibu bapa penama tidak kompeten dan dimana keadaan tiada ibu bapa penama tidak kompeten yang masih hidup:
a) sekiranya manfaat takaful tidak melebihi rm50 000, manfaat takaful hendaklah dibayar kepada pihak menuntut yang bertauliah seperti dinyatakan di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2012, dan
b) sekiranya manfaat takaful melebihi rm50 000, manfaat takful hendaklah dibayar kepada pemegang amanah raya atau syarikat amanah yang dilantik oleh peserta.
Sekiranya benefisiari di bawah hibah bersyarat meninggal dunia sebelum peserta, bahagian benefisiari yang telah meninggal dunia itu hendaklah dibayar kepada harta pusaka peserta apabila peserta meninggal dunia,melainkan jika peserta itu telah membuatpenamaan terkemudian bagi emnggantikan benefisiari yang telah meninggal dunia itu.
Pembayaran manfaat takaful kepada benefisiari seperti yang dinamakan berikut, akan melepaskan Etiqa Takaful daripada semua tanggungjawab dan liabiliti di bawah sijil ini.

Address

SERI ISKANDAR
Bota
32610

Telephone

0124587616

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MIZ IR HOUZ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to MIZ IR HOUZ:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram