Parent Happiness Technique Cikgu Shahrul

Parent Happiness Technique Cikgu Shahrul 1. Page ini Cikgu bangunkan untuk membantu ibu bapa mengetahui teknik-teknik keibubapaan yang sesuai dengan peredaran masa...
2. Semoga bermanafaat

Membantu Ibu bapa menyedari pentingnya emosi anak-anak terjaga dan cara memelihara emosi yang baik..

Gary's Great Day Protocol■■■■■■■■■■■■■■Apakah Great Day Protocol?• Gary Young reka Great Day Protocol pada tahun 1994. M...
24/08/2021

Gary's Great Day Protocol
■■■■■■■■■■■■■■

Apakah Great Day Protocol?
• Gary Young reka Great Day Protocol pada tahun 1994. Majoriti dapat merasakan perubahan ketika melakukan protocol ini.
Bila waktu yg sesuai melakukan protocol?
• Waktu pagi
• Before memulakan kerja
• Before parents melakukan aktiviti dgn ank2
• Ketika berdoa / meditasi / yoga
• Ketika bergaduh
• Ketika sakit
Tetapkan niat sebelum menggunakan EO
Gary Young pilih 4 protokol
1. Valor
• Memberi keseimbangan tenaga
• Tanam sifat keberanian / keyakinan dan harga diri
How to use
• Titis atas tapak tangan kiri
• Selawat & inhale (kembungkan perut dan tarik nafas) & niat
• Sapu dekat bahagian nadi & lock (kiri kanan) dan sapu di tengkuk / belakang telinga

2. Harmony
• Mengharmonikan pusat tenaga badan manusia
• Mewujudkan sikap positif
• Meningkatkan minda
• Mengurangkan stress
How to use
• Titikan harmony di atas tangan dan sapukan harmony
• Sapukan terus Harmony dibahagian solar plexus
• Pastikan pasang niat utk selaraskan

3. Joy
• Hasilkan tenaga magnet utk membawa gembira kpd minda / jiwa
• Bantu mengatasi rasa sedih / tekanan
How to use
• Titikan Joy di atas tangan dan letakkan di jantung.
• Boleh inhale

4. White Angelica
• Meningkatkan & menguatkan aura disekeliling badan.
• Untuk melindungi badan & wujud perasaan kerohanian seseorang
• Frekuensi neutralkan tenaga negative & beri rasa aman/ selamat
How to use
• Titikan white angelica di atas tangan kiri dan inhale beserta selawat
• Boleh juga sapukan di badan dari kepala sehingga kaki

Ada ibu bapa yang tak tahu perkara iniAyuh maklumkan...
10/03/2021

Ada ibu bapa yang tak tahu perkara ini

Ayuh maklumkan...

Calon yang berjaya akan menerima permakluman menerusi SMS atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

10 sebab mengapa saya MEMILIH YOUNG LIVING?++++++++++++++++++++++++++++++ 1. Syarikat Essential Oil yang telah bertapak ...
05/03/2021

10 sebab mengapa saya MEMILIH YOUNG LIVING?
++++++++++++++++++++++++++++++


1. Syarikat Essential Oil yang telah bertapak lama sejak 1990. Dimiliki oleh seorang lelaki yang mempunyai ilmu dan pengalaman luar biasa tentang tumbuhan dan minyak patinya.


2. Komitmen 'Seed to Seal'.
Syarikat yang memiliki ladang tumbuhan sendiri,
Mesin distilasi sendiri,
Makmal sendiri,
Lebih 100 orang saintis,
standard kualiti yang sangat tinggi.

Tidak menggunakan sebarang racun toksik sepanjang proses penanaman.

Setiap tumbuhan ini menjadi agen penyerap nutrien yang efisien dari tanah.
Jika racun toksik digunakan pada tanah sebagai fungsi kawalan serangan perosak,
Bayangkan,
Bagaimana tumbuhan ini menyerap racun toksik ini,
Kemudian memasuki selnya,
Dan hadir dalam minyak patinya,
Kemudian digunakan pada manusia,
Disapu pada kulit,
Dihidu p**a dan masuk ke otak.


3. Dasar 'Buka Pintu'
Sesiapa sahaja boleh melawat ladang,
Bila-bila masa.
Semua boleh melihat proses yang dilakukan dengan mata kepala sendiri,
Tiada yang disembunyikan.

Saya sudah ke Mona Farm, Utah pada tahun 2018.


4. Produk yang selamat
Semua produk YL bebas bahan kimia sintetik berbahaya,
Hatta bahan paling minimum yang digunakan di dalam produk komersial seperti Fragrance/Parfum,
Sama sekali tidak digunakan oleh YL kerana ia mengandungi Paraben.

Aroma pada produk YL hanya bergantung sepenuhnya pada aroma asli tumbuhan sebenar.

Setiap bulan,
Belian bulanan saya penuh keyakinan bahawa,
Saya menyediakan bahan yang selamat dan tidak berbahaya,
Untuk diri saya, keluarga saya dan alam sekitar.


5. EO Young Living gred Terauputik dimana ia sangat membantu dalam proses 'self-healing' dan 'emotional Release'

Saya menggunakan EO sejak 2015,
Dengan pelbagai jenama di pasaran,
Ternyata EO YL ada efek emosi.


6. Komuniti YL yang prihatin.
Semua boleh bersahabat dengan baik dan harmoni,
Tak kira team mana pun,
Saling hormat-menghormati satu sama lain.

Teringat saya ke Singapura bertemu Leader yang hebat,
Kunjungan saya dilayan dengan penuh kasih sayang,
Walaupun baru pertama kali berbicara berdepan.


7. Bayar murah daripada manfaat yang diperolehi.

Nampak macam EO YL semua harganya mahal,
Tetapi,
Daripada satu botol tu,
Ada 1001 manfaat.

Tak perlu nak beli produk berasingan banyak sangat.

Contohnya,
Dengan Purification,
Boleh nyah bau hapak,
Bau kasut,
Halau nyamuk,
Sapu bawah ketiak,
Pembantu dikala jerawat memunculkan diri,
Nak merasai momen seperti di spa,
Meredakan gelombang ombak kemarahan.

Bayar RM159.50 untuk 280 titis,
Dan macam-macam kegunaan.


8. Dari dunia EO YL, saya dapat menerokai ilmu yang luas tanpa batasan,
Tiba-tiba dapat ilmu 'self-healing',
'emotional Release',
Energi,
Dan sebagainya.


9. Ilmu perkongsian YL mudah didapati di platform online kerana pengguna YL mencapai jutaan orang,
Dan berada di merata-rata lokasi,
Dengan pelbagai pengalaman yang luar biasa.

10. Dengan satu jenama,
Dapat memberikan keperluan asas manusia,
Dari sudut fizikal, emosi, spiritual, mental.

Sejak 3 tahun menggunakan YL,
Alhamdulillah,
Kadar kekerapan jatuh sakit berkurang dengan sangat mendadak.

Tak sempat nak ke hospital,
Mengambil ubat.

Rawatan awal di rumah menggunakan remedi EO selalu membantu dengan berkesan,
Alhamdulillah,
La hawla quwwata Illa Billah.

2017 - sekarang,
Masih bersama Young Living.

kredit

UNTUK IBUBAPA YANG GELISAH APABILA ANAK MENGHADAPI SPM KOHORT 2020~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ANAK SEDANG MENDUDUKI SPM.. GELISAH...
21/02/2021

UNTUK IBUBAPA YANG GELISAH APABILA ANAK MENGHADAPI SPM KOHORT 2020
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ANAK SEDANG MENDUDUKI SPM..
GELISAH RISAU BAGAIMANA KEADAAN ANAK ANDA MENJAWAB PEPERIKSAAN..

Sebagai ibu bapa itu adalah perkara normal berlaku. Jadi tenangkan diri, bayangkan muka anak anda dan baca apa yang Cikgu kongsikan ini..

~~~~~

AMALAN IBU BAPA KETIKA ANAK EXAM:

Ketika anak-anak sedang menghadapi ujian besar amali atau menjawab kertas soalan di dewan peperiksaan, pada masa yang sama ibubapa dan penjaga boleh melakukan amalan berikut:
1. Ambil wuduk
2. Menghadap kiblat.
3. Membaca Kalimah Syahadah (3 kali)
“Daku mengakui bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan daku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah!”
.
4. Membaca Surah Al-Fatihah (10 kali)
5. Baca Surah 3 Qul (1 kali)
6. Baca Surah Insyirah (1 kali)
7. Membaca Selawat (10 kali)
8. Baca Surah Yaasin (1 kali)
9. Baca Surah Insyirah (100 kali)
10. Niatkan di dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak-anak menjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan anak-anak akan dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan dengan mudah dan baik.

Selain itu, boleh amalkan juga dengan Berpuasa Sunat dihari anak sedang mengambil peperiksaan.

Sekiranya waktu itu Si Ibu datang Haid, boleh amalkan amalan ini p**a…

1. Beristigfar seberapa banyak yang boleh.

2. Banyakkan Zikir Kepada Allah SWT.

3. Baca Al-Mathurat.

4. Berselawat ke atas Nabi.

5. Berdoa apa saja untuk Si Anak. Cth; Doa agar anak mudah mengingat pelajaran.

Doa Daripada Ibu Bapa Untuk Anak Yang Menghadapi Peperiksaan

Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan anak-anak akan dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan dengan mudah dan baik.

Ibu juga boleh bekalkan air minuman anak dengan dibaca :

1 ::Al-Fatihah (7 kali)

2 :: Selawat (7 kali)

3 ::Subhanallah (44 kali)

4 ::Alhamdulillah (44 kali)

5 :: Allahhu Akbar (44 kali)

6 :: YaHayyu Ya Qayyum (21 kali)

7 :: dan kemudian teruskan dengan bacaan doa ini :-

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq. Ya
Allah, permudahkanlah anakku (nama anak) di dalam urusannya menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu… Tenangkanlah hatinya untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwanya untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah dirinya dengan rahmat-Mu… Amin Ya Rabbal Alamin…
~~~

Moga amalan oleh ibubapa semasa anak di dalam dewan peperiksaan ini ataupun peperiksaan-peperiksaan lain akan memberi kejayaan yang didambakan. Ia juga akan dapat memberi ketenangan kepada anak yang sedang berjuang di dalam dewan peperiksaan dan juga kepada ibubapa yang menunggu di luar.

Segala hasilnya nanti kita serahkan kepada Allah jua. Moga Allah jayakan semua anak-anak yang sedang meduduki peperiksaan. Aamiin.

Antara sebaik-baik doa ialah mendoakan orang lain di mana orang itu tidak mengetahuinya. Jadi, dlm doa kita utk anak, doakan juga kejayaan anak kawan2 kita yang juga mengambil peperiksaan

Apakah Kebaikan Aromaterapi Pada Anak Anda▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀ Apa Itu Aromaterapi?Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri...
19/02/2021

Apakah Kebaikan Aromaterapi Pada Anak Anda
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Apa Itu Aromaterapi?

Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu “Aroma” bermaksud bau atau haruman, dan “Teraphy” yang bermaksud rawatan.
·
Terapi aroma adalah gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir daripada pati minyak dan bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan dan memulihkan simptom-simptom fizikal serta meningkatkan kesihatan mental

Terapi Aroma sudah digunakan sejak peradaban kuno oleh bangsa Mesir sekitar 6000 tahun yang lalu. Terapi ini juga digunakan oleh bangsa Romawi dan Yunani yang menggabungkan urutan dengan wangi-wangian tertentu. Bangsa Romawi dan Yunani juga menggunakannya dengan air mandi yang dicampuri minyak wangi. Terapi aroma juga dipraktikkan di Timur Tengah dengan penyulingan bunga-bungaan. Terapi aroma juga sudah dikenali di China sejak 2700 sebelum Masihi. Pembakaran d**a wangi untuk memuja para dewa juga sudah dikenal di India pada 3000 tahun yang lalu. Suku-suku Indian kuno di benua Amerika juga menggunakan wangi-wangian dalam ritualnya.

Kemudian seorang ahli kimia berkebangsaan Perancis, Rene Maurice Gattefosse, melakukan penelitian mengenai daya penyembuhan minyak esensial. Pada tahun 1937 dia memperkenalkan penggunaan istilah Aromatherapy, dalam buku yang membahaskan hasil penelitiannya.

Apakah Konsep Aromaterapi?

Cara rawatan menggunakan aroma yang dihasilkan dari tumbuhan herba atau bunga-bungaan

· Penggunaan minyak wangi atau bau-bauan semasa rawatan

· Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan rohani.

· Menggunakan aroma( bau) untuk merangsang bahagian-bahagian otak.

· Aromaterapi merupakan suatu seni penyembuhan yang berasaskan alam semulajadi. Prinsip asas dari aromaterapi adalah untuk:

- menguatkan proses penyembuhan diri dengan cara merangsang sistem imunisasi secara tidak langsung.

- Rangsangan bau mempengaruhi emosi dan hormon di dalam badan

Apakah jenis-jenis aroma terapi?


Aroma Terapi Klinik

• menggunakan minyak essential yang diberikan sama ada ubat minum (internal) atau ubat sapu (external) seperti mandian, urutan dan sebagainya
• dilakukan oleh doktor-doktor yang terlatih atau pakar terapi

Aroma Terapi Holistik

• penerapan aroma terapi dengan menggunakan rawatan dari aspek diet, gaya hidup dan olahraga

Aroma Terapi Estetik (kecantikan)

• digunakan untuk mementingkan kecantikan dan kesegaran tubuh badan seseorang
• biasanya dilakukan di salon kecantikan yang dikendalikan oleh pakar kecantikan yang terlatih
• contoh: perawatan wajah, rambut, kaki, tangan, kuku dan kulit

Bagaimana Aromaterapi Dapat Membantu Anak Anda?

Antara Kebaikan Aroma terapi yang dapat membantu anak-anak adalah:-

• menikmati pengalaman dan menghubungkan bau-bauan tertentu dengan perasaan positif

• kanak-kanak berasa tenang dan membantu kesihatan pencernaan mereka

• membantu bayi atau anak kecil tidur dengan nyenyak

• membantu memberi perasaan gembira dan kepuasan

• menggalakkan tumpuan dan fokus yang lebih baik

• Membantu melawan bakteria, kulat dan virus apabila anda meletakkannya di kulit anak anda.

Adakah aromaterapi selamat?

Secara umumnya, kaedah aromaterapi adalah selamat, namun terdapat beberapa langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika menggunakan minyak pati terutamanya jika anak anda mengambil ubat preskripsi kerana ia menyebabkan kesan sampingan seperti:

~ Merengsakan kulit seperti ruam.

~ Menyebabkan membran mukus di hidung.

~ Serangan asma.

~ Reaksi alahan ringan.

~ Loya.

~ Sakit kepala.

Jangan menyapu minyak pati terus ke kulit anak anda dan sentiasa gunakan carrier oil untuk mencairkan pati. Lakukan ujian patch terlebih dahulu pada kulit anak anda. Jangan mencuba untuk meminum minyak pati kerana ia boleh mencederakan buah pinggang atau hati anak anda kecuali ia adalah atas arahan doktor anda.

Sekiranya anda masih baru untuk aromaterapi, pastikan anda mendapat nasihat dan pandangan doktor atau pakar terapi.

Mari Kita Lihat Kata-kata pakar tentang Aromaterapi:

1. “Penggunaan minyak pati/minyak aromaterapi secara sistematik dalam rawatan holistik dipercayai dapat memperbaiki tahap kesihatan fizikal dan emosi seseorang.” - Pakar aromaterapi, Krissy Gee.


2. Dr. Bryan Raudenbush, seorang pembantu profesor psikologi dari Wheeling Jesuit University, aroma lembut melati dapat membawa suasana rileks dan menenangkan otak dengan baik, sehingga membantu kita untuk tidur lebih lena.

3. Kajian yang dilakukan oleh Robert Tisserand, pakar dalam aromaterapi mendapati penggunaan bau¬ bauan seperti oren, lavender, marjoram, geranium, dan cardamom, bukan saja memberikan rasa tenang tetapi juga merangsangkan untuk memulakan rasa mengantuk untuk tidur. Begitu juga dengan
bau-bauan dari EO seperti tea tree, dan rosemary memberikan kesan yang sama.

4. Ada satu kajian yang menunjukkan keberkesanan EO dalam membantu kanak-kanak yang hiperaktif untuk lebih tenang untuk masuk tidur. Mereka mendapati kanak-kanak ADHD yang diberikan bau-bauan di bilik tidur mereka lebih mudah tidur jika diberikan bau-bauan cedarwood oil, vetiver, dan lavender.

5. Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, "Oleh kerana kanak-kanak tidak sistem mempunyai daya tahan yang kuat, saya mencadangkan jika EO 100% mahu diberikan kepada kanak-kanak, seharusnya berumur sekurang-kurangnya dua tahun. Paling selamat untuk kanak-kanak yang berusia tiga bulan ke atas, boleh gunakan EO dicampur dengan minyak kelapa/ zaitun sebagai sapuan jika formulasi yang digunakan mempunyai kadar EO yang sangat rendah."

Kesimp**annya, aromaterapi ini banyak memberi manfaat dan kebaikan terutamanya kepada anak-anak dalam memperbaiki kualiti hidup dari segi mental dan emosi serta dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah menggalakkan dan melibatkan anak-anak dengan terapi aroma tersebut sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah ataupun dalam aktiviti seharian mereka di rumah.

Rujukan Bahan

http://drzubaidi.com/blog/essential-oil-bagus-memberikan-ketenangan/

http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-aroma.html

https://hellodoktor.com/herba/rawatan-alternatif/apakah-aromaterapi/

http://www.myhealth.gov.my/en/aromatherapy/

Apa Yang Ibubapa Perlu Tahu Tentang Tantrum?▫▫▫▫▫▫▫▫◽◽◽◽◽◽▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫✅ Apabila anak anak tantrum, mereka bukan jadi diri...
10/02/2021

Apa Yang Ibubapa Perlu Tahu Tentang Tantrum?
▫▫▫▫▫▫▫▫◽◽◽◽◽◽▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫

✅ Apabila anak anak tantrum, mereka bukan jadi diri mereka yang sebenar.Behavior yang mereka tonjolkan juga bukan terhasil asli dari dalam diri mereka, sebaliknya itu disebabkan situasi ketika itu.


✅ Apabila anda faham perkara itu, anda tidak akan memandang anak dengan pandangan yang begitu buruk ketika mereka mengalami tantrum.


✅ Seteruk apa pun tantrum anak-anak ubatnya cukup simple sebenarnya. Cuma, bukan mudah untuk anda laksanakan kalau anda cukup sabar dengan anak anak.


✅Sediakan ruang yang selamat dan sesuai untuk mereka melepaskan emosi mereka saat itu.


✅ Beri ruang dan masa untuk mereka lepaskan perasaan mereka. Merasuah anak dengan gajet dan aiskrim bukan satu langkah yang sepatutnya menjadi amalan yang berterusan.


✅ Ibu dan ayah perlu keep calm dan amalkan teknik bernafas. Apabila anak tantrum bukan bermaksud dunia nak berakhir. Jadilah air yang menyejukkan dan bukannya api saat anak tantrum.
Api bertemu dengan api akan makin marak. Sebaliknya kalau ibu bapa mampu berfungsi sebagai air yang menyejukkan suasana itu langkah yang sudah cukup baik.


Kadang kadang, saya perasan. Anak sedang tantrum, tapi ibu dan ayah pun sama naiknya. Mengamuk sama sama dengan anak. Jadi, siapa yang menyelesaikan isu tersebut?


✅Anak anak perlukan anda saat mereka tantrum. Usah tinggalkan mereka sendirian di dalam bilik dan suruh mereka berfikir sendiri. Anda perlu ada dengan mereka. Jadi pembimbing emosi mereka. Tidak perlu terus memujuk, beri mereka masa untuk tenang dahulu.


✅Berbincang dan ajar mereka untuk sebut tentang emosi.
Anak anak yang tantrum akan melepaskan perasaan itu melalui verbal dan fizikal sahaja.

Kita tidak mahu mereka menggunakan fizikal, jadi bimbing mereka untuk menyebut perasaan dan apa yang mereka inginkan tanpa menggunakan fizikal.


✅Ingat, tantrum perlu diurus. Memaksa anak untuk berhenti tantrum secara mengejut bukanlah tindakan yang bijak untuk perkembangan emosi mereka.

Ibarat kita mahu brek kereta, kita buat perlahan lahan kan. Kalau emergency brek, mungkin boleh membahayakan diri kita sendiri.


✅Akhir sekali ingatlah. Anak anak tantrum tidak lama. Paling lama pun kebiasaannya 4 tahun pertama sahaja. Saat anak melangkah masuk ke tahun kelima, mereka sudah makin bijak menguruskan emosi. Tak lama pun saat itu.

✅ Tantrum boleh berlanjutan melebihi umur 5-6 tahun. Namun ketika itu tantrum itu banyak disebabkan oleh emosi mereka sendiri. Perasaan marah, sedih yang tidak dapat di kawal oleh diri sendiri menyebabkan mereka tantrum. Oleh kerana itu, penting ibu dan ayah menjadi pemandu emosi anak anak.

Cikgu kongsikan satu Tips tentang Essential Oil Copaiba ni bau kayu yang soft, best sangat.
- boleh digunakan untuk surutkan bengkak.
- untuk kulit muka pun bagus
- sesuai untuk otot-otot yang lenguh esp kanak-kanak sebab tak panas
- bagus untuk grounding anak-anak yang tantrum, serba tak kena
- release stress pun boleh, sapu di leher
http://wasap.my/60183717840/NakYoungLivingUntukAnak

Salam sahabat-sahabat ku sekalian..Saya nak mintak tolong sangat-sangat.. Undilah Palestin.. Saya merayu..Google telah l...
12/11/2016

Salam sahabat-sahabat ku sekalian..

Saya nak mintak tolong sangat-sangat.. Undilah Palestin.. Saya merayu..

Google telah lancarkan undian untuk menempatkan Israel ATAU Palestin dalam peta mereka di Google Earth. Setakat ini 71% mengundi Israel.

Tolong sebarkan kepada kenalan anda dan undi Palestin.

Anda cuma perlu klik link di bawah dan pilih bendera Palestin.

Terima kasih atas sokongan anda: www.israel-vs-palestine.com/US/EN/vote

TOLONG SHARE DAN UNDI PALESTIN.

Tolong buat kawan-kawan semua. Sekejap je untuk sokong Palestin.
Klik bendera Palestin.

this please. .

Address

Ipoh
30100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parent Happiness Technique Cikgu Shahrul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Parent Happiness Technique Cikgu Shahrul:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram