21/09/2021
7 TIPS KURUSKAN BADAN :
1. Setkan minda untuk kurus
Selepas anda buat keputusan untuk kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Kalau hari ini kata nak kurus, hari ini juga lakukannya. Bukannya esok, lusa atau minggu depan. Biasanya, selepas bulan Ramadan, “Ahh, mana boleh tak makan lauk raya. Lepas raya lah aku diet”.
Nampaknya, jika anda salah seorang yang berfikiran sebegini, tidak akan kurus sampai bila-bila.
2. Jaga kuantiti makanan
Macam yang farah tekankan sebelum ni, kita tak perlu tahan perut pn untuk kurus. We still have to it. Tapi jaga apa yang kita makan dan tengok portion tersebut.
Kalau nak makan nasi, make sure amalkan konspe suku suku separuh 🙂
3. Jangan makan malam!
Makan seawal jam 6.30 petang, ini ialah waktu yang cukup ideal. Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Sebab badan kita memerlukan 4 jam untuk hadam makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, korang kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya menternak lemak lah.
4. No sugar
Ini bukan untuk orang tua yang ada kencing manis atau ‘diabetes‘ sahaja. Ia penting untuk semua peringkat umur. Jauhkanlah minuman bersoda mcm Coke, Pepsi, F&N and lain-lain. Minum air masak itu lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, nescaya tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat ini mesti dibuang.
5. Banyakkan minum air masak
Seriously it works! Wajibkan diri minum at least 3 litre sehari. Pentng untuk cleanse balik segala kotoran and toxic dalam badan. Barulah senang nak kurus.
6. Banyakkan bergerak
Tak pergi gym pun tak mengapa. Yang penting kena active. Kalau selalu berjogging, bagus juga. Sesekali, kalau asyik naik lif sahaja, apa salahnya naik tangga? Lebih menyihatkan badan, peluh pun keluar.
Kena rajin senam. Jgn malas. Yg penting Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, jantung sihat, buang lemak dan menaikkan stamina. Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Nescaya, badan akan jadi lebih ringan.
7. Amalkan supplements
Faham, ada org jenis busy tak sempat makan cukup semua yg sihat2. Bersenam pun takde masa. Jadi bagi farah, supplements sangat membantu untk bakar and pecahkan lemak. Lepastu jangan lupa ambil protein yang lengkap and bagus untuk shape up kan badan kembali.