Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Pengajar Unisza

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Pengajar Unisza Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sultan Zainal Abidin

PROGRAM KPT PRIHATIN MADANI MOBILE HEALTH SCREENING - WILDERNESS MEDICINE SURVIVAL CAMP 202529-30 OKT 2025| UniCamp Mera...
05/11/2025

PROGRAM KPT PRIHATIN MADANI MOBILE HEALTH SCREENING - WILDERNESS MEDICINE SURVIVAL CAMP 2025

29-30 OKT 2025| UniCamp Merang

Jabatan Kecemasan dan Trauma, Fakulti Perubatan UniSZA dan Hospital Sultan Zainal Abidin dengan kerjasama Malaysia Wilderness and Austere Medicine Society of Malaysia (WAMS) telah berjaya menganjurkan Program KPT Prihatin Madani Mobile Health Screening - Wilderness Medicine Survival Camp 2025 yang melibatkan seramai 61 orang pelajar Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan UniSZA serta 30 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong.

Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang Perubatan Wilderness di kalangan pelajar perubatan UniSZA dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong supaya mereka diberi pendedahan tentang cabang perkhidmatan perubatan kecemasan yang melibatkan amalan perubatan menggunakan alatan perubatan, ubat-ubatan atau kaedah pemerhatian dengan menggunakan sumber yang terhad dan melakukan ubah suai terhadap item yang diperolehi dari persekitaran bagi digunakan sepanjang proses perawatan.

Pada program ini, para pelajar Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan UniSZA diberi peluang untuk mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari semasa Peripheral Medicine (Wilderness Medicine) posting dalam bentuk sesi praktikal dan mengajarkan kembali ilmu tersebut kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong ( Training of Trainers). Pengajaran ini melibatkan bukan sahaja pendedahan kepada Perubatan WIldernesss tetapi juga CardioPulmonary Resuscitation, Bleeding Control, Fracture Management dan Evacuation in Wilderness Setting. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk sifat kepimpinan,semangat kerja berpasukan dan minda keusahawanan dalam kalangan pelajar Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan UniSZA.

Seramai 15 orang kakitangan dari Jabatan Kecemasan dan Trauma, Fakulti Perubatan dan Hospital Sultan Zainal Abidin terlibat dalam program kali ini bersama-sama dengan 5 orang Pakar Perubatan Kecemasan dan 2 Pegawai Perubatan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma sebagai fasilitator bagi menjayakan program kali ini. Selain itu, 2 orang Pensyarah Perubatan/Pakar Perubatan Kecemasan dari Universiti Malaysia Sabah turut dijemput sebagai fasilitator. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Nik Arif bin Nik Mohamed, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Fakulti Perubatan UniSZA dan Hospital Sultan Zainal Abidin.

Harapan daripada pihak UniSZA agar program seperti ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar sekolah berkenaan cara pemberian rawatan awal sekiranya berlaku kecemasan di dalam situasi wilderness.

π˜Šπ˜–π˜•π˜›π˜π˜•π˜œπ˜π˜•π˜Ž π˜”π˜Œπ˜‹π˜π˜Šπ˜ˆπ˜“ π˜Œπ˜‹π˜œπ˜Šπ˜ˆπ˜›π˜π˜–π˜• (CME)  JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA, HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)04 NOVEMBER 2025 ...
05/11/2025

π˜Šπ˜–π˜•π˜›π˜π˜•π˜œπ˜π˜•π˜Ž π˜”π˜Œπ˜‹π˜π˜Šπ˜ˆπ˜“ π˜Œπ˜‹π˜œπ˜Šπ˜ˆπ˜›π˜π˜–π˜• (CME) JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA, HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

04 NOVEMBER 2025 | SELASA

𝘊𝘰𝘯𝘡π˜ͺ𝘯𝘢π˜ͺ𝘯𝘨 π˜”π˜¦π˜₯π˜ͺ𝘀𝘒𝘭 𝘌π˜₯𝘢𝘀𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 (CME) khusus untuk semua staf Jabatan Kecemasan dan Trauma telah diadakan di OT Trauma, Jabatan Kecemasan dan Trauma HoSZA.

CME yang bertajuk BURN telah disampaikan oleh Dr Muhammad Khairul Maarif Bin Abu Hassan.

Latihan Bantuan Asas Hayat (BLS) Siri 4/2025 untuk Kakitangan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) 03 November 2025 | I...
03/11/2025

Latihan Bantuan Asas Hayat (BLS) Siri 4/2025 untuk Kakitangan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA)

03 November 2025 | Isnin

Sesi Latihan Bulanan Bantuan Asas Hayat (BLS) Siri 4 untuk kakitangan Hospital Sultan Zainal Abidin yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Hospital Sultan Zainal Abidin telah berlangsung di Kompleks Ibnu Sina HoSZA. Program ini dikendalikan oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma HoSZA.

Sesi latihan bantuan asas hayat ini bertujuan untuk memastikan tahap kesiapsiagaan staff HoSZA dalam menghadapi situasi kecemasan berada pada tahap yang memuaskan. Latihan ini melibatkan 30 orang staf klinikal dan bukan klinikal daripada pelbagai jabatan di Hospital Sultan Zainal Abidin.

Para fasilitator bantuan asas hayat (BLS) yang terlatih diketuai oleh Pakar Perubatan , Dr. Rahaizah Binti Rani bersama Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma HoSZA.

Hasil sesi latihan ini telah memberikan banyak manfaat bukan sahaja perkongsian ilmu tetapi juga dapat menjalinkan hubungan kerjasama diantara pelbagai jabatan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus dalam menjayakan sesi latihan ini. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan untuk masa hadapan.

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Shaik Farid  Bin Abdull Wahab di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (...
07/10/2025

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Shaik Farid Bin Abdull Wahab di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (SOKONGAN) Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA).

Ikhlas daripada:
Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA).

4 Oktober 2025 (Sabtu)Ar-Riyadah Residence, Kuala Nerus, TerengganuProgram First Aid Aquatic Life Support (FA AqLS) tela...
06/10/2025

4 Oktober 2025 (Sabtu)
Ar-Riyadah Residence, Kuala Nerus, Terengganu

Program First Aid Aquatic Life Support (FA AqLS) telah diadakan bersempena KHUAM Pre-Conference 2025.

Program ini telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dengan kerjasama Aquatic Life Support Society dan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM).

Seramai 31 orang peserta dari seluruh negeri telah mendaftarkan diri dan mengambil bahagian dalam program ini. Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran peserta dalam memberikan sokongan hayat kecemasan di perairan, khususnya dalam situasi insiden lemas dan kecederaan berkaitan aktiviti air.

Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang perubatan kecemasan dan peserta, sekali gus menyokong usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti terhadap insiden kecemasan akuatik.

East Coast Workshop Series: Mastering Airway and Ventilator Strategies 2025 8 – 9 September 2025Ar Riyadah Residence, Ku...
02/10/2025

East Coast Workshop Series: Mastering Airway and Ventilator Strategies 2025
8 – 9 September 2025
Ar Riyadah Residence, Kuala Nerus

Program East Coast Workshop Series: Mastering Airway and Ventilator Strategies 2025 anjuran Kelab Trauma & Kecemasan HoSZA (TREC) dengan kerjasama HSNZ, HPUSM, HTAA & SASMEC telah berjaya menghimpunkan seramai 43 peserta yang terdiri daripada pegawai perubatan dan pakar kecemasan.

Sepanjang dua hari penganjuran, peserta berpeluang menyertai pelbagai sesi ilmiah yang bermanfaat merangkumi ceramah utama, perbincangan kes (case discussion), serta bengkel hands-on yang dikendalikan oleh barisan penceramah dan fasilitator berpengalaman.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, fasilitator, peserta, penaja, dan jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga ilmu dan pengalaman yang dikongsi sepanjang program ini dapat terus dimanfaatkan serta memberi impak positif kepada pembangunan profesion kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

02/10/2025

Setinggi-tinggi tahniah & selamat bertugas diucapkan kepada Prof Dr. Shaik Farid bin Abdull Wahab atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Sokongan), HoSZA.

Semoga pelantikan ini terus membawa kejayaan, kecemerlangan serta memberi inspirasi kepada seluruh warga HoSZA dalam meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat dan negara.

Ikhlas daripada;
Pengarah & Seluruh Warga HoSZA

π˜Šπ˜–π˜•π˜›π˜π˜•π˜œπ˜π˜•π˜Ž π˜”π˜Œπ˜‹π˜π˜Šπ˜ˆπ˜“ π˜Œπ˜‹π˜œπ˜Šπ˜ˆπ˜›π˜π˜–π˜• (CME)  JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA, HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)24 SEPTEMBER 2025...
24/09/2025

π˜Šπ˜–π˜•π˜›π˜π˜•π˜œπ˜π˜•π˜Ž π˜”π˜Œπ˜‹π˜π˜Šπ˜ˆπ˜“ π˜Œπ˜‹π˜œπ˜Šπ˜ˆπ˜›π˜π˜–π˜• (CME) JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA, HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

24 SEPTEMBER 2025 | RABU

𝘊𝘰𝘯𝘡π˜ͺ𝘯𝘢π˜ͺ𝘯𝘨 π˜”π˜¦π˜₯π˜ͺ𝘀𝘒𝘭 𝘌π˜₯𝘢𝘀𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 (CME) khusus untuk semua staf Jabatan Kecemasan dan Trauma telah diadakan di OT Trauma, Jabatan Kecemasan dan Trauma HoSZA.

CME yang bertajuk "NAIL AVULSION" telah disampaikan oleh PPP NUR AZWA BINTI BAHRIN.

Lawatan Perkhidmatan Antarabangsa SOS (PKA.SOS) ke HoSZA24 September 2025 (Rabu) – Jabatan Kecemasan dan Trauma HoSZA te...
24/09/2025

Lawatan Perkhidmatan Antarabangsa SOS (PKA.SOS) ke HoSZA

24 September 2025 (Rabu) – Jabatan Kecemasan dan Trauma HoSZA telah menerima kunjungan daripada Perkhidmatan Antarabangsa SOS (PKA.SOS) yang diketuai oleh Pn. Ida Marianna bt Abdul Rashid, General Manager PKA.SOS, bagi meninjau kemudahan serta operasi yang dijalankan.

Delegasi disambut mesra oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nik Ahmad Shaiffudin bin Nik Him, Timbalan Pengarah (Klinikal) HoSZA.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh rangka kerja Medical Emergency Response and Preparedness (MERP), khususnya dalam menilai keupayaan hospital mengendalikan kes kecemasan seperti serangan jantung, strok, kecederaan akibat kebakaran serta bencana.

Semoga kerjasama erat ini dapat terus meningkatkan keberkesanan pengurusan perubatan kecemasan dan bencana di negeri Terengganu.

π˜Šπ˜–π˜•π˜›π˜π˜•π˜œπ˜π˜•π˜Ž π˜”π˜Œπ˜‹π˜π˜Šπ˜ˆπ˜“ π˜Œπ˜‹π˜œπ˜Šπ˜ˆπ˜›π˜π˜–π˜• (CME)  JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA, HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)23 SEPTEMBER 2025...
23/09/2025

π˜Šπ˜–π˜•π˜›π˜π˜•π˜œπ˜π˜•π˜Ž π˜”π˜Œπ˜‹π˜π˜Šπ˜ˆπ˜“ π˜Œπ˜‹π˜œπ˜Šπ˜ˆπ˜›π˜π˜–π˜• (CME) JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA, HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

23 SEPTEMBER 2025 | SELASA

𝘊𝘰𝘯𝘡π˜ͺ𝘯𝘢π˜ͺ𝘯𝘨 π˜”π˜¦π˜₯π˜ͺ𝘀𝘒𝘭 𝘌π˜₯𝘢𝘀𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 (CME) khusus untuk semua staf Jabatan Kecemasan dan Trauma telah diadakan di OT Trauma, Jabatan Kecemasan dan Trauma HoSZA.

CME yang bertajuk "PROCEDURAL SEDATION AND ANALGESIA (PSA)" telah disampaikan oleh DR NUR FARAH β€˜AQILAH BINTI SABDIN.

18/09/2025

Program KPT Prihatin Madani Mobile Health Screening :
Pasukan Kesejahteraan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA)
Dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM)

Tarikh: 12-14 September 2025
Lokasi: Kampung Pos Hau, Gua Musang, Kelantan

Fasa 3: Penilaian Hasil (Outcome Evaluation)Program KPT Prihatin Madani Mobile Health ScreeningPasukan Kesejahteraan Hos...
17/09/2025

Fasa 3: Penilaian Hasil (Outcome Evaluation)

Program KPT Prihatin Madani Mobile Health Screening

Pasukan Kesejahteraan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA)
Dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM)

Tarikh: 12-14 September 2025
Lokasi: Kampung Pos Hau, Gua Musang, Kelantan

βΈ»

Pasukan Kesejahteraan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) bersama Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah kembali ke Kampung Pos Hau bagi melaksanakan penilaian hasil (outcome evaluation) selepas peserta Training of Trainers (ToT) menjalani latihan intensif dalam Fasa 2.

Dalam fasa ini, para peserta telah melaksanakan sesi perkongsian ilmu serta demonstrasi pertolongan cemas dan penjagaan kesihatan oral kepada komuniti setempat dengan bimbingan pasukan fasilitator.

Antara aspek yang dinilai termasuk:
β€’ Tahap kefahaman peserta terhadap Modul Asas Perubatan Kecemasan Orang Asli (MAPKO).
β€’ Kebolehan peserta mengaplikasikan kemahiran pertolongan cemas seperti CPR, rawatan luka, kepatahan dan mangsa tercekik.
β€’ Keupayaan peserta menyampaikan amalan penjagaan kesihatan gigi dan mulut secara praktikal kepada komuniti.

Hasil penilaian menunjukkan para peserta mampu menguasai kemahiran asas dan berperanan sebagai agen penyampai maklumat kesihatan di peringkat komuniti. Keupayaan ini menjadi langkah awal dalam membentuk fasilitator dalaman yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan serta memberi pertolongan awal kepada warga Kampung Pos Hau.

Fasa 3 telah berjaya membuktikan keberkesanan latihan yang dijalankan. Peserta bukan sahaja dapat mempraktikkan ilmu yang diperoleh, malah telah mula berperanan sebagai tenaga sokongan kesihatan dalam komuniti Orang Asli. Kejayaan ini menandakan pencapaian penting dalam usaha menyantuni komuniti melalui pendekatan knowledge transfer yang berterusan.

Address

Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA)
Kampong Gong Badak
21300

Telephone

+6096687836

Website

https://fp.unisza.edu.my/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Pengajar Unisza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Pengajar Unisza:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category