11/02/2026
Alhamdulillah, pada hari ini telah dimeterai satu Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Dr Hijama Group Sdn Bhd dan Dr Jue Wellness Global Sdn Bhd sebagai tanda rasmi permulaan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Majlis menandatangani MoU ini telah dihadiri oleh wakil-wakil utama syarikat, iaitu Dr Azrinaz, selaku Pengarah Urusan Dr Hijama Group Sdn Bhd, dan En. Jalaluddin, selaku Pengarah Eksekutif Dr Jue Wellness Global Sdn Bhd.
Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi kualiti perkhidmatan serta mempertingkatkan standard rawatan, khususnya dalam bidang rawatan bekam secara klinikal, melalui perkongsian kepakaran, pengalaman dan pembangunan berterusan.
Semoga kolaborasi ini menjadi satu langkah progresif dalam memartabatkan rawatan alternatif berasaskan pendekatan profesional dan beretika demi manfaat masyarakat.