Ipoh Home Bekam

Ipoh Home Bekam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ipoh Home Bekam, Medical and health, Ipoh.

Penghidmatan bekam datang kerumah.HOME BEKAMIKHTIAR SIHAT MELALUI BEKAM.wasap.my/60135356273/bookbekam
13/10/2022

Penghidmatan bekam datang kerumah.

HOME BEKAM
IKHTIAR SIHAT MELALUI BEKAM.

wasap.my/60135356273/bookbekam

WAKTU, HARI DAN TARIKH BERBEKAMWAKTU BERBEKAMBekam Sunnah dan sihat boleh dilaksanakan pada bila-bila waktu tetapi yang ...
05/08/2022

WAKTU, HARI DAN TARIKH BERBEKAM

WAKTU BERBEKAM
Bekam Sunnah dan sihat boleh dilaksanakan pada bila-bila waktu tetapi yang terbaik adalah di siang hari, antara jam 2 petang hingga 3 petang seperti yang dicatatkan dalam penulisan Ibnu Sina. Namun, anda boleh memilih masa berbekam mengikut kelapangan masa anda sendiri, dan pemilihan waku terbaik tadi sangat dianjurkan untuk anda yang mempunyai penyakit.

HARI BERBEKAM
Terdapat beberapa hadis berkaitan dengan hari-hari berbekam, yang sebahagiannya menceritakan tentang hari-hari yang sangat dianjurkan berbekam, dan hari yang sangat tidak digalakkan untuk berbekam. Terdapat juga hadis-hadis yang dha’if mengenai hari dan waktu berbekam, dan kita perlulah bijaksana dalam memilihnya.

Sangat digalakkan : Isnin, Selasa, Khamis
Tidak digalakkan : Rabu

Ia hanya garis panduan untuk mendapatkan kesan yang optimum kepada tubuh badan. Namun anda boleh berbekam pada bila-bila waktu dan hari mengikut kelapangan waktu anda, dan pemilihan hari terbaik tadi sangat dianjurkan untuk anda yang mempunyai penyakit.

TARIKH BERBEKAM

Terdapat banyak hadis berkaitan tarikh-tarikh terbaik untuk berbekam, dan saya menemui hadis yang sahih (takhrij Albani dalam Sahih al’Jami’, tetapi hasan menurut Tirmizi) berkaitan perkara ini. Tarikh terbaik untuk berbekam ialah 17, 19 dan 21 haribulan setiap bulan kalendar Hijriyah. Namun, anda boleh memilih tarikh berbekam mengikut kelapangan masa anda sendiri, dan pemilihan tarikh terbaik tadi sangat dianjurkan untuk anda yang mempunyai penyakit.

BAGAIMANA SINGKIRKAN URIC ACID⁉️GOUT⁉️ BAGAIMANA BEKAM MEMBANTU DALAM MASALAH GOUT ⁉️1. Berbekam dapat mengeluarkan dara...
10/06/2022

BAGAIMANA SINGKIRKAN URIC ACID⁉️GOUT⁉️

BAGAIMANA BEKAM MEMBANTU DALAM MASALAH GOUT ⁉️

1. Berbekam dapat mengeluarkan darah kotor dari badan menyebabkan aliran darah lebih baik.

2. Berbekam dapat membantu pesakit gout mengeluarkan Uric Acid melalui darah kotor pesakit gout. Hal ini dapat meredakan simptom-simptom Gout.

3 Berbekam secara kerap dapat memastikan Uric Acid tidak melebihi paras yang dapat membahayakan badan pesakit.

Jom buat rawatan bekam
Wasap.my/60135356273/bookbekam











ANDA ADE STROK, KOLESTROL TINGGI, DIABETIC, DAN MASALAH KESIHATAN LAIN?JOM CUBA BEKAM SUNNAH. KAMI DATANG KE TEMPAT ANDA...
03/04/2022

ANDA ADE STROK, KOLESTROL TINGGI, DIABETIC, DAN MASALAH KESIHATAN LAIN?

JOM CUBA BEKAM SUNNAH.

KAMI DATANG KE TEMPAT ANDA, WAKTU BOLEH REQUEST🤗

AREA KUALA KANGSAR, SG SIPUT, IPOH DAN SEKITARNYA SAHAJA.

BOOKING: wasap.my/60135356273/nakbookingbekam

BAGAIMANA BEKAM MEMBANTU DALAM MASALAH GOUT ?1. Berbekam dapat mengeluarkan darah kotor dari badan menyebabkan aliran da...
02/04/2021

BAGAIMANA BEKAM MEMBANTU DALAM MASALAH GOUT ?

1. Berbekam dapat mengeluarkan darah kotor dari badan menyebabkan aliran darah lebih baik.
2. Berbekam dapat membantu pesakit gout mengeluarkan Uric Acid melalui darah kotor pesakit gout. Hal ini dapat meredakan simptom-simptom Gout.
3 Berbekam secara kerap dapat memastikan Uric Acid tidak melebihi paras yang dapat membahayakan badan pesakit.
Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.
Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.
Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi
Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

Kegemukan
Darah tinggi
Hiperlipidemia
Diabetes

Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Jom Bekam bersama HomeBekam

Booking slot anda Sekarang:
Wasap.my/60135356273/bookingbekam

"Berbekam Tidak Membatalkan Puasa"Jumhur ulama Maliki, Syafi'i Hanafi berpendapat bahwa berbekam tidaklah membatalkan pu...
01/03/2021

"Berbekam Tidak Membatalkan Puasa"

Jumhur ulama Maliki, Syafi'i Hanafi berpendapat bahwa berbekam tidaklah membatalkan puasa. Berdasar hadist Rasulullah:
Dari Ibnu Abbas ra, ia berkata: Rasulullah pernah berbekam dalam keadaan ihram dan pernah p**a berbekam dalam keadaan puasa. (HR. Bukhari).
Dalam sebuah hadist juga disebutkan, jika kita melakukan bekam saat puasa, maka puasanya tidak batal.
عن أبي سعيد الحدري قال : قال رسول الله صلي الله علبه وسلم : ثَلَاث ٌلاَ يُفْطِرْنَ الصَّائِمَ : أَلحِجَامَةُ وَالْقَيْءُ وَاْلإِحْتِلاَمُ (رواه الترميذي والبيهقي)
Dari Abu Said al-Khudri: Rasulullah bersabda: "Tiga hal yang tidak membuat batal orang yang berpuasa: berbekam, muntah dan mimpi (hingga keluar mani). (HR. Tirmizi dan Baihaqi).

Jom ikhtiar sehat

📢Dibuka setiap hari
Booking slot anda sekarang :
Wasap.my/60135356273/nakbookbekam

JENIS-JENIS BEKAM Ada banyak jenis bekam yang di amalkan. Jom kita tengok bekam yang ada dari jenis bekam angin sampai l...
05/02/2021

JENIS-JENIS BEKAM

Ada banyak jenis bekam yang di amalkan. Jom kita tengok bekam yang ada dari jenis bekam angin sampai lah bekam api.

*BEKAM ANGIN / BEKAM KERING

📎Bekam angin adalah kaedah bekam tanpa mengeluarkan darah. Caranya adalah menyedut permukaan kulit tanpa melukakan kulit dan mengeluarkan darah. Nampak macam no point kan? Bekam ini digunakan untuk menghilangkan rasa tak selesa akibat reumatik dan rasa tak selesa di punggung. Bekam angin akan meninggalkan bekas lebam merah kehitaman dan akan hilan selepas beberapa hari.

*BEKAM BASAH

📎Bekam basah adalah kaedah bekam untuk megeluarkan darah. Kaedah bekam ini adalah yang biasa dilakukan. Caranya adalah dengan melakukan bekam angin dahulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai menggunakan jarum yang telah distreilkan unutk mengeluarkan darah. Darah yang keluar itu kemudian disedut dengan alat cupping set dan hand pump. Darah yang dikeluarkan adalah darah kotor berwarna kehitaman dan berbuih-buih. Kalau nak buat bekam basah ini, sedutan darah tak boleh lebih dari 9 minit dan tidak boleh kerap dilakukan. Pesakit juga tak boleh terkena air pada 3 jam pertama selepas berbekam.

*BEKAM API*

📎Disebut juga sebagai Fire Cupping. Kaedah bekam api ini berbeza dari bekam darah dan bekam angin. Ia menggunakan api sebagai kaedah untuk membuat ruang vakum dalam alat cupping. Caranya adalah menggunakan bekas gelas yang berbentuk khas. Api di hidupkan di dalam gelas untuk membakar udara dalam gelas dan mewujudkan vacum yang mempunyai fungsi menyedut. Kemudian barulah gelas itu ditampal ke badan.

HOME BEKAM
IKHTIAR SIHAT MELALUI BEKAM.

wasap.my/60135356273/bookbekam

SOAL JAWAB TENTANG RAWATAN BEKAM1) Adakah bekam ni sakit?👉Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan s...
01/02/2021

SOAL JAWAB TENTANG RAWATAN BEKAM

1) Adakah bekam ni sakit?
👉Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih iaitu PEN BEKAM.Tusukkan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukkan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.
2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
👉Ya selamat,ini kerana menggunakan jarum PAKAI BUANG iaitu setiap pesakit hanya menggunakan sebilah jarum sahaja. Semua alatan bekam kami akan melalui proses pembersihan yang sangat teliti.
3) Apakah waktu yang mustajab untuk berbekam?
👉Waktu mustajab berbekam ialah tanggal 15hb hingga 21hb kalendar islam dan dalam keadaan perut kita tidak terlalu kosong tidak terlalu kenyang.
👉Waktu petang adalah paling sesuai kerana ketika itu tubuh kita sedang bekerja dan aktif, proses peredaran darah sedang laju dan aktif
4) Individu manakah yang tidak digalakkan berbekam darah ?
👉Individu yang badannya dalam keadaan lemah seperti kurang tidur, demam atau menghidap penyakit-penyakit yang menyebabkan darahnya sukar untuk berhenti seperti kencing manis kronik
5) Bolehkah berbekam jika tiada sakit?
👉Boleh, kepada individu yang tiada sakit biasanya kami akan melakukan bekam secara sama rata maksudnya saya akan bekam bahagian kiri 5 cups dan bahagian kanan 5 cups, bahagian bawah 4 cups bahagian atas 4 cups dan bahagian tengah-tengah 2 cups supaya badan kita akan seimbang selepas berbekam
7) Berapa kekerapan yang kita perlu bekam?
👉Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam 3 bulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam sebulan sekali hingga badan anda stabil
8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
👉Anda tidak dibenarkan makan makanan laut(seafood) selama 3 hari untuk mengelakkan rasa gatal di bahagian luka bekam dan anda tidak di galakkan mandi dalam masa 2 jam selepas berbekam supaya kesan bekam tersebut mengecil
9) Apakah tips sebelum berbekam?
👉kalau boleh anda datang berbekam dalam keadaan perut kosong atau berpuasa atau jangan makan makanan berat 2 jam sebelum proses rawatan bekam.
10) Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia ?
👉Dalam badan kita terdapat 2 jenis darah, darah yang aktif dan darah yang tidak aktif, darah yang aktif adalah darah yang mengalir dalam badan kita yang membawa zat-zat yang kita perlukan dalam badan sedangkan zat yang tidak aktif p**a akan melekat di permukaan kulit(darah tidak aktif).
👉proses bekam adalah proses mengeluarkan darah di permukaan kulit bukan di dalam badan kita(darah yang aktif), menurut kajian darah yang keluar semasa proses berbekam semuanye mempunyai unsur-unsur yang kita tidak perlukan dalam badan. sebab itulah badan kita terasa ringan ini kerana segala unsur-unsur negatif dalam badan kita telah dikeluarkan

HOME BEKAM
IKHTIAR SIHAT MELALUI BEKAM.

wasap.my/60135356273/bookbekam

BEKAM SUNNAH RASULULLAH S.A.W.Bekam atau hijamah merupakan salah satu kaedah perubatan yang disukai dan digalakkan oleh ...
01/02/2021

BEKAM SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Bekam atau hijamah merupakan salah satu kaedah perubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk umat Islam. Tujuan bekam dilakukan adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid atau racun yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara "detoksifikasi" yang sesuai dan selamat bagi umat Islam.

Hadis yang mengalakkan Bekam
Sabda Rasulullah S.A.W.;
"Barang siapa berbekam pasti mendapat rahmat Allah S.W.T.

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah(berbekam)"
(Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)

Didalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair r.a., lbnu Abbas r.a., dari Nabi S.A.W., baginda bersabda;
"Kesembuhan ada tiga perkara: minum madu, berbekam dan bakaran api (Al-Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api"

Kebaikkan Berbekam

-Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

-Membantu memecahkan lemak, peluh, dan melegakan demam. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, pinggang dan urat sendi di kaki.

-Membantu menajamkan penglihatan. Peredaraan darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

-Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

-Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

-Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.

-Membantu menghilangkan pening dan migrain

-Menbuang segala gangguan makhluk halus.

Pandangan Ulama dan sainstis
Ulama
lmam Al-Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Taysirul Fiqah lil Muslimil Mu'ashir oleh Dr Yusuf Qardhawi pada hal. 235-236:

"Al-Hijammah/Bekam adalah termasuk fardhu kifayah.Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajipan dari yang lain"

Saintis
Sebagai alternatif pengubatan, bekam merupakan kaedah yang paling tepat ketika dunia moden tidak mampu mengatasinya. Tanpa teknologi canggih, pembekaman pada satu poin di antara poin-poin istimewa di sekitar tengkuk sahaja dapat menyembuhkan 72 penyakit. Sebuah buku juga ditulis oleh Thomas W.Anderson (1985) yang berjudul "100 Diseases Treated by Cupping Method", yang ternyata sesuai dengan hadith Nabi disekitar 600M yang diriwayatkan oleh At-Thobroni:

Rasulullah bersabda."Hendaklah kalian semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit"

Penyakit yang boleh diubati dengan Bekam
-Migrain
-Sakit pada Kepala
-Sinusitis/Alergic
-Masalah pada mata
-Kolesterol Tinggi
-Masalah Angin
-Masalah sakit gigi
-Masalah Asthma/lelah dan paru-paru
-Batuk
-Hati/Hepatitis
-Pundi Hempedu
-Pankreas/Diabetis
-Masalah sakit Pinggang
-Masalah lenguh Paha/Petis/Bahu
-Buasir
-Masalah kebas kaki
-Sakit Tumit
-Masalah sakit Jantung
-Masalah Sengugut/Haid
-Batu karang
-Sembelit
-Sakit Lutut
-Sakit Kepala/Jerawat Banyak
-Lemah tenaga batin
-Stroke
-Masalah Buah Pinggang
-Sihir dan lain-lain masalah penyakit

Kesimp**an

Bekam merupakan salah satu cabang thibbun nabawi maka harus ada amanah dan tanggungjawab untuk melakukan perbandingan yang saksama antara perubatan alternatif sehingga kita memiliki landasan yang kukuh.
Apabila Al-quran dan Sunnah difahami dan dihayati secara jelas maka iman umat islam dapat meningkat sekali gus mencapai kecemerlangan. Mudah-mudahan umat ini memahami bahawa dengan mengamalkan dan menegakkan keseluruhan syariat Allah S.W.T. di muka bumi adalah kewajipan bertujuan mengaktualisasikan keislaman kita.
Wallahu A'lam

Address

Ipoh
31200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ipoh Home Bekam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram