08/12/2025
Jabatan Imigresen Malaysia terus mempergiatkan operasi bagi menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen yang semakin licik menggunakan kepakaran warga asing dalam reka bentuk grafik, percetakan dan IT.
Sejak 2024 hingga Ogos 2025, 108 individu telah ditahan menerusi 21 operasi, termasuk 13 warga tempatan yang bersubahat. Sindiket ini mensasarkan pekerja asing tidak berdokumen atau melebihi tempoh pas, dan memalsukan pelbagai dokumen seperti pasport, PLKS, pelekat imigresen serta dokumen berkaitan pemeriksaan kesihatan.
JIM menegaskan bahawa kegiatan pemalsuan dokumen imigresen merupakan ancaman keselamatan negara, dan majikan serta warga asing diingatkan supaya berhati-hati terhadap tawaran perkhidmatan tidak sah.
Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.