Rosli Hasan

Rosli Hasan Jadilah seorang muslim yang sempurna dengan sentiasa mencari kelemahan sendiri supaya anda tiada masa untuk mencari kelemahan orang lain

https://www.facebook.com/share/p/bwBVaTKSmjsfRXyZ/?mibextid=xfxF2i
25/06/2024

https://www.facebook.com/share/p/bwBVaTKSmjsfRXyZ/?mibextid=xfxF2i

Anakku...
Bila aku tua
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit
Mataku semakin kabur. Kamu harus memahami dan bersabar denganku.

Anakku...
Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit memarahi ku,
Aku minta maaf anakku
Aku semakin Tua dan lemah

Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses tua
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua

Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau mensisihkan ku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

Anakku...
Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba,
Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.Jangan menangis.Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu, Bila aku bertemu Allah
Aku akan memohon padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku...

Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri...

๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

๐Ÿ˜ข Semoga Menjadi ikhtibar pada kita yang masih ada ibubapa

RENUNG-RENUNG KAN LAH..

CARA UTK BAIK PULIH DIRI SENDIRIJika kita dapat baik pulih diri kita secara betul, Allah SWT akan ubah anak-anak dan sem...
15/05/2024

CARA UTK BAIK PULIH DIRI SENDIRI

Jika kita dapat baik pulih diri kita secara betul, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita.

Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini BAIK PULIH diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam.

Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40).

Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi.

Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang,

Orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Al-Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi

dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu.

Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik,

suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah:

Ya 'Aziz, Ya Jabbar,
Ya Mutakabbir

dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan.

Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:

Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.

Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku.

Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya.

Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh.

Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati.

Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya.

Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari.

InsyaAllah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah. Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.

SEMOGA BERMANFAAT

14/05/2024
SUBHANALLAH ALLAHUAKBAR !!Rupanya 1400 tahun dahulu Nabi Muhammad ๏ทบ pernah bersabda :"Jarak antara dua pintu syurga adal...
13/05/2024

SUBHANALLAH ALLAHUAKBAR !!

Rupanya 1400 tahun dahulu Nabi Muhammad ๏ทบ pernah bersabda :

"Jarak antara dua pintu syurga adalah sebesar ANTARA MEKAH DAN HAJAR, atau ANTARA MEKAH DAN BUSRA."

Hari ini, teknologi pengimejan Satelit telah mengesahkan bahawa jarak antara kedua-dua lokasi ini memang sama!

Begitu juga dengan hadis sahih dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi ๏ทบ bersabda :

Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaanNya, sesungguhnya jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti jarak antara Mekah dan Hajar (kini Bahrain), atau seperti jarak antara Mekah dan Busra (kini selatan Syria)."

Hadis Riwayat Muslim

Di sini, Nabi sallallaahu alaihi wasallam telah menyatakan ukuran antara dua daun pintu Syurga adalah bersamaan dengan dua jarak. Pertama, bersamaan dengan jarak antara Mekah dan Hajar. Kedua, bersamaan dengan jarak antara Mekah dan Busra

Di manakah terletak Hajar dan Busra? Hajar terletak di timur Semenanjung Tanah Arab, dan sekarang ia berada dalam negara Bahrain. Manakala Busra terletak di selatan negara Syria. Boleh buat carian di Google Maps

Difahami daripada hadis ini, kedua-dua jarak tersebut (Mekah/Hajar dan Mekah/Busra) sudah tentu lebih kurang sama kerana Nabi sallallaahu alaihi wasallam telah menjadikan kedua-duanya sebagai pengukur bagi jarak antara dua daun pintu Syurga

Sheikh Abdul Majid Zindani, Pengerusi Lembaga Mukjizat Saintifik Dalam Al-Quran dan As-Sunnah, semasa mengulaskan berkenaan perkara ini menegaskan bahawa jarak antara dua tempat yang jauh sukar untuk mendapat ukurannya yang tepat, melainkan jika ia diukur dari udara, kerana ia tidak terhalang oleh bentuk muka bumi yang tidak rata, jalan yang bengkang-bengkok. Di era Nabi sallallaahu alaihi wasallam untuk membuat pengukuran dari udara bukanlah satu perkara yang mudah. Perkara ini sukar dilakukan sehingga muncul abad ke-20 apabila proses pemfotoan muka bumi dapat dibuat dengan terperinci

Berdasarkan pengukuran jarak dua tempat dari udara dan dalam garis lurus, ternyata antara Mekah dan Busra (selatan Syria) dan antara Mekah dan Hajar (sekarang di Bahrain) jaraknya adalah sama

Jaraknya 1,273 kilometer!

Subhanallah! Kecanggihan satelit pada hari ini telah mengakui kebenaran kata-kata yang diungkapkan oleh Nabi sallallaahu alaihi wasallam, bila mana baginda membicarakan tentang jarak antara pintu Syurga

Kebenaran Mukjizat Baginda Rasullullah ๏ทบ telah dibuktikan secara ilmiah melalui teknologi-teknologi zaman sekarang padahal ketika zaman baginda, tiada sebarang teknologi canggih pun digunakan.

Sungguh benar Firman Allah Swt: "Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya, ucapannya itu tiada lain adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya), yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat." (An-Najam 3-5)

"Simpan kat wall fb masing-masing ya"

Kami kongsikan dari posting Dayak Heritage kerana masih ramai Malaya, Sabah dan di Indonesia tidak tahu berapa banyak Su...
10/05/2024

Kami kongsikan dari posting Dayak Heritage kerana masih ramai Malaya, Sabah dan di Indonesia tidak tahu berapa banyak Sub Suku Dayak sebenarnya. Semoga perkongsian kali ini memberi ilmu pengetahuan lebih meluas tentang Sub Suku Dayak.

Maksud Dayak

Ada yang bertanya apa maksud Dayak. Dayak itu istilah yang digunakan para pengkaji Eropah untuk menyebut suku asli di Pulau Borneo yang terdiri dari 405 sub suku dan Etnik. Dayak itu terdiri dari 7 rumpun besar seperti Dayak Iban, Dayak Bidayuh, Dayak Kenyah/Kayan (OU), Dayak Ot-Danum/Ngaju, Dayak Punan, Dayak Murut, Dayak Dusun/Kadazan.

Orang Inggeris tidak dapat menyebut nama setiap suku asli di Borneo maka digolongkan sebagai satu bangsa iaitu bangsa Dayak, bangsa Besar yang dikaitkan dengan budaya, adat, rupa dan sejarah yang hampir sama tapi dengan keunikan warisan kaum tersendiri mengikut etnik.

Bangsa Dayak juga disebut dengan istilah "Proto Dayak" yang berkongsi adat dan budaya dan mungkin juga berkongsi asal usul jalur keturunan yang mungkin sama. Pakar yang pertama menggunakan istilah "Proto Dayak" adalah Tom Harrison (1958) kurator Museum Sarawak dan Ahli Antropologi British yang terkenal yang pertama mengkaji penemuan tengkorak dan sepihan tulang di Gua Niah 40,000 tahun yang dicadangkan dari keturunan "Proto Dayak" di Borneo.

*๐—•๐—ข๐—ฅ๐—ก๐—˜๐—ข ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—— ๐—ข๐—™ ๐——๐—”๐—ฌ๐—”๐—ž*

๐™๐™๐™ˆ๐™‹๐™๐™‰ & ๐˜ฝ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐™† ๐˜ฟ๐™„ ๐™‹๐™๐™‡๐˜ผ๐™ ๐˜ฝ๐™Š๐™๐™‰๐™€๐™Š

๐˜š๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜‹๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฌ ๐˜ข๐˜ด๐˜ญ๐˜ช ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ณ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช seluruh Pulau Borneo. ๐˜๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜‹๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฎ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฉ 400 ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฃ ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜‹๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜บ๐˜ข, ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฌ, ๐˜ธ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ-๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ต ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, ๐˜ธ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ค๐˜ช๐˜ณ๐˜ช ๐˜ถ๐˜ต๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ช. ๐˜Š๐˜ช๐˜ณ๐˜ช-๐˜ค๐˜ช๐˜ณ๐˜ช ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ, ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ญ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข๐˜ญ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ถ, ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ต ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ (๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜‹๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ) ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ (๐˜ด๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ) ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ช. ๐˜๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ด๐˜ข ๐˜‹๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ณ, ๐˜ช๐˜ข๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฉ-๐˜’๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ-๐˜‰๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ถ, ๐˜–๐˜ต ๐˜‹๐˜ข๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ฎ, ๐˜๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜”๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ต, ๐˜’๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ. ๐˜š๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜‹๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ค๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ช ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ช๐˜ด๐˜ฎ๐˜ฆ, ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ช ๐˜ซ๐˜ถ๐˜จ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ข๐˜จ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜’๐˜ณ๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ-๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ. ๐˜‹๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ด๐˜ข ๐˜‹๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ 14 ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ต๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜š๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜‰๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ช, ๐˜š๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฌ, ๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ต, ๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜›๐˜ช๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜œ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข.

๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™จ๐™– ๐˜ฟ๐™–๐™ฎ๐™–๐™ , ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™—๐™–๐™๐™–๐™จ๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™™๐™ž๐™ช๐™˜๐™–๐™ฅ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™จ๐™ช๐™ ๐™ช-๐™จ๐™ช๐™ ๐™ช ๐˜ฟ๐™–๐™ฎ๐™–๐™ , ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™™๐™ž๐™ง๐™ž ๐™™๐™–๐™ง๐™ž 7 ๐™ ๐™š๐™ก๐™ค๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™  ๐™—๐™–๐™๐™–๐™จ๐™–. ๐™‹๐™š๐™ข๐™–๐™ ๐™–๐™ž ๐™—๐™–๐™๐™–๐™จ๐™– ๐˜ฟ๐™–๐™ฎ๐™–๐™ , ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™—๐™–๐™ง ๐™™๐™ž ๐™จ๐™š๐™ก๐™ช๐™ง๐™ช๐™ ๐™†๐™–๐™ก๐™ž๐™ข๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™„๐™ฃ๐™™๐™ค๐™ฃ๐™š๐™จ๐™ž๐™–, ๐™Ž๐™–๐™—๐™–๐™, ๐™Ž๐™–๐™ง๐™–๐™ฌ๐™–๐™  ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐™™๐™–๐™ฃ ๐˜ฝ๐™ง๐™ช๐™ฃ๐™š๐™ž ๐˜ฟ๐™–๐™ง๐™ช๐™จ๐™จ๐™–๐™ก๐™–๐™ข.

Kelompok Bahasa Dayak
Kelompok Bahasa Dayak Darat
Kelompok Bahasa Borneo Utara
Kelompok Bahasa Sulawesi
Kelompok Bahasa Melayik Borneo Barat
Kelompok Bahasa Barito Barat
Kelompok Bahasa Barito Timur
Kelompok Bahasa Melayik Borneo Timur

Rumpun Dayak Berdasarkan Kelompok Bahasa
**Kelompok Bahasa Dayak Darat [Land Dayak]
- Dayak Ahe (Kalimantan Barat)
- Dayak Bakatiโ€™ (Kalimantan Barat)
- Dayak Bakatiโ€™, Rara (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Bakatiโ€™, Sara (Kalimantan Barat)
- Dayak Beginci (Kalimantan Barat)
- Dayak Bekidoh (Kalimantan Barat)
- Dayak Banyaduโ€™ (Kalimantan Barat), bahasa ini juga diucapkan oleh salah satu suku asli di Formosa, Taiwan.
- Dayak Bidayuh, Bau (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Bidayuh, Biatah (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Bidayuh, Bukar-Sadong (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Bidayuh, Tringgus-Sembaan (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Jagoi (Kalimantan-Indonesia/Sarawak-Malaysia))
- Dayak/Iban Remun (Sarawak/Kalimantan)
- Dayak Bihak (Kalimantan Barat)
- Dayak Dosan (Kalimantan Barat)
- Dayak Gerai (Kalimantan Barat)
- Dayak Gun (Kalimantan Barat)
- Dayak Jangkang (Kalimantan Barat)
- Dayak Kembayan (Kalimantan Barat)
- Dayak Kerambai (Kalimantan Barat)
- Dayak Komi/ Domit (Kalimantan Barat)
- Dayak Kualantn (Kalimantan Barat)
- Dayak Kualantn (Kalimantan Barat)
- Dayak Mayau (Kalimantan Barat)
- Dayak Pandu (Kalimantan Barat)
- Dayak Pangkodatn (Kalimantan Barat)
- Dayak Pomkpang (Kalimantan Barat)
- Dayak Ribun (Kalimantan Barat)
- Dayak Sanggau (Kalimantan Barat)
- Dayak Sekajang (Kalimantan Barat)
- Dayak Semandang / Dayak Samanakng (Kalimantan Barat)
- Dayak Simpakng (Kalimantan Barat)

Kelompok Bahasa Borneo Utara
Rumpun Melanau-Kajang
- Dayak Bukitan (Kalimantan Barat dan Malaysia (Sarawak))
- Dayak Kajaman (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Lahanan (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Sekapan (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Sian (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Ukit (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Melanau (Pusat) (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Melanau Daro-Matu (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Melanau Kanowit-Tanjong (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Melanau Sibu (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Seru (Malaysia (Sarawak))
Rumpun Sarawakan Utara (Orang Ulu & Tidung)
- Dayak Berawan, Central (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Berawan, East (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Berawan, West (Malaysia (Sarawak)
- Dayak Belait (Brunei)
- Dayak Kiput (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Lelak (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Narom (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Tutong (Brunei)
- Dayak Bintulu (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Kelabit (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Lengilu (Kalimantan Timur)
- Dayak Lun Bawang (Sarawak)
- Dayak Lundayeh (Kalimantan Timur)
- Dayak Putoh (Kalimantan Timur)
- Dayak Abai (Kalimantan Timur)
- Dayak Saโ€™ban (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Merau (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Tring (Malaysia (Sarawak)
- Dayak Keningau Murut (Malaysia (Sabah))
- Dayak Okolod (Kalimantan Timur)
- Dayak Paluan (Malaysia (Sabah))
- Dayak Murut/ - Dayak Selungai Murut (Kalimantan Timur)
- Dayak Tagal Murut (Malaysia (Sabah))
- Dayak Timugon Murut (Malaysia (Sabah))
- Dayak Bookan (Malaysia (Sabah))
- Dayak Bulungan (Kalimantan Timur)
- Dayak Kalabakan (Malaysia (Sabah))
- Dayak Tingalan/Sembakung Murut (Kalimantan Timur)
- Dayak Serudung Murut (Malaysia (Sabah))
- Dayak Tidung (Kalimantan Timur)
- Dayak Bahau (Kalimantan Timur)
- Dayak Kayan Mahakam (Kalimantan Timur)
- Dayak Kayan Baram (Sarawak)
- Dayak Kayan Busang (Kalimantan Timur)
- Dayak Kayan Sungai Kayan (Kalimantan Timur)
- Dayak Kayaan Mendalam (Kalimantan Barat)
- Dayak Kayan Rejang (Sarawak)
- Dayak Kayan Wahau (Kalimantan Timur)
- Dayak Modang (Kalimantan Timur)
- Dayak Wehea (Kalimantan Timur)
- Dayak Segai (Kalimantan Timur)
- Dayak Segah (Kalimantan Timur)
- Dayak Kelay (Kalimantan Timur)
- Dayak Aoheng (Kalimantan Timur)
- Dayak Hovongan (Kalimantan Barat)
- Dayak Kereho (Kalimantan Barat)
- Dayak Seputan (Kalimantan Timur)
- Dayak Punan Aput (Kalimantan Timur)
- Dayak Punan Merah (Kalimantan Timur)
- Dayak Bukat (Kalimantan Timur)
- Dayak Murik (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Kenyah Wahau (Kalimantan Timur)
- Dayak Lebu' Kulit (Kalimantan Timur)
- Dayak Long Wat (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Sebop (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Umaโ€™ Lasan (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Umaโ€™ Lung (Kalimantan Timur)
- Dayak Kenyah Pusat (Kalimantan Timur)
- Dayak Penan, Eastern (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Penan, Western (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Punan Tubu (Kalimantan Timur)
Rumpun Rejang-Sajau
- Dayak Basap (Kalimantan Timur)
- Dayak Berusu (Kalimantan Timur)
- Dayak Penan, Bah-Biau (Sarawak)
- Dayak Punan Merap (Kalimantan Timur)
- Dayak Sajau Basap (Kalimantan Timur)
- Dayak Punan Sajau (Kalimantan Timur)
- Dayak Punan Basap (Kalimantan Timur)
- Dayak Punan Batu (Kalimantan Timur)
Rumpun Sabahan (Kadazan-Dusun)
- Dayak Abai Sungai (Malaysia (Sabah))
- Dayak Bisaya, Brunei (Brunei)
- Dayak Bisaya, Sabah (Malaysia (Sabah))
- Dayak Bonggi (Malaysia (Sabah))
- Dayak Dumpas (Malaysia (Sabah))
- Dayak Dusun Sugut (Malaysia (Sabah))
- Dayak Dusun Tambunan (Malaysia (Sabah))
- Dayak Dusun Tempasuk (Malaysia (Sabah))
- Dayak Dusun Tobilung (Malaysia (Sabah))
- Dayak Dusun Tombonuo (Malaysia (Sabah))
- Dayak Dusun, Central (Malaysia (Sabah))
- Dayak Gana (Malaysia (Sabah))
- Dayak Idaโ€™an (Malaysia (Sabah))
- Dayak Kadazan, Coastal (Sabah)
- Dayak Kadazan, Klias River (Malaysia (Sabah))
- Dayak Kadazan, Labuk-Kinabatangan (Malaysia (Sabah))
- Dayak Kimaragang (Malaysia (Sabah))
- Dayak Kinabatangan, Upper (Malaysia (Sabah))
- Dayak Kota Marudu Talantang (Malaysia (Sabah))
- Dayak Kota Marudu Tinagas (Malaysia (Sabah))
- Dayak Kuijau (Malaysia (Sabah))
- Dayak Lobu, Lanas (Malaysia (Sabah))
- Dayak Lobu, Tampias (Malaysia (Sabah))
- Dayak Lotud (Malaysia (Sabah))
- Dayak Minokok (Malaysia (Sabah))
- Dayak Papar (Malaysia (Sabah))
- Dayak Rungus (Malaysia (Sabah))
- Dayak Tatana (Malaysia (Sabah))
Rumpun Punan Batu
- Dayak Punan Batu 1 (Malaysia (Sarawak))

**Kelompok Bahasa Sulawesi
Rumpun Dayak Banuaka
- Dayak Embaloh/Tamambaloh (induk orang Melayu Embau) (Kalimantan Barat)
- Dayak Kalis (Kalimantan Barat)
- Dayak Taman (Kalimantan Barat)

**Kelompok Bahasa Melayik Borneo Barat
Rumpun Dayak Kanayatn- Dayak Keninjal (Kalimantan Barat)
- Dayak Kubitn/ Kubing (Kalimantan Barat)
- Dayak Kanayatn / Kendayan (Kalimantan Barat)
- Dayak Damea (Kalimantan Barat)
- Dayak Selako (Kalimantan Barat)
Rumpun Dayak Iban (Dayak Laut)
- Dayak Balau (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Batang Lupar (Kalimantan Barat)
- Dayak Bugau (Kalimantan Barat)
- Dayak Desa (Kalimantan Barat)
- Dayak Iban (Kuching) (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Iban Dau (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Iban Lemanak (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Iban Sibu (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Iban Skrang (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Iban Ulu Ai (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Iban Undup (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Kantu' (Kalimantan Barat)
- Dayak Ketungau (Kalimantan Barat) terdiri dari:
+ Dayak Bulik (Kalimantan Tengah),
+ Dayak Ketungau Sesae, (Kalimantan Barat)
+ Dayak Ketungau Banyur (Kalimantan Barat)
- Dayak Mualang (Kalimantan Barat)
- Dayak Randuk (Kalimantan Barat)
- Dayak Remun (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Saribas (Kalimantan Barat)
- Dayak Sebaruk (Kalimantan Barat)
- Dayak Seberuang (Kalimantan Barat)
- Dayak Sebuyau (Malaysia (Sarawak))
- Dayak Sungkung (Kalimantan Barat)
- Dayak Tabun (Kalimantan Barat)
- Dayak Undau (Kalimantan Barat)
Rumpun Dayak Ot Danum
- Dayak Arut (Kalimantan Tengah)
- Dayak Batang Kawa (Kalimantan Tengah)
- Dayak Belantikan (Kalimantan Tengah)
- Dayak Delang (Kalimantan Tengah)
- Dayak Jelai (Kalimantan Barat)
- Dayak Kayung (Kalimantan Barat)
- Dayak Kendawangan (Kalimantan Barat)
- Dayak Krio (Kalimantan Barat)
- Dayak Laur (Kalimantan Barat)
- Dayak Mentebah (Kalimantan Barat)
- Dayak Pangin (Kalimantan Barat)
- Dayak Pesaguan (Kalimantan Barat)
- Dayak Sampit (Kalimantan Tengah)
- Dayak Sekakai (Kalimantan Barat)
- Dayak Semitau (Kalimantan Barat)
- Dayak Simpakng (Kalimantan Barat)
- Dayak Suhaid (Kalimantan Barat)
- Dayak Suruk (Kalimantan Barat)
- Dayak Tamuan (Kalimantan Tengah)
- Dayak Tomun (Kalimantan Tengah)

Kelompok Bahasa Barito Barat
Rumpun Ot Danum
- Dayak Barai
- Dayak Batu Entawa
- Dayak Cohie (Kalimantan Barat)
- Dayak Dohoi (Kalimantan Tengah)
- Dayak Ella
- Dayak Ingar Silat
- Dayak Kadorih (Kalimantan Tengah)
- Dayak Kebahan (Kalimantan Barat)
- Dayak Keluas
- Dayak Kenyilu
- Dayak Kepuas
- Dayak Kohin (Kalimantan Tengah)
- Dayak Kuhin (Kalimantan Tengah)
- Dayak Lamantawa
- Dayak Limbai (Kalimantan Barat)
- Dayak Linuh
- Dayak Malahui (Kalimantan Barat)
- Dayak Murung (Kalimantan Tengah)
- Dayak Nyadupm
- Dayak Ot Danum (Kalimantan Tengah)
- Dayak Pawan (Kalimantan Barat)
- Dayak Payak (Kalimantan Barat)
- Dayak Randuโ€™
- Dayak Ransa
- Dayak Sane
- Dayak Sebaung (Kalimantan Barat)
- Dayak Siang (Kalimantan Tengah)
- Dayak Silath muntok
- Dayak Tebidah (Kalimantan Barat)
Rumpun Dayak Ngaju (Biaju)
- Dayak Bakumpai (Kalimantan Selatan)
- Dayak Beraki (Bara-ki) (sudah punah)
- Dayak Berangas (Kalimantan Selatan), tahun 2010 dinyatakan punah beserta bahasanya karena melebur ke dalam mainstream orang Banjar Kuala
- Dayak Kahayan (Ngaju Kahayan) (Kalimantan Tengah)
- Dayak Katingan (Ngaju Katingan) (Kalimantan Tengah)
- Dayak Mendawai (Kalimantan Tengah)
- Dayak Mengkatip (Kalimantan Tengah)
- Dayak Ngaju (Ngaju Kapuas) (Kalimantan Tengah)

**Kelompok Bahasa Barito Timur
Rumpun Dayak Dusun-Maanyan
- Dayak Dusun (Kalimantan Tengah)
- Dayak Dusun Balangan (Kalimantan Selatan)
- Dayak Dusun Bayan (Kalimantan Tengah)
- Dayak Dusun Malang (Kalimantan Tengah)
- Dayak Dusun Pepas (Kalimantan Tengah)
- Dayak Dusun Witu (Kalimantan Tengah)
- Dayak Maanyan (Kalimantan Tengah)
- Dayak Paku (Kalimantan Tengah)
- Dayak Samihim (Kalimantan Selatan)
Rumpun Dayak Lawangan
- Dayak Abal (Kalimantan Selatan), tahun 2010, dinyatakan punah beserta bahasanya karena melebur ke dalam masyarakat orang Banjar Pahuluan
- Dayak Ampanang (Kalimantan Timur)
- Dayak Bawo (Kalimantan Tengah)
- Dayak Bentian (Kalimantan Timur)
- Dayak Benuaq (Kalimantan Timur)
- Dayak Dusun Deyah (Kalimantan Selatan)
- Dayak Kali (Kalimantan Tengah)
- Dayak Lawangan (Kalimantan Tengah)
- Dayak Paser (Kalimantan Timur)
- Dayak Tawoyan (Kalimantan Tengah)
- Dayak Tunjung (Kalimantan Timur)

**Kelompok Bahasa Melayik Borneo Timur
Rumpun Dayak Meratus
- Dayak Meratus / Banjar Arkhais
- Dayak Banjar Hulu
- Dayak Kedayan/ Orang Bukit/ Kendayan Brunei
- Kutai Hulu

Suku Dayak Di luar Kelompok Bahasa di atas
- Dayak Agabag
- Dayak Air Durian (kalbar)
- Dayak Air Upas (kalbar)
- Dayak Badat (kalbar)
- Dayak Banjur (kalbar)
- Dayak Batu Payung (kalbar)
- Dayak Batu Tajam
- Dayak Baya (kalbar)
- Dayak Belaban
- Dayak Benatuq
- Dayak Bohokam
- Dayak Bundu
- Dayak Cempedeโ€™
- Dayak Dusun Segama
- Dayak Dusun Tindal
- Dayak Gerunggang (Ketapang, Kalimantan Barat)
- Dayak Goneh
- Dayak Idahan
- Dayak Iranun
- Dayak Jokaโ€™
- Dayak Kahoi
- Dayak Kancikng (kalbar)
- Dayak Kantuk (kalbar)
- Dayak Kebuai (kalbar)
- Dayak Kekuraโ€™ (kalbar)
- Dayak Kengkubang (kalbar)
- Dayak Kenyilu
- Dayak Kerayan
- Dayak Kimensi
- Dayak Kolangan
- Dayak Konyeh (kalbar)
- Dayak Labuk
- Dayak Laur (kalbar)
- Dayak Lebang
- Dayak Lobou
- Dayak Majau (kalbar)
- Dayak Marau (kalbar)
- Dayak Membulu (kalbar)
- Dayak Membuluq (kalbar)
- Dayak Menggaling
- Dayak Mugut
- Dayak Nanga
- Dayak Orung Daan
- Dayak Pangkalan S**a
- Dayak Panihin
- Dayak Papak (kalbar)
- Dayak Parangkunyit
- Dayak Pawatn
- Dayak Pelanjau
- Dayak Penyarangan
- Dayak Perigiq
- Dayak Pontent
- Dayak Randu' (kalbar)
- Dayak Ransa (kalbar)
- Dayak Riam (kalbar)
- Dayak Sajan (kalbar)
- Dayak Sekubang (Kalbar)
- Dayak Sekujam (Kalbar)
- Dayak Selawe (kalbar)
- Dayak Sempadian
- Dayak Senangkatโ€™n
- Dayak Silan Munto'
- Dayak Sisakng (Kalimantan Barat)
- Dayak Sontas (Kalimantan Barat)
- Dayak Sumanjawat
- Dayak Tanjung (kalbar)
- Dayak Tobak (Kalimantan Barat)

Source: Children of Borneo by Edwin H.Gomez (1912)

Credit : Dayak Heritage

03/09/2023

Tenang..

Assalammualaikum
06/08/2023

Assalammualaikum

I have reached 900 followers! Thank you for your continued support. I could not have done it without each of you. ๐Ÿ™๐Ÿค—๐ŸŽ‰
06/08/2023

I have reached 900 followers! Thank you for your continued support. I could not have done it without each of you. ๐Ÿ™๐Ÿค—๐ŸŽ‰

24/04/2023

Ar-Rลซm:17 - (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.

Ar-Rลซm:18 - Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.

Ar-Rลซm:19 - Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).

Ar-Rลซm:20 - Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.

Ar-Rลซm:21 - Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Ar-Rลซm:22 - Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

Ar-Rลซm:23 - Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

Ar-Rลซm:24 - Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.

Ar-Rลซm:25 - Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).

Ar-Rลซm:26 - Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.

Address

No 56 Tingkat 1, Jalan Sena Jaya, Taman Sena Jaya

10503

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rosli Hasan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram