Pusat Rehabilitasi Windfall

Pusat Rehabilitasi Windfall Pusat Rehabilitasi Pertama di Sri Gading
JOM REHAB! "Memberi Makna Dalam Kehidupan" Pusat Rehabilitasi Windfall dimiliki oleh
WARDATUL AZRAQ ENTERPRISE
No.

Pendaftaran: 202203021704 (IP0567848-D)

Sila hubungi talian berikut untuk sebarang pertanyaan/
contact us for further enquiry:

Call/ Whatsapp : 011- 6132 2365

19/10/2025

Semoga kehidupan anda terus bersinar. Jom Rehab! Pusat Rehabilitasi Windfall akan ditutup pada Isnin 20/10/25 dan akan kembali beroperasi pada Selasa 20/10/25

16/10/2025

Musim influanza ni ramai kanak- kanak yang dijangkiti mendapat batuk berkahak. Jom dengar kan tips bagaimana teknik yang betul untuk membantu mengeluarkan kahak tersebut.

01/10/2025

Tahukah anda, Ischemic Stroke ialah jenis strok yang paling kerap berlaku?

Ia terjadi apabila saluran darah ke otak tersumbat oleh darah beku atau plak kolesterol. Apabila aliran darah ke otak terganggu, bahagian otak tersebut tidak menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi. Akibatnya, sel-sel otak mula rosak dan mati dalam masa yang singkat.

Rawatan awal sangat penting. Jika mendapat rawatan dalam masa 3 hingga 4.5 jam pertama, pesakit berpeluang untuk pulih lebih baik dengan ubat cair darah dan rawatan lanjut.

Selepas fasa kecemasan, proses rehabilitasi seperti fisioterapi dan terapi pertuturan amat penting untuk bantu pesakit kembali berdikari.

Dapatkan bantuan segera jika anda atau ahli keluarga menunjukkan tanda-tanda strok. Masa yang cepat boleh menyelamatkan nyawa dan mengurangkan risiko kecacatan kekal. Tunggu apa lagi? JOM REHAB!

untuk tempahan slot:
www.wasap.mu/601161322365/Stroke

"Memberi Makna Dalam Kehidupan"

30/09/2025

Tahukah anda ada 3 jenis STROK?

Ramai ingat strok semuanya sama, tapi sebenarnya setiap jenis berbeza punca dan rawatan!

1️⃣ Ischemic Stroke
➡️ Berlaku bila salur darah ke otak tersumba toleh darah beku atau kolesterol.
➡️ Otak tak dapat oksigen, sel otak mula mati.
➡️ Paling biasa– kira-kira 80% kes strok.

2️⃣ Hemorrhagic Stroke
➡️ Berlaku bila salur darah pecah dan menyebabkan pendarahan dalam otak.
➡️ Tekanan darah terlalu tinggi salah satu punca utama.

3️⃣ Transient Ischemic Attack (TIA)
➡️ Dikenali sebagai "mini stroke".
➡️ Berlaku bila aliran darah ke otak terganggu sementara.
➡️ Simptom sama seperti strok, tapi pulih dalam beberapa minit hingga 24 jam.

⚠️ Jangan ambil mudah! TIA ialah amaran awal bahawa strok sebenar boleh berlaku bila-bila masa.

Rehab Windfall sedia bantu proses pemulihan selepas strok.
Latihan fisioterapi & rehabilitasi disesuaikan ikut keadaan pesakit. Tunggu apa lagi? JOM REHAB!

Hubungi kami untuk tempahan slot:
www.wasap.my/601161322365/Strokerehab

"Memberi Makna Dalam Kehidupan"

Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 Sept 2025Semoga Kesatuan, Perpaduan dan Keharmonian rakyat Malaysia dapat terus berke...
16/09/2025

Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 Sept 2025

Semoga Kesatuan, Perpaduan dan Keharmonian rakyat Malaysia dapat terus berkekalan.


JOM REHAB!

"Memberi Makna Dalam Kehidupan"

13/09/2025
𝐅𝐚𝐤𝐭𝐚 & 𝐌𝐢𝐭𝐨𝐬Mitos: 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐞𝐦𝐚𝐬, 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢.Fakta:𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐛𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦...
13/09/2025

𝐅𝐚𝐤𝐭𝐚 & 𝐌𝐢𝐭𝐨𝐬

Mitos: 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐞𝐦𝐚𝐬, 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢.

Fakta:𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐛𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐨𝐭𝐨𝐭 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧. 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧

Cara yang sesuai untuk mula senaman menggunakan beban:

✅Menggunakan Beban ringan, ulangan lebih banyak (contoh: 10–15 kali) → kurangkan risiko cedera.

✅Pergerakan terkawal → elakkan hentakan atau pergerakan mengejut.

✅Gabung dengan regangan & mobiliti sendi → pastikan sendi kekal fleksibel.

✅Progresif perlahan → tambah berat atau rintangan sedikit demi sedikit.

Jadi apa tunggu lagi, Jom aktifkan diri anda untuk kekal sihat di usia emas. JOM REHAB!

"Memberi Makna Dalam Kehidupan"

𝗙𝗮𝗸𝘁𝗮 & 𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀Mitos :Saya terlalu berusia untuk angkat berat.Fakta: Respond tubuh badan orang yang berusia adalah sama de...
09/09/2025

𝗙𝗮𝗸𝘁𝗮 & 𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀

Mitos :Saya terlalu berusia untuk angkat berat.

Fakta: Respond tubuh badan orang yang berusia adalah sama dengan orang yang lebih muda ketika senaman menggunakan bebanan.

Senaman menggunakan bebanan oleh warga emas malahan memberikan pelbagai kesan yang baik.

𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 (𝗦𝘁𝗿𝗲𝗻𝗴𝘁𝗵 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴):

✅𝗢𝘁𝗼𝘁 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝘂𝗮𝘁: Membantu lawan masalah otot lemah akibat faktor umur (sarcopenia), senang nak buat kerja harian macam angkat barang dan naik tangga.

✅𝗧𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵: Tingkatkan dan kekalkan kepadatan tulang, elak risiko osteoporosis.

✅𝗜𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸, 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵: Otot kuat bantu jaga kestabilan, kurangkan jatuh dan kecederaan.

✅𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗸𝗿𝗼𝗻𝗶𝗸: Kurangkan risiko serta gejala penyakit seperti sakit jantung, kencing manis jenis 2 dan arthritis.

✅𝗞𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻: Tingkatkan metabolisme, bakar lemak dan bantu jaga berat badan sihat.

✅𝗠𝗼𝗼𝗱 & 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸: Kurangkan stres, kemurungan dan bantu tidur lebih lena.

✅𝗙𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗵𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿: Tingkatkan keyakinan diri, tenaga dan kualiti hidup.

Tunggu apa lagi? JOM REHAB!

"Memberi Makna Dalam Kehidupan"

"Selamat Hari Fisioterapi Sedunia 2025”Hari ini kita meraikan peranan vital fisioterapi dan aktiviti fizikal dalam menja...
08/09/2025

"Selamat Hari Fisioterapi Sedunia 2025”

Hari ini kita meraikan peranan vital fisioterapi dan aktiviti fizikal dalam menjayakan penuaan sihat dengan tumpuan pada mencegah kerentanan dan jatuh.

✅ TIPS KEKAL SIHAT DI USIA EMAS (Daripada Perspektif Fisioterapi)

Kekal Aktif Setiap Hari
➤ Lakukan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal statik, atau senaman regangan.30 minit sehari sudah memadai.

Senaman Kekuatan Otot (Strengthening)
➤ Gunakan botol air atau dumbbell ringan untuk melatih otot.
➤ Fokus pada tangan, kaki, dan belakang.
Latih Imbangan Badan

Regangan Setiap Hari (Flexibility)
➤ Regangkan otot leher, bahu, lengan dan kaki.
➤ Dapat bantu kurangkan rasa sengal dan kejang.

Periksa Kasut dan Persekitaran Rumah
➤ Pakai kasut bertapak getah, tidak licin.
➤ Elakkan karpet longgar dan wayar berselerak untuk cegah jatuh.

Latih Nafas dan Postur
➤ Duduk tegak semasa makan, membaca atau menonton TV.
➤ Nafas dalam-dalam bantu paru-paru dan pengaliran oksigen.

Teruskan Aktiviti Sosial
➤ Berkebun, senaman beramai-ramai. Ini baik untuk minda & badan.

Rujuk Fisioterapis Bila Perlu
➤ Jika ada sakit sendi, susah berjalan, atau mudah jatuh. Fisioterapis boleh bantu dengan pelan senaman khas.

Tunggu apa lagi? JOM REHAB

“Memberi Makna Dalam Kehidupan”

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1447H.Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW mengingatkan kita akan indahnya akhlak Baginda p...
04/09/2025

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1447H.

Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW mengingatkan kita akan indahnya akhlak Baginda penuh kasih, sabar dan tawaduk.

Marilah kita memperbanyakkan selawat, mencontohi sunnah, dan menyebarkan kasih seperti yang diajarkan Rasulullah SAW.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد

Pusat Rehabilitasi Windfall akan ditutup pada hari Jumaat 5/9/2025 dan akan dibuka semula pada Sabtu 6/9/2025 dari jam 8.30am - 12.30pm. Jom Rehab.

“Memberi Makna Dalam Kehidupan”

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 68 Pusat Rehabilitasi Windfall akan ditutup dan akan dibuka semula pada Selasa 2/9...
30/08/2025

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 68

Pusat Rehabilitasi Windfall akan ditutup dan akan dibuka semula pada Selasa 2/9/25.

Address

31, Jalan Kencana 1A/24, Taman Pura Kencana, Sri Gading Batu Pahat
Kampong Sri Gading
83300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 12:30

Telephone

+601161322365

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rehabilitasi Windfall posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram