Klinik Kesihatan Bandar Jerantut

Klinik Kesihatan Bandar Jerantut goverment services

Klinik Kesihatan Bandar Jerantut,Jika anda tidak melaksanakan temujanji melalui mysejahtera anda mungkin lewat mendapat ...
28/02/2025

Klinik Kesihatan Bandar Jerantut,Jika anda tidak melaksanakan temujanji melalui mysejahtera anda mungkin lewat mendapat rawatan

Klinik Kesihatan Bandar Jerantut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Semoga Allah terima semu...
09/04/2024

Klinik Kesihatan Bandar Jerantut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Allah terima semua amalan baik kita.

𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗙𝗟𝗘𝗫 𝟭.𝟬Pada 12 Januari  2024, Klinik Kesihatan Bandar Jerantut (KKBJ) telah mengadakan satu program p...
12/01/2024

𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗙𝗟𝗘𝗫 𝟭.𝟬

Pada 12 Januari 2024, Klinik Kesihatan Bandar Jerantut (KKBJ) telah mengadakan satu program perasmian pengurusan berat badan - FLEX 1.0 (Fitness, Limitless, Endurance, X-factor) terbuka kepada anggota kesihatan KKBJ. Program ini telah dirasmikan oleh Dr A. Khalek bin Abd Rahman (Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga, Gred Khas JUSA C, KKBJ). Ini merupakan permulaan kepada program yang akan berlangsung selama 6 bulan, padat dengan pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal peserta.

Antara objektif program ini ialah untuk memastikan anggota kesihatan KKBJ dapat mengekalkan tubuh badan yang sihat secara langsung menjadi contoh kepada masyarakat awam. Kesihatan anggota juga penting dalam memastikan perkhidmatan KKBJ dalam keadaan optima.

Dalam masa yang sama, setiap peserta dikehendaki melengkapkan ujian kecergasan fizikal dan ujian 'InBody' (mengambil kira BMI, peratusan otot dan lemak) sebagai "baseline" yang akan dibandingkan di penutupan program ini pada bulan Jun 2024.

Semoga berjaya buat semua peserta FLEX 1.0! Kearah tubuh badan ideal dan lebih sihat.

"Jadilah lebih kuat daripada alasan-alasanmu."

Foto oleh : AmirMRO

19/04/2023

*JUMAAT & ISNIN CUTI* : DATANG RABU ATAU KHAMIS UNTUK UBAT SAMBUNGAN

Jumaat 21/4/2023 telah diumumkan sebagai cuti tambahan oleh Perdana Menteri.

Oleh itu, dimohon kepada semua pesakit yang telah diberikan tarikh temujanji ubat susulan pada 21/4/2023(Jumaat) supaya:

1-Datang hari ini Rabu (19/4/23) atau Khamis (20/4/2023)

atau

2-pada hari bekerja seterusnya jika bekalan ubat masih mencukupi.

Harap maklum & terima kasih.

Sebarkan untuk rodong-rodong sekalian.

05/04/2023
22/09/2022

Untuk makluman, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Bandar Jerantut telah membuka slot janjitemu vaksinasi di dalam mysejahtera bagi sesiapa yang mahu mengambil dos penggalak bermula April ini. Anda haruslah memastikan aplikasi mysejahtera sudah dikemas kini terlebih dahulu untuk menggunakan kemudahan ini.

Update: slot vaksinasi hanya dibuka pada setiap rabu pagi sahaja, kecuali hari cuti awam.

Slot dos penggalak terbuka kepada 18tahun ke atas sahaja. Keutamaan akan diberikan kepada yang telah menempah slot didalam aplikasi mysejahtera.

Janjitemu untuk dos 1 kanak2 berumur 5-11tahun hanya bole dibuat di kaunter PPV KKBJ sahaja. Tiada slot dibuka untuk tempahan atas talian.

Janjitemu secara datang terus/walk in masih diteruskan untuk sesiapa yang masih belum lengkap dos1/dos2 & dos penggalak.

29/05/2022

*MAKLUMAN AWAL UJIAN PCR DI KALANGAN JEMAAH HAJI DARI JERANTUT*

Bagi jemaah Haji 2022, ujian PCR perlu dilakukan dalam tempoh *48 jam sebelum* berlepas ke Tanah Suci.

Ujian PCR boleh dilakukan secara percuma di Klinik Kesihatan kerajaan atau secara berbayar di fasiliti kesihatan swasta.

Buat jemaah dari Jerantut, Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut telah menetapkan jemaah haji:

1) Boleh melakukan ujian PCR di *Klinik Kesihatan Bandar Jerantut sahaja* dari pukul *8.30 pagi hingga 11.00 pagi sahaja* pada hari bekerja Isnin-Jumaat.

Ini adalah kerana pihak PKD Jerantut akan menghantar sampel ke makmal MKAK Kuala Lumpur pada pukul 11.00 pagi untuk keputusan segera.

Sekiranya jemaah dtg selepas waktu yang ditetapkan, dinasihatkan untuk melakukan ujian PCR di fasiliti kesihatan swasta untuk mendapatkan keputusan PCR segera.

Harap maklum. .

Terima kasih.

Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut

Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di dalam bangunan mulai 1 Mei 2022. Walau bagaimanapun, ia adalah pilihan di lua...
28/04/2022

Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di dalam bangunan mulai 1 Mei 2022. Walau bagaimanapun, ia adalah pilihan di luar bangunan tetapi digalakkan apabila berada di tempat yang sesak dan untuk individu berisiko tinggi. 😷

Mask-wearing is still mandatory indoors from 1 May 2022. However, it is optional outdoors. It is still encouraged when in crowded places and for high-risk individuals. 😷

Address

Jerantut
27000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

09-2662202

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Bandar Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram