18/02/2023
Ibu hamil ibu bersalin,
Mesti peka mesti prihatin,
Amalan lama kekuatan batin,
Rahsia ilmu senantiasa pengantin.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bersempena dengan Hari Wanita 2023, Wacana Ilmu: Mengenali Perbidanan Melayu akan membicarakan tentang ilmu yang kini sedang luas dimanfaatkan oleh pengamal perubatan Melayu bagi menjana pendapatan dan dipraktikan juga oleh ibu selepas bersalin untuk menjaga kesihatan dan kecantikan.
Bagi terus mengekalkan ilmu warisan ini agar dapat digunapakai dengan penuh adab dan tertib, figura berusia 79 tahun yang cukup dikenali dan disegani dalam bidang Perbidanan Melayu,
🔹️Dato Sharifah Anisah Bt Tan Sri Dato’ Profesor Syed Agil Barakbah
Beliau akan bersama dalam majlis Wacana Ilmu ini bagi berkongsi ilmu dan pengalaman beliau agar dapat dimanfaat buat semua kaum Wanita dan generasi seterusnya.
Pengisian:
1. Menelusuri sejarah Perbidanan Melayu
2. Menyingkap falsafah kesihatan wanita Melayu
3. Pantang larang dalam Urut Perbidanan Melayu.
4. Jenis herba yang tidak sesuai makan di awal pantang dan amalan herba dalam pantang bersalin.
5. Petua-petua dalam penjagaan pantang bersalin.
6. Makanan dalam pantang bersalin.
7. Mengatasi masalah sembelit dalam pantang.
*WACANA ILMU: MENGENALI ILMU PERBIDANAN MELAYU*
Tarikh : 8 Mac 2023 (Rabu)
Masa : 8.30am - 1.00pm
Tempat : Hotel Travelodge Ipoh, Perak
Klik link ini untuk pendaftaran >>> bit.ly/3I8Iu7E
Yuran Wacana Ilmu: RM79 (Bahan wacana, makanan dan sijil disediakan)
*TEMPAT ADALAH TERHAD. DAFTAR SEGERA!*