Excelhana

Excelhana MommyHana fokus kepada produk pendidikan kanak-kanak serta produk kesihatan minda yang menyokong perkembangan anak secara holistik.

"Patutlah Terengganu bahagia" - Netizen.Malam itu, niatnya sekadar singgah sebentar di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengg...
04/01/2026

"Patutlah Terengganu bahagia" - Netizen.

Malam itu, niatnya sekadar singgah sebentar di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu sementara menunggu adiknya tiba dari lapangan terbang.

Tanpa perancangan untuk membeli-belah, wanita itu keluar rumah hanya berbekalkan telefon bimbit, langsung tidak membawa wang tunai.

Dalam fikirannya, urusan pembayaran bukan lagi masalah besar. Kebanyakan peniaga hari ini sudah menerima bayaran melalui imbasan kod QR.

Namun, sangkaannya meleset apabila barang yang diinginkannya hanya dijual oleh seorang peniaga berusia yang kebetulan tidak menyediakan kemudahan tersebut.

“Aku ni fikir kalau nak bayar boleh QR sebab pasar sekarang kan dah ramai guna QR. Lepas tu barang yang aku nak tu ada kat seorang makcik ni je dan dia p**a takde kod QR tu,” katanya berkongsi pengalaman.

Dalam keadaan serba salah, dia menjangkakan urusan itu mungkin terhenti setakat itu sahaja.

Namun, peniaga berkenaan dengan tenang menawarkan satu penyelesaian yang langsung tidak disangka.

“Selamba je dia cakap tak mengapa kalau takde duit, esok je bayar. Dia suruh aku ambil ja barang tu dan suruh aku bayar esok. Well, aku terpikir this is Terengganu,” katanya.

Kepercayaan yang ditunjukkan oleh peniaga tersebut benar-benar menyentuh perasaan.

Tanpa mengenal siapa dirinya, tanpa sebarang syarat, peniaga itu memilih untuk memudahkan urusan orang lain.

“Kenal ke tak kenal ke belakang kira. Dia kira nak mudahkan urusan aku je tu. Patut lah negeri ni bahagia,” katanya lagi, menggambarkan rasa terharu terhadap sikap peniaga berkenaan.

Perkongsian itu turut mendapat reaksi ramai warganet yang mengakui pernah melalui pengalaman hampir sama ketika berada di Terengganu.

Ada yang berkongsi kisah berbelanja dalam jumlah besar, namun terpaksa berdepan masalah talian ketika membuat bayaran digital.

“Pernah borong kaftan kat Pasar Payang harga RM300, tapi line tak okay masa nak QR, dia suruh aku jalan-jalan dulu kemudian baru bayar. Kedai-kedai kat Terengganu memang macam tu. Kalau takde duit, bayar esok je,” tulis seorang netizen.

Cerita ringkas ini mungkin kelihatan kecil, namun cukup menggambarkan nilai kepercayaan, keikhlasan dan sifat memudahkan yang masih subur dalam kalangan masyarakat setempat.

Nilai inilah yang menjadikan Terengganu bukan sekadar sebuah negeri, tetapi sebuah komuniti yang hidup dengan rasa percaya dan kemanusiaan.

Sumber asal - Mstar

31/12/2025

Wahhh new collection daripada Mommyhana

Perasan tak scene ni dekat restoran.Anak umur setahun duduk dalam baby chair, depan mata ada tab. Mata dia terpaku. Ibu ...
28/12/2025

Perasan tak scene ni dekat restoran.

Anak umur setahun duduk dalam baby chair, depan mata ada tab. Mata dia terpaku. Ibu ayah p**a rancak bersembang, masing masing tengok hal sendiri.

Post ni bukan nak kecam ibu bapa. Kita semua pernah penat. Kadang kadang anda cuma nak makan dengan tenang, nak bersembang sekejap, nak rasa ada ruang untuk diri sendiri. Itu normal.

Tapi bagus juga kita tahu kenapa tab jadi “pengasuh” untuk anak kecil tak cantik, terutama bawah 2 tahun.

Umur ni otak anak sedang bina asas. Bukan sekadar tengok dan dengar, tapi rasa, sentuh, gerak, dan berinteraksi. Bila anak dapat tab, dia memang fokus.

Tapi yang hilang tu banyak.

1. Dari segi sensory, anak terlepas peluang rasa dunia sebenar. Tekstur makanan, pegang sudu, bunyi pinggan, bau, gerak badan, semua tu “latihan otak” yang tak boleh diganti dengan skrin.

2. Dari segi motor halus, waktu makan luar sebenarnya masa anak belajar pegang, cubit, capai, susun, buka tutup. Bila tab ambil alih, tangan jadi pasif. Anak nampak mudah dijaga, tapi jari dan koordinasi tangan mata kurang dilatih.

3. Dari segi speech, bahasa datang dari interaksi dua hala. Anak bunyi, kita jawab. Anak tunjuk, kita namakan. Anak cuba sebut, kita ulang dengan betul. Skrin buat anak jadi penerima saja. Kurang eye contact dan kurang “berbalas” yang sebenarnya paling penting untuk perkembangan bahasa.

4. Dan mata pun sama. Skrin dekat, terang, bergerak laju. Anak jadi biasa dengan rangsangan cepat, dan cepat bosan bila aktiviti jadi perlahan. Bila tab tak ada, emosi pun lebih mudah meletup sebab dia belum belajar tenangkan diri tanpa skrin.
Kalau anda memang perlu juga guna tab sekali sekala, tak salah. Tapi cuba jadikan ia pilihan terakhir, bukan default.

Alternatif yang lebih selamat dan “mesra otak anak” bila makan luar:

✅ Bawa sticker book kecil atau buku kain
✅ Mainan senyap sensory, ring, atau pop it kecil
✅ Bagi anak “kerja” mudah macam pegang sudu, lap meja dengan tisu, susun straw
✅Finger food yang sesuai umur

Dan yang paling besar nilainya: borak dengan anak walaupun dia belum pandai jawab. Pandang dia, sebut nama makanan, buat bunyi kelakar. Biar anak rasa dia ada dalam meja tu.

Anak tak perlukan tab sangat. Anak perlukan manusia. Sebab pada umur ni, yang membesar bukan badan saja. Yang sedang dibina adalah otak dan hubungan ❤️

28/12/2025
Ada insan yang sanggup mengorbankan hobi, memakai apa yang ada, dan menyekat perbelanjaan untuk diri sendiri, asalkan ke...
28/12/2025

Ada insan yang sanggup mengorbankan hobi, memakai apa yang ada, dan menyekat perbelanjaan untuk diri sendiri, asalkan keluarga tidak kekurangan.

Gaji itu mungkin habis setiap bulan, tetapi ia habis pada tempat yang benar, menjadi saksi tanggungjawab dan cinta yang diam.

Tiap pengorbanan yang ikhlas demi keluarga tidak pernah sia-sia ❤️

13/12/2025

-Bantu tingkatkn emosi
-bantu tinglatkan fokus
-Tingkatkan selera mkn
-kurangkan tantrum

Kini hadir My First Book x Bilal Neelofa — edisi khas yang direka penuh kasih sayang untuk bantu anak belajar dengan car...
19/10/2025

Kini hadir My First Book x Bilal Neelofa — edisi khas yang direka penuh kasih sayang untuk bantu anak belajar dengan cara yang seronok, aktif & interaktif! 🌈

✨ Antara keistimewaannya:
✅ Kandungan lengkap — ABC, nombor, huruf hijaiyah, warna, doa, solat, sifat wajib Allah, malaikat & banyak lagi!
✅ Reka bentuk mesra anak — mudah dibawa, muka surat magnetik, butang lembut & speaker jelas
✅ Aktiviti interaktif — muzik, kuiz, bahasa boleh tukar (Melayu, Inggeris, Arab)
✅ Termasuk pelekat, stylus pen & marker — bantu motor halus si kecil

📖 Belajar sambil bermain, dari hati kecil yang suci.
📲 Jom jadi antara yang terawal memiliki edisi khas ini!

10/10/2025

Inilah satu-satunya pasport di dunia yang….

Ramai tak tahu kelebihan & keunikan pasport Malaysia ni. 🇲🇾

👇

1. Antara Pasport Paling “Bebas” di Dunia

• Pasport Malaysia membolehkan pemegangnya melancong ke lebih 180 negara tanpa visa atau dengan visa semasa ketibaan.

• Dalam ranking antarabangsa (seperti Henley Passport Index), Malaysia sering berada dalam Top 15 dunia — jauh lebih tinggi berbanding banyak negara Asia lain.

• Ini mencerminkan keyakinan diplomatik dunia terhadap kestabilan dan reputasi Malaysia.


2. Negara Pertama di Dunia Perkenalkan Pasport Biometrik (1998)

• Malaysia ialah negara pertama di dunia yang memperkenalkan pasport biometrik elektronik (ePassport) pada Mac 1998, jauh mendahului negara maju lain.

• Teknologi ini dibangunkan oleh syarikat tempatan IRIS Corporation — menjadikan Malaysia pelopor dunia dalam inovasi keselamatan dokumen perjalanan.

• Ciri ini menyimpan data wajah dan cap jari dalam cip mikro berteknologi tinggi untuk mengelakkan pemalsuan.

• Ketika itu, piawaian antarabangsa (ICAO) pun belum lagi memuktamadkan spesifikasi ePassport — Malaysia dah guna dulu.

👉 Fakta menarik: Banyak negara lain hanya mula memperkenalkan ePassport selepas 2005!


3. Teknologi Keselamatan Terkini & Rekaan Premium

• Pasport Malaysia kini menggunakan halaman biodata polikarbonat — bahan keras yang sukar ditiru, menggantikan kertas lamina lama.

• Cip biometrik kini tertanam terus dalam halaman itu (bukan di kulit pasport seperti versi lama), menjadikannya lebih tahan lasak dan selamat.

• Ada lapisan keselamatan UV, microtext, laser engraving, dan ciri optik khas yang menjadikannya hampir mustahil untuk dipalsukan.

• Reka bentuknya menggabungkan elemen tempatan seperti flora, fauna, dan Rukun Negara, menjadikan ia unik dari segi seni serta identiti nasional.


4. Diiktiraf Antarabangsa Kerana Inovasi

• Pasport Malaysia pernah menerima anugerah “Regional ID Document of the Year” (2018) atas gabungan keselamatan, teknologi, dan kualiti pembuatan yang cemerlang.

• Malaysia diiktiraf sebagai antara peneraju serantau dalam keselamatan dokumen identiti.


5. Proses Cepat dan Mesra Pengguna

• Pembaharuan pasport boleh dilakukan secara dalam talian (MyOnline Passport), dan ada kes boleh siap dalam masa sehari sahaja.

• Sistem autogate di lapangan terbang Malaysia membolehkan rakyat keluar masuk negara tanpa beratur panjang — hanya imbas pasport & cap jari.

• Yuran pasport Malaysia kekal murah berbanding negara lain, walaupun ciri keselamatan dinaik taraf beberapa kali sejak 1998.


6. Reputasi Diplomatik Kukuh

• Malaysia mempunyai hubungan diplomatik baik dengan majoriti negara dunia, menjadikan rundingan bebas visa lebih mudah.

• Tiada rekod besar tentang penyalahgunaan pasport Malaysia secara global — faktor penting dalam menjaga “trust rating” antarabangsa.


7. SATU-SATUNYA Pasport di Dunia yang Secara Rasmi Melarang Kemasukan ke Israel

• Dalam muka surat pasport Malaysia tertulis dengan jelas:

“This passport is valid for all countries except Israel.”

• Ini menjadikan pasport Malaysia satu-satunya di dunia yang secara rasmi menyatakan larangan masuk ke Israel.

• Ia mencerminkan pendirian rasmi kerajaan Malaysia terhadap isu Palestin, serta dasar luar yang konsisten sejak dahulu.

• Negara lain mungkin tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, tetapi tidak menulis larangan itu secara rasmi dalam pasport mereka.


8. Gabungan Ciri-ciri Unik Dunia + Kos Mampu Milik

• Malaysia satu-satunya negara yang:

• Mempunyai pasport biometrik pertama di dunia (1998),

• Dilengkapi ciri keselamatan setanding negara maju,

• Kos permohonan kekal rendah,

• Dan tersedia untuk diperbaharui secara online.

• Kombinasi ini menjadikan pasport Malaysia antara yang paling “value for money” di dunia.


9. Identiti Nasional yang Dibanggakan

• Reka bentuk kulit merah maroon dengan lambang Jata Negara emas yang timbul menjadikan ia antara pasport paling elegan di Asia.

• Setiap helaian di dalamnya mempunyai motif seni budaya tempatan, menjadikannya bukan sekadar dokumen perjalanan — tetapi simbol identiti bangsa.


Padu kan pasport kita.

Share supaya ramai orang tahu.

✨ Nak anak sentiasa wangi & yakin sepanjang hari? ✨📦 SCENT KID by MommyHana — perfume kanak-kanak yang SELAMAT, TANPA al...
23/09/2025

✨ Nak anak sentiasa wangi & yakin sepanjang hari? ✨

📦 SCENT KID by MommyHana — perfume kanak-kanak yang SELAMAT, TANPA alkohol & bahan kimia ❌
💧Tahan sehingga 24 jam!
🌸 Bau yang lembut & sesuai untuk anak²
👛 Mesra poket – harga mampu milik!

Anak wangi, ibu ayah pun senang hati 😍
Jom grab sekarang sebelum stok habis! 🛒💨

𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀!𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐔𝐒𝐈𝐍𝐘𝐀 ! 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐒...
02/09/2025

𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀!𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐔𝐒𝐈𝐍𝐘𝐀 ! 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐈𝐓𝐀.

Makanan Tambahan 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐀 adalah solusi terbaik untuk tingkatkan perkembangan minda, ingatan dan kemahiran berkomunikasi anak-anak.

Jangan risau, bahan yang terdapat dalam Excel Hana menggunakan bahan semulajadi seperti
💥 Vitamin C
💥 Kurma
💥 Ginko Biloba
💥 Moringa Oleifera
💥 Susu Kambing
💥 Probiotik dan Prebiotik

========================================
𝑷𝑬𝑵𝑮𝑮𝑼𝑵𝑨𝑨𝑵 𝑬𝑿𝑪𝑬𝑳 𝑯𝑨𝑵𝑨 𝑺𝑬𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑲𝑶𝑵𝑺𝑰𝑺𝑻𝑬𝑵 𝑫𝑨𝑷𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑻𝑼 :
✅Membantu masalah lambat bercakap (Speech delay)
✅Emosi lebih tenang dan stabil (Tantrum)
✅Meningkatkan daya ingatan & menghafal
✅Meningkatkan daya fokus & minat belajar
✅Meningkatkan selera makan
✅Hyperactive
✅Kuat tantrum
✅Sukar menghafal
✅Malas belajar

Kita mungkin tidak dapat meninggalkan HARTA yang banyak untuk anak2. Tetapi alangkah BAHAGIANYA kita dapat tingkatkan pelajaran anak2 demi masa depan yang CEMERLANG di hari kelak nanti.
𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗜𝗡𝗙𝗢, 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗢𝗥𝗗𝗘𝗥, 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗧𝗘𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗜𝗡𝗞 Whatapps:

⏰ Tempat VIP MommyHana TOUR hampir penuh!Ramai dah daftar untuk jumpa Aqil Zulkiflee depan mata 😍Anda bila lagi?📸 VIP Li...
01/09/2025

⏰ Tempat VIP MommyHana TOUR hampir penuh!

Ramai dah daftar untuk jumpa Aqil Zulkiflee depan mata 😍
Anda bila lagi?

📸 VIP Line bergambar tanpa beratur
🎁 Hadiah eksklusif untuk pendaftar awal
🎟 Masuk percuma & cabutan bertuah

📍 Mydin Tunjong, Kelantan
📆 16 – 20 Sept 2025

👉 Daftar segera sebelum peluang habis: https://bit.ly/4fNUUlV

Address

Dungun

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Excelhana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Excelhana:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram