09/10/2025
Kebelakangan ini portal-portal akhbar dalam talian banyak melaporkan kes influenza sedang meningkat dan terkawal dalam negara kita.
Antaranya, portal web Malay Mail melaporkan situasi kes influenza dalam keadaan terkawal walaupun terdapat peningkatan penyakit seperti influenza (Influenza-like illness, ILI) dan telah mengesan influenza jenis A di sekolah dalam daerah Alor Gajah. Bernama p**a melaporkan negeri Kelantan mencatat peningkatan kes Influenza dengan 5 kluster yang terdiri dari institusi pendidikan terutamanya sekolah berasrama dengan jumlah 514 kes telah dicatatkan menurut Pejabat Kesihatan Negeri Kelantan. NST Online juga melaporkan peningkatan kes influenza sebanyak 80 peratus dan jangkitan ini dikesan dalam institusi pendidikan iaitu sekolah-sekolah.
Peningkatan ini saya percaya merisaukan ramai pihak terutama ibu bapa. Ah! Pening.
Ya lah, anak sakit siapa p**a nak jaga mereka dan dalam masa yang sama mencari rezeki untuk keluarga, ada mesyuarat lah dan sebagainya. Salah seorang terpaksa berkorban dengan mengambil cuti untuk menjaga anak yang tak sihat.
Saya memerhati perkara ini dan merasainya. Bekas pesakit, rakan sekerja lama yang sudah berkeluarga banyak bercerita pada saya mereka bergilir-gilir menjaga anaknya. Apakan daya. Kalau saya di tempat mereka, saya pun akan lakukan perkara yang sama.
Dalam Homeopathy ni tiadakah penawar untuk Influenza ni? Saya jawab, ada. Banyak.
Adakah ia mahal? Ia subjektif, bergantung pada kos operasi sesebuah pusat rawatan. Bagi saya, ia tidaklah mahal mencecah ribuan ringgit.
Penawar Homeopathy bagi kes influenza ini telah dicatat dan dikumpul oleh pengamal Homeopathy terdahulu dalam buku-buku yang telah terkumpul pelbagai jenis penawar. Antara penawar untuk influenza adalah Gelsemium, Aconite dan banyak lagi.
Setiap penawar ini mempunyai karakter berbeza yang kita boleh lihat pada gejala-gejala pesakit. Bagaimana nak tahu karakter itu? Dengan pengambilan kes iaitu pesakit atau penjaga perlu bercerita gejala-gejala yang dirasakan pesakit kepada pengamal perubatan Homeopathy.
Saya tak nak berjumpa dengan pengamal tetapi saya nak penawar sahaja boleh ke? Sepatutnya tidak boleh kerana pengamal mempunyai ilmu sesuatu penawar dan jenis ‘potency’ yang sesuai untuk menyamakan dengan gejala-gejala yang pesakit rasa.
Cari masa untuk berjumpa dengan pengamal masing-masing. Jika tidak dapat datang boleh berhubung dalam talian.
Semoga bermanfaat pada semua.
p/s: Tulisan ini bertujuan sebagai perkongsian pada masyarakat sahaja. Sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat, rawatan dengan saya boleh lihat diruangan komen.
Sumber:
1) Bahana influenza bertukar jadi beban ribuan ringgit - Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/751564/suara-sinar/lidah-pengarang/bahana-influenza-bertukar-jadi-beban-ribuan-ringgit
2) Melaka health authorities say Influenza A outbreak in Alor Gajah school contained, situation under control | Malay Mail. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/10/08/melaka-health-authorities-say-influenza-a-outbreak-in-alor-gajah-school-contained-situation-under-control/193934
3) BERNAMA - Kelantan Records Rise In Influenza Cases, Five School Clusters Confirmed. https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2475929
4) Selangor influenza spike hits schools as cases surge over 80pct in a week [WATCH]. https://www.nst.com.my/news/nation/2025/10/1289707/selangor-influenza-spike-hits-schools-cases-surge-over-80pct-week-watch
GELOMBANG baharu kluster influenza menjadikan sebahagian besar rakyat khususnya keluarga besar menyuarakan rasa cemas di media sosial. Jika seseorang...