18/03/2026
Lagi beberapa hari je kita nak raya, mesti ramai seram sejuk je takut berat naik balik kan? Meh Nutritionist nak bagi tips elak berat badan naik mendadak raya ni. Ingat je Formula 4J ni 👇🏻😁🧵
J1: JUMLAH
Ambil portion kecil dulu. Kalau masih lapar, baru tambah. Lagi baik kalau dapat ambil makanan guna pinggan kecik. Otak kita ni kalau nampak pinggan tu penuh walau guna pinggan kecik, dia akan fikir “wow banyaknya makanan, mesti kenyang” 😁
J2: JENIS
Pilih jenis makanan yang lebih mengenyangkan. Utamakan protein dan sayur dulu sebab tu memang bagi perut kita kenyang dulu. Jangan penuhkan pinggan dengan lemang/ ketupat dulu. Makanan raya ni pun kita boleh buat jadikan suku2 separuh tau. Contoh:
Lemang/ketupat - 3-4 potong/ 2-3 biji
Rendang ayam/daging - cukupkan 1 tapak tangan
Sayur - 1/2 pinggan (tambah lah sayur dari kuah lodeh ke salad ke timun ke)
Kalau orang kata pelik makan ketupat lemang dgn sayur, biarkan!😁
J3: JAM
Elakkan makan tanpa henti dari pagi sampai malam. Cuba bagi jarak masa antara hidangan. Senang cerita ikut je lah jam waktu makan breakfast, lunch, dinner mcm sebelum puasa 😁
J4: JALAN
Lepas makan, cuba bergerak sikit. Kalau beraya rumah sedara, jiran2 yang beza satu dua rumah, tak payah lah naik kereta ke naik motor. Jalan lah. Make up cair sikit takpa, bawak kipas😁
Kajian menunjukkan, berjalan kaki selama 10-15 minit selepas makan sangat baik untuk kesihatan kerana ia membantu melancarkan pencernaan, mengawal paras gula dalam darah, dan meningkatkan sensitiviti insulin tau. Jadi banyakkan lah berjalan ya😁
Raya boleh enjoy. Jangan terlalu strict sangat takut nak makan itu, takut nak makan ini sebab takut nau berat badan naik balik. Tapi jangan lah jugak terlalu enjoy sampai makan tak ingat dunia yaa. Yang penting tahu cara yang betul nak enjoy makanan raya😁
Jom buat pecutan terakhir Ramadhan ini, supaya kita peroleh ‘kemenangan bermakna’ raya nanti ❤️😊