First Aid & CPR Training (FACT)

First Aid & CPR Training (FACT) Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from First Aid & CPR Training (FACT), Johor Bahru.

28/09/2021

Sedang berlangsung.. Penjagaan kesihatan sepanjang musim Covid19

Di Malaysia, terdapat 140 spesis ular dan 17 spesis adalah beracun. Kami senaraikan beberapa ular yang sering ditemui di...
06/08/2020

Di Malaysia, terdapat 140 spesis ular dan 17 spesis adalah beracun. Kami senaraikan beberapa ular yang sering ditemui di Malaysia.

Perkara paling penting adalah
✅ Jangan panik
✅ Jangan bergerak. Jangan bergerak. Jangan bergerak (selepas berada di tempat selamat).
✅ Jangan sibuk tangkap ular. Serahkan pada orang lain atau ambil gambar ular dah cukup
✅ Jangan sedut bisa.
✅ Telefon 999

⚠️ Pastikan sebelum 30minit anda berada di Hospital. Lebih cepat, lebih bagus.

Malang tidak berbau, tiada sangka kemalangan seperti ini boleh berlaku. Jika berlaku kemalangan yang menyebabkan anggota...
04/08/2020

Malang tidak berbau, tiada sangka kemalangan seperti ini boleh berlaku.

Jika berlaku kemalangan yang menyebabkan anggota badan terputus (telinga, jari, etc)

✅ Untuk jari yang terputus, basuh dengan air bersih. Balut dengan kain/ kapas utk hentikan pendarahan.

✅ Tinggikan jari dari aras jantung dan bawa ke hospital.

Untuk bahagian anggota yang terputus

❌ Jangan letak dalam air
❌ Jangan letak terus dalan ais batu
❌ Jangan sapu sebarang krim, gamat, ubat gigi etc

Pergi hospital secepat mungkin.

Bahaya ikan berduri
30/12/2019

Bahaya ikan berduri

BERHATI-HATI MENGURUSKAN IKAN BERDURI/BERBISA

Jangan ambil mudah ketika menguruskan ikan-ikan yang mempunyai duri dan sengat berbisa.

Petua biasa orang lama... Jangan lupa bawa cuka makan dapat meredakan bisa ikan. Jika parah jangan tunggu lama terus ke Hospital terdekat.

PETUA TERKENA SENGAT IKAN
Disengat ikan / petua / bahaya lain..

1) PETUA PERTAMA

Sesuatu perkara yg sangat ditakuti semua pemancing, walau bagaimana hebat seseorg itu pasti akan merasai bertapa bisanya pabila disengat ikan.. Pastikan tool box anda memiliki sedikit alat bekalan kecemasan (first aid).. Cukup dengan sekali tusukan duri semilang blh membuatkan anda kelenjar dan terus termenung.. Bayangkan waktu itu anda berada jauh di tengah laut.

Boleh cuba 1 petua orang lama iaitu Hanya simpan 1 botol kecik berisikan cuka didalam tool box pancing anda (cuka makan bukan cuka getah).. Rasanya memang pedih tp bisa ikan akan berkurangan, pedih cuka akan potong rasa bisa sengat.. ia seperti bisa ikan akan jd natural bila kena cuka, tapi kena cepat bertindak.

Mengikut pengalaman Dah banyak kali juga cuka nie berjasa ketika kena sengat dulu, macam-macam jenis ikan seperti ikan depu, pari tuka, semilang masih blh cover la org ckp dan puas dah aku tonyoh kat kaki org yg kena sengat tuka.. org tangkap ketam pakai bento dia pakai pijak salah pijak mendapat 2 tusukan duri pari tuka.

Sengat ikan yg paling padu bisanya adalah ketika air gerak pasang, ia bukan mitos tp benar kerana waktu air gerak pasang adalah waktu ikan agresif dan liar.. Cukup kena ikan duri belalang dah rasa mcm nk pitam.. Otai dpt duri nie patah sengat pakai jari jer, aku pun biasa buat mcm nie tp pernah sekali tu terkucil.. Mables gak rasanya

Tidak kecuali juga ulat bulu laut yg paling ditakuti.. Sebab tu klu nk tukar umpan jgn pegang umpan lama dengan tangan tp buang dgn plyer.. Memang umpan tiada ulat bulu sbb ulat tu dh terlepas masa kite gulung pancing.. Yg tinggal hanya duri ulat bulu kat umpan klu pegang terus masuk jari lepastu duri tu patah dlm sbb sifat duri ulat bulu nie tajam tapi rapuh dh tu mcm duri sengat pari senang masuk susah keluar (kena standby forcep atau sepit angkup).. Jika jari anda kena ulat bulu yg duri patah dlm dia akan membengkak, menanah, bekudis yg mana susah nak baik.. Org asli ckp pakai tepung kanji tp sy belum pernah try so klu kena blh jumpa tok batin..
Bnyk lagi bahaya di laut cuma pengalaman dan pemahaman sera logik akal anda utk mengatasinya.. Jgn kena sengat awak kencingkan p**a tempat yg kena sengat tu.. Kesian member klu kena sengat kat bahu nak kencing tak sampai dh kena suruh member yg kencingkan, org yg tgk pun tumpang rasa bisanya 😩 .. Tu baru betul maksud kena kencing ngan member..

Klu dh kat darat blh jumpa dokter utk rawatan lanjut.. Ini cuma salah 1 petua yg mana tiada dulu tiada sekarang.. Lain padang lain belalang, lain tempat lain cara penawarnya..

2) PETUA KEDUA

BILA ANDA DISENGAT....IKAN
Hampir semua ikan kat laut ada sengat. antara kita tau atau tak je. cuma biasanya kita tak tau dia ada sengat sebab sengat dia tak bisa sangat. kadang2 mungkin cuma jadi gatal2 sikit2 je.

Ni antara ikan2 yang biasa kita jumpa yang bersengat dan sengat dia sangat bisa. mungkin nama ikan yang saya sebut ni berlainan namanya dia tempat lain.
1. ikan pari
2. ikan tuka
3. ikan lepu/depu
4. ikan usat
5. ikan sembilang
6. ikan duri
7. ikan kitang

Setakat ni, ni je ikan2 yang saya teringat. kalau kawan2 tau spesis2 yang lain, boleh share.Ok.

Kalau kena sengat, apa nak buat?
Sebaik2nya, pegilah klinik atau hospital cari ubat yang sesuai.

Tapi kalau masa kena tu kat dalam bot atau rakit atau kelong atau mungkin di tepi sungai, yang mana nak pergi hospital susah, ni ada beberapa petua yang boleh saya kongsi.

1) buangkan sengat yang ada kalau ada cebisan dia masih terlekat pada tubuh anda.

2) ambik ais dan tuam tempat yang kena sengat.

3) letak biji asam jawa yang dah dipecahkan (kalau ada) pada tempat kena sengat

4) kunyah pucuk daun jemuju (kalau boleh didapati) dan tempel kat tempat kena sengat. tapi daun tu sangat pahit.

5) kalau kena sengat lepu, basuh kawasan yang kena tu dengan air tawar. pastu lap smpi btul2 kering. kalau boleh jangan kena air masin balik. pastu bungkus ais dalam plastik dan tuam kawasan tu.

6) kalau kena sengat kitang, lumurkan tempat kena tu dengan dakwat sotong dan biarkan smpi kering.

7) sengat tuka atau pari paling berbisa. memang kena pegi klinik. cumanya kalau kena kat kawasan pinggang kebawah, tak payah tergopoh gapah pegi klinik. tenang2 je. tapi kalau kena kat kawasan pinggang ke atas, serta merta kena pegi klinik. jangan tunggu2. tak kira kat mane anda berada, larilah pegi klinik.

Apa pun, sengat ikan ni bukan satu perkara yang boleh di perlekehkan. Seboleh2nya, elakkan. Berhati2 mengandalikan hasil tangkapan anda. Jangan sampai trip memancing yang sepatutnya meneronokkan, menjadi mimpi ngeri sampai tobat nak mancing.
. SAFETY FIRST ...selamat memancing..
LIKE & SHARE
Gambar & VIDEO kongsi Dari FB


Untuk dapatkan perkembangan terkini dan tempahan trip memancing bersama bot Cahaya Damia Laut Dalam Wow milik Ramli Isa

Sila Layari

Laman Rasmi Instagram:
https://www.instagram.com/cahayadamiawow/

Laman Rasmi Youtube:
https://www.youtube.com/channel/UC0Q7t34pJW1_sILajdtRrtA

Laman Rasmi Facebook:
https://www.facebook.com/CahayaDamiaWow/

Microsleep mampu membunuh dalam tempoh 3 saat!Saya tahu ramai antara kalian yang sedang dan akan mula memandu untuk p**a...
21/08/2019

Microsleep mampu membunuh dalam tempoh 3 saat!

Saya tahu ramai antara kalian yang sedang dan akan mula memandu untuk p**ang ke kampung sempena musim perayaan dan cuti sekolah, dan kalian semua sebenarnya berisiko untuk mengalami microsleep sekiranya tidak berhati-hati.

Sebab itu saya harap sangat-sangat kalian akan ambil langkah selamat untuk elakkan kecelakaan berpunca daripada microsleep ni.

Kalian nak tahu apa tanda-tanda microsleep? Ianya begini.

Semasa kalian memandu, tiba-tiba kalian terasa hilang fokus, mata asyik kerap berkelip, menguap berlebihan, otot seolah-olah melemah dan kadang-kadang tersentak, itu menunjukkan kalian dalam keadaan yang sangat bahaya.

Badan kalian ketika tu dah mula ‘tidur’. Walaupun mata kalian masih terbuka, tapi sebenarnya segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tak dapat diproses otak.

Bayangkan, jika kalian memandu pada kelajuan 70km/jam pada waktu tu, microsleep selama 3 saat sahaja mengakibatkan kenderaan kalian bergerak sejauh 200 meter tanpa kawalan. Ya Tuhan, dalam jarak 200 meter tu, sekelip mata je nyawa kalian dan orang yang kalian sayang boleh melayang!

Ingat ya, perkara ni seringkali berlaku dan menyebabkan ramai pemandu terbunuh. Terutamanya di lebuhraya dan pada musim perayaan.

****

Jadi apa yang perlu kalian buat?

1. Jika kalian mengalami simptom microsleep ni, cepat-cepat cari kawasan rehat yang selamat dan berhentikan kenderaan.

2. Tidur . Tak perlu tidur lama. Cukup lima minit dan kembali teruskan perjalanan. Ulang setiap kali kalian mula berasa mengantuk.

3. Rehat setelah 2 jam memandu. Kalian yang memandu menerusi lebuhraya, manfaatkanlah betul-betul kawasan Rehat & Rawat (R&R) yang disediakan untuk tidur dan berehat.

4. Dapatkan tidur yang cukup sebelum memandu. Sebaiknya pastikan tidur kalian berkualiti pada malam sebelum perjalanan. Durasi tidur yang bagus adalah sekitar 6 jam.

Ataupun jika rancangan perjalanan kalian pada tengahari, tidurlah sekejap sebelum bertolak.

5. Pesanan untuk penumpang sebelah p**a, jadilah co-driver yang cemerlang. Kalian ajaklah pemandu berbual-berbual untuk elak rasa mengantuk.

Paling best, kalian p**a yang ambil alih memandu jika driver dah mula mengantuk.

Mudah-mudahan tips ini dapat cegah kecelakaan daripada berlaku serta bantu kalian pergi dan p**ang dengan selamat pada musim perayaan ini.

Kongsilah info ini dengan insan yang kalian sayang ya!

Dr Ahmad Luqman Bukhari,

Hidung berdarah, apa nak buat?Sekiranya kalian berhadapan dengan kawan-kawan atau pun ahli keluarga sendiri yang tiba-ti...
21/08/2019

Hidung berdarah, apa nak buat?

Sekiranya kalian berhadapan dengan kawan-kawan atau pun ahli keluarga sendiri yang tiba-tiba mengalami hidung berdarah, jangan panik. Kalian boleh cuba lakukan 5 rawatan segera ni untuk bantu hentikan pendarahan.

#1 – Duduk dan menunduk ke depan. Jangan dongakkan kepala ke atas, atau pun berbaring.

Ianya akan menyebabkan darah yang keluar mengalir ke bahagian belakang hidung dan berisiko masuk ke dalam paru-paru.

#2 – Picit bahagian luar hidung dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

Tekan pada bahagian depan hidung yang lembut, bukan di bahagian tulang hidung. Lakukan step ini untuk sekitar 10 minit sehingga 15 minit.

#3 – Sambil-sambil tu, galakkan untuk bernafas melalui mulut. Jangan p**a berdegil bernafas melalui hidung.

#4 – Letakkan ais batu pada sehelai kain, kemudian letakkan ia pada bahagian atas hidung dan dahi. Boleh juga gunakan kain yang dibasahkan dengan air sejuk.

Tujuannya untuk mengecutkan salur-salur darah di hidung, seterusnya bantu hentikan pendarahan dengan segera.

#5 – Periksa kembali samada pendarahan berhenti atau sebaliknya, selepas kalian lakukan semua langkah sebelum ini. Jika pendarahan masih jugak tak berhenti, kalian bawalah segera ke hospital untuk rawatan lanjut.

********

Pendarahan hidung boleh jadi ianya berpunca daripada beberapa perkara. Antaranya masalah resdung, demam selsema yang teruk, trauma, udara kering, jangkitan bakteria, masalah pembekuan darah dan ubat-ubatan.

Jika pendarahan berlaku terlalu kerap atau pun ianya tidak berhenti, kalian segeralah dapatkan pemeriksaan daripada doktor ya.

Bagaimana menggunakan 'digitalsphygmomanometer'?Bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, saya mencadangk...
20/08/2019

Bagaimana menggunakan 'digital
sphygmomanometer'?

Bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, saya mencadangkan agar beli "digital sphygmomanometer" agar dapat memantau sendiri tekanan darah di rumah.

Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan.

1. Elakkan pengambilan minuman berkafein atau beralkohol 30 minit sebelum melakukan pemeriksaan.

2. Duduk diam dan rehat dengan bersandar di kerusi dan kaki tidak bersilang selama 5 minit sebelum mengambil bacaan tekanan darah.

3. Letakkan lengan di atas meja, sama paras dengan jantung.

4. Balut pembalut alat pembaca (cuff) pada lengan tanpa sebarang lapik baju.

5. Jangan bercakap ketika pemeriksaan.

6. Selepas mengambil bacaan pertama, ambil bacaan kedua tanpa membuka pembalut alat pembaca. Ambil bacaan kedua. Jika kedua-dua bacaan tidak jauh bezanya, ambil purata keduanya. Jika bacaan kedua terlalu jauh bezanya, ambil bacaan ketiga. Kira bacaan purata dari dua bacaan yang tidak jauh bezanya.

7. Simpan rekod bacaan setiap hari.

8. Lakukan pemeriksaan pada waktu yang sama setiap hari.

Semoga bermanfaat.

19/08/2019

CPR pun berguna untuk kambing

Penting
12/07/2019

Penting

A new video uses nursery rhyme characters and a catchy song to teach parents how to perform infant CPR.

Kematian ada di mana- mana. Yang penting kita bersedia untuk pertemuan itu. Moga akhir perjalanan kita di Husnul Khatima...
08/07/2019

Kematian ada di mana- mana. Yang penting kita bersedia untuk pertemuan itu. Moga akhir perjalanan kita di Husnul Khatimah.

kredit: Ustaz

Menjaga kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah memang mencabar. Pengasuh mungkin perlukan sedikit ilmu tentang Pertolongan...
08/07/2019

Menjaga kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah memang mencabar. Pengasuh mungkin perlukan sedikit ilmu tentang Pertolongan Cemas, CPR dan rawatan asas seperti merawat demam, sakit perut dan sebagainya.

DULU ABC, SEKARANG CAB..
17/12/2018

DULU ABC, SEKARANG CAB..

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik, Dipercayai Berpunca Dari Pengecas Telefon Bimbit  25 Jan 2018 - Semalam seorang p...
25/01/2018

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik, Dipercayai Berpunca Dari Pengecas Telefon Bimbit



25 Jan 2018 - Semalam seorang pemuda maut akibat terkena renjatan elektri telefon bimbit yang sedang di cas di rumah rakannya di Kampung Baru Nyalas, Jasin, lapor Kosmo.

Mangsa yang berumur 35 tahun yang juga seorang buruh ditemui dalam keadaan terlentang tidak sedarkan diri oleh rakannya di dalam sebuah bilik pada pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, pihak polis turut menemui sebuah telefon bimbit dan wayar pengecas berdekatan dengan mangsa.

"Siasatan pihak polis dengan bantuan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Pemeriksaan pada tubuh tidak menemukan sebarang kecederaan lain. Terdapat telefon bimbit yang sedang dicas dan wayar di sebelah si mati dan kematian mangsa dipercayai berpunca akibat renjatan elektrik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin dan keputusan bedah siasat menunjukkan lelaki itu mati disebabkan degupan jantung tidak stabil. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Penting guna helmet. Bawa motor hati2..
07/01/2018

Penting guna helmet. Bawa motor hati2..

KECEDERAAN KEPALA ADALAH SUATU KECEDERAAN YANG SERIUS.JANGAN PANDANG RINGAN. BERI PERHATIAN.ohamad Azim Fitri Abd Azizaz...
05/01/2018

KECEDERAAN KEPALA ADALAH SUATU KECEDERAAN YANG SERIUS.

JANGAN PANDANG RINGAN. BERI PERHATIAN.

ohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@hmetro.com.my

HANYA kerana enggan memberikan wang, wanita warga emas cedera di kepala selepas dipukul anak lelakinya di FELDA Bukit Sagu 3, Kuantan, kira-kira 4 petang semalam.

Dalam kejadian itu, Mea'ah Abd Majid, 65, dikatakan dipukul menggunakan besi pemotong rumput oleh anak lelakinya yang berusia 25 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengamuk dan terus memukul ibunya sebelum wanita berkenaan melarikan diri dan meminta bantuan jiran.

"Ekoran itu kepala mangsa mengalami pendarahan yang teruk sebelum pengsan di depan rumah jirannya.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput melarikan diri sebelum berjaya ditahan beberapa jam kemudian.

Difahamkan suspek yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan di sekitar daerah ini sebaik kejadian dimaklumkan kepada polis oleh penduduk kampung.

Mohd Noor berkata, mangsa kini dilaporkan stabil selepas menerima tiga jahitan di kepala dan keterangannya akan diambil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap orang awam.



Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 1:01 AM

TEKNIK CPR SENTIASA BERUBAHhttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1553167554718526&id=164653566903272
26/12/2017

TEKNIK CPR SENTIASA BERUBAH

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1553167554718526&id=164653566903272

Basic Life Support (BLS) Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) utk pulih paru-paru dan jantung semasa 'sudden cardiac arrest'

Kaedah DRABC telah ditukar kpd DRCAB mengikut panduan American Heart Association (AHA) utk mengelak otak mengalami kematian sel (brain death) jika otak tidak menerima bekalan oksigen dlm masa 4 minit

DRCAB memberikan perhatian kepada tekanan dada. Jadi tekan dada dulu sebelum lalukan langkah yg lain. (Chest Compression First).

Langkah pertama Danger dan Respon masih sama. Cuma tukar langkah seterusnya dari ABC kpd CAB.

1. Buat tekanan dada 100-120x/min
sedalam 2-4 in/5-6cm.

2. Tekan 30x dan hembus 2x dlm 5 pusingan utk dewasa dan 15x hembus 2x utk kanak-kanak

4. Kemudian baru beri perhatian kpd Airway (A) dan Breathing (B)

D-Danger
R-Response
C-Circulation
A-Airway
B-Breathing

Check nadi (dlm masa krg dr 10 saat), jika ada nadi, tapi tiada pernafasan (look, listen, feel) Head tilt, chin lift -beri tiupan 12x dlm 5 pusingan

Jika nadi tiada, beri tekanan 30x dan 2x hembusan dlm 5 pusingan utk dewasa atau 15x tekanan dan 2x hembusan utk knk-knk dlm 5 pusingan (complete 5 cycle)

Jika nadi ada, pernafasan ada-ltk dlm recovery position dan check nadi setiap 2 min.

Semoga bermanfaat.

Address

Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when First Aid & CPR Training (FACT) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to First Aid & CPR Training (FACT):

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram