05/05/2025
Sejak kebelakangan ni ada terdengar cerita tentang Caregiver yang menipu patient atau mencuri duit dan harta benda majikan. Alhamdulillah peserta-peserta Penjagaan Warga Emas lepasan UniKL RCMP dan Sunshine Qualicare tidak terlibat sama sekali.
Proses pemilihan peserta kami ketat dan perlu melalui beberapa lapisan sebelum diterima dalam program. Pada mulanya, peserta yang meminati bidang warga emas di temuramah terlebih dahulu. Selepas itu di minta memberi maklumat penting dengan sepenuhnya dan perlu menandatangi perjanjian.
Seterusnya semasa menjalani kursus, peserta diuji bukan sahaja dia atas subjek yang dipelajari secara teori dan praktikal, tetapi juga dia atas perwatakan mereka. Selesainya kursus, peserta ditemuramah sekali lagi dan pemilihan dilakukan. Setiap tiga bulan, peserta di pantau tahap kemajuan mereka dalam bidang ini.
InsyaAllah dengan pemantauan rapi, peserta-peserta kami diyakini masyarakat.