NFA Wellness & Confinement

NFA Wellness & Confinement ‘ Empowering Postnatal Recovery,
Naturally ‘

20/07/2025

Kenapa penting kita faham tentang Baby Boomers, Gen X, Y, Z & Alpha?

Kerana setiap generasi terbentuk dari zaman yang berbeza.Dan bila zaman berubah, cara fikir pun berubah dari cara bekerja, cara menjaga kesihatan, sampai ke apa yang dianggap ‘penting’ dalam hidup.

👴 Baby Boomers (1946–1964)
Mereka lahir dalam zaman negara membangun.
Dibesarkan dengan semangat membina tanah air. Kerja tetap dianggap puncak kejayaan. Rehat bukan keutamaan. Ramai sanggup tahan sakit demi kerja, dan masih rasa bersalah kalau tak sibuk.Nilai keluarga, agama dan adat jadi tunjang hidup

👨‍👩‍👧‍👦 Gen X (1965–1980)
Anak kepada Boomers. Mereka berdikari, tak s**a menyusahkan, dan terbiasa ‘pendam sendiri’.Sekarang, ramai tengah jaga anak remaja dan ibu bapa tua tersepit, tapi tetap teruskan.
Nilai utama mereka? Tanggungjawab.

💼 Millennials / Gen Y (1981–1996)
Lahir masa Malaysia mula globalisasi.
Mereka mula persoal: kerja untuk hidup, atau hidup untuk kerja? Mereka cari makna, bukan semata-mata gaji. Lebih peka tentang kesihatan, hubungan, dan keseimbangan hidup.

📱 Gen Z (1997–2012)
Anak era TikTok dan ‘cancel culture’.
Mereka terbuka, cepat belajar, dan tak takut bersuara. Tapi dalam masa sama mereka juga cepat cemas, rasa tertekan dengan dunia yang terlalu laju dan penuh perbandingan.

🤖 Gen Alpha (2013 ke atas)
Mereka lahir dalam dunia skrin. Pandai swipe sebelum pandai tulis. Mereka akan hidup dalam dunia automasi, AI dan perubahan pantas.
Nilai mereka masih sedang dibentuk oleh kita, orang dewasa hari ini.

Kesihatan bukan hanya tentang badan ia tentang gaya hidup, tekanan, masa, dan cara seseorang menilai hidup mereka.

Bila kita faham generasi, kita faham manusia.
❤️ Kerana kesihatan itu milik semua.
Dan setiap generasi, walau berbeza, tetap perlukan ruang untuk difahami.

Alhamdulillah. Another week another review. Syukur bila customer rasa selesa & puas hati dengan servis kita. Thank you s...
18/07/2025

Alhamdulillah. Another week another review.

Syukur bila customer rasa selesa & puas hati dengan servis kita.

Thank you sebab appreciate our service & effort, Puan N ❤️

Orang kata, bersauna ni bagus untuk wanita berpantang. Ye ke ni? Ehhh mesti lahh. Banyak tau kebaikan bersauna semasa pa...
17/07/2025

Orang kata, bersauna ni bagus untuk wanita berpantang. Ye ke ni? Ehhh mesti lahh. Banyak tau kebaikan bersauna semasa pantang ni. Hari ni kita share sikit.

🍀 Pertama sekali, dapat membantu kaum ibu untuk rehatkan minda dan emosi serta mengurangkan segala tekanan especially ibu sedang berpantang ni emosi selalu tak stabil, haba yang datang dari sauna ni akan bantu ibu untuk kurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan hormonendorfin.
Hormon Endorfin ni lah yang akan jadikan kita rasa tenang dan lega sentiasa dan akan mengeluarkan mood happy.

🍀 Kedua, melancarkan pengaliran darah dari jantung ke kaki dan seluruh badan.
ni sebab bila kita bersauna, saluran darah kita akan mengembang dan akan menyebabkan pengaliran darah di seluruh badan menjadi lebih baik.

🍀 Ketiga, dapat melegakan rasa sakit dan lenguh di otot. Lepas ibu bersalin, mesti ibu rasa sakit badan akibat daripada contraction masa melahirkan.
Jadi bila bersauna dia akan bantu melegakan segala ketegangan otot yang ibu alami.

🍀 Yang terakhir dan paling best sekali, sauna ni dapat bantu menurunkan berat badan. Sebab lepas bersalin selalunya kaum ibu akan alami masalah berat badan naik secara mendadak.

Jadi masa dalam tempoh berpantang kan kita akan jaga pemakanan kita.
Lepastu di tambah pulak dengan sauna, memang senang untuk ibu dapatkan berat badan yang ideal.

c/p : Sumosauna

15/07/2025



Seronoknya jadi confinement lady ni bila setiap hari dapat jumpa dan uruskan baby2 comel yang macam2 ragam.

Syukur Allah bagi rezeki dan peluang ni الحمد لله

𝙆𝙀𝘽𝘼𝙄𝙆𝘼𝙉 𝘽𝙀𝙍𝙏𝙐𝙉𝙂𝙆𝙐 𝙎𝙀𝙇𝙀𝙋𝘼𝙎 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙇𝙄𝙉Bertungku ni salah satu amalan tradisional dari zaman dulu, yang biasa kita dengar da...
14/07/2025

𝙆𝙀𝘽𝘼𝙄𝙆𝘼𝙉 𝘽𝙀𝙍𝙏𝙐𝙉𝙂𝙆𝙐 𝙎𝙀𝙇𝙀𝙋𝘼𝙎 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙇𝙄𝙉

Bertungku ni salah satu amalan tradisional dari zaman dulu, yang biasa kita dengar dalam tempoh berpantang..

- Bagus membantu mengecutkan rahim,
- Melancarkan perjalanan darah
- Mengeluarkan darah kotor dalam badan
- Membantu membuang angin,
- Memanaskan badan
- Memecahkan lemak dan menyegarkan badan
- Membaik pulih sistem saraf
- Mengurangkan lenguh2 badan2

Mummy yang tak berpantang pun boleh amalkan bertungku tau untuk 𝘽𝙐𝘼𝙉𝙂 𝘼𝙉𝙂𝙄𝙉 dan 𝙃𝘼𝙉𝙂𝘼𝙏𝙆𝘼𝙉 𝘽𝘼𝘿𝘼𝙉..

Pada Mummy yg bersalin secara ceaseran ingat tau. Elakkan bertungku di kawasan jahitan❌ Tak boleh walaupun luka luar dah cantum ❌

09/07/2025

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NFA Wellness & Confinement posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram