Qaseh ku Sihat & Bahagia

Qaseh ku Sihat & Bahagia Mother of three lovely kids, coffee lover, fashion & beautiful nature.

Tips & Cara yang mudah dan praktikal untuk membina keyakinan diri anak-anak sejak kecil

Pemakanan sunnah yang terbaik untuk si manja anda,kesihatan wanita, lelaki & seisi keluarga

Ilmu dan tips dalam isu ibu bapa dan kekeluargaan. Dan banyak lagi...
Follow & Like & Share Fb Page-Qaseh Ku Sihat & Bahagia

Whatsapp / Telegram : 019-2615469

Assalamualaikum. Salam jumaat penuh barokah dan salam subuh.."Allah mendengar niat di hatimu sebelum bibirmu membisikkan...
23/02/2023

Assalamualaikum. Salam jumaat penuh barokah dan salam subuh..

"Allah mendengar niat di hatimu sebelum bibirmu membisikkan permintaanmu."

Semoga dipermudahkan oleh Allah urusan hidup kita dunia akhirat.In shaa Allah.

Reset your Mindset !!
01/02/2023

Reset your Mindset !!

Sediakan payung sebelum hujan..
30/01/2023

Sediakan payung sebelum hujan..

28/01/2023

Lalu jadilah kau seperti lebah, hinggap di bunga-bungaan, hasilkan manisan madu..

Tenang-tenang saja , beri kebaikan pada semua orang..

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).

♥️♥️

Alhamdullilah, baru selesai Morning Team Meeting untuk bulan pertama tahun ni.Disebabkan hari cuti , makanya meeting sta...
28/01/2023

Alhamdullilah, baru selesai Morning Team Meeting untuk bulan pertama tahun ni.

Disebabkan hari cuti , makanya meeting start seawal 6:45 am.

Jadi sebelum kami sibuk dengan urusan rumah tangga dan anak2, kami juga dah siap siaga uruskan strategy untuk bisnes kami bagi hari2 mendatang.

Alhamdullilah, team kami ada diseluruh Malaysia, ada di Kelantan, KL, Selangar & Johor tapi itu bukan masalah untuk kami bermesyuarat. Dengan teknologi membantu kami untuk berhubung setiap masa tanpa masalah. Saling menyokong & support satu sama lain.

Semoga segala urusan & niat kami untuk bantu keluarga & orang ramai wujudkan perlindungan sentiasa Allah permudahkan. In shaa Allah.

Mieza Hashim
KA Group,
Al Wakeel Advisory

24/01/2023

MOTIVASI PAGI!

✓ Nak hebat kena terlibat !

✓ Berani untuk gagal adalah tiket untuk kejayaan !

✓ Tiada istilah gagal dalam kamus orang-orang berjaya cuma belum jadi lagi !

✓ Buang benih yang negatif dan simpan benih yang positif dalam otak !

✓ Lagi lambat anda mula maka lagi lambat kejayaan untuk anda !

✓ Fokus sesuatu untuk masa depan, yang harian pasti bertambah baik !

✓ Kerja paling senang, adalah meniru..Oleh itu, ikut dan tirulah org yang berjaya !

Selamat pagi Love❤️

20/01/2023

Bismillahirrahmanirrahim...

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

7 'JANGAN' dalam mendidik anak mengendalikan stress.  Kalau ada satu ilmu yang anda boleh wariskan kepada anak anda, sal...
20/01/2023

7 'JANGAN' dalam mendidik anak mengendalikan stress.

Kalau ada satu ilmu yang anda boleh wariskan kepada anak anda, salah satunya ialah kemahiran menguruskan stress, tekanan dan masalah hidup.

Jadikan setiap masalah dalam hidupnya sebagai peluang untuk anda mendidik kemahiran ini.

Dalam mendidik, ada 7 tips asas yang anda boleh aplikasikan.

1. Jangan ajar teknik burung unta.

Jangan sorokkan kepala dalam pasir bila datang masalah. Jangan ajar anak abaikan (ignore) masalah/stress. Mengelak dari masalah (avoidance) hanya akan menjadikan masalah terkumpul. Ajar anak untuk kenalpasti masalah, namakan masalah, senaraikan masalah, suarakan pandangan dan berbincang tentangnya secara telus dan terbuka. Tidak kira kecil atau besar masalah tersebut. Ajar anak bahawa ‘it’s okay not to feel okay sometimes’. Asalkan kita belajar cara mengendalikan masalah tersebut.

2. Jangan jadi Superhero kepada anak anda.

Jangan jadi penyelamat terlalu awal. Jangan jadi penyelesai masalah pada setiap ketika. Wujudkan keyakinan yang anak anda boleh menyelesaikan masalahnya sendiri. Peranan anda adalah untuk hadap mereka waktu itu dengan FACE: ‘facilitate’, ‘acknowledge’, ‘constructively support‘ dan ‘empower’ mereka. Jangan sediakan jawapan dan penyelesaian untuk setiap permasalahan. Apapun hasil akhir penyelesaian mereka, bantu mereka untuk muhasabah dan perbaiki.

3. Jangan ajar mereka one-way trip.

Jangan ‘stuck’ dengan satu versi masalah dan penyelesaian sahaja. Ajar mereka ‘the bigger picture’. Ajar mereka solusi di luar kotak. Ajar mereka melihat dari perspektif yang berbeza. Ajar mereka melihat masalah dari sudut pandang orang lain. Ajar mereka memakai kasut orang lain. Kemahiran melihat masalah dengan pelbagai perspektif ini penting untuk menghakis sikap ‘ego-centric’ anak.

4. Jangan jadi model yang salah.

Tunjukkan contoh yang baik bagaimana anda menyendalikan masalah anda. Ada dua kategori cara coping – emotional-focused coping dan problem-focused coping. Kedua-dua cara ada kaedah positif dan negative. Apa pun cara anda cope dengan masalah, jangan sampai anak mengambil teladan yang negatif dari anda.

5. Jangan rumitkan kaedah menghadapi stress.

Jangan ingat kemahiran ini perlu rumit dan komplek. Teknik mudah relaksasi seperti deep breathing, simple mindfulness, problem solving, berbual, simple hugs.

6. Jangan lupakan keperluan asas emosi.

Kasih sayang, perhatian, rasa selamat, tidur yang cukup, makanan yang sihat, riadah dan rakan yang positif. Inilah asas yang akan menjadikan emosi anak lebih stabil dan mudah diurus.

7. Jangan lari.

Be present and available. Kemahiran tidak akan datang dengan leteran atau kata-kata semata-mata. Anda perlu ada bersama anak anda pada masa sukar. Cuba mendengar dan memahami.

Petikan buku Psikologi Si Kecil oleh Dr Rozanizam Zakaria, terbitan White Coat.

Credit : Dr Rozanizam Zakaria

Address

Bandar Saujana Putra
Jenjarom
42700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qaseh ku Sihat & Bahagia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Qaseh ku Sihat & Bahagia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram