22/03/2023
16-18 Mac 2023, Malaysian Technology Exhibition (MTE) 2023, kami bawa 2 produk yang dihasilkan melalui teknologi tinggi mesra alam, iaitu melalui proses 'supercritical extraction' bagi produk Goswiet manakala proses 'subwater critical extraction' bagi produk Anaquin.
Apa yang baik dari inovasi ini adalah keunikan proses yang dapat memelihara khasiat semulajadi ('bioactive compounds') yang terdapat di dalam bahan tunjuk langit dan nenas. Ianya dapat dibuktikan setelah pelbagai analisa dilakukan.
Perkara lain yang menarik tentang produk2 ini adalah ianya telah mendapat sijil pengiktirafan penting dari KKM, SIRIM,NANOMALAYSIA, HALAL JAKIM, PUSAT RACUN NEGARA, BIOEKONOMI dan MESTI. Semua ini dibuat agar produk setanding dengan standard produk berkualiti, mengikut pasaran dan keperluan pihak2 berkuasa.
Menang atau kalah dalam pertandingan tak jadi masalah kami, jika menang ia adalah bonus. Tujuan kami berada di MTE 2023 adalah ingin memperkenalkan produk ini kepada pengunjung serta berkongsi maklumat2 terkini, trend inovasi serta untuk mendapatkan networking.
Alhamdulillah kami dapat 2 pingat emas dalam kategori Inovasi antarabangsa...dan anugerah best of the best dari Japan Intellectual Property Association (JIPA).
Syukur kami atas pencapaian ini...
Namun cabaran utama kepada.pengkormersialan adalah 'branding' dan 'marketing' kami perlu lalui proses dengan sabar, matang serta berdoa agar kedua2 produk ini akan berada dipasaran utama setanding dengan produk2 yang berkualiti dan ternama. Insyaallah.
Terima kasih pada team dan semua yang mendoakan.๐น๐น๐น