13/08/2019
ASSALAMULAIKUM.....
JOM SIS KONGSIKAN....
Beberapa kesilapan ketika rawatan bekam yang boleh mengundang risiko jangkitan kuman (cth hepatitis dan hiv) kepada pesakit:-
1) Pembekam kurang mahir.
-kurang cermat dalam pengendalian darah (tidak menggunakan teknik aseptik yang betul)
-tidak mengamalkan "universal precaution" semasa prosedur.(cth memakai sehelai sarung tangan sahaja utk prosedur)
-tiada "protection diri" seperti vaksinasi Hep B
2) Bekam beramai-ramai.
-membekam lebih seorang pesakit dalam satu masa (cth tidak menukar sarung tangan untuk membekam lebih seorang pesakit)
3) Menggunakan peralatan bekam guna semula dan tidak dicuci dengan cara yang sewajarnya.Saki-baki kesan darah bekam biasanya terdapat pada hujung penutup mata pen lancet,batang pen lancet,tray yang digunakan untuk mengangkut peralatan,pam bekam,hujung cup bekam.
Sekiranya pam dan pen lancet yang direndam dengan cup kotor,darah kotor boleh masuk ke dalam pam dan pen lancet. Sekiranya tidak dicuci dengan betul,dikhuatiri kekotoran yang menyebabkan risiko jangkitan.
Kadang kala kesan darah terlalu kecil dan jika tidak cermat kaedah pencucian dikhuatiri meningkatkan risiko jangkitan.
4) Sekiranya perawat menggunakan gel utk dressing luka,ada di kalangan mereka yang menggunakan jari (walaupun bersarung tangan tetapi ada kesan darah pesakit) untuk mengambil gel dari tube gel,menyebabkan kesan darah melekat pada permukaan tube gel tersebut. Bayangkan gel dari lubang tube yang sama diambil untuk diletak kepada pesakit lain p**a!
Memegang barang-barang lain yang seperti lampu UV,botol minyak,almari dan lain-lain peralatan lain dengan glove yang berdarah.Perhatikan perawat anda.
5) Bekam di tempat terbuka,tidak di dalam premis dengan kriteria yang ditetapkan kementerian kesihatan.
Pilihlah pembekam yang cerewet dalam kebersihan.Sekiranya ragu-ragu,gunakan peralatan bekam pakai buang atau beli set bekam khas untuk diri sendiri.
Penggunaan mesin UV sterilizer sahaja tidak membunuh semua kuman yang merbahaya.
Jangan hanya mencari yang murah,cari perawat yang berkelayakan dan mengikut "standard operation procedure" yang betul.
Sekiranya pernah melakukan bekam sebelum ini dengan kaedah yang dikhuatiri tidak bersih dinasihatkan menyaring (screening) untuk penyakit berjangkit seperti hepatitis dan HIV.
Sekiranya anda berbekam dengan cara yang bersih dan betul,insyaAllah tiada risiko tersebut.
Sekiranya anda menjadi perawat,anggaplah semua pesakit anda tersebut menghidapi penyakit hiv atau hepatitis supaya kita berhati-hati dalam proses rawatan.(terutama jika tiada kemudahan saringan penyakit tersebut)
Bekam adalah sunnah.Sunnah itu indah.Jangan kita kotorkan dengan pengamalan yang tidak bersih.
Dr Ahmad Zuhdi Suradin
Cert of Competence British Cupping Society
Doc's Bekam Wellness & Training Center