29/12/2022
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐?
Tahun 2023 bakal menjelma tak lama lagi kan?
Cik Amirah Diet yakin pasti ramai yang berazam nak turunkan berat badan.
Jom...
Cik Amirah Diet kongsikan bagaimana cara nak start diet!
๐ด๐๐๐๐ ๐จ๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐๐๐๐.
Pengambilan air kosong dalam kuantiti yang mencukupi setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Minum air kosong juga akan mengurangkan rasa lapar.
Apabila badan kita kekurangan air, otak akan mentafsirkannya sebagai lapar dan menyebabkan anda ingin makan walaupun baru lepas 45 minit lunch, sedangkan badan anda hanya perlukan air kosong, bukan makanan.
๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐ 2 ๐๐ 3 ๐ฒ๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐๐
Untuk bersenam anda tidak perlu bersusah beli peralatan bersenam mahupun langgan keahlian gym. Yang penting kena selalu bergerak.
Sebaik-baiknya, amalkan buat senaman selama 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, membakar lemak dan menaikkan stamina.
Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Nescaya, badan akan jadi lebih ringan.
Anda juga boleh biasakan diri untuk berjalan lebih banyak berjalan dengan parking kereta lebih jauh atau naik tangga sesekali berbanding lif.
๐ฌ๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐
Pengambilan makanan segera sangatlah berleluasa dalam masyarakat. Ditambah p**a dengan rutin harian yang padat, orang ramai sering memilih jalan mudah untuk mengisi perut.
Memang benar makanan segera tidak menghidangkan nasi, namun kalori serta lemak tepu dalam makanan segera cukup tinggi. Kalau dimakan selalu buruk padahnya pada kesihatan !
Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, anda perlulah elakkan makanan segera dan pilihlah makanan yang lebih sihat.
๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฎ๐๐๐
Pengambilan gula bukan sahaja perlu oleh orang tua atau pesakit diabetes. Malah, ia perlu dikawal untuk semua peringkat umur tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa.
Memang tidak dinafikan minuman manis memang sangat sedap. Namun, ia tidak memberikan manfaat pada kesihatan, silap-silap kena potong kaki nanti kalau selalu sangat minum !
Gantikan minuman manis berkalori tinggi kepada air kosong yang bebas kalori dan baik untuk tubuh badan.
๐ฒ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Untuk memastikan anda tidak makan melebihi kalori setiap hari, anda disarankan untuk mengira keperluan kalori. Berdasarkan MyHealth , pengambilan kalori berlebihan juga perlu dielakkan bagi mencegah masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kanser dan serangan jantung.
Jika anda perlukan 1600 kcal sehari, jangan p**ak pergi ambil 2500 kcal sehari. Kalau begini sampai ke tua tak kurus. Kalau makan kurang daripada keperluan kalori p**a, anda akan menjadi tidak bermaya dan kekurangan nutris
Jom kira kalori anda disini : KALKULATOR KALORI
๐ซ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐
๐๐ ๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐
Tahukah anda kalori juga akan dibakar ketika anda tidur. Jadi, anda haruslah mendapat waktu tidur mencukupi setiap hari untuk membantu dalam penurunan berat badan.
Tidur yang mencukupi dan berkualiti akan membantu proses recovery badan kita setelah seharian bekerja. Selain itu, tidur yang cukup juga dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan tenaga.
Kalau anda susah untuk lelap mata pada waktu malam, anda boleh cuba tips tidur yang dikongsikan oleh askar. Confirm 2 minit dah tertidur !
๐ด๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐
Ramai beranggapan kalau nak kurus kena berlapar, sampai sanggup buat crash diet. Sebenarnya, kalau inginkan diet yang seimbang dan sihat, anda perlu makan dalam kuantiti yang kecil dengan kerap.
Bukannya sekali hadap makanan macam tak makan 10 tahun! Pastikan juga dalam setiap hidangan yang anda ambil mencukupi keperluan makronutrisi anda.
Selain tips kurus yang diberikan, anda juga perlu tanamkan mindset yang kuat. Tekadkan hati dan niatkan diri untuk kurus demi kebaikan anda sendiri.
Tiada siapa yang akan menolong anda jika anda jatuh sakit nanti. Badan yang lebih sihat juga akan meningkatkan kualiti hidup anda.
Jangan terlalu tergesa-gesa pada fasa awal. Jadikan amalan gaya hidup sihat ini sebagai cara hidup insyaAllah berat badan akan menurun secara konsisten dan anda lebih mudah untuk sesuaikan diri. Selamat mencuba !
======================================================================================
๐ฆ๐๐ฅ๐๐จ๐ฆ ๐ก๐๐ ๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ฆ ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ก?
CUBALAH NOFEXS - Dapatkan diskaun 60% + Freegift bernilai Rm50 + Money Back Guarantee sekarang! Klik link dibawah untuk order :-
Beli di SHOPPEE - tekan link ini:- https://bit.ly/3I4uaiu