LPPKN Negeri Pahang

LPPKN Negeri Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from LPPKN Negeri Pahang, Marriage Therapist, Tingkat Bawah, 1 & 2, NO. 64 & 64A, Jalan Putra Square 1, Kampong Kuantan.

Jom like page LPPKN Negeri Pahang untuk dapatkan info mengenai kesihatan reproduktif, perancang keluarga, tips keibubapaan, tips remaja, bual bicara secara dalam talian, dan hasil dapatan kajian.

12/02/2026
12 Februari 2026 Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN Siri 3/2026 yang berlangsung di Dewan OUM Kuantan.
12/02/2026

12 Februari 2026 Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN Siri 3/2026 yang berlangsung di Dewan OUM Kuantan.

11/02/2026

Tahukah Anda?

Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN) diperbaharui seiring dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan Dasar Sosial Negara 2030. Dasar ini bersifat holistik dengan menggariskan 5 Teras, 16 Strategi, 43 Tindakan dan 3 Pemboleh Daya yang saling melengkapi dalam memperkukuh institusi keluarga di Malaysia.

Nantikan Peluncuran Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN) oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 14 Februari 2026.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,MAJLIS PELUNCURAN DASAR KASIH KELU...
10/02/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

MAJLIS PELUNCURAN DASAR KASIH KELUARGA NEGARA (DKKN)
DAN JELAJAH SEJAHTERA MADANI - SKIM INSURANS KESEJAHTERAAN RAKYAT (SIKR)

DKKN_PMX.jpeg
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM)
akan mengadakan
MAJLIS PELUNCURAN DASAR KASIH KELUARGA NEGARA (DKKN)
DAN JELAJAH SEJAHTERA MADANI - SKIM INSURANS KESEJAHTERAAN RAKYAT (SIKR)
seperti butiran berikut:

Tarikh : 14 Februari 2026 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Perak Darul Ridzuan

3. Sehubungan dengan itu, warga Kementerian / Jabatan / Agensi dijemput untuk menonton siaran langsung majlis peluncuran ini yang bakal disempurnakan oleh
YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

4. Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk memanjangkan hebahan ini kepada warga Kementerian, Jabatan dan Agensi masing-masing menerusi semua saluran komunikasi sedia ada.

Kerjasama hebahan dan perhatian warga Kementerian / Jabatan / Agensi amat dihargai dan didahulukan dengan terima kasih.

Siaran Langsung menerusi laman media sosial KPWKM , ICU JPM dan LPPKN



Sekian, salam hormat.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

10/02/2026

⏳ 4 Hari Menuju Peluncuran Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera MADANI - Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) akan menganjurkan Peluncuran Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera MADANI - Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat bagi memastikan mesej Kerajaan MADANI mengenai Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN) dan skim perlindungan sosial sampai kepada kumpulan sasar.

Melalui program ini, Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN) akan turut dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. DKKN merupakan satu dasar yang holistik untuk memperkukuh institusi keluarga agar mencapai kestabilan sosial masyarakat.

Bersama kita jayakan program ini yang akan berlangsung pada:

📅 Tarikh: 14 Februari 2026 (Sabtu)
🕗 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Perak

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Maziah Che Yusoff
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM








✨ ILMU KELUARGA@LPPKN | SIRI 4/2026 ✨🌙 Akhlak Mulia, Iman Sempurna 🌙Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, teta...
10/02/2026

✨ ILMU KELUARGA@LPPKN | SIRI 4/2026 ✨
🌙 Akhlak Mulia, Iman Sempurna 🌙

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ruang terbaik untuk memperbaiki akhlak, menyucikan jiwa dan menguatkan institusi keluarga.

📚 Sertai pengisian bermakna yang membimbing kita kembali kepada fitrah diri melalui dua slot istimewa:

🟣 Slot 1: Membina Disiplin dan Keseimbangan Hidup
🎙️ Dr. Roszanadia Rusali
Pensyarah UIAM

🟣 Slot 2: Menyucikan Jiwa, Menguatkan Keluarga
🎙️ Wan Husaimi bin Wan Azran
Penolong Pengarah,
Unit Pengurusan Khidmat Nasihat, JAIP

🎯 Objektif Program:
Membantu peserta menghayati Ramadan dengan lebih mendalam melalui pemakanan yang sihat dan diet seimbang, kembali kepada fitrah diri serta mengekalkan amalan positif dalam kehidupan seharian — demi kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.

🗓️ Tarikh: 26 Februari 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Dewan OUM, Kuantan

💰 Yuran:
👤 Penjawat Awam/Perseorangan/NGO : RM20
👤 Swasta : RM30

📞 Pendaftaran:
Hubungi Urusetia Pn. Norzurin di talian 09-5173391

✨ Ayuh bersama membina akhlak mulia, demi mencapai iman yang sempurna.
📿 Ramadan mendidik jiwa, keluarga menjadi kekuatan.







✨ ILMU KELUARGA@LPPKN SIRI 3/2026 ✨🌱 KENALI DIRI, HARGAI POTENSI 🌱Pernah rasa kurang yakin dengan diri sendiri?Sukar men...
06/02/2026

✨ ILMU KELUARGA@LPPKN SIRI 3/2026 ✨
🌱 KENALI DIRI, HARGAI POTENSI 🌱

Pernah rasa kurang yakin dengan diri sendiri?
Sukar mengurus tekanan emosi, konflik dalam keluarga atau di tempat kerja?
Atau ingin membina imej dan keterampilan diri yang lebih positif dan meyakinkan?

💡 Jom sertai program ini untuk:
✔️ Mengenali potensi diri dan membina keyakinan dalaman
✔️ Membentuk imej serta keterampilan diri
✔️ Mengurus konflik, tekanan emosi dan cabaran kehidupan dengan lebih matang
✔️ Memperkasa kesejahteraan mental, emosi dan sosial

🎤 Pengisian menarik bersama penceramah berpengalaman:
👩‍🏫 Ts. Nur Fatihah binti Che Ruzlan
Pensyarah Kolej Komuniti Kuantan
📝 Topik: Serlahkan Potensi, Bina Keyakinan
(Fokus kepada imej dan keterampilan diri)

👨‍⚕️ En. Mohamad Azifan Ghazali
Kaunselor Pahang Skill
📝 Topik: Indah Luaran, Sihat Dalaman
(Fokus kepada pengurusan konflik, tekanan dan kesejahteraan emosi)

📅 Tarikh: 12 Februari 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Dewan OUM, Kuantan

💰 Yuran Penyertaan:
Penjawat Awam/Persendirian/NGO : RM20
Swasta : RM30

📞 Pendaftaran: Hubungi Urusetia (Pn. Norzurin)
📱 09-5173391 / 011-65265846

✨ Bila kita kenal diri, kita lebih yakin.
Bila emosi terurus, konflik dan tekanan dapat dikendalikan dengan bijaksana. ✨

📌 Tempat terhad – jom daftar sekarang!

4 Februari 2026 Kursus Ilmu Keluarga  Siri 2/2026 yang berlangsung di Dewan OUM Kuantan.
04/02/2026

4 Februari 2026 Kursus Ilmu Keluarga Siri 2/2026 yang berlangsung di Dewan OUM Kuantan.

01/02/2026
📱 ANAK-ANAK DI ERA SKRIN 📱Ilmu Keluarga@LPPKN | Siri 2/2026Di zaman skrin tanpa sempadan, ibu bapa bukan sekadar memanta...
30/01/2026

📱 ANAK-ANAK DI ERA SKRIN 📱
Ilmu Keluarga@LPPKN | Siri 2/2026
Di zaman skrin tanpa sempadan, ibu bapa bukan sekadar memantau —
tetapi membimbing dengan kasih dan sayang ❤️

👨‍👩‍👧‍👦 Sertai kami untuk menimba ilmu dan kefahaman tentang:
✨ Cara mendidik anak di era digital
✨ Mengurus emosi ibu bapa & anak
✨ Membina hubungan keluarga yang lebih tenang dan bahagia

🎙 Pengisian Istimewa Bersama:
👨‍🏫 En. Mohamed Nurazizi bin Mohamed Nasir
Family Coach, LPPKN Pahang
🧠 Pn. Norhidayah bt Mohd Ibrahim
Kaunselor Kanan, UCYP

🗓 Tarikh: 4 Februari 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Dewan OUM, Kuantan
💰 Yuran Penyertaan:
🔹 Penjawat Awam: RM20
🔹 Swasta: RM30

🌱 Ibu Bapa Tenang, Anak Bahagia
Kerana didikan hari ini, menentukan masa depan anak-anak kita.

📞 Pendaftaran & Pertanyaan:
Urusetia: 09-5173391
👉 Tempat adalah terhad. Ayuh daftar sekarang!

Address

Tingkat Bawah, 1 & 2, NO. 64 & 64A, Jalan Putra Square 1
Kampong Kuantan
25300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LPPKN Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram