Bahagia Jemali

Bahagia Jemali Bahagia Jemali is an Expert and a Professional Therapist and very passionate in educating Malaysian about fitness & health. Fat Loss Management
2.

Bahagia Jemali is a Certified Personal Trainer (CPT), Exercise Therapist and an active speaker pertaining to health & fitness. He sees obesity as a very serious subject matter that have worsen among Malaysian this lately til it ranked no. 1 in Asia for obesity issue. This issue has caused non communicable disease as ell as nerve and muscle pain. Hence, he is offering several methods and services to the community to rigorously help in weight lose process:
1. Postural Alignment and Movement Functional
3. Stress and Anger Management
4. Trauma and Phobia Management
5. Fitness and Health Speaker

~Your Beauty Physical Expert~

Last day dengan Aaron Chong Satu perkara dalam bisnes ni yang ramai takut nak buat iaitu kongsi database..Perghhh, meman...
15/09/2023

Last day dengan Aaron Chong

Satu perkara dalam bisnes ni yang ramai takut nak buat iaitu kongsi database..

Perghhh, memang mind blowing betul.

Bayangkan kalau kau orang buat properties dan ada 1000 database.

Yang buat takaful pun ada 800 database.

Orang macam kami yang buat training ada lebih seribu database.

Dan kita Cross kan database kita. Fuhhhh... Tak payah nak pening kepala nak cari leads baru wehhh

Memang seronoklah ikut kelas Aaron ni. Banyak juga input yang dia beri selama 4 hari..

Semoga ada rezeki untuk berjumpa lagi di lain masa

Insyaa-Allah




Mudah je.. Dalam Sales Aaron Chong selalu tegaskanELAKKAN MENJUAL... SELESAIKAN MASALAH KLIEN, AUTOMATIK AKAN TERJUALBan...
14/09/2023

Mudah je.. Dalam Sales Aaron Chong selalu tegaskan

ELAKKAN MENJUAL... SELESAIKAN MASALAH KLIEN, AUTOMATIK AKAN TERJUAL

Banyaklah perkongsian dia.. Sampai takde masa nak share hari ni..

Nanti lain kali eh saya share




Sesekali kita perlu UNLEARN RELEARN semula untuk mendapatkan perspektif dan nafas baru.Saya mengikuti program Sales seca...
12/09/2023

Sesekali kita perlu UNLEARN RELEARN semula untuk mendapatkan perspektif dan nafas baru.

Saya mengikuti program Sales secara online bersama

Banyak betul yang diajar.

Antaranya,

1. Jangan sibuk dengan strategy, tukar dulu mindset.
2. Kalau fikir sales, memang susah. Fikir untuk bantu orang, ia akan jadi mudah
3. Dan paling penting sekali. Kita kena kenal betul dengan klien kita kerana bukan semua orang adalah klien kita.

Memang berbaloi join kelas ni. Nantilah saya share lagi eh

Beginilah,




Cara saya melatih klien, mungkin tak sama dengan orang lain.Setiap Jurulatih ada prinsip dan amalan mereka tersendiri.Ti...
01/03/2023

Cara saya melatih klien, mungkin tak sama dengan orang lain.

Setiap Jurulatih ada prinsip dan amalan mereka tersendiri.

Tidak ada yang betul dan tidak ada yang salah. Ia berdasarkan kesesuaian dengan sasaran klien.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Kebiasaannya, klien saya ni bukan datang nak kurus semata-mata.

Mereka ni mempunyai banyak masalah daripada sudut kesihatan.

Ada yang sakit sendi dan otot, ada yang mengalami osteoarthritis, slip disc dan banyak lagi.

Oleh itu, rangka senaman mereka sudah tentu berbeza. Tidak semua program latihan sama.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Antara perkara yang saya pertimbangkan sebelum merangka senaman mereka adalah,

1. Tahap kecergasan.
Saya tidak terus 'lanyak sehingga lunyai'. Saya tidak buat mereka muntah atau serik untuk bersenam. Latihan saya mengikut prinsip "progressive overload"

2. Sasaran.
Ini sangat penting, sebelum program latihan bermula, kami akan berbincang apa sasaran yang nak dicapai. Adakah ianya realistik dan berapa lama tempoh sasaran boleh dicapai. Daripada situ, barulah program latihan yang spesisfik boleh dirangka.

3. Kecederaan.
Sekiranya klien memang datang dengan masalah kecederaan atau mempunyai penyakit. Program mereka kebiasaannya akan dirangka khas sesuai dengan kondisi mereka.

Dan banyak lagi.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Sekiranya kau orang dah cuba macam-macam cara nak kurus atau nak pulihkan sakit sendi dan otot tapi masih tidak berjaya..

Bagi mereka yang di luar Johor Bahru boleh tonton Video Free Training di sini https://reecharge.co/free-training/

Atau mereka yang berada di Johor Bahru, bolehlah PM saya.
‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Pastikan kau orang betul-betul nak berubah, sanggup berkorban apa sahaja tak kisah dari segi masa, wang dan tenaga.

Bagi yang nak cuba-cuba, sebaiknya jangan klik. Kau orang akan menutup peluang orang lain yang boleh kami bantu.

Kami sangat serius nak bantu gais!

Beginilah,

Dah cuba macam-macam cara nak kurus tapi masih tidak berjaya?Kadang-kadang, buat exercise pun sakit sendi pun masih tida...
30/05/2022

Dah cuba macam-macam cara nak kurus tapi masih tidak berjaya?

Kadang-kadang, buat exercise pun sakit sendi pun masih tidak berkurangan?

Sekiranya kau orang betul-betul serius, klik di komen pertama untuk book slot konsultansi bersama kami.

Pastikan kau orang betul-betul serius dan bersedia nak berubah, bukan nak main-main. It's time to REVENGE!

Kita kasi jadi kali ni!

Beginilah,

Dalam diet, kau orang perlu fokus kepada kualiti makanan.Apa sumber karbo, protein, lemak dan fiber yang kau orang perlu...
25/03/2022

Dalam diet, kau orang perlu fokus kepada kualiti makanan.

Apa sumber karbo, protein, lemak dan fiber yang kau orang perlu ambil.

Elakkan makan ikut nafsu. Kena susun startegi gais.

Bagaimana nak jadikan roti canai ni lebih bernutrisi? Mungkin kau orang boleh tambah dengan telur dan juga dada ayam.

Dan elakkan makan selalu. Rancang pengambilan kalori dan juga pantau kualiti makanan.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Jom follow page Bahagia Jemali dan set 'See First' supaya tak terlepas info yang menarik setiap hari dalam pengurusan berat badan.

Banyak lagi tip yang mahal saya kongsikan di channel telegram saya disini https://t.me/bahagiajemali

Beginilah,

Salah satu perkara yang membuatkan ramai wanita takut melakukan latihan bebanan adalah mereka khuatir otot mereka akan b...
24/03/2022

Salah satu perkara yang membuatkan ramai wanita takut melakukan latihan bebanan adalah mereka khuatir otot mereka akan bertukar menjadi lemak.

Ini mitos gais, sungguh!
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Otot yang kau orang bina tu takkan bertukar menjadi lemak. Lemak dan otot adalah dua komponen yang sangat berbeza.

Dari sudut fisiologi, ia sangat mustahil untuk dua komponen ini boleh bertukar.

✅Otot terdiri daripada tisu yang aktif
Ia bertindak menggerakkan kau orang melakukan aktiviti fizikal melalui penguncupan otot.

✅Lemak p**a adalah tisu yang tidak aktif
Ia adalah hasil daripada lebihan tenaga yang tidak digunakan dan disimpan sebagai 'spare tyre'

Namun ada satu persamaan antara otot dan lemak iaitu kedua-duanya boleh dibina dan juga menyusut.
‍‍‍‍‍‍ ‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Kami kongsikan 3 tip untuk kau orang yang nak kurangkan lemak dan pada masa yang sama meningkatkan otot.

1. Lakukan senaman kardio di mana intensiti latihan (kadar nadi latihan) ditetapkan pada sekitar 60% - 70% daripada kadar denyut nadi maksium.

2. Lakukan latihan bebanan/ rintangan. Menerusi latihan seperti ini, lemak tidak akan dibakar ketika sesi senaman dilakukan kerana sistem anaerobik berlaku (glikogen adalah sumber utama proses ini).

Namun begitu, lemak akan dibakar selepas bersenam ketika fasa pemulihan menerusi keperluan oksigen oleh sel-sel otot yang lebih tinggi.

3. Jaga pengambilan makro terutamanya protein dan karbohidrat kompleks. Pengambilan protein ketika menurunkan berat badan penting kerana ia berfungsi sebagai bahan binaan terpenting untuk molekul biologi dalam sistem manusia seperti hormon.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Kawan-kawan,

Sekiranya kau orang nak kurus, elakkan kau orang korban j***m otot kerana banyak kelebihan apabila otot kau orang terbina.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Jom follow page Bahagia Jemali dan set 'See First' supaya tak terlepas info yang menarik setiap hari dalam pengurusan berat badan.

Banyak lagi tip yang mahal saya kongsikan di channel telegram saya disini https://t.me/bahagiajemali

Beginilah,

Sesi konsultansi bersama Bahagia Jemali pada minggu hadapan.Ada banyak kekosongan lagi untuk minggu hadapan kerana mingg...
24/03/2022

Sesi konsultansi bersama Bahagia Jemali pada minggu hadapan.

Ada banyak kekosongan lagi untuk minggu hadapan kerana minggu ni kami ada banyak urusan.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Sekiranya kau orang dah cuba macam-macam cara nak kurus atau nak pulihkan sakit sendi dan otot tapi masih tidak berjaya, boleh tonton Video Free Training di https://reecharge.co/free-training/

Kami sedang mencari mereka yang betul-betul dah bersedia dan serius untuk mencapai matlamat.

Mereka sanggup berkorban masa, wang dan tenaga untuk bekerjasama dengan kami.

Sekali lagi gais, hanya mereka yang serius sahaja tau yang klik link di atas.

Kalau tak kau orang akan menutup peluang orang lain yang boleh kami bantu.

Beginilah,

Dua objektif ni sama namun perlaksaannya berbeza.Secara spesifiknya, mereka yang hanya fokus kepada penurunan berat bada...
24/03/2022

Dua objektif ni sama namun perlaksaannya berbeza.

Secara spesifiknya, mereka yang hanya fokus kepada penurunan berat badan tidak melihat penurunan tu datang daripada komponen apa.

Janji berat turun, mereka dah happy.

Namun, sekiranya kau orang nak turunkan berat badan beserta lemak dalam badan, ada beberapa perkara yang kau orang perlu pertimbangkan di dalam program latihan.

Turun berat dan turun lemak ni dua perkara yang lebih kurang sama namun ia berbeza daripada segi perlaksaannya.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Jom follow page Bahagia Jemali dan set 'See First' supaya tak terlepas info yang menarik setiap hari dalam pengurusan berat badan.

Banyak lagi tip yang mahal saya kongsikan di channel telegram saya disini https://t.me/bahagiajemali

Beginilah,

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah.Ini adalah feedback klien PT Xclusive kami.Beliau mengalami sakit dibahagian pinggang...
23/03/2022

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah.

Ini adalah feedback klien PT Xclusive kami.

Beliau mengalami sakit dibahagian pinggang, punggung dan kaki. Sakit ni dah lama dan mengganggu beliau melakukan aktiviti hariannya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah. Sekarang ni sakit beliau berkurangan dengan banyak.

Sebab itulah pentingnya kau orang melakukan senaman terutama latihan bebanan. Ia dapat mengembalikan fungsi kekuatan otot dan sekaligus dapat mengurangkan sakit sendi yang dialaminya.

Sekiranya kau orang berada di Johor Bahru, boleh datang berjumpa dengan kami.

Kami akan berikan sesi konsultansi secara percuma dan bincang bagaimana kita boleh bekerjasama.

Beginilah,

Kebanyakan punca kegagalan ketika berdiet adalah disebabkan kelaparan. Kebiasaannya perkara ni berlaku disebabkan kau or...
23/03/2022

Kebanyakan punca kegagalan ketika berdiet adalah disebabkan kelaparan.

Kebiasaannya perkara ni berlaku disebabkan kau orang sekat makan atau makan tak cukup kalori.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Kami kongsikan 5 tip bagaimana untuk mengelakkan daripada kau orang lapar ketika berdiet.

Sebelum itu, saya ambil contoh Izzah yang mempunyai data ini.
✅ BMI 1500
✅ DCR 2100

1. Pantau kalori.
Kau orang kena pastikan pengambilan kalori sehari kau orang cukup. Contohnya data Izzah dia atas.

BMR adalah 1500kcal dan DCR nya p**a adalah 2100kcal.

Jadi, untuk menurunkan berat badan Izzah perlu pastikan beliau berada dalam keadaan kalori defisit. Elakkan letak rendah daripada 1500kcal.

Merujuk data Izzah di atas, kami cadangkan sebaiknya DCI nya berada dalam 1800kcal sudah mencukupi.

Ini sangat penting sebelum kau orang 'apply' point yang lain.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
2. Mengambil protein yang cukup
Protein dapat meningkatkan rasa kenyang dan boleh membuatkan nafsu makan kau orang lebih terkawal.

Selain daripada itu, pengambilan protein juga dapat membantu mencegah kehilangan otot dan membantu 'boost' kan lagi proses pembakaran kau orang.

Menurut AMDR, pengambilan protein adalah sebanyak 10-35% sehari daripada pengambilan kalori sehari.

Merujuk data Izzah, beliau kena mengambil 1800kcal sehari dan sumber proteinnya adalah terdiri daripada 180-630kcal sehari.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
3. Minum air dengan cukup
Apabila kau orang minum air dengan cukup, ia akan memenuhkan ruang perut kau orang dan sekali gus akan membuatkan perut merasa lebih kenyang.

Ada kajian menunjukkan bahawa 22% orang yang minum dua gelas air sebelum makan makan akan makin lebih sedikit dengan mereka yang tidak minum air sebelum makan.

Dengan mengambil kira-kira 500 ml air sudah cukup untuk mengalas perut dan menghantar isyarat kenyang ke otak.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
4. Makanan bentuk pepejal atau cecair
Makanan dalam bentuk pepejal adalah seperti nasi, ayam dan sebagainya manakala makanan dalam bentuk cecair adalah terdiri daripada air, bubur dan sebagainya.

Dua jenis bentuk makanan ni boleh mempengaruhi rasa kenyang tau.

Makanan dalam bentuk pepejal memerlukan kau orang mengunyah lebih banyak dan ini dapat memberi lebih banyak masa untuk isyarat kenyang sampai ke otak.

Mengunyah dengan lebih lama membolehkan makanan dalam bentuk pepejal dapat meningkatkan perasaan kenyang.

Jadi, pilihan makanan yang 'raw' adalah lebih baik.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
5. Pilih makanan 'Low Density Calorie'
Susun makanan dengan bijak. Kau orang boleh memilih makanan yang terdiri daripada 'Low Density Calories' seperti nasi, roti, ayam dan sebagainya berbanding dengan makanan 'High Density Calories' seperti donut, kek dan coklat.

Makanan 'Low Density Calories' boleh diambil dengan lebih banyak berbanding dengan 'High Density Calorie'.

Contohnya Nasi vs Donut. Di bawah ni adalah nilai kalori bagi kedua-duanya dalam 100gram

➡️130 kalori = 100g nasi
➡️450 kalori = 100g donut

Jadi, antara nasi dan donut mana lebih mengenyangkan?
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Kawan-kawan,

Diet adalah strategi. Oleh itu, kau orang perlu ada strategi yang sesuai dengan gaya hidup, budaya kau orang sendiri.

Elakkan ikut-ikut orang gais. Sudah pasti diet ikut-ikutan ni kau orang tak boleh nak tahan khennn.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Jom follow page Bahagia Jemali dan set 'See First' supaya tak terlepas info yang menarik setiap hari dalam pengurusan berat badan.

Banyak lagi tip yang mahal saya kongsikan di channel telegram saya disini https://t.me/bahagiajemali

Beginilah,

Alhamdulillah, Syukur kepada AllahDengan izinNya kami berjaya berkongsi 100 info kecergasan secara konsisten setiap hari...
23/03/2022

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah

Dengan izinNya kami berjaya berkongsi 100 info kecergasan secara konsisten setiap hari tanpa gagal di dalam page Bahagia Jemali ni.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Sebenarnya lebih daripada itu;
✅ 100 infografik di page
✅ 100 perkongsian yang fokus kepada permasalahan yang sering berlaku di dalam pengurusan berat badan ✅ 100 tip ringkas di Channel Telegram.

Terima kasih kepada yang selalu follow kami.

Kami tidak harapkan balasan. Kami hanya mohon agar kau orang dapat sebarkan kepada kawan-kawan lain agar mereka juga mendapat manfaat daripada perkongsian kami.

Kami bukan mengejar glamour. Kami lebih fokus berkongsi info untuk memberi manfaat kepada orang lain supaya menjadi ladang pahala kepada kami semua.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Dari Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah bersabda: "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak sholeh yang mendoakan kepadanya." (HR Muslim).

Semoga perkongsian kami bermanfaat buat kau orang semua dan doakan agar kami kuat untuk terus berkongsi.

Aaminn, Insyaa-Allah.

Beginilah,

Address

Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagia Jemali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram