IIUM Holdings Sdn Bhd

IIUM Holdings Sdn Bhd IIUM Holdings Sdn Bhd, the business arm of IIUM, manages nine subsidiaries in education, healthcare, and infrastructure.

We focus on delivering value for the ummah through sustainable business operations, ethical practices, and educational excellence.

16/03/2026
KASIH RAMADAN: SUMBANGAN DUIT RAYA BUAT PELAJAR ASNAFAlhamdulillah, sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab ...
16/03/2026

KASIH RAMADAN: SUMBANGAN DUIT RAYA BUAT PELAJAR ASNAF

Alhamdulillah, sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Kump**an Syarikat IIUM Holdings telah menyalurkan sumbangan duit raya buat para pelajar asnaf pada majlis berbuka puasa yang lalu.

Sumbangan ini telah diserahkan oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an IIUM Holdings, YBhg. Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak, kepada 15 orang pelajar asnaf dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan 15 orang pelajar asnaf dari Kolej Islam Antarabangsa - IIC.

Turut menyaksikan detik bermakna ini ialah Rektor IIUM, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, bersama pengurusan tertinggi universiti, En. Mir Azrul Shaharuddin (Pengarah IIUM Endowment Fund) dan Kump**an Syarikat IIUM Holdings.

Harapan kami agar sumbangan hasil daripada seluruh kump**an syarikat ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan para pelajar dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Semoga ukhuwah antara warga korporat dan para pelajar terus terjalin erat.

16/03/2026

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat." (Surah al-Baqarah: 43)

Alhamdulillah, pada 12 Mac 2026 yang lalu, Daya Bersih Sdn Bhd telah berjaya menganjurkan Majlis Serahan Zakat buat kakitangannya bertempat di Experimental Hall, UIAM Gombak.

Ikuti temu bual ringkas bersama Puan Nurul Fadzrin, Facility Manager Daya Bersih Gombak, mengenai perjalanan program ini serta ucapan khas beliau buat semua.

Semoga sumbangan zakat ini dapat membantu meringankan bebanan para penerima dan membawa keberkatan buat seluruh warga kerja Daya Bersih.

Selamat menyambut Ramadan dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri daripada kami di IIUM Holdings Group.

Malam ini malam yang special:  Malam ganjil + malam Jumaat = Lebih diharapkan berlakunya Lailatul Qadar.🟢 Malam  23 Rama...
12/03/2026

Malam ini malam yang special: Malam ganjil + malam Jumaat = Lebih diharapkan berlakunya Lailatul Qadar.

🟢 Malam 23 Ramadhan

Jangan lepaskan peluang

Para ulamak menamakan malam ini dengan "Malam Al-Juhaniy"

Kerana Unais Al-Juhaniy Radiyallahu 'Anhu meriwayatkan hadith tentang terjadinya Malam Lailatul Qadar pada malam 23 Ramadhan melalui riwayat Al-Imam Abu Daud Rahimahullah. Hadithnya seperti berikut:

عَنْ ابْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أُنَيْسٍ الْجُهَنِيِّ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي بَادِيَةً أَكُونُ فِيهَا وَأَنَا أُصَلِّي فِيهَا بِحَمْدِ اللَّهِ فَمُرْنِي بِلَيْلَةٍ أَنْزِلُهَا إِلَى هَذَا الْمَسْجِدِ فَقَالَ انْزِلْ لَيْلَةَ ثَلَاثٍ وَعِشْرِينَ فَقُلْتُ لِابْنِهِ كَيْفَ كَانَ أَبُوكَ يَصْنَعُ قَالَ كَانَ يَدْخُلُ الْمَسْجِدَ إِذَا صَلَّى الْعَصْرَ فَلَا يَخْرُجُ مِنْهُ لِحَاجَةٍ حَتَّى يُصَلِّيَ الصُّبْحَ فَإِذَا صَلَّى الصُّبْحَ وَجَدَ دَابَّتَهُ عَلَى بَابِ الْمَسْجِدِ فَجَلَسَ عَلَيْهَا فَلَحِقَ بِبَادِيَتِهِ

Maksudnya:

Daripada Ibnu Abdullah bin Unais Al Juhani dari ayahnya berkata; saya berkata;

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya memiliki perkampungan yang aku tinggal di sana dan alhamdulillah aku dapat melaksanakan solat di dalamnya, maka perintahkanlah kepadaku satu malam sehingga pada malam itu aku dapat tinggal di masjid ini, maka Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Tinggallah pada malam ke dua puluh tiga".

(perawi berkata) Kemudian aku bertanya kepada anaknya (Ibnu Abdullah bin Unais):
"bagaimana ayahmu melakukannya?"

Dia menjawab: "Ayahku masuk ke Masjid jika hendak solat asar, dan dia tidak keluar untuk memenuhi hajatnya sampai dia solat suubuh, apabila ia selesai solat subuh dia menghampiri kenderaannya di depan pintu masjid, kemudian dia menaikinya dan kembali ke perkampungannya."

Riwayat Abu Daud: 1172.

(Catatan hadis ini dari Ustaz Abu Alfaqeh Ust Muhammad Naim)

🟢 12 amalan cadangan menghidupkan Lailatul Qadar

https://www.facebook.com/share/p/1b44d2KxMM/

🟢 Satu lagi amalan MasyaAllah sangat dianjurkan untuk hidupkan

https://www.facebook.com/share/p/18TBYRhy8n/

Jangan sia-siakannya. Semoga Allah Ta'ala beri Taufiq untuk kita menambahkan amalan taat dan meninggalkan maksiat dan dosa

والله تعالى أعلى وأعلم بالصواب

Catatan:
Abu Abbas Muhammad Shahir

Doakan buat semua umat baginda Rasulullah ﷺ

Syukur alhamdulillah! IIUM Holdings Group turut serta dalam World   2026. ​Tahun ini kita hayati Surah al-Muzzammil seba...
11/03/2026

Syukur alhamdulillah! IIUM Holdings Group turut serta dalam World 2026.

​Tahun ini kita hayati Surah al-Muzzammil sebagai panduan menguatkan jiwa dan sahsiah diri.

​Semoga program murni ini terus subur dan membawa keberkatan buat kita semua.

11/03/2026

Here is the programme schedule for World 2026 at the Prime Location.

This one-hour global gathering invites participants to read, reflect and internalise the message of Surah al-Muzzammil, a surah that teaches us that meaningful change begins with strengthening the soul.

📅 21 Ramadan 1447H | 11 March 2026
🕛 12.00 PM – 1.00 PM
📍 Sultan Haji Ahmad Shah Mosque, IIUM Gombak

You may also participate from:
- local hotspot locations
• mosques and organisations
• schools and campuses
• your home or workplace

📺 Watch live on Astro Oasis
📱 Or follow the broadcast via Sinar Harian & QuranHour Facebook/YouTube

Bring a translated Quran and arrive early to be part of this meaningful hour of reflection.

Bersempena dengan kehadiran bulan yang mulia, satu program Staff Engagement iaitu Ramadhan Spiritual Talk: 'Tazkirah Ram...
10/03/2026

Bersempena dengan kehadiran bulan yang mulia, satu program Staff Engagement iaitu Ramadhan Spiritual Talk: 'Tazkirah Ramadhan' telah diadakan pada Jumaat, 6 Mac 2026 bertempat di Experimental Hall, UIAM.

Sesi pengisian rohani ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ramadhan Subky Abdullah. Program ini bertujuan untuk memberi ruang kepada warga kerja IIUM Holdings bermuhasabah dan mempersiapkan diri dari segi spiritual dalam menjalani ibadah puasa.

Selain menimba ilmu, majlis ini juga menjadi platform terbaik untuk mengeratkan ukhuwah sesama rakan sekerja dalam suasana yang penuh keberkatan.

Terima kasih kepada jabatan Sumber Manusia (HR) atas penganjuran program ini. Semoga segala ilmu yang dikongsi dapat kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

Pejam celik, kita dah pun berada di fasa terakhir Ramadan. Dalam kesibukan kita menyiapkan tugasan di pejabat dan membua...
10/03/2026

Pejam celik, kita dah pun berada di fasa terakhir Ramadan. Dalam kesibukan kita menyiapkan tugasan di pejabat dan membuat persiapan raya di rumah, jangan sampai kita terlupa satu malam yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan!

Bayangkan, ibadah pada satu malam itu sahaja ganjarannya bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan. Sebab itulah Nabi ﷺ sendiri akan "mengetatkan kain" dan meningkatkan kesungguhan ibadah Baginda setiap kali masuk 10 malam terakhir ini.

Jadi, jom warga kerja IIUM Holdings dan rakan-rakan semua:

✅ Jangan "tekan brek" – Walaupun penat buat persiapan raya, kekalkan momentum solat dan zikir kita.
✅ Fokus pada kualiti – Luangkan masa walaupun sekejap untuk betul-betul menghidupkan malam.
✅ Doa sungguh-sungguh – Minta moga tahun ini Allah pilih kita untuk bertemu Lailatulqadar.

Insya-Allah, moga setiap usaha kita dipermudahkan dan kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang meraih keberkatan malam tersebut.

Selamat beribadah daripada kami di IIUM Holdings! 🤝

OFFICIAL ANNOUNCEMENT: CHANGE OF COMPANY NAMEWe are pleased to announce that effective 27 February 2026, IKOP Sdn. Bhd. ...
09/03/2026

OFFICIAL ANNOUNCEMENT: CHANGE OF COMPANY NAME

We are pleased to announce that effective 27 February 2026, IKOP Sdn. Bhd. is officially known as:

IKOP PHARMA SDN. BHD.

This rebranding is a strategic move to strengthen our identity within the global pharmaceutical industry. All official correspondence, contracts, and transactions from this date forward will be conducted under the new name.

Thank you for your continued support.

Contact Us:
• 012 - 714 6684
marketing@ikop.com.my
www.ikop.com.my

----------

NOTIS PENGUMUMAN PENUKARAN NAMA SYARIKAT

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa bermula 27 Februari 2026, IKOP Sdn. Bhd. kini secara rasminya dikenali sebagai:

IKOP PHARMA SDN. BHD.

Penjenamaan semula ini adalah langkah strategik bagi memperkukuh identiti kami dalam industri farmaseutikal global. Segala urusan surat-menyurat, kontrak, dan transaksi rasmi akan menggunakan nama baharu ini.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda.

Hubungi Kami:
• 012 - 714 6684
marketing@ikop.com.my
www.ikop.com.my

KENYATAAN TAKZIAH DARIPADA KUMPULAN SYARIKAT IIUM HOLDINGSبِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِاَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ا...
09/03/2026

KENYATAAN TAKZIAH DARIPADA KUMPULAN SYARIKAT IIUM HOLDINGS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

PEMERGIAN SEORANG TOKOH PEMIKIR ULUNG: PROFESOR DIRAJA TAN SRI DR. SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS

Kump**an Syarikat IIUM Holdings, dengan penuh rasa dukacita dan hiba, ingin mengumumkan permergian ke rahmatullah Professor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Beliau telah kembali ke pencipta-Nya pada petang semalam, bersamaan 18 Ramadan 1447H.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar, bukan sahaja kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) malah kepada seluruh dunia akademik dan umat Islam di peringkat global.

Allahyarham Professor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas adalah seorang tokoh pemikir ulung dan sarjana besar yang sangat dihormati. Beliau dikenali sebagai pengasas visioner Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), sebuah institusi yang telah meletakkan tanda aras tinggi dalam kajian ketamadunan Islam. Karya-karya dan sumbangan beliau yang mendalam dalam bidang falsafah Islam, tasawuf, adab, dan sejarah Melayu telah membentuk semula pemahaman kita terhadap dunia dan ilmu.

Komitmen beliau untuk mengangkat khazanah ilmu Islam sebagai tunjang pendidikan dan pembentukan insan sejati akan sentiasa dikenang dan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang. Warisan ilmu dan hikmah yang ditinggalkan beliau pastinya akan terus hidup dan memberi manfaat merentasi zaman.

Pihak Kump**an Syarikat IIUM Holdings menzahirkan ucapan takziah yang paling mendalam kepada keluarga Allahyarham. Kami berdoa agar Allah SWT mengampuni segala dosa beliau, melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya, serta menempatkan roh Allahyarham di kedudukan yang mulia di Syurga Firdaus bersama-sama para Nabi, Siddiqin, Syuhada, dan orang-orang yang soleh.

Marilah kita bersama-sama menyedekahkan bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan memberi ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan.

Al-Fatihah.

Daripada,

Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi, dan Seluruh Kakitangan
Kump**an Syarikat IIUM Holdings

Selamat Menghayati Peristiwa Nuzul Al-QuranPeristiwa Nuzul Al-Quran bukan sekadar peristiwa sejarah, malah merupakan det...
06/03/2026

Selamat Menghayati Peristiwa Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran bukan sekadar peristiwa sejarah, malah merupakan detik penting yang membawa cahaya petunjuk kepada seluruh umat manusia.

Semoga kita terus mengambil pengajaran daripada peristiwa agung ini serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup, sumber kekuatan iman, dan petunjuk dalam setiap langkah kehidupan.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 185:

شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ

Maksudnya:
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia, serta menjadi penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan sebagai pembeza antara yang benar dengan yang salah.”

Marilah kita mengambil peluang sepanjang bulan Ramadan ini untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membaca, memahami, serta menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.



KUMPULAN SYARIKAT IIUM HOLDINGS TERUSKAN TRADISI GEROBOK REZEKI BERSAMA KK MARTAlhamdulillah, inisiatif Gerobok Rezeki a...
06/03/2026

KUMPULAN SYARIKAT IIUM HOLDINGS TERUSKAN TRADISI GEROBOK REZEKI BERSAMA KK MART

Alhamdulillah, inisiatif Gerobok Rezeki anjuran Kump**an Syarikat IIUM Holdings diteruskan lagi bagi tahun ketiga dengan kerjasama IIUM Endowment Fund and Zakat Unit serta rakan strategik kami, KK SUPER MART .

Sumbangan barangan keperluan ini telah diterima dalam satu majlis serahan ringkas di hadapan pejabat utama IIUM Holdings Sdn Bhd. Sesi tersebut disaksikan oleh Group Managing Director/CEO IIUM Holdings, YBhg. Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak. Pihak KK Mart p**a diwakili oleh Corporate Affairs Manager, Puan Siti Zahilda Mohd Zahari.

Kerjasama yang masuk tahun ketiga ini bertujuan untuk menyokong usaha IIUM Holdings dalam menyediakan barangan keperluan buat para pelajar dan komuniti IIUM yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan.

Harapan kami agar inisiatif di bawah program Kasih Ramadan ini dapat meringankan bebanan mereka yang kurang berkemampuan.

Terima kasih kepada KK Mart atas sokongan berterusan terhadap usaha murni ini.

Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah SWT.

Address

Level 3, Muhammad Abdul-Rauf Building, International Islamic University Malaysia
Jalan Gombak
53100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60364214331

Website

https://www.linkedin.com/company/iiumholdings/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IIUM Holdings Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to IIUM Holdings Sdn Bhd:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram