Botoks dan Pengklonan manusia DET5A

Botoks  dan Pengklonan manusia DET5A Info berkaitan kesihatan

KESIMPULAN PENGKONAN MANUSIAJelas, kesan yang dibawa oleh teknologi pengklonan manusia lebih banyak menyebabkan kemudara...
09/11/2023

KESIMPULAN PENGKONAN MANUSIA

Jelas, kesan yang dibawa oleh teknologi pengklonan manusia lebih banyak menyebabkan kemudaratan daripada kemanfaatan. Atas sebab inilah, Majlis Fatwa Kebangsaan, pada 2002, mengharamkan pengklonan manusia.

Ini kerana Islam adalah satu agama yang memelihara kemaslahatan (kebaikan) ummahnya. Sekiranya, sesuatu itu bertentangan dengan fitrah dan tidak memenuhi maslahah, sebaliknya menyebabkan kehancuran, sudah tentu Islam tidak mengharuskan penggunaannya.

Islam bukanlah menghalang atau menentang perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Sebaliknya Islam amat menggalakkan perkara itu. Namun, ia harus dikembangkan dalam ruang lingkup garis sempadan yang jelas di antara apa yang diharuskan dan apa yang dilarang.

https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2003/04/03/pengklonan-manusia-lebih-banyak-bawa-mudarat/

Kesimp**an

• Diakhir blog ini, kami mendapati teknologi pengklonan terhadap manusia dan haiwan sememangnya HARAM kerana ianya lebih mendatangkan keburukan dan hidup mati makhluk adalah ketentuan Allah.

• Pengklonan sel manusia untuk mendapatkan organ penting akan dapat mendatangkan manfaat tetapi tidak jika digunakan untuk mencipta manusia baru.

• Kemusykilan membabitan akidah harus segera diperbetulkan menerusi perbincangan saintis dan ulama'.

https://klondalamislam.blogspot.com/2016/03/pengklonan-dalam-islam.html

• Pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah haram kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah S.W.T. dan

• Penggunaan ‘stem cell’ bagi tujuan perubatan dan kajian yang diambil bukan dari proses pengklonan adalah diharuskan selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.

https://muftins.gov.my/soaljawab/pengklonan-manusia/

Dalam isu pengklonan manusia ini, saya tidak bersetuju dan berharap pengklonan manusia ini diharamkan selama-lamanya.

Hal ini kerana saya berpendapat bahawa kemudaratan yang dibawa hasil daripada pengklonan manusia ini adalah lebih serius berbanding kelebihan yang ada. Pengklonan manusia hanya akan membuatkan sistem hidup manusia yang sedia ada menjadi kucar-kacir kerana ia membawa kepada masalah seperti kekeliruan identiti kerana nasab yang tidak jelas, pop**asi yang tidak terkawal, jenayah yang berleluasa dan isu campur tangan kuasa Tuhan akan timbul.

Kajian berkenaan pengklonan manusia juga sepatutnya dihentikan kerana semakin banyak uji kaji yang dilakukan,semakin banyak nyawa dan nasib dipertaruhkan.

Kesimp**annya, kemajuan sains dan teknologi yang sangat pesat pada masa kini memang tidak dapat dinafikan. Kajian-kajian yang giat dilakukan dalam pelbagai bidang telah membuka lembaran baru kemajuan dunia hari ini.

Walaupun sesetengah golongan berpendapat bahawa pengklonan manusia dapat membantu dalam meningkatkan bidang perubatan namun kesan yang dibawa nyata lagi banyak keburukan berbanding kebaikan. Hal ini kerana pengklonan manusia dianggap suatu yang melanggar tradisi norma masyarakat dan melampaui batas hukum semula jadi dan melanggar etika kerana seolah-olah mengambil alih tugas Tuhan dan menafikan Tuhan sebagai pencipta.

https://zahirzainudin.blogspot.com/2017/06/isu-pengklonan-manusia.html

DALIL PENGKLONAN MANUSIAIslam memandang berat kekeliruan ini kerana ia akan membawa kepada masalah penentuan nasab. Firm...
09/11/2023

DALIL PENGKLONAN MANUSIA

Islam memandang berat kekeliruan ini kerana ia akan membawa kepada masalah penentuan nasab. Firman Allah bermaksud: “Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa juga yang dikehendaki-Nya). (Surah Fussilat, ayat 54)

Islam sangat mementingkan soal pertalian keluarga. Islam sangat menekankan perlunya institusi keluarga itu dipelihara. Dalam konteks ini, teknologi pengklonan manusia dilihat mampu meruntuhkan institusi keluarga yang ditekankan oleh Islam.

Ini kerana dengan teknologi pengklonan manusia, peranan yang dimainkan oleh lelaki menjadi tidak lagi penting, sebaliknya wanita yang tidak berkahwin juga boleh mendapat anak. Ini tentu akan meningkatkan jumlah ibu tunggal dalam satu-satu masyarakat.

Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya, yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya, zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah an-Nisaa, ayat 1).

Jelas, kesan yang dibawa oleh teknologi pengklonan manusia lebih banyak menyebabkan kemudaratan daripada kemanfaatan. Atas sebab inilah, Majlis Fatwa Kebangsaan, pada 2002, mengharamkan pengklonan manusia.

Ini kerana Islam adalah satu agama yang memelihara kemaslahatan (kebaikan) ummahnya. Sekiranya, sesuatu itu bertentangan dengan fitrah dan tidak memenuhi maslahah, sebaliknya menyebabkan kehancuran, sudah tentu Islam tidak mengharuskan penggunaannya.

Islam bukanlah menghalang atau menentang perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Sebaliknya Islam amat menggalakkan perkara itu. Namun, ia harus dikembangkan dalam ruang lingkup garis sempadan yang jelas di antara apa yang diharuskan dan apa yang dilarang.

https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2003/04/03/pengklonan-manusia-lebih-banyak-bawa-mudarat/

Hukum Pengklonan

• Hukum pengklonan pembiakan manusia dalam Islam adalah HARAM kerana pengklonan untuk pembiakan manusia ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia. Ini kerana ianya menjadi penghalang kepada keharmonian dan kasih sayang di kalangan manusia dengan hukum pembiakan secara berpasangan yang mana Allah jadikannya sebagai petunjuk di dalam ayat al-Quran bahkan pengklonan ini juga bercanggah dari tabiat semulajadi manusia. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hujurat ayat 13 :

قال تعالى : يأيها الناس إنا خلقنكم من ذكر وأنثى وجعلنكم شعوبا وقبائل لتعارفوا

Maksudnya : Wahai umat manusia sesungguhnya sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa agar kamu berkenal-kenalan.

Allah SWT juga berfirman di dalam surah ar-Rum ayat 21 yang berbunyi :

قال تعالى : ومن ءايته أن خلق لكم من أنفسكم أزوجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة إن في ذلك لأيت لقوم يتفكرون

Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir.

• Namun bagi haiwan dan tumbuhan, pengklonan diHARUSkan dengan syarat ianya mendatangkan keburukan dan mendatangkan kebaikan kepada manusia seluruhnya.

Adakah pengklonan Mencabar Tuhan??

Dari pandangan agama Islam,

• Islam memandang berat kekeliruan ini kerana ia akan membawa kepada masalah penetuan nasab.

• Hanya Allah yang mempunyai kuasa untuk mencipta manusia bukan manusia itu sendiri.

• Perbuatan pengklonan ini akan membuat manusia berasa dirinya mempunyai kuasa dan mampu mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendaknya sendiri.

• Teknologi pengklonan manusia juga boleh meruntuhkan institusi keluarga kerana peranan yang dimainkan lelaki tidak lagi penting, sebaliknya wanita yang tidak berkahwin juga boleh memiliki anak.

https://klondalamislam.blogspot.com/2016/03/pengklonan-dalam-islam.html

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 [En. 2/1989], M***i bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.


https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/28/fatwa-tentang-hukum-pengklonan-pembiakan-manusia-dan-perubatan-dari-sudut-syara/

Soalan:

Hukum Pembiakan manusia dan pengklonan

Jawapan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang Kali Ke-51 di Dewan Syura, Tingkat 11, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 11 Mar 2002 telah membincangkan isu Pembiakan Manusia Dan Pengklonan Tujuan Perubatan Dari Sudut Syarak dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

• Pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah haram kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah S.W.T. dan

• Penggunaan ‘stem cell’ bagi tujuan perubatan dan kajian yang diambil bukan dari proses pengklonan adalah diharuskan selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.

https://muftins.gov.my/soaljawab/pengklonan-manusia/

PERANAN PENGKLONAN MANUSIAPada awalnya, teknologi pengklonan manusia ini dilihat sebagai satu cara untuk membantu pasang...
09/11/2023

PERANAN PENGKLONAN MANUSIA

Pada awalnya, teknologi pengklonan manusia ini dilihat sebagai satu cara untuk membantu pasangan yang tidak mempunyai zuriat. Namun, sejak kebelakangan ini, jelas sekali kesan buruk yang dibawa oleh teknologi ini jauh melampaui manfaat yang dibawa olehnya.

Dengan teknologi pengklonan manusia ini, peranan lelaki dan fungsi hubungan seksual, akan menjadi sumber untuk keseronokan dan hedonisme semata-mata. Sedangkan Islam melihat hubungan di antara lelaki dan perempuan adalah satu ikatan perkahwinan yang sah, dan penting bagi tujuan mendapat zuriat.

Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya, yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya, zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah an-Nisaa, ayat 1).

Selain itu, satu lagi kesan teknologi pengklonan manusia ialah dari aspek ‘mengkomersialkan’ rahim wanita. Teknologi pengklonan manusia akan membuka ruang bagi wanita untuk menjadi ibu tumpang dengan ‘menyewakan’ rahim mereka sepanjang tempoh kehamilan untuk membolehkan bayi klon dilahirkan.

Manusia harus melihat masalah yang timbul akibat penggunaan teknologi pembiakan ‘tiruan’ seperti IVF, yang menggunakan ibu tumpang. Banyak pertikaian perundangan timbul disebabkan perebutan bayi di antara ibu tumpang dengan ibu bapa ‘sebenar’. Apa yang jelas ialah teknologi pengklonan manusia akan membuka lebih banyak ruang untuk pertikaian seperti ini di antara ibu tumpang dengan penderma DNA.

Selain itu, teknologi pengklonan manusia juga akan memberikan ruang untuk gen diperdagangkan. Artis terkenal, intelek terkemuka dan pemimpin tersohor, berkemungkinan dapat ‘memasarkan’ DNA mereka kepada sesiapa yang mahu mendapat anak yang mempunyai ciri genetik yang sama dengan mereka.

Jelas, kesan yang dibawa oleh teknologi pengklonan manusia lebih banyak menyebabkan kemudaratan daripada kemanfaatan. Atas sebab inilah, Majlis Fatwa Kebangsaan, pada 2002, mengharamkan pengklonan manusia.

Ini kerana Islam adalah satu agama yang memelihara kemaslahatan (kebaikan) ummahnya. Sekiranya, sesuatu itu bertentangan dengan fitrah dan tidak memenuhi maslahah, sebaliknya menyebabkan kehancuran, sudah tentu Islam tidak mengharuskan penggunaannya.

Islam bukanlah menghalang atau menentang perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Sebaliknya Islam amat menggalakkan perkara itu. Namun, ia harus dikembangkan dalam ruang lingkup garis sempadan yang jelas di antara apa yang diharuskan dan apa yang dilarang.

https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2003/04/03/pengklonan-manusia-lebih-banyak-bawa-mudarat/

Isu pengklonan merupakan salah satu isu yang begitu giat dibincangkan oleh para saintis Barat ketika ini. Isu ini semakin giat dibicarakan apabila kemajuan dalam bidang sains genetik berjaya dicapai dengan kejayaan ahli embriologi Scotland, Ian Wilmut menghasilkan kambing biri-biri bernama Dolly. Hal ini menyebabkan ahli sains dalam bidang genetik mula terfikir untuk membangunkan pengklonan manusia p**a.

Terdapat beberapa kesan positif juga kesan negatif hasil daripada pengklonan manusia ini sekiranya ia berjaya dilaksanakan.Antara kesan positif pengklonan manusia ialah saintis percaya bahawa bidang perubatan akan berkembang kerana melalui proses pengklonan, organ baharu dapat dihasilkan. Organ yang terhasil seterusnya diambil untuk menggantikan organ yang rosak.

Selain itu, pengklonan manusia juga akan turut dapat membantu golongan mandul untuk mendapatkan anak tanpa melalui proses percantuman sperma dan o**m. Di samping itu, klon yang dihasilkan juga akan dijadikan sebagai bahan uji kaji untuk mencari penawar kepada penyakit tertentu.

Namun begitu, terdapat juga beberapa keburukan pengklonan manusia antaranya akan membawa kepada masalah penentuan nasab kerana status sebenar bapa kandung tidak diketahui. Pengklonan manusia juga membawa kepada keruntuhan institusi kekeluargaan kerana peranan lelaki tidak lagi penting dan lebih teruk lagi apabila manusia mula merasa dirinya berkuasa.

Dalam isu pengklonan manusia ini, saya tidak bersetuju dan berharap pengklonan manusia ini diharamkan selama-lamanya.

Hal ini kerana saya berpendapat bahawa kemudaratan yang dibawa hasil daripada pengklonan manusia ini adalah lebih serius berbanding kelebihan yang ada. Pengklonan manusia hanya akan membuatkan sistem hidup manusia yang sedia ada menjadi kucar-kacir kerana ia membawa kepada masalah seperti kekeliruan identiti kerana nasab yang tidak jelas, pop**asi yang tidak terkawal, jenayah yang berleluasa dan isu campur tangan kuasa Tuhan akan timbul.

Kajian berkenaan pengklonan manusia juga sepatutnya dihentikan kerana semakin banyak uji kaji yang dilakukan,semakin banyak nyawa dan nasib dipertaruhkan.

Kesimp**annya, kemajuan sains dan teknologi yang sangat pesat pada masa kini memang tidak dapat dinafikan. Kajian-kajian yang giat dilakukan dalam pelbagai bidang telah membuka lembaran baru kemajuan dunia hari ini.

Walaupun sesetengah golongan berpendapat bahawa pengklonan manusia dapat membantu dalam meningkatkan bidang perubatan namun kesan yang dibawa nyata lagi banyak keburukan berbanding kebaikan. Hal ini kerana pengklonan manusia dianggap suatu yang melanggar tradisi norma masyarakat dan melampaui batas hukum semula jadi dan melanggar etika kerana seolah-olah mengambil alih tugas Tuhan dan menafikan Tuhan sebagai pencipta.

https://zahirzainudin.blogspot.com/2017/06/isu-pengklonan-manusia.html

KESAN PENGKLONAN MANUSIATerdapat beberapa kesan positif juga kesan negatif hasil daripada pengklonan manusia ini sekiran...
09/11/2023

KESAN PENGKLONAN MANUSIA

Terdapat beberapa kesan positif juga kesan negatif hasil daripada pengklonan manusia ini sekiranya ia berjaya dilaksanakan.Antara kesan positif pengklonan manusia ialah saintis percaya bahawa bidang perubatan akan berkembang kerana melalui proses pengklonan, organ baharu dapat dihasilkan. Organ yang terhasil seterusnya diambil untuk menggantikan organ yang rosak.

Selain itu, pengklonan manusia juga akan turut dapat membantu golongan mandul untuk mendapatkan anak tanpa melalui proses percantuman sperma dan o**m. Di samping itu, klon yang dihasilkan juga akan dijadikan sebagai bahan uji kaji untuk mencari penawar kepada penyakit tertentu.

Namun begitu, terdapat juga beberapa keburukan pengklonan manusia antaranya akan membawa kepada masalah penentuan nasab kerana status sebenar bapa kandung tidak diketahui. Pengklonan manusia juga membawa kepada keruntuhan institusi kekeluargaan kerana peranan lelaki tidak lagi penting dan lebih teruk lagi apabila manusia mula merasa dirinya berkuasa.

Dalam isu pengklonan manusia ini, saya tidak bersetuju dan berharap pengklonan manusia ini diharamkan selama-lamanya.

Hal ini kerana saya berpendapat bahawa kemudaratan yang dibawa hasil daripada pengklonan manusia ini adalah lebih serius berbanding kelebihan yang ada. Pengklonan manusia hanya akan membuatkan sistem hidup manusia yang sedia ada menjadi kucar-kacir kerana ia membawa kepada masalah seperti kekeliruan identiti kerana nasab yang tidak jelas, pop**asi yang tidak terkawal, jenayah yang berleluasa dan isu campur tangan kuasa Tuhan akan timbul.

Kajian berkenaan pengklonan manusia juga sepatutnya dihentikan kerana semakin banyak uji kaji yang dilakukan,semakin banyak nyawa dan nasib dipertaruhkan.

https://zahirzainudin.blogspot.com/2017/06/isu-pengklonan-manusia.html

Selain itu, satu lagi kesan teknologi pengklonan manusia ialah dari aspek ‘mengkomersialkan’ rahim wanita. Teknologi pengklonan manusia akan membuka ruang bagi wanita untuk menjadi ibu tumpang dengan ‘menyewakan’ rahim mereka sepanjang tempoh kehamilan untuk membolehkan bayi klon dilahirkan.

Manusia harus melihat masalah yang timbul akibat penggunaan teknologi pembiakan ‘tiruan’ seperti IVF, yang menggunakan ibu tumpang. Banyak pertikaian perundangan timbul disebabkan perebutan bayi di antara ibu tumpang dengan ibu bapa ‘sebenar’. Apa yang jelas ialah teknologi pengklonan manusia akan membuka lebih banyak ruang untuk pertikaian seperti ini di antara ibu tumpang dengan penderma DNA.

Selain itu, teknologi pengklonan manusia juga akan memberikan ruang untuk gen diperdagangkan. Artis terkenal, intelek terkemuka dan pemimpin tersohor, berkemungkinan dapat ‘memasarkan’ DNA mereka kepada sesiapa yang mahu mendapat anak yang mempunyai ciri genetik yang sama dengan mereka.

Jelas, kesan yang dibawa oleh teknologi pengklonan manusia lebih banyak menyebabkan kemudaratan daripada kemanfaatan. Atas sebab inilah, Majlis Fatwa Kebangsaan, pada 2002, mengharamkan pengklonan manusia.

https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2003/04/03/pengklonan-manusia-lebih-banyak-bawa-mudarat/

DEFINISI PENGKLONAN MANUSIA Definisi Pengklonan :• Perkataan 'klon' berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'ranting...
09/11/2023

DEFINISI PENGKLONAN MANUSIA

Definisi Pengklonan :

• Perkataan 'klon' berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'ranting'. Di dalam bahasa arab p**a kaedah ini dikenali sebagai “at-tansil” oleh sebahagiannya atau “al-istinsaq” oleh sebahagian yang lain.

• Klon ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah-kaedah tertentu.

• Ianya melibatkan sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan.

Pengklonan Manusia :

• Proses pengklonan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia amat kompleks.

• Banyak sekali kegagalan dalam proses proses pengklonan. Pengklonan manusia berisiko besar melahirkan makhluk yang cacat dan tidak sempurna sifatnya.

https://klondalamislam.blogspot.com/2016/03/pengklonan-dalam-islam.html

Dari sudut teknologi, pengklonan boleh dilakukan walaupun kadar kejayaannya begitu kecil sekali. Malah, jika dilihat kepada sejarah perkembangan teknologi pengklonan itu sendiri, makhluk klon pertama berjaya diwujudkan pada 1961. Makhluk klon pertama ini adalah seekor katak, hasil daripada kajian yang dijalankan oleh seorang ahli zoologi di Oxford, bernama John Gurdon.

Hanya apabila ahli kaji janin di Edinburgh, iaitu Ian Wilmut, menghasilkan ‘Dolly’ iaitu seekor biri-biri, barulah publisiti besar-besaran diberikan kepada potensi dan kesan teknologi pengklonan. Ini kerana kelahiran ‘Dolly’ pada Februari 1997, menyedarkan ramai pihak bahawa kemungkinan untuk mengklonkan manusia menjadi semakin hampir.

Atas sebab ini, kita dapati perdebatan mengenai teknologi pengklonan, khususnya untuk mengklonkan manusia, menjadi satu polemik di kalangan saintis dan pemimpin politik. Sesetengah negara dengan jelas meletakkan pengklonan manusia sebagai satu kesalahan jenayah.

Pengklonan adalah satu proses pembiakan seksual tanpa memerlukan percantuman sel jantan (sperma) dengan sel betina (o**m). Sebaliknya apa yang diperlukan ialah sel matang mengandungi kod genetik, iaitu asid deoksiribonukleik (DNA), yang dimasukkan ke dalam o**m yang tidak tersenyawa, yang dikeluarkan nukleusnya.

DNA yang digunakan ini boleh jadi daripada lelaki mahupun wanita. O**m yang dimasukkan DNA tadi akan dirangsangkan untuk menggalakkan percantuman dan seterusnya pembahagian sel. Ia kemudian akan dimasukkan ke dalam rahim wanita.

Proses kehamilan dan kelahiran yang dilalui adalah sama seperti proses kehamilan dan kelahiran bagi manusia biasa.

Jika dilihat proses untuk menghasilkan manusia klon ini, kita dapati bahawa ia tidak memerlukan kehadiran sel sperma. Sebaliknya, yang diperlukan hanya sel o**m dan DNA daripada sel lain.
Dalam al-Quran, terdapat beberapa ayat yang menerangkan dengan jelas mengenai proses pembiakan manusia yang memerlukan kehadiran sel sperma dan sel o**m.

Bayi yang akan dilahirkan melalui proses biasa, akan mempunyai ciri genetik unik, iaitu gabungan ciri genetik dari ibu dan bapanya. Jika dilihat kepada bayi klon, ia tidak mempunyai ciri genetik yang unik, sebaliknya mempunyai genetik yang sama dengan penyumbang DNAnya. Dalam kata lain, bayi klon adalah replika genetik kepada penyumbang DNA itu.

Lazimnya, hanya kembar seiras yang mempunyai ciri genetik sama. Namun, dengan adanya teknologi pengklonan manusia ini, membolehkan klon manusia mempunyai ciri genetik yang sama dengan ‘induk’ yang menyumbangkan DNA.

https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2003/04/03/pengklonan-manusia-lebih-banyak-bawa-mudarat/

KESIMPULAN BOTOKSkesimp**annya, setelah meneliti fakta dan dalil yang dibentangkan. Rawatan suntikan filler di rahang ba...
09/11/2023

KESIMPULAN BOTOKS

kesimp**annya, setelah meneliti fakta dan dalil yang dibentangkan. Rawatan suntikan filler di rahang bagi mendapatkan dagu yang runcing, suntikan V-shape face (wajah berbentuk V) mahupun suntikan botox adalah dilarang. Maka, segala kaedah sama ada melibatkan pembedahan plastik atau suntikan yang menyebabkan perubahan daripada bentuk asal hanya bagi tujuan kecantikan adalah haram. Bahkan, mereka yang menjalankan rawatan menghalang proses penuaan seolah menafikan terhadap fitrah semulajadi yang akan dilalui oleh setiap insan dalam meniti usia lanjutnya. Justeru, umat Islam tidak sepatutnya melibatkan diri dalam segala jenis rawatan kosmetik untuk kecantikan yang boleh mengubah ciptaan Allah. Akhir kalam, marilah kita mensyukuri nikmat kurniaan-Nya serta reda dengan rupa dan bentuk fizikal yang telah Allah SWT ciptakan untuk hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya, setiap penciptaan-Nya pasti mempunyai hikmah yang tersendiri. Hayatilah firman Allah SWT:

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِیۤ أَحۡسَنِ تَقۡوِیم

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya.)"

Surah At-Tin: (4)

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4903-irsyad-al-fatwa-siri-ke-599-hukum-suntikan-pada-wajah-agar-berbentuk-v-v-shape-face

DALIL BOTOKSIRSYAD AL-FATWA SIRI KE-599 : HUKUM SUNTIKAN PADA WAJAH AGAR BERBENTUK V (V-SHAPE FACE)SOALAN:Terdapat pelba...
09/11/2023

DALIL BOTOKS

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-599 : HUKUM SUNTIKAN PADA WAJAH AGAR BERBENTUK V (V-SHAPE FACE)

SOALAN:

Terdapat pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di klinik kecantikan termasuklah menyediakan perkhidmatan V-Shape face (muka berbentuk V ) hingga ke hujung dagu yang tajam dan suntikan filler pada rahang bagi mendapatkan dagu yang runcing, proses tersebut tidak melibatkan pembedahan kosmetik. Apakah hukum rawatan kosmetik tersebut? Mohon pencerahan S.S M***i,Terima kasih

Ringkasan Jawapan :

Suntikan pada kawasan rahang agar kelihatan runcing atau segala suntikan pada bahagian wajah agar muka berbentuk V (V-Shape face) bagi tujuan kecantikan adalah dilarang. Hukum rawatan kosmetik bertujuan kecantikan yang boleh menyebabkan pengubahsuaian bentuk ciptaan Allah SWT adalah haram.

Huraian Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Suntikan Filler pada Rahang (Jawline Creation)

Dermal Filler (pengisian dermal asid hyaluronik (HA) adalah bahan seperti gel disuntik di bawah kulit yang dipilih dengan tepat pada sudut kawasan rahang dan dagu bagi mencipta rahang yang muda dan tersusun secara estetik. Dagu yang pendek dapat dibuat untuk kelihatan lebih panjang, lebih jelas dan terbentuk garis rahang. Filler yang disuntik pada dagu berfungsi untuk memanjangkan dan meningkatkan penampilan wajah sehingga menghasilkan profil wajah yang lebih seimbang. Hasil segera akan kelihatan bergantung pada kawasan yang dirawat [1]. Pengisi rahang yang disuntik ke dalam kulit turut memberikan isipadu dan merangsang penghasilan asid hyaluronik atau kolagen. Ini dapat mengurangkan penampilan kulit yang kendur dengan mengangkat kulit rahang yang kendur. Selain itu, fungsi (Jaw Filler) pengisi rahang boleh mengimbangkan garis rahang yang tidak simetri (sama bentuk ukuran), menguatkan atau menambah bahagian dagu selain memberikan asas dan kerangka yang kuat untuk wajah.[2] Pengisi (filler) yang ditambahkan ke dagu memberikan bentuk-V pada wajah. Pengisi kulit (filler) tersebut boleh bertahan hingga 1-2 tahun bergantung pada gaya hidup pengguna.[3]

Suntikan Filler pada wajah (V-Shape face), p**i dan telinga

Pengisi (filler) yang lebih tebal juga boleh digunakan untuk menambahkan isipadu ke p**i yang tenggelam, membentuk semula hujung hidung. Sementara itu, bagi mendapatkan muka berbentuk V ( V-Shape face), Botulinum Toxin A boleh disuntik dibahagian muka atau di bawah garis rahang. Baru-baru ini, produk pengisi kulit telah mula digunakan untuk peremajaan cuping telinga untuk membantu menaikkan cuping dan mengembalikan kepenuhan dan bentuk yang sering memanjang dan kendur dengan proses penuaan semula jadi. Terdapat juga saranan agar pengisi (filler) digunakan bersama dengan dengan suntikan toksin botulinum dalam suntikan ( V-Shape face). Botulinum toxin digunakan sebagai rawatan untuk mengurangkan penampilan kedutan wajah dan garis-garis halus. [4]

Komplikasi

Kesan sampingan yang jelas dengan pengambilan suntikan ini biasanya berlaku sedikit pendarahan. setelah jarum dimasukkan ke dalam kulit. Sebilangan pesakit mungkin mengalami lebam, bengkak ringan dan kemerahan yang mungkin juga berlaku di sekitar tempat suntikan selepas rawatan. Tanda-tanda ini mungkin mengambil masa 3-5 hari untuk hilang sepenuhnya[5].

Berdasarkan fakta-fakta yang telah dinyatakan, pengisi rahang (jaw filler) dan pengisi (filler) digunakan bersama dengan dengan suntikan toksin botulinum Toxin A dalam (V-Shape face) boleh dikatakan penyebab perubahan bentuk muka. Walaupun proses tersebut tidak melalui proses pembedahan plastik namun segala kaedah yang boleh menyebabkan perubahan bentuk muka adalah dilarang. Perubahan yang menunjukkan kesan drastik serta merta seperti bentuk dagu menjadi tirus (runcing) mahupun meninggikan bentuk hidung kelihatan berlebihan dalam mendapatkan rawatan kosmetik adalah termasuk dalam larangan mengubah ciptaan Allah SWT.

Merujuk kepada Keputusan Fatwa Kebangsaan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke- 74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006 bersetuju memutuskan supaya negeri-negeri mewartakan fatwa pengharaman suntikan Botulium Toxin Type A (Botox cosmetic).

HUKUM MENGUBAH CIPTAAN ALLAH

Mengubah ciptaan Allah SWT bermaksud mengubah fitrah yang telah Allah SWT tetapkan pada makhluknya sama ada daripada sudut agama atau penciptaan-Nya. Ini berdasarkan dalil-dalil berikut :

فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ

Maksudnya : "Tetaplah atas fitrah Allah SWT yang telah menciptakan manusia atas fitrah itu, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada penciptaan (fitrah) Allah itu".

Surah al-Rum ( 30)

Mengubah ciptaan Allah turut termasuk dalam tipu daya dan hasutan syaitan. Ini berdasarkan dalil berikut :

وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللَّهِ فَقَددْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا

Maksudnya: “Dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.”

Surah an-Nisa’ (119)

Menurut Abu Jaafar al-Thabari makna yang paling tepat mengubah ciptaan Allah SWT (فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّه ) ialah mengubah pada agama (Islam) kerana ayat lain memberi makna agama daripada surah al-Rum ayat 30(لا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ). Menurut beliau lagi, dalam konteks yang lain ayat ini juga memberi makna larangan merubah bentuk ciptaan Allah SWT. (Lihat al-Jaami’ al-Bayan ‘An Ta’wil Aayi al-Quran, al-Thabari, 9/222).

Terdapat hadis yang boleh dikaitkan dengan larangan merubah ciptaan Allah sepertimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: "Allah SWT melaknat wanita-wanita yang melukis tatu dan wanita yang meminta dibuat tatu, wanita-wanita yang mencukur bulu kening dan wanita yang meminta mencukur bulu kening dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana ia merubah ciptaan Allah SWT".

Riwayat Muslim (2125)

Ancaman laknat dalam hadis menunjukkan pengharaman mengubah ciptaan Allah SWT sama ada bagi orang yang melakukannya dan juga orang yang meminta untuk dilakukannya ( Lihat Fath al-Bari 10/377)

Ibn Hajar menjelaskan hadis di atas, kata beliau:

وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ يُفْهَمُ مِنْهُ أَنَّ الْمَذْمُومَةَ مَنْ فَعَلَتْ ذَلِكَ لِأَجْلِ الْحُسْنِ فَلَوِ احْتَاجَتْ إِلَى ذَلِكَ لِمُدَاوَاةٍ مِثْلًا جَازَ

“Wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan difahami daripada hadis bahawa ia adalah perbuatan tercela, dia melakukannya untuk tujuan kecantikan. Jika ianya dilakukan kerana keperluan perubatan maka diharuskan (Rujuk Fath al-Bari, 10/372-373)

Imam al-Nawawi menyatakan makna perkataan “ li husni” sebagai sebagai isyarat kepada hukum haram bagi tujuan menzahirkan kecantikan (Rujuk al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim,14/107).

Dr. Soleh bin Muhamad al-Fawzan membahaskan tentang pembedahan kosmetik pada dagu yang melibatkan bahagian tulang rahang untuk tujuan menambah kecantikan. Pembedahan dagu demi kecantikan adalah haram apabila penampilan dagu tiada kecacatan. Prosedur tersebut termasuk dalam mengubah ciptaan Allah SWT seperti yang dinyatakan dalam nas. Walau bagaimanapun harus bagi tujuan rawatan dan menutupi aib yang terzahir (Rujuk al-Jarahah al-Tajmiliyyah ,223)

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4903-irsyad-al-fatwa-siri-ke-599-hukum-suntikan-pada-wajah-agar-berbentuk-v-v-shape-face

Address

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
Jitra
06000

Telephone

+601130889052

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Botoks dan Pengklonan manusia DET5A posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Botoks dan Pengklonan manusia DET5A:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram