14/06/2020
{ 5 SEBAB KENAPA BERAT BADAN TAK TURUN WALAUPUN JENUH BERDIET DAN BERSENAM ?}
1. Sarapan tidak sihat
Kebanyakan rakyat Malaysia mengambil sarapan yang mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi. Contohnya? Nasi lemak, teh tarik. Kalau yang nak berdiet kononnya taknak makan sarapan berat, makan biskut cicah milo. Tahukah anda bahawa biskut kering cicah milo bukan sarapan yang sihat?
2. Tak minum air secukupnya
Di antara punca kenapa berat badan tak turun ialah tak minum air kosong secukupnya. Ramai yang tak ambil berat pasal ni.
3. Minuman yang kononnya bagus untuk turunkan berat badan, tapi sebenarnya TIDAK!
Diet soda, limau ais, limau suam. Bila sebut, mesti kita rasa boleh bantu turunkan berat badan. Tapi sebenarnya tidak! Sebab apa? Dalam tu ada gula putih yang menjadi punca kenapa berat tak turun.
4. Bersenam dengan perut kosong
Bila kita bersenam, badan perlukan nutrisi dari makanan sebagai bahan bakar untuk membakar kalori. Kalau kita berlapar dan tak makan langsung, macam mana badan nak bakar kalori kalau takde bahan bakar?
5. Makan makanan tinggi kalori selepas bersenam
Biasa tak tengok orang beli nasi lemak lepas bersenam. Macam mana nak turunkan berat badan kalau kalori yang masuk lagi banyak daripada yang dibakar semasa bersenam? Oleh itu, elakkan makanan berkalori tinggi walau pun selepas bersenam. Sebaliknya, ambil makanan pembakar lemak.
Silakan SHARE kat kawan kawan korang yang inginkan TIPS nie. See less