17/01/2023
*Cara mencegah sakit buah pinggang*
1: Kekalkan hidrasi tubuh badan
- mendapat bekalan air yang mencukupi
2: Kerap bersenam
- Senaman dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengawal tekanan darah tinggi.
3: Berhenti merokok
- Bukan hanya merokok, penggunaan nikotin dan tembakau seperti sh**ha, cerut mahupun v**e perlu dihentikan.
- Merokok boleh merosakkan salur darah
- Apabila salur darah menjadi rosak, ia akan mengurangkan aliran darah ke bahagian buah pinggang.
- Jika buah pinggang tidak menerima aliran darah yang mencukupi, ia tidak dapat berfungsi dengan baik.
4: Ambil makanan sihat
- masalah buah pinggang berlaku berpunca daripada keadaan penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan juga kencing manis.
- Penyakit-penyakit ini p**a berpunca daripada tabiat pemakanan yang buruk dan tidak terjaga.
- elakkan makanan yang tidak sihat seperti tinggi kandungan lemak, gula dan juga garam
5: Kawal pengambilan ubat tanpa preskripsi
- Ubat-ubatan tanpa preskripsi seperti ibuprofen dan naproxen perlu dikawal pengambilannya.
- Ini kerana, pengambilan ubat-ubatan jenis ini dengan kerap boleh merosakkan fungsi buah pinggang.
6: Kawal pengambilan vitamin, suplemen atau ubatan tradisional
- Pengambilan sesetengah suplemen atau vitamin secara berlebihan boleh mengganggu dan berbahaya kepada buah pinggang anda.
- Kurangkan pengambilan jenis-jenis suplemen dan vitamin tertentu untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang.
7: Lakukan pemeriksaan jika berisiko
- Jika anda menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis atau penyakit jantung, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan buah pinggang juga.
- Ini untuk melihat sekiranya buah pinggang anda turut sama terjejas atau tidak.
http://www.wasap.my/60122773447/berminatjusalwiqoyah