02/12/2025
Majlis Pra Peluncuran Aplikasi Mobile HoSZA Healthcare dan Sistem i-Research
1 Disember 2025 | Kuala Nerus - Majlis Pra Peluncuran Aplikasi Mobile "HoSZA Healthcare" dan Sistem i-Research telah berjalan lancar. Aplikasi mudah alih ini adalah satu platform komprehensif yang dibangunkan bagi memudahkan urusan dan komunikasi antara hospital, pesakit serta warga kerja.
Secara keseluruhannya, aplikasi Mobile HoSZA Healthcare ini dibangunkan untuk menjadi pusat rujukan digital yang merangkumi maklumat, modul serta tatacara rutin bagi pesakit, staf dan pengurusan HoSZA. Namun, bagi pelaksanaan fasa pertama, fokus utama diberikan kepada fungsi yang paling dekat dengan keperluan pesakit, iaitu:
1) Modul tempahan dan pengurusan temu janji, agar pesakit dapat membuat, serta menguruskan temu janji dengan lebih cepat, teratur.
2) Modul MyBill – ciri baharu yang membolehkan pesakit menyemak bil perubatan.
Selain aplikasi mudah alih, sistem i-Research iaitu Electronic Clinical Research Management turut dilancarkan. Ia merupakan sebuah platform digital yang direka untuk mengurus,memantau dan menyelaras keseluruhan proses penyelidikan klinikal secara elektronik.
Sistem ini dibangunkan dengan tiga tujuan utama iaitu:
Memudahkan penyimpanan dan pengurusan data kajian klinikal, meningkatkan ketepatan dan keselamatan data dan mempercepat proses kajian. Semoga sistem i-Research akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti penyelidikan perubatan di HoSZA.
Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam pembangunan aplikasi ini. HoSZA tekad untuk bergerak seiring visi hospital untuk menerajui perkhidmatan kesihatan yang lestari dan berkualiti.