28/04/2025
Alhamdulillah, satu sejarah baru tercipta untuk kami di Body Therapy by Meditrina
Semalam (sabtu )bukan sekadar open house, tapi simbol perjalanan kami yang penuh doa, usaha dan kasih sayang dari family & Guru-Guru.
Syawal ini jadi saksi launching rasmi kami — satu langkah besar yang takkan jadi kenyataan tanpa semua insan hebat di belakang kami.
Terima kasih dari lubuk hati kami kepada:
• Dr. Fahmy & isteri tercinta — sudi merasmikan launching kami, dan menjadi guru yang membimbing tanpa jemu.
• Passion setia — dari zaman arwah abah (Dr.Sulaiman) hingga kini, anda adalah nadi kekuatan Meditrina. Bertahun setia bersama kami, kami takkan lupakan jasa kalian.
• Kawan-kawan & tetamu jauh-dekat — dari Singapura hingga seluruh Malaysia, kehadiran anda semua menyemarakkan semangat kami.
• Team Mediterina — anda semua tulang belakang sebenar! Tanpa usaha, tenaga dan komitmen anda, semalam takkan jadi seindah itu. Anda semua luar biasa.
• Mak tercinta — dari kampung datang untuk memasak walau pun kurang sihat Sanggup masak menu2 rare Patin tempoyak,gulai Asam Rong.Takkan mampu kami balas semua itu.
Majlis semalam adalah bukti bahawa bila hati bersatu, impian boleh jadi nyata.
Kami berjanji untuk terus membawa legasi ini lebih jauh, dengan penuh rasa amanah dan semangat baru.
Terima kasih semua, dari hati kami yang paling dalam.
Jumpa anda semua di Body Terapi by Meditrina — tempat di mana kesihatan bermula dari mata.
Alhamdulillah Majlis Perasmian Meditrina Iridologi 26 April 2025..
Terima kasih kepada Dr Fahmi dan isteri diatas kesudian merasmikan Meditrina.Kami di Meditrina sangat menghargai.
Kehadiran dan sokongan Dr dan isteri amat bermakna buat kami,serta menjadi penyuntik semangat untuk maju di dalam bidang sains komplimentari.Semoga Pusat Rawatan Meditrina dapat memberi manfaat kepada sejagat dalam bidang holistik.