Nadiah Optometry

Nadiah Optometry Family friendly optometrist.
(1)

21/02/2026

“Beli kat online RM15 je Min, siap dapat free gift bekas cermin mata lagi! Nampak cantik je mata warna Ash Grey ni."

Niat asal nak melaram, tapi tak sedar anda sebenarnya sedang bermain 'Russian Roulette' dengan penglihatan sendiri. Kanta lekap berwarna murah yang dibeli online tanpa preskripsi nampak macam benda kecil, tapi risikonya boleh buat anda HILANG MATA SELAMANYA.

Pakar mata (Oftalmologis) cukup gerun bila tengok kes macam ni. Ini apa yang berlaku bila anda sumbat plastik murah dalam mata:

1️⃣ Kuman Makan Mata (Keratitis & Ulser)
Ini paling menakutkan. Kanta murah mudah mengumpul bakteria, kulat, atau parasit Acanthamoeba. Kuman ni akan 'makan' kornea (lapisan depan mata) sampai berlubang dan tinggalkan parut kekal.

2️⃣ Mata 'Lemas' Tak Bernafas
Mata kita perlukan oksigen. Kanta timbang kilo ni material dia tak jelas dan tebal. Bila mata lemas, ia jadi kering, pedih, dan mudah luka. Dari luka halus inilah kuman masuk berpusu-pusu.

3️⃣ Melecet & Calar
Anda ingat bola mata semua orang saiz sama baju free size ke? Kanta ketat akan melecetkan kornea. Kanta longgar p**a asyik bergerak dan perangkap habuk di celah mata.

4️⃣ Pewarna Luntur & Kasar
Pigmen warna pada kanta murah biasanya dibuat tak ikut standard perubatan. Permukaannya kasar macam kertas pasir halus, buat mata sentiasa merah dan gatal (alergi).

💥 TABIAT BURUK 'PAKEJ' KANTA MURAH:
Bila beli murah, common sense pun selalunya hilang.
❌ Pakai bawa tidur (overnight)
❌ Cuci kanta guna air paip atau jilat guna AIR LIUR!
❌ Tak tukar air solution berhari-hari.
❌ Paling jijik: KONGSI kanta lekap dengan kawan kawan!

🚨 BILA NAK KENA LARI JUMPA DOKTOR?
Kalau mata tiba-tiba merah menyala sebelah, sakit berdenyut kuat, silau bila tengok cahaya, keluar lelehan nanah, atau pandangan makin kabur... BERHENTI PAKAI TERUS dan pecut ke Kecemasan (ED) / Klinik Mata. Jangan tunggu esok!

Sayangilah mata. Nak pakai contact lens pergi kedai cermin mata, buat fitting dan minta nasihat Optometris yang bertauliah. Cacat penglihatan sebab nak jimat RM20 memang tak berbaloi.

18/02/2026

Selamat menyambut Bulan Ramadan al-Mubarak kepada semua pelanggan kami.

Waktu Operasi Bulan Ramadan:
⏰ 9:00 pagi - 5:30 petang
🚫 Rehat 2:00 petang - 2:30 petang

Nuzul Quran ✅ Buka

Cuti Hari Raya Aidilfitri
21-24 Mac 2026

Appointment booking page:
nadiahoptometry.setmore.com

WhatsApp 60174939017

16/02/2026

Happy holidays to all Malaysians!
We are closed today & tomorrow, but will be opened on Wednesday.

Please be informed that our operating hours during Ramadan are from 9:00am to 5:30pm.

Kindly contact us for further inquiries.

11/02/2026

School is almost out! Parents, let’s plan ahead!
Don’t let your child’s vision slow them down in school! Get them checked as nowadays more and more kids have eye problems that can go undetected until it’s too late! 😭😭

Our slots are limited and filling up fast!
Book your appoinment today!
(Online booking may appear full. Kindly WhatsApp us for appointment booking)

Look out for our stories for operating hours update this festive seasons.

06/02/2026

Cantiknyaaa! Seriously cantik ya kanta Photofusion Burgundy ni. Sesuai sangat masa ambil gambar OOTD hari raya nanti.

Kalau pakai baju tema Strawberry Matcha atau Burgundy, memang matching sangat!

Dengan warna lain pun jangan risau, memang masuk je! Takde la bosan asyik tukar gelap ke warna hitam je kan?

Bulan 2&3 ada 2 perayaan utama. Jadi kalau nak pastikan anda dapat beraya dengan cermin mata baru, tempah awal tau! Baru la tak kalut 😍

Jom tempah slot temujanji anda dengan segera.

28/01/2026

Promosi dah nak habis dah!
Promo bayar harga kanta jernih tapi dapat kanta tukar gelap Zeiss photofusion X dah hampir sampai ke penghujungnya!
Tempah temujanji anda sekarang!

14/01/2026

Oh? Sebelum ni saya check mata tak pernah sedetail ni? Baru sekarang saya tahu masalah sebenar mata saya.

Respon yang biasa kami dapat, selepas siap periksa mata pelanggan kami.

Jangan risau, harga kanta yang kami jual sama saja seperti senarai harga kedai-kedai lain. Cuma bezanya, kami periksa mata anda dari aspek power rabun dan juga kesihatan mata.

Tunggu apa lagi? Jom buat temujanji dengan kami. Kalau ada temujanji, tak perlu tunggu lama2. 😊

12/01/2026

Alhamdulillah kali ni banyak dapat review dari returning customers, ada yang setia sejak 2021 lagi!

Terima kasih atas sokongan yang berterusan, dan terima kasih kerana mempercayai khidmat kami di Nadiah Optometry.

24/12/2025

Ramai dah dapatkan free upgrade untuk Zeiss Photofusion X ni tau. Yelah, bayar untuk kanta clear tapi dapat kanta yang tukar gelap!
Berbaloi baloi 🤩
Siap boleh pilih warna apa saja yang anda s**a*.

Haa dah submit optical claim untuk tahun ni ke belum tu? Tinggal berapa hari saja lagi.

25 Disember- kami beroperasi seperti biasa. Kalau taknak tunggu lama, boleh buat appointment dulu 😊

Address

77 & 79 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, Rapat Setia
Ipoh
31350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nadiah Optometry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nadiah Optometry:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category