07/04/2023
RM 926 sehari atau kira kira RM 27,800 sebulan. Itu nilai sebuah kesihatan utk rawatan penyakit.
Semalam ziarah client yang sign up takaful tahun 2012, dan tahun ni baru guna. Ya selepas 11 tahun bertakaful. Baru beliau guna.
Client kongsi kos ubat yang perlu ditanggung. Kos ubat utk penyakit yg dihadapi berjumlah RM27,800 utk sebulan. Dan perlu makan seumur hidup.
Ada beberapa pilihan untuk ubat ni, ada type A, type B dan type C. Pilih yang mana berkemampuan. Pilih ? Ya, sebut harga diberi pada kita, terus bayar pada pembekal, hospital akan bagi nasihat mana perlu dipilih. Hospital akan nasihat yang terbaik jika berkemampuan.
Begitu juga kita apabila kita sakit kita akan ikhtiar untuk dapatkan yang terbaik dalam proses pemulihan.
Nasihat saya sebagai agent,
1. Jika dah ada medical card, contact agent, buat policy review. Check berapa coverage take home drug untuk Kanser. Sebab tak semua medical card yang 5 tahun kebelakang melindungi take home drug. Seperti ubat ini dikira sebagai take home drug.
2. Jika belum ada ? Sign up satu, ambil yang anda mampu, ambil yang cover besar untuk kanser. Sebab kanser ni kos rawatan mahal. Sebagai contoh ubat yang dinyatakan ni. Setahun sahaja dah hampir RM 300,000.
3. Kos ambil tahu percuma, buat kira kira untuk ambil 1 medical card peribadi. Kenapa saya tekankan penting ada medical card peribadi ? Kerana client saya pegawai awam kerajaan.
Tak perlu minta izin untuk berkongsi. Boleh share pada client anda juga.
Sy dh minta izin client juga utk berkongsi.