Pengarah Hospital Batu Gajah

Pengarah Hospital Batu Gajah Halaman rasmi Pengarah Hospital Batu Gajah untuk hebahan maklumat dan pengumuman rasmi.

SEKITAR MESYUARAT PENGURUSAN, VALIDASI KESELAMATAN & TINDAKAN HBG BIL. 04/2026​Telah berlangsung pada 29 April 2026 yang...
30/04/2026

SEKITAR MESYUARAT PENGURUSAN, VALIDASI KESELAMATAN & TINDAKAN HBG BIL. 04/2026

​Telah berlangsung pada 29 April 2026 yang lalu, siri mesyuarat bulanan pengurusan Hospital Batu Gajah yang melibatkan:

​✅ Mesyuarat Pengurusan
✅ Mesyuarat Validasi Keselamatan
✅ Mesyuarat Tindakan

​Mesyuarat yang dipengerusikan oleh saya ini bertujuan untuk memantau prestasi penyampaian perkhidmatan, memperkukuh aspek keselamatan pesakit, serta merancang tindakan penambahbaikan demi kualiti rawatan di HBG.

​Terima kasih kepada semua ketua unit dan ahli mesyuarat atas komitmen serta input yang diberikan demi kecemerlangan hospital..

Saya telah menghadiri Kursus Kepimpinan Krisis & Komunikasi Strategik JKN Perak.Pembentangan daripada Puan Nazialita dan...
29/04/2026

Saya telah menghadiri Kursus Kepimpinan Krisis & Komunikasi Strategik JKN Perak.

Pembentangan daripada Puan Nazialita dan PKN berkaitan program tersebut telah memberi kefahaman cara menangani berkaitan Krisis Kesihatan sebagai Ketua PTJ..

27/04/2026
24/04/2026

Perjumpaan PKN dan TPKN (Perubatan) bersama Pegawai Perubatan pada 24.4.2026

22 April 2026 I 9.00 pagiMesyuarat VCM pagi ini telah dilaksanakan bagi tujuan semakan dan pengesahan yuran perkhidmatan...
22/04/2026

22 April 2026 I 9.00 pagi

Mesyuarat VCM pagi ini telah dilaksanakan bagi tujuan semakan dan pengesahan yuran perkhidmatan sokongan hospital bersama pihak Edgenta Mediserve Sdn. Bhd yang merangkumi enam (6) skop perkhidmatan utama iaitu pengurusan fasiliti, penyelenggaraan kejuruteraan fasiliti, perkhidmatan peralatan perubatan, pengurusan sisa klinikal, perkhidmatan linen dan dobi, serta perkhidmatan pembersihan. Sesi ini turut menilai tahap prestasi perkhidmatan berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI), pematuhan terhadap keperluan kontrak dan piawaian yang ditetapkan, serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh.

Di samping itu, perbincangan merangkumi isu-isu strategik berkaitan pengurusan fasiliti dan pelaksanaan projek pembangunan bagi tahun semasa, dengan penekanan kepada pengurusan risiko, keselamatan fasiliti, serta kesinambungan operasi. Pendekatan ini adalah bagi memastikan persekitaran hospital kekal selamat, kondusif, dan mematuhi keperluan kawal selia, seterusnya menjamin kesejahteraan pesakit dan warga kerja hospital secara berterusan.

SEDERHANA TAPI 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗔𝗛: 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗥𝗧𝗘𝗥𝗦 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛 ​Semalam, saya berpeluang meluangkan masa hadir ke ...
19/04/2026

SEDERHANA TAPI 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗔𝗛: 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗥𝗧𝗘𝗥𝗦 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛

​Semalam, saya berpeluang meluangkan masa hadir ke 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗼𝗿𝘁𝗹𝘂𝗰𝗸 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 yang diadakan di pekarangan 𝗞𝘂𝗮𝗿𝘁𝗲𝗿𝘀 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵.

​Apa yang lebih istimewa, majlis ini turut diserikan dengan kehadiran 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 (𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻) Dr. Muhammad Najib bin Adnan bersama 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗝𝘂𝗿𝘂𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗝𝗞𝗡 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 Matron Mayzuraliza binti Ahmad Basah. Kehadiran pihak pengurusan atasan ini pastinya menyuntik semangat buat seluruh warga kerja HBG yang mendiami kuarters.

​𝗦𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗛𝗕𝗚

Konsep 'portluck' ini benar-benar mencerminkan keakraban kami di sini. Pelbagai hidangan tradisional dikongsi bersama, namun apa yang paling berharga adalah ruang untuk beramah mesra dan memperkukuhkan ukhuwah antara satu sama lain dalam suasana yang cukup harmoni.

​Terima kasih kepada semua penghuni kuarters dan jawatankuasa penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.

Syabas juga kepada para kakitangan yang sentiasa komited, bukan sahaja dalam tugas seharian di hospital, malah dalam menjaga keharmonian komuniti di kuarters.
​Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat seluruh keluarga besar Hospital Batu Gajah..

​𝗗𝗿. 𝗝𝗮𝘆𝗮𝗸𝘂𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗮/𝗹 𝗝𝗮𝘆𝗮𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵

15/04/2026

Mesyuarat JPKA DAN JKPAK Bil. 2/2026

𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧: 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗛𝗕𝗚14 April 2026 I 10.00 pagiTelah berlangsung dengan jayanya dua mesyuarat pe...
15/04/2026

𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧: 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗛𝗕𝗚

14 April 2026 I 10.00 pagi

Telah berlangsung dengan jayanya dua mesyuarat penting bagi pemantauan prestasi 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 (𝗤𝟭) Hospital Batu Gajah, iaitu:

1️⃣ 𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻 (𝗝𝗣𝗞𝗔) 𝗕𝗶𝗹. 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲
2️⃣ 𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗔𝘀𝗲𝘁 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 (𝗝𝗞𝗣𝗔𝗞) 𝗕𝗶𝗹. 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya dan dihadiri oleh semua Ketua Unit serta pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.

𝗙𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮:
• Memastikan pengurusan bajet dan perbelanjaan hospital dilakukan dengan penuh amanah dan berintegriti.
• Pemantauan rekod serta penyelenggaraan aset kerajaan bagi menjamin kelestarian prasarana hospital demi keselesaan pesakit.

Komitmen berterusan ini adalah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan di 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 sentiasa berada pada tahap yang terbaik dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.

11/04/2026

[𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛 "𝗪𝗔𝗟𝗞-𝗜𝗡" 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛]

Hospital Batu Gajah amat komited dalam memastikan keselesaan para penderma darah di hospital ini. Kami dengan sukacitanya telah menyediakan 𝗥𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗲𝗿𝗺𝗮 𝗗𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗪𝗮𝗹𝗸-𝗜𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 bagi memberikan pengalaman pendermaan yang lebih selesa dan kondusif.

⚠️ 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜:
Sebelum ini, lokasi pendermaan terletak di dalam Unit Patologi Utama. Kini, lokasi tersebut telah 𝗗𝗜𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 dan ruang baharu telah disediakan di 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗟𝘂𝗮𝗿 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 yang lebih strategik dan mudah diakses.

🅿️ 𝗞𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗞𝗜𝗥:
Bagi menambah keselesaan, pihak hospital juga telah menyediakan 𝗣𝗮𝗿𝗸𝗶𝗿 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗺𝗮 𝗗𝗮𝗿𝗮𝗵. Diharapkan dengan kemudahan ini, lebih ramai penderma akan tampil membantu memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi. ❤️

⏰ 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜:

𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻 - 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀: 𝟵.𝟬𝟬 𝗮𝗺 - 𝟭𝟮.𝟬𝟬 𝗽𝗺 & 𝟮.𝟬𝟬 𝗽𝗺 - 𝟰.𝟬𝟬 𝗽𝗺

𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁: 𝟵.𝟬𝟬 𝗮𝗺 - 𝟭𝟭.𝟯𝟬 𝗮𝗺 & 𝟯.𝟬𝟬 𝗽𝗺 - 𝟰.𝟬𝟬 𝗽𝗺

Terima kasih kepada semua penderma darah. 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘁𝗶𝘁𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗻𝘆𝗮𝘄𝗮.

🩸 𝗝𝗼𝗺 𝗗𝗲𝗿𝗺𝗮 𝗗𝗮𝗿𝗮𝗵. 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗡𝘆𝗮𝘄𝗮. 🩸

#𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹𝗕𝗮𝘁𝘂𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 #𝗗𝗲𝗿𝗺𝗮𝗗𝗮𝗿𝗮𝗵 #𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗞𝗮𝗻𝗡𝘆𝗮𝘄𝗮 #𝗪𝗮𝗹𝗸𝗜𝗻𝗗𝗼𝗻𝗼𝗿 #𝗛𝗕𝗚 #𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮

10/04/2026

I got over 40 reactions on one of my posts last week! Thanks everyone for your support! 🎉

𝗦𝗘𝗕𝗔𝗞: 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗗𝗘𝗗𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗛𝗕𝗚, 𝗘𝗡𝗖𝗜𝗞 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗙𝗙Semalam, 𝟯 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲, satu majlis perpisahan yang cukup menyentuh ...
04/04/2026

𝗦𝗘𝗕𝗔𝗞: 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗗𝗘𝗗𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗛𝗕𝗚, 𝗘𝗡𝗖𝗜𝗞 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗙𝗙

Semalam, 𝟯 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲, satu majlis perpisahan yang cukup menyentuh sanubari telah diadakan bagi menghargai jasa seorang insan yang sangat istimewa di hati kami semua:
𝗘𝗡𝗖𝗜𝗞 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗙𝗙 𝗕𝗜𝗡 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗔𝗗 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨𝗗𝗜𝗡 (𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗧𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗣/𝗢)

Dalam ucapan saya semalam, sukar untuk saya menyembunyikan rasa sebak apabila berbicara tentang persaraan beliau atas faktor kesihatan. 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗯𝗮𝗸𝘁𝗶 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟭𝟯, dan sepanjang 13 tahun tersebut, Encik Mohd Latiff adalah simbol 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 yang luar biasa buat kita semua.

Walaupun beliau dikategorikan sebagai 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗣𝗔𝗬𝗔 (𝗢𝗞𝗨), batasan fizikal sedikitpun tidak pernah menjadi penghalang untuk beliau menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Kecemerlangan kerja beliau diiktiraf sehingga dianugerahkan 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴 (𝗔𝗣𝗖) pada tahun 2022.
Kehilangan beliau dalam pasukan pentadbiran kami pasti akan dirasai. Beliau mengajar kita semua tentang erti syukur dan tanggungjawab tanpa henti.

"𝗧𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗽𝗶,
𝗖𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗽𝘂𝗻𝗰𝗮𝗸 𝗴𝘂𝗻𝘂𝗻𝗴;
𝗝𝗮𝘀𝗮 𝘁𝘂𝗮𝗻 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗱𝗶 𝗵𝗮𝘁𝗶,
𝗪𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗮𝘂𝗻𝗴."

Buat Encik Mohd Latiff, terima kasih atas kesetiaan dan setiap titis keringat yang diberikan sejak 2013 sehingga 11.3.2026. Kami mendoakan agar fasa persaraan ini memberikan ruang untuk tuan berehat sepenuhnya.

Semoga Allah SWT melimpahkan kesembuhan, ketenangan, dan keberkatan buat tuan sekeluarga.

Selamat bersara, Wira HBG. Jasa tuan akan terus hidup dalam memori kami semua.

𝗗𝗿. 𝗝𝗮𝘆𝗮𝗸𝘂𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗮/𝗹 𝗝𝗮𝘆𝗮𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵


Address

Jalan CHANGKAT
Changkat
31000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengarah Hospital Batu Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pengarah Hospital Batu Gajah:

Share

Category