11/03/2024
6 Pekerjaan berisiko tinggi hidap sakit sendi:
1. Petani & Peladang
- disebabkan banyak berdiri lama
- selain membabitkan pergerakan seperti mencangkung, melutut, melompat (lompat daripada lori ke tanah), mendaki bukit
- dan banyak lagi sekali gus berlakunya risiko Osteoarthritis (OA)
2. Pekerja Kontrak
- Golongan itu membuat kerja mengangkat barangan berat seperti angkat simen dan sebagainya.
- Apa-apa jenis pekerjaan membabitkan angkat berat akan meningkatkan stres atau tekanan pada tulang rawan dan menyebabkan dia (tulang rawan) menjadi nipis, haus, botak dan sebagainya.
3. Guru
- Ramai kalangan guru juga menghidap OA khususnya yang mempunyai indeks j***m tubuh (BMI) yang tinggi.
- Guru kerap berdiri ketika mengajar, membawa buku yang berat hingga meningkatkan tekanan kepada lutut mereka.
4. Pemandu bas, trak atau lori
- Dr Azfar juga pakar perubatan sukan menjelaskan, risiko OA berpotensi berlaku kepada pemandu bas, trak atau lori yang memandu untuk jangka masa panjang.
- Memandu tempoh lama dalam keadaan lutut membengkok (flexion). Apabila kaki lurus, kepada lutut terapung di atas namun, apabila bengkok, urat atau otot akan tarik kepala lutut ke arah tulang paha.
- Jadi, akan meningkatkan tekanan pada kepala lutut (patella) dan individu berisiko mendapat pattela kondromalasia, iaitu tisu rawan atau kartilaj yang terletak di bahagian belakang pattela itu menjadi lembut dan nipis.
- Memandu kenderaan manual kerap tekan minyak, klac dan break juga akan menyebabkan banyak tekanan berulang-ulang dan stres pada lutut.
5. Pekerja rumah (cleaner)
- Golongan itu banyak bekerja di bahagian lantai selain kerap mencangkung.
- Golongan itu banyak bekerja di bahagian lantai selain kerap mencangkung.
6. Ahli sukan & Masalah Obesiti
- Ahli sukan mudah cedera sama ada pada lutut, buku lali, bahu dan bahagian lain. Ketika lanjut usia golongan ini akan terdedah kepada masalah OA.
- Sejarah trauma, kecederaan akibat sukan dan kemalangan di usia muda dan masalah obesiti antara faktor mempercepatkan proses pembentukan OA.
- Kebiasaannya OA berlaku kepada golongan berusia melebihi 50 tahun, manakala orang muda disebabkan kecederaan spesifik kepada ligament, meniskus, kartilaj dan sebagainya.
- OA merujuk kepada keseluruhan kartilaj yang haus dan botak disebabkan aktiviti seharian yang memberi tekanan pada sendi selama bertahun-tahun.
- Golongan muda, disebabkan proses 'wear and tear' mengambil masa lama. Orang muda selalunya babitkan kecederaan kartilaj.