Qhawlah Care

Qhawlah Care Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Qhawlah Care, Kajang.

2. وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِErtinya: "Siapa ya...
04/09/2023

2. وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Ertinya: "Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga." (HR Muslim, no. 2699).

Tahukan anda sekarang ini kita mempunyai 5 juta Remaja Islam yang perlu kita santuni, mereka ini berada di IPT, Sekolah Menengah dan sebahagiannya di alam pekerjaan.

Kita mesti letakkan azam utk usahakan agar mereka menjadi Remaja Islam yang Mukmin/Mukminah.

Kita mesti korbankan segala2 yang kita ada untuk mendekati mereka ini walau apapun keadaan mereka.

Mereka ini semua hebat2 belaka, cuma dek kelemahan saya dan kita semua, sebahagian mereka belum menyerlah potensinya sahaja lagi.

Maka mulai hari ini saya dan kita semua perlu mula mendekati mereka semua...

📢ICOMMM 2023 REGISTRATION STILL OPEN...!!!We are happy to announce that registration for participants is still open for ...
31/08/2023

📢ICOMMM 2023 REGISTRATION STILL OPEN...!!!

We are happy to announce that registration for participants is still open for the International Conference on Malay Medical Manuscripts 2023

📌We have prepared an insightful programme with the Theme: “TOWARDS MAINSTREAMING MALAY MEDICAL MANUSCRIPTS"

📆Conference Date: 5-6 September 2023

🖥️Platform: ZOOM

Don't miss this incredible opportunity to be part of this transformative event. What are you waiting for? Visit http://bit.ly/icommm2023.

Selamat tahun baru 1444H
30/07/2022

Selamat tahun baru 1444H



Syaaban kian berlalu Ramadhan melambai-lambaiIntai-intailah semaian di huluKerana kan tiba musim menuaiSyaaban lambang c...
25/03/2022

Syaaban kian berlalu
Ramadhan melambai-lambai
Intai-intailah semaian di hulu
Kerana kan tiba musim menuai

Syaaban lambang cinta
Ramadhan membawa barakah
Tertib susunan 16 anggota
Ini masanya geraklah langkah

"Ya Allah, sampaikan aku ke Ramadhan dalam keadaan selamat. Ya Allah, selamatkan aku semasa Ramadhan dan selamatkan amal ibadahku di dalamnya sehingga menjadi amalan yang diterima.”
(HR at-Thabrani: 2/1226)

Marhaban Ya Ramadhan
22 Syaaban 1443H

Assalamualaikum WBTRamai di kalangan kita hari ini sedang memulakan sesuatu yang baru sama ada dari segi pekerjaan, peng...
10/01/2022

Assalamualaikum WBT

Ramai di kalangan kita hari ini sedang memulakan sesuatu yang baru sama ada dari segi pekerjaan, pengajian, tak kurang juga yang nekad memulakan amalan baru ke arah kehidupan dan kesihatan yang lebih baik. Jadi, apa jua kisah kita hari ini..mari mulakan dengan Bismillah. Harapan kita agar NIAT kita dalam apa jua perubahan dalam hidup kita hanya sanya kerana Allah S.W.T. Titik mula dan noktah kembali kepada-Nya jua. Semoga dipermudahkan segala urusan hidup kita sebagai ibu bapa, suami, isteri, anak, majikan, pekerja, penuntut ilmu dan juga sebagai hamba Allah hendaknya.

Sihat Secara Alami, layari :
https://qhawlahcare.sihat2u.net



07/01/2022-Salam Sayyidul Ayyam, Jumaat yang penuh barakah.Alhamdulillah kerja2 bagi Blok 04 yang menempatkan ruangan Ma...
07/01/2022

07/01/2022-Salam Sayyidul Ayyam, Jumaat yang penuh barakah.

Alhamdulillah kerja2 bagi Blok 04 yang menempatkan ruangan Makmal Islamik Bio-Energiologi (MiBE) telah siap sepenuhnya. Manakala Blok 03-Asrama, Surau & Bilik Kuliah sudah 87%.

Jutaan terima kasih pada yang telah menyumbang dan merealisasikan ke arah pembangunan Perubatan Tradisional Melayu.

Dengan ini sesiapa yang ada berhajat boleh terus menyumbang semampu yang mungkin memandangkan projek ini masih memerlukan sumber kewangan utk disiapkan dengan segera.

Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan di bawah :-

» https://www.billplz.com/ndchdlet7

atau

Nama Akuan : Pusat Tahfiz Medik
Bank : CIMB Islamik
No. Akaun : 8601520720

Nurbaiti Muhamad Shukri
Pelatih SiHAT2U
****************************
Sihat Secara Alami, layari
https://qhawlahcare.sihat2u.net

2 hari menuju 2022. Dan adakah kita sedang bergerak selaras dengan ruang dan masa yang betul? Bersusah2 dahulu, bersenan...
29/12/2021

2 hari menuju 2022. Dan adakah kita sedang bergerak selaras dengan ruang dan masa yang betul? Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Biarlah seberat mana ujian dan tanggungan yang bakal dan sedang kita lalui moga2 dengan ini turunnya rahmat dan hidayah buat diri dan orang lain. Perubahan tidak datang tanpa susah payah. Perubahan perlu datang bersama2 kehendak, ilmu, kitab dan guru yang benar. Ganjarannya nanti dinikmati kita sendiri. Sebaliknya keburukan juga terpalit pada diri sendiri. Kerana "kejahilan menghantui kehidupan".

https://qhawlahcare.sihat2u.net


17/12/2021

17/12/2021-Rayuan Khas Dana Tahfiz Medik

Salam Sayyidul Ayyam, Jumaat yang penuh barakah.

Alhamdulillah kerja2 kemasan dan penyiapan dalaman bagi Blok 04-Makmal dan Dapur Utama telah siap sepenuhnya termasuk kerja2 eletrik dan aircond. Manakala Blok 03-Asrama, Surau & Bilik Kuliah sudah 80%.

Jutaan terima kasih pada yang telah menyumbang.

Dengan ini sesiapa yang ada berhajat boleh terus menyumbang semampu yang mungkin memandangkan projek ini masih memerlukan sumber kewangan utk disiapkan dengan segera.

Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan di bawah :-

» https://www.billplz.com/ndchdlet7

atau

Nama Akuan : Pusat Tahfiz Medik
Bank : CIMB Islamik
No. Akaun : 8601520720

Nurbaiti Muhamad Shukri
Pelatih Sihat2U
*****************
Sihat secara alami, layari
https://qhawlahcare.sihat2u.net

Salam Sayyidul AyyamJumaat yang damai. Kita sudah tiba di pertengahan bulan. Menariknya hari ini bakal terjadinya 2 feno...
19/11/2021

Salam Sayyidul Ayyam

Jumaat yang damai. Kita sudah tiba di pertengahan bulan. Menariknya hari ini bakal terjadinya 2 fenomena alam. 1 fenomena alam luar dari kebiasaan iaitu Gerhana Bulan. Dan juga seperti kebiasaannya iaitu Bulan Purnama. Kedua-duanya adalah fenomena alam yang Allah tetapkan atas faktor yang berbeza. Satu adalah rutin alam dan satu lagi adalah penyelarasan medan magnetik graviti bumi.

Telah dikatakan alam adalah kita, kita adalah alam. Maka tidak boleh tidak kita akan turut terkesan dengan kedua-dua fenomena alam ini. Akibat dari ketidakseiringan kita dengan alam maka terjadilah kesan atau gejala ketidakseimbangan pada hayat(jiwa, emosi, minda, fizikal) dan juga jasad(anatomi dan fisiologi). Kerana itu kita disarankan melakukan amalan-amalan tertentu pada waktu dan frekuensi yang resonan dengan alam agar kita juga sama-sama menyelaras dan menyeimbangi sistem pada diri kita juga.

Bagi orang Islam, waktu Gerhana Bulan kita disunatkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana dan juga amalan-amalan sunat yang lainnya. Bukanlah panduan ini dijadikan sia-sia melainkan kebaikannya buat diri kita semata-mata. Pencipta hakiki tidak lalai dalam menetapkan sesuatu namun kita yang lalai dalam mengikut panduan yang ditetapkan. Utamakan yang utama sebelum mencari di luar dari panduan-Nya. Agar amalan kita tidak menjadi sia-sia nantinya.

Bagi yang ingin menyumbang dipersilakan 👇 https://www.billplz.com/ndchdlet7

Semoga kita semua dikurniakan keseimbangan kehidupan dan urusan dunia hingga akhirat dipermudahkan Allah SWT. Aaminn.

Nurbaiti Muhamad Shukri
Pelatih Sihat2u
********************
Sihat Secara Alami, layari
https://qhawlahcare.sihat2u.net


Perhatikan apa yang kita hidangkan pada hati, perut dan kulit. Jika betul sumber, proses, bahan dan kuantitinya maka ten...
16/11/2021

Perhatikan apa yang kita hidangkan pada hati, perut dan kulit. Jika betul sumber, proses, bahan dan kuantitinya maka tenaga itulah yang akan mencetuskan minda dan akal yang sihat. Jika sebaliknya, perhatikan sikap kita dan keupayaan akal fikiran dalam bertindak atas satu2 perkara sama ada ianya terganggu atau tidak. 1 hingga ke 2 bulan atau 44 hari adalah sekurang2nya satu tempoh paling singkat untuk memperbetulkan akal. Nak betulkan akal betulkanlah hati, perut dan kulit. Apa yang kita fikir, apa yang kita makan, apa yang kita serap bakal mempengaruhi akal fikiran yang sihat. Akal yang sihat hasilnya datang dari tubuh yang juga sihat. Maka ketahuilah mencegah itu lebih baik dari mengubati.


Address

Kajang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qhawlah Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Qhawlah Care:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram